Monday, March 3, 2014

AGM EOCMotorsport Kali ke 2

Annual General Meeting bagi  Exora Owners Club Motorsport telah berlangsung pada 1hb Mac 2014. Aku berkesempatan untuk menyertai mesyuarat tersebut yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Shah Alam,

Aku tidak membawa pesawatku ke Shah Alam untuk menghadiri mesyuarat tersebut sebaliknya aku bersama seorang lagi ahli dari Melaka telah menumpang pesawat Setiausaha Kehormat Kelab yang juga merupakan ahli dari Lendat Melaka.

Venue mesyuarat adalah baik dan amat bersesuaian dari segi lokasi serta fasiliti yang ada.

Aku terlepas AGM yang pertama so aku rasa ingin sangat nak join AGM kali kedua ini. Pelbagai isu dibangkit semasa mesyuarat dan ianya berlangsung dalam suasana yang setiakawan. Semua perkara berbangkit adalah untuk pencerahan yang lebih jelas kepada setiap ahli serta untuk kebaikan kelab bagi jangkamasa yang panjang.

Apa isu yang dibangkitkan serta cadangan - cadanga baru? Hahaha, yang itu kena tunggu minit mesyuarat rasmi dari AJK Pusat ye.

Tahniah to Ahli Majlis Tertinggi EOCMotorsport yang telah menganjurkan AGM dengan baik.

Proud Together !



2 comments:

  1. Akhirnya abis saya baca kesemua entry tuan.saya dlm perancangan membeli exora bold.terjumpa blog tuan..

    boleh tak saya nak minta bantuan.saya nk minta tuan buat entry berkenaan exora ni yg tuan rangkumkan kebaikan dan keburukanya secara jujur(hehehe) selama mana tuan beli hingga la sekarang.

    Dari apa yg saya baca dari awal artikel tuan,nampak mcm positif jer.long distance n short semua mcm ok.skit2 kerosakan tu biasala.tp klu still under warranty tu kira ok la kan?

    Terima kasih.lepas post enty boleh copy dan email kpd saya di mfaizal82@gmail.com. (takut tak perasan tuan ada post entry tersebut)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kesudian membaca keseluruhan entry2x yang ditulis.

      Maaf agak lambat memberikan maklumbalas serta tidak meng'update' blog disebabkan kesibukan preparation untuk event MAG 2014 EOCMotorsport.

      Insyallah tuan, akan dimaklumkan dan dibuat 1 entry berkaitan perkara tersebut. Basically, kelemahan yang ada secara jujurnya adalah 1. Beberapa defects menyebabkan kita terpaksa claimed warranty, kerap ke SC. 2. Minyak consumptions untuk short distance agak tinggi. 3. Bunyi aircond agak kuat diluar, tak boleh nak buat surprise kedatangan kita sbb dari jauh orang dah boleh dengar Exo kita nak sampai. Hahaha.

      Lebih banyak positif daripada negatif. And memang berbaloi dengan harga yang kita bayar untuk Bold CFE Turbo. Kalau daring kat karak, kita boleh overtake most imported MPV dengan lancar. :D

      Delete