Saturday, January 4, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Alhamdulillah kita telah masuk ke tahun baru 2014 yang menjanjikan pelbagai cabaran dan keseronokan.

Bagi aku, tahun 2013 mengusik pelbagai kenangan pahit manis samada bersama Exoraku mahupun secara peribadi.

Recap on ringkasan apa yang berlaku pada tahun 2013 ... ianya bermula dengan sejuta harapan dan impian, usaha untuk pencapaian harapan adalah maksima namun kita hanya mampu merancang serta berusaha, Allah SWT jua yang Maha Menentukan. Aku masih menanti usaha 2013 memberi hasil yang baik pada tahun 2014 ini. 

Bagi Exoraku, tahun 2013 telah menjadi tahun untuk aku menuntut pelbagai 'warranty' bagi memastikan Exoraku berada di tahap yang baik. Dari Lampu Headlight hingga ke Reflashing ECU akibat ketidakseragaman antara ECU dan sistem gear.

2013 juga membawa aku bersama Exoraku ke pelbagai pelusuk Semenanjung Malaysia dan yang paling hebat adalah meredah banjir ketika berlangsungnya acara Sambutan Akhir Tahun EOCMotosport di Kuala Terengganu pada musim tengkujuh.

Dari sudut peribadi, pengakhiran 2013 tidak seperti yang aku jangkakan, fitnah serta prasangka buruk telah memutuskan satu talian yang suci. Tiada dendam hanya kekecewaan terhadap salah faham yang berlaku. Kita manusia hidup dengan pelbagai prasangka dan sayang sekali 1 insiden salah pemahaman telah memadamkan sejuta kenangan manis bersama. Tiada penghargaan pada yang manis, yang pahit menguasai emosi dan hati. Aku berdoa agar Allah SWT akan menunjukkan kebenaran serta memulihkan hati-hati yang berprasangka buruk.

Di harap agar tahun 2014 akan menjadi tahun yang lebih baik buatku, keluargaku dan Exoraku. Pelbagai perancangan perlu diusahakan dan aku percaya yang setiap usaha bersungguh yang baik pasti akan mendapat perkenan serta ganjaran daripadaNya. Insyallah.

Selamat Tahun Baru 2014 kepada rakan-rakan yang mengunjungi Blog Bersama Exoraku !


No comments:

Post a Comment