Sejak dari aku memiliki Exoraku, memang ramai juga rakan-rakan yang mencadangkan aku untuk menukar Sport Rim. Standard Sport Rim yang datang bersama Exoraku bersaiz 16 ni kalau ikutkan not bad rupa dia tapi sedia maklum lah, orang dok kata too common.
Aku tak pernah tergerak hati nak tukar Sport Rim lebih-lebih lagi bila aku dengar kalau kita tukar sport rim yang standard ni, warranty untuk absorber serta suspension akan secara automatic terbatal. Lagi satu aku pun ada rakan yang telah menukar Sport Rim melangkaui 1 saiz daripada saiz asal dan rungutan lebihan oil consumption kedengaran hinggakan beliau kembali bertukar ke Sport Rim bersaiz asal.
Hmmm ... tapi lately sejak dua menjak sebulan dua nie terasa keinginan nak tukar Sport Rim muncul. Adoiii, kenapa perasaan nak menukau ni ada pun aku tak sure. Maka dengan masih berlandaskan keputusan 50-50, aku pun ada la buat beberapa light survey untuk Sport Rim ni especially untuk 1 Sport Rim yang spesifik iaitu yang berjenama Vossen. Vossen ni kira trend sekarang kot. Baru tengok ... hati berkeney pulok doh.
Ditambah dengan 'keracunan' daripada sahabat-sahabat serta rupa paras Exoraku yang dah agak rugged hasil tampalan sticker berkonsepkan helang, maka keinginan tu macam menjadi-jadi lah.
Still unsure whether to tukau or not. Cost wise hasil daripada survey boleh dapat bawah RM2k untuk Vossen CV3 17 Inci siap tayar dengan syarat trade in Sport Rim & Tayar Ori Exora. Cuba tengok gambar kat bawah ni ... memang macam memanggil-manggil untuk di beli ...
Yang aku dok aim yang kaler kuning hitam tu ... sama tema dengan design sticker raptor pd Exoraku |
Apa-apa pun biar waktu menentukan, biar aku pikir lagi 5-6 kali and kalau nak tukau pun mungkin pada awal Januari 2014. Hihihi
Assalamualaikum,saya nak tanya pendapat..kalau untuk viva sesuai tak kalau nak sarung vossen 15..actually saya budak melaka jugak;)
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Saya dapat bayangkan yang kalau Viva masuk Vossen 15 memang cantik tu. Cuma tentang kesesuaian ni tak berapa nak sure. Kalau ikut kata rakan dari Viva Club, kalau masuk Vossen 15, ada adjustment sikit kena buat sebelum rim boleh sarung. Katanya yang dia dah pernah pakai Vossen 15 sebelum ni tapi tak tahan lama sebab rim senang bengkuk mungkin sebab kereta jadi lowered bila penumpang belakang ada 3 org. Bila hentakan berlaku (langgar lubang), rim dia senang bengkuk. Not so sure tapi ni cerita yang saya dapat dari beliau. Yang pasti, kalau semuanya okay, memang terbaik la rupa paras Viva bila rim Vossen 15 tersarung. :D
Delete