Saturday, May 11, 2013

UNDI MENGUNDI PILIHAN RAYA

Pilihanraya? Pilih + Raya ? Kenapa Raya ?

Hahaha, well General Election ke 13 untuk negara Malaysia telah selesai pada 5hb Mei yang lalu. Beberapa hari sebelum mengundi aku masih berkesempatan ke Pantai Timur untuk tugasan rasmi dan suasana di sana memang amat berbeza dengan suasana di tempat - tempat lain. Perang poster, bendera & replika memang meriah di both Terengganu & Kelantan. First time aku ke Pantai Timur di saat-saat pilihanraya hendak diadakan. Tabik aku pada rakan-rakan di Pantai Timur !

Gambar ni aku ambik dalam Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

Kereta kebal mini - PAS

Okay, selesai sudah Pilihanraya. Kali ni memang tough for Barisan Nasional. Even pemimpin yang punyai report card cemerlang pun tumbang kepada parti lawan. BN vs PR. Nevertheless, keputusan rasmi telah diketahui yang BN masih lagi memerintah negara. Ada bantahan? As expected memang ada and it is still going on. Hopefully tiada perkara buruk yang berlaku.

Zoom in kat tempat aku mengundi. Parlimen Tangga Batu while DUN pula Paya Rumput. Yang aku pasti kat area Taman aku mengundi memang kubu BN even kat pusat mengundi pun tiada booth / khemah PR. Tapi aku harap BN jangan too complacent dengan keadaan sedia ada di area Taman ni. Kalau dah ramai menyokong, YB - YB terlibat kena lah selalu turun padang melawat ur pengundi - pengundi / penyokong - penyokong tak kira samada masa nak mengundi atau selepas undi. Aku tak sure perkembangan UMNO especially untuk Taman aku ni. Bagi aku nampak macam tak menyerlah sebab aku tak pernah dapat apa-apa jemputan yang bertitle UMNO kat dalam peti surat aku. Siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Pemuda aku pun tak pasti. Yang pasti memang macam berpolitik di dalam selimut. Or adakah aku kerap outstation sebab tu aku lost on what is happening kat UMNO di Taman aku? Well, tapi at least ada la hantar risalah or surat jemputan untuk majlis-majlis ke mesyuarat-mesyuarat ke ... no offense but I am just saying apa yang aku dah tengok sejak aku mula duduk area ni since 2003.
 
    Beratur nak mengundi (luar pagar Dewan Bunga Raya, Tanjung Minyak)

Kali ni suasana undi memang berbeza dengan tahun 2008. Beratur sampai ke luar pagar dewan. Semua orang nak mengundi, full swing dari golongan muda berambut warna warni hinggalah ke warga emas berkerusi roda. Ada yang mahukan perubahan, ada yang mahukan pengekalan.
 
Untuk warga Melaka, yang paling ralat adalah tewasnya Datuk Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil. Aku tak sure samada ada kesilapan percaturan tapi yang sure penduduk-penduduk di Parlimen tersebut mahukan perubahan pemimpin. Apa orang nak kata tentang Datuk Ali aku tak kisah sebab yang sure aku nampak perubahan yang Datuk Ali telah buat di Melaka. From Zero to Hero. Jauh berbeza Melaka dari tahun 2000 aku mula berhijrah di sini comparing dengan 2013 sekarang. Nampak perbezaan kalau letak beberapa gambar side by side. Melaka kini pesat berkembangan especially on tourism. Datuk Ali juga telah bekerja keras siang dan malam untuk warga Melaka, aku rasa dalam sehari cuma 2-3 jam je Datuk Ali dapat tidur. Juga aku tengok ada individu / persatuan yang ambil kesempatan atas Datuk Ali. Bila mereka minta bon kerajaan / sumbangan, Datuk Ali beri / layan (Datuk Ali ingat mereka akan sokong beliau) tapi di belakang dan time memangkah, mereka pangkah parti yang lain. This can't be denied sebab aku lihat sendiri benda ni berlaku. Intel BN negeri kena betul-betul buat kerja siasat setiap persatuan before supporting them kalau tidak they gained and you will loose ... unless kalau you don't mind of losing ...
 
Aku harap agar Ketua Menteri yang baru iaitu Datuk Idris akan dapat mengikut jejak Datuk Ali dalam mentadbir negeri Melaka. Kalau boleh buat yang lebih baik lagi. Lebihkan lagi rumah - rumah murah / mampu milik untuk rakyat, luaskan taburan kedai rakyat 1Malaysia dan buat event-event menghargai rakyat. And Datuk tolong naikkan semula darjat bolasepak negeri Melaka ya? Asyik Liga FAM je ... hahaha.

As this is not a blog meant for cerita cerita politik, aku tak mau cerita panjang-panjang pasal politik buat masa ni. Just cukup dengan cerita-cerita permukaan. Yang pasti kita tidak mahu ada keadaan huru hara selepas pilihanraya ini. Terima lah keputusan kekalahan & kemenangan dengan terbuka, jika ada sebarang syak wasangka akan keputusan, silalah guna saluran yang tepat untuk membuat bantahan.

Adios muchacos !

2 comments:

  1. Terbaik bro.saya pon pakai bold tpi cfe standard aje.lebih kurang encik la jugak saya kerap berkereta sana sini.boleh kata 50% dlm bandar 50% luar.bru 2 bulan mileage dah 15k km. Pengalaman saya bold mmg terbaik dr segi laju tp selesa tu kira sgt boleh lagi tp bukan terbaik.mgkn sbb cfe standard kot. Myk ok.dlm bndr 20sen 1km tp jln jauh suprise surprise sy boleh dpt 14 sen ajer.dr j.b ke kuantan saya refill semula kt kuantan cuma rm50 dgn jarak 350km dan speed average 130km.err psl pru ni sy pon blik masa lepas dpt kete 3 hari b4 pru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks bro hamdan. :D

      Betui, dalam town ada berat sikit penggunaan minyak tapi long distance memang baik. Semangat la ye balik mengundi bawak Bold CFE baru !

      Delete