Salah satu daripada spesis burung air adalah dari keluarga Plover ataupun Rampang dalam Bahasa Malaysia kalau tak silap.
Malaysian Plover adalah satu-satunya jenis Burung Rampang yang menetap tetap di Malaysia. Sangat istimewa sehingga mendapat nama khusus iaitu sebagai Malaysian Plover. Taburan habitat burung ni adalah di kawasan pantai berpasir di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dalam kategori spesis yang "near-threatened" / hampir terancam oleh International Union for Conservation of Nature dengan anggaran jumlah populasi hanya sebanyak 10,000 ekor.
Aku berkesempatan bersama 2 rakan ke Kuala Rompin, Pahang untuk melihat spesis ini. A short trip 2 hari 1 malam selain sasaran melihat burung-burung air yang lain, personally untuk aku, aku nak tengok ini burung Malaysian Plover.
Dan di Kuala Rompin ini lah aku mendapat 'lifer' untuk the Malaysian Plover.
Salah seorang rakan yang bersama menjejak burung-burung air di pantai Rompin |
Ni dia Malaysian Plover yang dapat aku rakamkan |
Yang ni sepasang. Kalungan berwarna gelap di leher adalah Jantan dan berwarna cokelat muda adalah betina. |
No comments:
Post a Comment