22hb Februari tempohari, rakan-rakan EOCMotorsport dari Jajahan KBS telah datang ke Melaka sempena outing program mereka. So sebagai Tuan Tanah, Lendat telah turut serta menyambut serta mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan KBS dalam suasana yang cukup hormoni dengan semangat setia kawan.
Pada hari tersebut, rakan-rakan Lendat telah berjanji untuk menjemput rakan-rakan KBS di Klebang Beach Resort iaitu hotel penginapan mereka pada jam 5 petang dan seterusnya berkonvoi bersama ke Medan Ikan Bakar Crytal Bay di Alai. Aku yang pada hari yang sama ada majlis kenduri di rumah telah memaklumkan kepada Ketua Pasukan yang aku akan lewat, tidak akan menyertai konvoi dan terus sahaja ke Medan Ikan Bakar. Dan secara kebetulan pula, rakan Lendat yang tinggal satu taman dengan aku juga memaklumkan beliau akan lewat sebab tugasan kerja.
So both of us keluar bersama - sama menaiki Exo masing-masing dalam sekitar sebelum jam 6 petang. Nak dijadikan cerita, apabila kitaorang sampai nak masuk jalan Pulau Gadong, konvoi Lendat + KBS sedang melintas jalan tersebut, apa lagi, kitaorng pun masuk dan terus menyertai konvoi tersebut. Sampai di BHP berhampiran Melaka Sentral, aku dan rakanku masuk ke Petrol Station tersebut mengisi minyak serta aku masuk ke dalam untuk membuat pengeluaran RM sebab aku sasarkan untuk memasang sejenis alat yang di namakan 'Botol Power' yang di bawa oleh Ketua Jajahan KBS. 'Botol' ni memang popular di kalangan rakan-rakan EOCMotorsport kerana ianya mampu mengagihkan angin yang secukupnya ke atas komponen-komponen kereta sekaligus menjadikan respon enjin & brek lebih jelas dan tepat.
Kami sampai di Medan Ikan Bakar di Alai sebelum jam 7pm, agak aku mungkin jam 630 petang kot. Makanan telah disediakan kerana urusan tempahan telah dibuat awal. Suasana di Medan Ikan Bakar meriah dengan kehadiran keluarga rakan-rakan dari KBS dan Lendat.
Ada lebih kurang 13 Exora dari Jajahan KBS yang menyertai trip ke Melaka hari tu. Dari Lendat cuma ada 6 Exora kerana yang lain mempunyai komitmen keluarga dan tugasan kerja.
Di Medan Ikan Bakar Alai |
Dipertengahan acara makan malam, President EOCMotorsport hadir untuk menyertai kami. Banyak juga perkara yang dapat dibualkan dari cerita hari tersebut, membawa ke MAG dan membawa ke AGM EOCMotorsport yang akan berlangsung pada 1hb Mac ini.
Selesai makan malam, Ketua Jajahan KBS telah mengeluarkan 19 sampul angpau untuk acara cabutan bertuah. Acara ini khusus beliau buat untuk Tuan Tanah iaitu Lendat. Hadiah adalah .... "Botol Power". Semangat aku sebab memang hasrat aku nak pasang, kalau dapat cabutan ni memang elok sangatlah. Chances nak dapat pun tinggi sebab rakan Lendat yang hadir cuma 6 orang so nisbah nak dapat hadiah tu memang ada.
Dipendekkan cerita, selepas cabutan bertuah tu dibuat ... Alhamdulillah, aku telah berjaya memilih sampul yang mempunyai hadiah. Masa untuk pasang ditetapkan pada hari esoknya jam 10 pagi di Klebang Beach Resort.
Dari Medan Ikan Bakar Alai, kami berkonvoi sekali lagi menuju ke Banda Hilir. Lokasi pertama adalah di Masjid Selat untuk sessi bergambar bersama - sama.
Angpau bertuah |
Dari Masjid Selat, aku meminta diri untuk pulang kerana kat rumah aku masih ada ramai saudara mara yang datang.
Malam tu seronok lain macam sebab dah menang 'Botol Power'.
Pada keesokkan pagi, seawal jam 930am aku dah tiba kat Klebang Beach Resort. Sementara menanti pemasangan, aku lepak-lepak dengan rakan-rakan KBS bersembang-sembang. Then lepas tu proceed memasang 'botol'.
Lepas pasang, test perbezaan prestasi kat depan jalan hotel tu. Puas hati then aku pun mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan KBS terutama kepada Ketua Jajahan atas sumbangan 'botol' tersebut. Dari Klebang Beach Resort aku terus bergerak melaksanakan tugasan/program seterusnya untuk hari tersebut.
Sessi pemasangan 'Botol Power' |
Video rakan dari KBS sempena trip mereka ke Melaka
No comments:
Post a Comment