Tak pernah aku merancang untuk ke Pulau Sibu sebelum ni. Namun disebabkan hampir ke semua lokasi penginapan di Pulau Tioman telahpun penuh, aku yang dipertanggungjawabkan untuk mengelola percutian rakan-rakan sekerja terpaksa membuat satu keputusan yang pantas menukar lokasi Tioman ke Sibu.
Percutian yang sememangnya telah dirancang awal sepatutnya berjalan dengan baik, namun apabila segelintir rakan sekerja yang lewat membuat bayaran deposit maka room/chalet confirmation tidak dapat dilakukan. At the very last minute baru semua nak bayar (1 week before date yang dirancang) maka chalet sasaran telahpun penuh. Jenuh aku nak cari resort/chalet alternatif di Tioman, hampir semua yang ada kat Tioman aku hubungi tetapi agak malang sebab semua dah fully booked. Yang tinggal hanya resort-resort yang harganya jauh lebih tinggi dari budget per person.
Last-last aku decided untuk tukar perancangan ke Pulau Sibu. First yang aku tanya adalah kat Sibu Island Resort. Unlucky for us, Sibu Island Resort tutup untuk public time tu sebab 1 resort ada private booking. Dengan bantuan Mr Google, aku dapat la jumpa 1 resort ni yang namannya Twin Beach Resort.
Package yang depa tawarkan adalah RM330.00 untuk 3 hari 2 malam. Aku pun terus buat booking confirmation untuk group aku. Melihat kepada website resort, memang menarik la resort ni. Uniknnya sebab resort ni ada 2 pantai, 1 mengadap tanah besar dan 1 mengadap Laut Cina Selatan.
Hari yang dinanti telah tiba, kitaorang bergerak dari Melaka dalam jam 10 pagi. Quite a distance jugak lokasi nak naik bot yang terletak di Jeti Tanjung Leman, Kota Tinggi, Johor. Sampai di jeti dalam sekitar 2 petang dan terus menaiki bot laju khas yang disediakan oleh pihak resort. Perjalanan bot lebih kurang dalam 20 minit sahaja.
Expectation aku ialah Sibu Island ni macam Tioman. Aku jangka apabila boat memasuki kawasan pantai pulau, kita boleh nampak air yang crystal clear seperti di Tioman. Looks like I was wrong. Kejernihan air macam biasa, lebih kurang macam air di Port Dickson sahaja. So jangka aku, mungkin on the other side (mengadap Laut Cina Selatan) air akan lebih baik.
Sampai je resort, kami dijamu dengan makan tengahari. Level kesedapan masakan adalah sederhana namun kuantiti yang resort sediakan memang banyak. So semua makan dengan puas sebab kelaparan memandangkan waktu dah dekat nak jam 3 petang.
Saiz chalet agak kecil. Segalanya adalah asas sahaja tanpa ada peti televisyen mahupun 'water heater'. Penghawa dingin majoriti tidak berapa nak sejuk, so memang panas sikit dalam chalet.
Petang tu semua berehat dan pada sekitar jam 5 petang ada yang mula keluar bersukan (ada tempat bola tampar pantai di harapan chalet). Ada juga yang mula memancing di kawasan karangan yang mengadap ke Laut Cina Selatan. Aku pun turut mengambil joran untuk memancing setelah keletihan bermain bola tampar.
Malamnya selepas makan malam, aku bersama beberapa rakan mengubah lokasi memancing ke jeti yang mengadap tanah besar. Kat sini kami memancing sambil mencandat sotong. Hasil malam tu adalah memuaskan dengan beberapa sotong karang menjadi mangsa 'candat' yang digunakan. Sotong kemudiannya dijadikan umpan untuk memancing. Saiz-saiz ikan yang diperolehi hanya sebesar tapak tangan dan ke semuanya adalah ikan jenis karang yang spesisnya sama. Tiada ikan yang 'kategori A' yang diperolehi. Kami memancing sehingga hampir jam 330pagi dan hasil pancing disimpan di dalam 'freezer' milik resort.
On our 2nd day, aku bercadang untuk bersama seorang Dive Master resort tersebut untuk menyelam di sekitar Pulau Sibu. Yang lain pula akan menjalankan aktiviti snorkeling yang dijadualkan bermula jam 2 petang. Aku uruskan kelengkapan snorkeling rakan-rakan lain dan menunggu sehingga mereka menaiki bot keluar beraktiviti. Aku pula menanti rakan Dive Master untuk memberikan isyarat untuk mula menyelam.
Tunggu punya tunggu, sampai jam 3 petang rakan Dive Master tidak muncul. Last-last salah seorang pekerja chalet datang memaklumkan yang diving terpaksa dibatalkan kerana Dive Master ada masalah yang perlu diselesaikan di lokasi lain. So, aku yang tinggal sorang-sorang keluarkan batang pancing dan mula memancing di hadapan chalet. Panas cuaca petang tu. Alhamdulillah dalam beberapa ekor ikan karang yang aku dapat, dapatlah aku seekor yang saiznya agak kasar dalam 2 tapak tangan. Ikan ape pun aku tak tau.
Dekat-dekat jam 5 petang, rakan-rakan yang pergi snorkeling telah pulang. Ada yang mengambil pancing dan joined aku memancing. Feedback yang aku perolehi, snorkeling juga tidak as good as one in Tioman.
Malam tu kami ada BBQ dinner dengan tambahan ikan-ikan hasil pancing pantai. Rupanya ikan-ikan karang ni isi dia tak berapa nak layan sebab bau agak hanyir. Selepas dinner, ada yang pergi ke jeti untuk mencandat sementara aku dengan beberapa rakan yang lain pergi ke bilik karaoke resort untuk berkaraoke. Sound system yang resort sediakan memang best. DJ yang layan our group juga amat peramah. Sedang kami berkaraoke, kami di sertai oleh 1 group yang lain dan kemudiannya disertai pula oleh 1 group 'mat saleh'.
Aku kembali ke chalet dalam sekitar jam 1 pagi dan tidur agak awal dalam sekitar jam 2 pagi sebab keletihan.
Keesokkannya selepas sarapan, kami bersiap-siap untuk pulang dan menaiki bot kembali ke Jeti Tanjung Leman dalam jam 1 tengahari.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Mersing untuk makan tengahari dan membeli keropok lekor. Then kami singgah lagi di Ayer Hitam untuk membeli buah-buahan serta kerepek. Tiba di Melaka dalam sekitar jam 730 malam.
So, jap aku buat sedikit rumusan tentang trip ni :-
Package yang depa tawarkan adalah RM330.00 untuk 3 hari 2 malam. Aku pun terus buat booking confirmation untuk group aku. Melihat kepada website resort, memang menarik la resort ni. Uniknnya sebab resort ni ada 2 pantai, 1 mengadap tanah besar dan 1 mengadap Laut Cina Selatan.
Hari yang dinanti telah tiba, kitaorang bergerak dari Melaka dalam jam 10 pagi. Quite a distance jugak lokasi nak naik bot yang terletak di Jeti Tanjung Leman, Kota Tinggi, Johor. Sampai di jeti dalam sekitar 2 petang dan terus menaiki bot laju khas yang disediakan oleh pihak resort. Perjalanan bot lebih kurang dalam 20 minit sahaja.
Expectation aku ialah Sibu Island ni macam Tioman. Aku jangka apabila boat memasuki kawasan pantai pulau, kita boleh nampak air yang crystal clear seperti di Tioman. Looks like I was wrong. Kejernihan air macam biasa, lebih kurang macam air di Port Dickson sahaja. So jangka aku, mungkin on the other side (mengadap Laut Cina Selatan) air akan lebih baik.
Menaiki speed boat dari Tanjung Leman ke Pulau Sibu |
Saiz chalet agak kecil. Segalanya adalah asas sahaja tanpa ada peti televisyen mahupun 'water heater'. Penghawa dingin majoriti tidak berapa nak sejuk, so memang panas sikit dalam chalet.
Chalet-chalet di Twin Beach Resort |
Kaunter reception di Twin Beach Resort |
Chalet mengadap Laut Cina Selatan |
Malamnya selepas makan malam, aku bersama beberapa rakan mengubah lokasi memancing ke jeti yang mengadap tanah besar. Kat sini kami memancing sambil mencandat sotong. Hasil malam tu adalah memuaskan dengan beberapa sotong karang menjadi mangsa 'candat' yang digunakan. Sotong kemudiannya dijadikan umpan untuk memancing. Saiz-saiz ikan yang diperolehi hanya sebesar tapak tangan dan ke semuanya adalah ikan jenis karang yang spesisnya sama. Tiada ikan yang 'kategori A' yang diperolehi. Kami memancing sehingga hampir jam 330pagi dan hasil pancing disimpan di dalam 'freezer' milik resort.
Sotong yang diperolehi dari spesis sotong-sotong karan |
Tunggu punya tunggu, sampai jam 3 petang rakan Dive Master tidak muncul. Last-last salah seorang pekerja chalet datang memaklumkan yang diving terpaksa dibatalkan kerana Dive Master ada masalah yang perlu diselesaikan di lokasi lain. So, aku yang tinggal sorang-sorang keluarkan batang pancing dan mula memancing di hadapan chalet. Panas cuaca petang tu. Alhamdulillah dalam beberapa ekor ikan karang yang aku dapat, dapatlah aku seekor yang saiznya agak kasar dalam 2 tapak tangan. Ikan ape pun aku tak tau.
Mancing sajer bila kat sini |
Dekat-dekat jam 5 petang, rakan-rakan yang pergi snorkeling telah pulang. Ada yang mengambil pancing dan joined aku memancing. Feedback yang aku perolehi, snorkeling juga tidak as good as one in Tioman.
Malam tu kami ada BBQ dinner dengan tambahan ikan-ikan hasil pancing pantai. Rupanya ikan-ikan karang ni isi dia tak berapa nak layan sebab bau agak hanyir. Selepas dinner, ada yang pergi ke jeti untuk mencandat sementara aku dengan beberapa rakan yang lain pergi ke bilik karaoke resort untuk berkaraoke. Sound system yang resort sediakan memang best. DJ yang layan our group juga amat peramah. Sedang kami berkaraoke, kami di sertai oleh 1 group yang lain dan kemudiannya disertai pula oleh 1 group 'mat saleh'.
Aku kembali ke chalet dalam sekitar jam 1 pagi dan tidur agak awal dalam sekitar jam 2 pagi sebab keletihan.
Keesokkannya selepas sarapan, kami bersiap-siap untuk pulang dan menaiki bot kembali ke Jeti Tanjung Leman dalam jam 1 tengahari.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Mersing untuk makan tengahari dan membeli keropok lekor. Then kami singgah lagi di Ayer Hitam untuk membeli buah-buahan serta kerepek. Tiba di Melaka dalam sekitar jam 730 malam.
So, jap aku buat sedikit rumusan tentang trip ni :-
- Pulau Sibu amat sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan berehat dari kesibukan sebab memang rileks sangat kat pulau ni.
- Staff - staff di Twin Beach Resort memang peramah dan memberikan layanan mesra kepada tetamu.
- Kuantiti makanan (pakej) yang disediakan di Twin Beach Resort adalah banyak dan memuaskan.
- Kualiti air laut tidak seperti Tioman.
- Banyak agas kat Pulau Sibu, so wajib sapu 'insect repellent'
- Fasiliti dalam chalet di Twin Beach Resort adalah fasiliti asas. Do not expect bilik yang luxury. Panas di waktu siang tetapi sejuk di waktu malam.
- Restoran di Twin Beach Resort tidak menyediakan ala cart menu so kena bawa bekalan seperti maggie etc just in case kita rasa lapar in between waktu makan.
- Terdapat perkampungan berhampiran resort (dalam 15 minit berjalan kaki) ada kedai runcit dan gerai makanan.
- Dua line Digi dan Celcom yang aku pakai memang very low signal, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Paling clear kena menuju ke jeti resort.
No comments:
Post a Comment