Thursday, May 3, 2012

Tambah Accessories - Kali Pertama

Sehari sebelum Hari Pekerja 2012, aku terus ke sebuah kedai aksesori kereta di Cheng iaitu Best City selepas kerja untuk meninjau aksesori bagi Exoraku.

Aku rancang untuk buat tambahan kecil iaitu sebuah lampu brek ala-ala F1 kat bahagian belakang. Riki punya riki aku pun beli la lampu tu dengan harga RM25.00 siap pasang. Pastu aku teracun jugak untuk tambah Eyelid (RM180.00) dan lampu lip-lap LED untuk menghiasi bahagian lampu depanku.

Lampu LED ni harga dia RM25 untuk 1 kaki. Aku mula - mula nak pasang pada bahagian bawah sikit daripada lampu utama tapi kedai tu kata dia tak berani nak buat sebab katanya ruang untuk selitkan lampu LED tu agak sempit dan ada kemungkinan beliau kena bukak cover lampu depan aku. Tambah beliau, kalau bukak cover tu, dia takut nanti bila nak pasang balik ianya akan ada 'defect' kurang ketat dan ini akan menyebabkan air masuk. Hmmmm, air masuk kalau memey aku tak mau le. So, aku terpaksa la ikut advise dia untuk pasang kat belah tepi (mengiring ikut line casing lampu). Untuk 2 buah lampu je dah 4 kaki bersamaan RM100.00.

Hasilnya? Boleh tahan la, kerja yang dibuat oleh staf Best City kat Cheng tu pun baik & kemas. And inilah modifikasi pertama untuk 'pesawat' Exoraku meskipun ianya adalah satu projek modifikasi yang kecil.

Lampu brek ala F1 sedang dipasang.

'Bermata' baru - Eyelid + lampu LED. Amacam? huhuhu
Aku tak sure ape next modifikasi yang aku nak buat. Mungkin tukar material + font untuk nombor plate dulu kot lepas ni.

Jumpa lagi !