Sunday, April 15, 2012

Makan : Maggie Ketam

Aku dok dengar pasal kehebatan Maggie Ketam ni dah lama dah tapi baru je aku dapat rasa apa istimewanya Maggie Ketam ni.

So, semasa aku bertugas di Kota Bharu, aku pun ada bertanyakan pada salah sorang kakitangan aku kat sana tentang kat mana tempat yang best untuk makan Maggie Ketam ni sebab yang aku dok dengar selalu yang dekat Pasir Puteh. Staff aku maklumkan yang the best + popular sekali kat situ adalah di Daerah Bachok.

Aku pun set la pada 1 malam untuk makan Maggie Ketam. Kata staff aku, kedai ni kedai kampung je tapi ramai orang makan. Lokasi pun agak jauh dari bandar Kota Bharu sebab katanya tempat ni on the way nak ke Pantai Irama. Kami pun set la untuk jumpa di jalan menuju ke Pantai Irama yang mana katanya once sampai Wakaf Zain (nampak je signboard), tunggu dia di sana untuk dia guidekan masuk ke dalam untuk ke lokasi gerai Maggie Ketam tersebut.

Seperti yang telah dijanjikan, aku pun pergi la ke daerah Bachok. Disebabkan aku tak pernah lalu kawasan ni, maka aku pun bertolak agak awal. GPS aku setkan ke Pantai Irama. On the way ke Pantai Irama, aku pun nampaklah signage Wakaf Zain. Oleh kerana masih awal, aku pun direct ke Pantai Irama dulu sebab aku memang tak pernah melawat pantai ni lagi. Kata orang Pantai Irama ni adalah yang terbaik yang ada di negeri Kelantan.

Sampai je aku kat Pantai Irama, memang tak dapat dinafikan yang pantai ni memang popular. Ratusan pengunjung ada kat sepanjang pantai tu. Nak cari parking pun agak susah. Lepas parking aku terus berjalan - jalan di sepanjang pantai. Aku rasa kalau hari cuti umum, memang pantai ni akan menjadi tumpuan. Masa nak keluar dari pantai pun susah sebab kerana berbaris untuk keluar melalui jalan 1 way yang sempit. Yang mana yang dah ada kat atas jalan utama tu pun takkan bagi peluang untuk yang parking keluar, so memang kena hulurkan kepala kereta sikit - sikit, kalau nak tunggu orang bagi jalan / jalan clear, memang berjanggut la kita menunggunya.

Siap ada orang main para gliding kat Pantai Irama 
Amaran jangan mandi laut ketika musim tengkujuh di Pantai Irama
 Dari Pantai Irama, aku bawak semula kereta menuju ke Wakaf Zain. Kali ni aku sesat. Hari dah gelap, maka aku pun terlepaslah simpang yang patut aku masuk untuk ke Wakaf Zain. Aku rasa aku dah terlajak dalam lebih 10km baru aku perasan sebab aku tengok rumah pun dah jarak - jarak plus dah macam nak masuk pinggir - pinggir hutan. Aku terpaksa berpatah balik dan mencari simpang yang aku terlepas tadi.

Sampai di signboard Wakaf Zain, aku terus menghubungi kakitangan aku dan dari situ kereta aku mula mengekori kereta beliau. Aku pasti jika kita tidak pernah ke kedai Maggie Ketam ini, memang kita akan sesat untuk mencarinya sebab ada beberapa simpang yang perlu kita masuk dan kedai tersebut pulak agak kelam / gelap.

Masa aku sampai di gerai Maggie Ketam ni dah ada meja - meja yang penuh. Aku dengan semangat yang berkobar - kobar terus order Maggie Ketam untuk 4 orang makan + 1 untuk dibungkus. Penantian untuk maggie tersebut tiba pun agak lama, aku rasa nak dekat 30 minit baru maggie kami sampai. Hidangan ini akan disertakan dengan peralatan untuk 'mengopek' ketam iaitu satu pengepit (macam playar) dan satu penukul. Hebat !

Pengepit + Penukul akan diberikan untuk kasi senang kopek


Maggie Keta untuk 4 orang makan dah mari

Bila aku ceduk maggie tersebut, aku lihat yang maggie masih lagi keras (masih berbentuk segiempat). Hmmm, aku pikir memang menu ni kena makan dengan maggie keras ke. Aku pun rasa kuah maggie tersebut .... hmmmm ... rasa macam maggie kari biasa saja. Aku pun ambil la ketam yang dihidangkan. Memang ketam nipah yang ada di dalam maggie ni terbaik ! Ketam nipah ni isinya agak kenyal - kenyal dan lebih manis so memang best la.

Lepas dimasukkan ke dalam pinggan aku b4 aku menikmatinya
Aku lihat orang semakin ramai makan di gerai tersebut dan ada yang order maggie dalam jumlah yang banyak. Ada juga yang order untuk makan ketam sahaja.

Last - last setelah kami selesai menjamu selera, bil pun di bayar. Untuk hidangan 4 makan + 1 bungkus. Bil kami adalah sebanyak RM96.00. Wow, makan maggie 5 bungkus pun dah dekat RM100.00 tu. Mahal? Mungkin ya, mungkin tidak sebab yang pasti ketam nipah yang dihidangkan adalah segar dan lazat. Maggie pulak? Maggie aku rasa macam so-so saja. Adakah aku akan kembali untuk makan Maggie Ketam kat sini? Mungkin tidak kalau aku semata - mata nak drive dari Kota Bharu ke Bachok tapi mungkin ya kalau kebetulan aku berada di kawasan sekitar.

Bagi yang belum pernah try Maggie Ketam, korang wajib cuba lah !

No comments:

Post a Comment