Ini event adalah salah satu event besar anjuran EOCMotorsport untuk tahun 2013, penutup segala official event rasmi daripada pengurusan pusat EOCMotorsport untuk tahun ni. Bermula dari 7hb Disember dan berakhir pada 9hb Disember yang lalu. Aku secara langsung terlibat sebagai peserta untuk aktiviti ini dan inilah catatan aku untuk event ini.
Memandangkan acara ini merupakan satu acara besar, perancangan untuk pendaftaran bagi acara ini telah dibuat beberapa bulan yang lalu. Aku yang teragak-agak samada aku boleh ke tidak untuk sertai acara ini nekad untuk mendaftar meskipun aku tak sure samada pada tarikh tersebut aku dapat bercuti ataupun tidak. Kekecewaan gagal untuk menghadirkan diri setelah pembayaran dibuat pada acara Year End Gathering tahun lepas masih terasa sebab ada tugasan adhoc di saat-saat akhir. Nak pull out daripada event dah tak boleh. So this time, aku tetap bertekad untuk sokong usaha rakan-rakan sekelab dan buat pendaftaran terlebih dahulu.
Lokasi untuk Sambutan Akhir Tahun (SAT) ini telah ditetapkan untuk diadakan di Negeri Terengganu Darul Iman. Aku mulanya agak pelik juga sebab apa Terengganu di pilih memandangkan tarikh perancangan jatuh pada bulan Disember dan kita semua sedia maklum yang Disember ni kalau area kat Pantai Timur memang berisiko untuk menghadapi musim banjir. Tapi setelah aku faham yang tahun ini merupakan Tahun Melawat Terengganu dan sebagai sokongan kepada promosi tersebut, aku rasa tak salah untuk ianya diadakan di sana walaupun mungkin ada risiko untuk bertembung dengan bencana banjir.
Secara automatik, apabila acara ini diadakan di Negeri Terengganu, maka sahabat-sahabat EOCMotorsport dari Terengganu akan menjadi penganjur serta hos untuk acara ini. Usaha Geng Be'keng (EOCMotorsport Terengganu) nampak kesungguhannya dengan membuat perancangan awal yang begitu teliti yang memakan masa berbulan lamanya. Salute kepada pasukan EOCMotorsport Terengganu.
Tempat penginapan yang ditetapkan oleh penganjur adalah di Primula Beach Hotel. Tak sangka aku penganjur akan bekerjasama dengan salah sebuah hotel yang tersohor di Kuala Terengganu. Dan pakej yang penganjur sediakan adalah pelbagai mengikut jenis bilik serta ada juga pakej yang tidak memerlukan peserta untuk menginap di Primula Beach Hotel. Untuk pakej yang aku pilih, jumlah keseluruhan yang aku perlu bayar adalah sebanyak RM500.00 bagi pakej program SAT selama 3 hari 2 malam. Deposit awal pendaftaran memerlukan aku untuk membayar sebanyak RM250.00 (50% deposit). Setelah membayar wang deposit, aku bertanya kepada AJK SAT samada aku boleh masuk sehari lebih awal iaitu pada 6hb dengan tambahan kos RM200.00. AJK memberi lampu hijau untuk aku terus berhubung dengan Pengurus di Primula Beach Hotel yang kebetulan juga merupakan ahli EOCMotorsport bagi beliau menguruskan permintaan tersebut.
Alhamdulillah, cuti aku lulus di saat-saat akhir sebelum acara SAT berlangsung. Dan kebetulan pada minggu acara SAT ni, bencana banjir telah melanda negeri - negeri di Pantai Timur termasuklah Terengganu. Team EOCMotorsport dari Melaka telah merangka perancangan untuk berkonvoi pada malam 6hb dan dijangka tiba di Kuala Terengganu pada pagi 7hb. Bagi aku, aku tidak akan dapat menyertai konvoi tersebut kerana aku lebih selesa memandu di waktu siang dan telahpun membuat bayaran check in awal iaitu pada 6hb Disember 2013.
|
Sticker rasmi event di tampal sehari sebelum bertolak ke Kuala Terengganu |
Pada 5hb tersebut, aku mendapat input dari pelbagai sumber akan jalan-jalan yang telah dinaiki air / jalan yang terputus akibat banjir. Aku perlu merancang route laluan dari Melaka ke Kuala Terengganu. Mujur aku kerap ke Kuala Terengganu sebelum ini atas urusan kerja so aku dapat bayangkan laluan yang aku akan pilih. Bila kita dapat info dari pelbagai sumber, maka pelbagai jugalah info berbeza yang diperolehi. Yang pasti, laluan paling selamat yang boleh aku ikut adalah Melaka - PLUS - KL - Gombak - Karak - LPT - Jabor - Bukit Besi - Paka/Kertih - Dungun - Kuala Terengganu. Tapi gerak hati aku lebih untuk ikut laluan Melaka - PLUS - KL - Gombak - Karak - LPT - Jabor - Cherating - Chukai - Kerteh - Dungun - KualaTerengganu. Pada 5hb tu memang Kemaman adalah daerah yang paling teruk dinaiki air tapi aku yakin akan ada jalan potong di dalam pekan Chukai itu sendiri untuk sampai ke Dungun dan seterusnya ke Kuala Terengganu.
So pada 6hb tu, aku bersama keluarga bertolak dari Melaka dalam sekitar jam 9 pagi. Setiba di Pedas Linggi, hujan dah mula turun. Trafik lancar sehingga ke Gombak. Aku berhenti seketika di Petronas Gombak untuk pengisian Petrol sebelum masuk ke Lebuhraya Karak. Dari Gombak ke Karak, cuaca mendung dan sebaik keluar daripada terowong Karak, hujan mula turun, kadangkala lebat kadangkala renyai. Aku maklumkan kepada isteriku yang aku akan berhenti di Temerloh untuk makan tengahari. Bila dah masuk LPT dan tiba di Temerloh, family semua masih lagi kenyang sebab kami bawa bekalan roti serta karipap yang di makan di dalam pesawat. So planning next stop adalah di Gambang. Jalan di LPT agak teruk sedikit akibat banyak lubang-lubang di lane kiri manakala di lane kanan pula ada lopak-lopak air, so pemanduan tak dapat nak laju lebih-lebih lagi hujan sepanjang jalan. Bila sampai di Gambang, sekali lagi aku bertanya samada nak berhenti makan ataupun tidak, wife bagitahu tak lapar termasuk anak-anak. So aku teruskan perjalanan sehingga penghujung LPT iaitu Exit ke Jabor. Dari Jabor, aku ikut arah ke Sg Ular dan Cherating. So far so good cuma kena bawa perlahan sebab lopak air dan lubang pada jalan.
Sebelum tiba di pintu gerbang sempadan Pahang-Terengganu ... aku tengok banyak kereta berhenti di tepi jalan dan rupanya jalan tersebut telah terputus akibat banjir. Bermula dari stesyen minyak dan pusat jualan keropok air dah naik. Aku pun sama berhenti di tepi jalan. Banyak kereta mula berpatah balik. Aku tahu kalau aku berpatah balik, aku boleh ikut laluan Jabor Jerangau Bukit Besi tapi berat pulak rasa hati nak pusing semula. Aku kemudian bersama beberapa pemandu lain nekad untuk meredah banjir tersebut dengan bantuan penduduk - penduduk setempat. Terima kasih kepada mereka kerana bersusahpayah secara sukarelanya memberi panduan jalan sambil berdiri di dalam air bah untuk memastikan kenderaan yang ingin meredah air dapat meredah laluan yang paling cetek dan selamat. Family aku dah rasa cuak, aku pun cuak tapi buat-buat confident le sebab ada lagi 5 ke 6 buah kereta yang akan meredah bersama. Alhamdulillah, Exoraku selamat meredah air bah tapi kami terpaksa masuk ke satu kawasan Taman untuk memintas laluan yang telah ditenggelami air tersebut. Kata penduduk di sana, air di kawasan berdekatan dengan pintu gerbang tu dah naik setinggi paras dada.
|
Cherating ke Chukai. Jalan terputus di kawasan sempadan Pahang-Terengganu. |
|
Beberapa kenderaan termasuk Exoraku berhenti di bahu jalan memikirkan strategi route alternatif |
|
Lepas dalam 10 minit berfikir, aku decided untuk redah banjir |
Selepas berjaya melepasi kawasan banjir, aku meneruskan pemanduan ke Kerteh dan Paka untuk masuk ke daerah Dungun. Perjalanan juga perlahan kerana lopak air yang banyak tetapi lancar. Dungun juga sama, banyak benar lopak-lopak air di kiri kanan jalan. Selepas bandar Dungun, hujan tidak lebat sebaliknya hanya turun sedikit sahaja namun matahari masih belum kelihatan. Laluan dari Rantau Abang ke Kuala Terengganu adalah sangat baik. Kat sini dah boleh speeding sebab jalan cantik dan tiada lopak air.
Pesawat tiba di Primula Beach Hotel dalam sekitar jam 6 petang. Once sampai, aku terus check in dan mendapat bilik bernombor 606. Bilik Exec. Deluxe ini akan menjadi 'sarang' sementara kami untuk 3 malam yang seterusnya. Masuk je bilik, semua dah lapar. Lauk yang kami bawa dari Melaka tadi dijamah dengan penuh selera. So sebab kami makan lewat, malamnya kami dah tak lapar. Bilik yang aku dapat ni terdapat 2 katil single meskipun aku nak 1 katil double. Not bad, ada ruang luas di tepi katil untuk anak-anak bentang Toto. Bilik ni pun ada verandah yang mengadap ke laut. Ombak laut memang ganas ler time-time macam ni. Dalam waktu Maghrib, aku turun ke Exoraku untuk mengambil bekalan air mineral dan terserempak pula dengan seorang rakan EOCMotorsport dari Johor yang juga bergerak solo pada hari tersebut. Beliau bertolak dari Batu Pahat juga pada awal pagi. Selepas berborak ringkas memandangkan beliau baru sampai dan baru nak check in, aku terus naik ke bilik. Aku dan family tidak keluar ke mana malam tu sebaliknya semua terlena awal kecuali aku yang jam tunjuk pukul 1 pagi pun masih terkebil-kebil cuba nak lena. Memang letih tapi mungkin excited kot untuk tunggu pagi esok yang merupakan hari pendaftaran rasmi acara SAT ini.
|
Selamat tiba di Primula Beach Hotel dalam jam 6 petang |
Keesokkannya semua telah bangun awal subuh dan siap-siap. Kami turun untuk bersarapan pada jam 730 pagi. Coffee House berkeluasan sederhana, cuma aku rasa hotel patut lebihkan variasi makanan buffet breakfast mereka. Ada variasi tapi tak as aku expected bila compare dengan harga bilik yang mereka tawarkan. Lepas breakfast aku terserempak dengan rakan EOCMotorsport yang bekerja dengan Primula dan kami berpakat untuk bersama-sama ke Terengganu Equestarion Resort (TER) yang merupakan Checkpoint 1 (CP1) bagi acara ini. Keluar je dari Primula, hujan pun turun lagi. Jarak dari Primula ke TER tak jauh, lebih kurang 15 minit drive je. Sampai di TER, Exoraku antara yang terawal sampai. Aku menghubungi rakan Lendat (EOCMotorsport Melaka) untuk bertanya status lokasi mereka sebab mereka bertolak lewat malam sebelumnya. Aku dimaklumkan yang mereka mungkin tidak berkesempatan untuk mendaftar di TER dan akan terus ke Primula untuk mendaftarkan diri.
|
Berbaris sebelum Flag Off di Terengganu Equestarion Resort |
Di TER, sarapan pagi ringkas ada disediakan oleh rakan-rakan Be'keng berupa Nasi Lemak dan Mihun Goreng. Anak aku yang tak berapa nak selera dengan variasi makanan di Coffee House Primula nampak berselera menikmati Mihun Goreng yang disediakan. Detik demi detik, pesawat Exora kian bertambah di TER. Rakan-rakan dari pelbagai negeri mula memenuhi khemah yang disediakan dan suasana pendaftaran menjadi sibuk. Dengan mendaftarkan diri, aku diberi sebuah Goodies Bag yang berisi T Shirt Acara dan beberapa cenderahati yang lain. Apabila hampir jam 11 pagi, taklimat ringkas diberikan oleh penganjur dan kami semua masuk ke pesawat masing-masing sebelum pelancaran (flag off) di lepaskan oleh Pengurus Besar TER. Perjalanan konvoi singkat dari TER ke Primula bergerak baik secara 15 Exora 1 kumpulan yang di kepalai oleh Exora tuan rumah.
|
Sarapan ringan di sediakan di TER |
|
Pendaftaran di TER |
Sampai di Primula, semua peserta mula sibuk mendaftarkan diri untuk check in. Aku dan family terus naik ke bilik kami. Kemudiannya aku turun untuk bergaul dengan rakan-rakan EOCMotorsport yang ada serta menanti rakan Lendat tiba. Alhamdulillah, rakan Lendat tiba dalam sekitar jam 12 tengahari dan perjalanan mereka juga diberitakan lancar. Aku naik semula ke bilik dan disebabkan waktu telah hampir jam 1 tengahari, aku membawa keluargaku turun untuk makan tengahari. Aku rancang untuk membawa mereka menikmati Nasi Ayam Yunnan yang menjadi kegemaranku setiap kali aku bertugas di Kuala Terengganu. Lokasi gerai Nasi Ayam Yunnan ni pun amat hampir dengan Primula so ianya menjadi pilihan kami untuk lunch tengahari tu. nak dijadikan cerita, masa menuju ke pesawat, aku dipanggil oleh rakan penganjur untuk daftarkan Exoraku bagi acara Exora Kemahhh. Aku jawab tak perlu sebab dalam kereta memang semak dengan makanan serta minuman yang dah tertumpah, maklum saja bila ada anak-anak kecil pasti dalam pesawat berselerak. Sticker aku pulak dah tak kemas sebab sentiasa basah so ada part yang dah terkopek-kopek. Namun atas pujukan penganjur, aku pun daftarkan Exoraku untuk pertandingan tersebut.
|
Suasana Check In di Primula |
Makan tengahari di Nasi Ayam Yunnan memang best. Lama betul aku tak makan kat sini sejak projek Pantai Timur berakhir Mei lalu. Kualiti rasa masih sama seperti dulu, sedap la. Berselera kami makan sekeluarga. Habis makan tengahari, kami kembali ke bilik hotel. Aku turun sebentar untuk tengok samada pertandingan Exora Kemahhh yang dijadualkan pukul 3 petang tu dah start ke belum. Aku tunggu di bawah tapi tak nampak ada hakim yang pergi ke pesawatku. Aku patut parking kat tempat lain ke? Aku pun buat tak kisah dan bersembang bersama President dan Vice President 1 EOCMotorsport kat tempat registration. Pelbagai topik kami sembang, agak lama jugak. Rasanya mau lebih 30 minit. Mostly kami dok plan untuk next event yang akan diadakan di Melaka pulak, somewhere dalam bulan Mei tahun depan insyallah.
Selesai bersembang-sembang, dalam sebelum jam 5 petang kami bersurai dan aku kembali ke bilik dan berehat. Selepas waktu Maghrib, dengan berbaju batik kami sekeluarga menuju ke Grand Ballroom untuk Majlis Makan Malam & Perasmian. Malam tu selepas acara makan malam dan perasmian, ada acara cabutan bertuah. Alhamdulillah, nombor yang ada kat tangan aku dapat la salah satu daripada hamper yang penganjur sediakan. Dan yang paling tak sangka Exoraku menang tempat ke 5 bagi acara Exora Kemahhh yang diadakan petang tu. Bila masa depa check Exoraku pun aku tak perasan. Alhamdulillah. Majlis Makan Malam ni boleh tahan la, penuh dengan acara dan MC did a good job. Kelemahan memang ada tapi penganjur dah did their best untuk pastikan Majlis Makan Malam ni berjalan lancar. Mana-mana event sure akan ada kelemahan so aku harap peserta-peserta jangan terlalu put high expectation untuk majlis yang sempurna. It was a good event dinner. Btw, lepas makan malam tu ... perut lapar lagi so order la Mee Goreng Mamak thru Room Service dengan harga RM26.00 sepinggan. Wah, aku order Mee Goreng Mamak thru Room Service kat Pan Pac KLIA (now Sama-Sama) pun tak sampai harga RM26.00 tu. Hihihi.
|
Event Dinner |
|
Dinner di dalam Grand Ballroom, Primula Beach Hotel |
Malam tu sekali lagi aku terkebil sorang-sorang tak boleh nak lena meskipun jam dah pukul 1 pagi. Malam ni mungkin excited untuk aktiviti konvoi on the next day pulak kot.
Cukup untuk Part 1, akan bersambung pada Part 2.
Terima kasih bro Rahim. Hehehe.
ReplyDeleteTerbaikkk azri mangkaw tetap mangkaw :-)
ReplyDeleteHahaha, thanks bro Yusman ! :D
ReplyDelete