Sunday, December 30, 2012

Almost New Year !

Hmmm, memang lama aku tak post dalam blog ni. Agak tersangat busy towards the end of tahun ni. Banyak trip outstation dan of course-lah bila ke outstation, banyak pengalaman yang aku dapat dengan Exoraku. :D


Started September 2012, aku rasa lebih 7 kali aku driving long distance. Mostly ke Kelantan & Terenggannu. Nasib baik trip aku ke Pantai Timur yang sepatutnya aku pergi 23hb hari tu, cancelled. Kalau tak, memang mencabar habis sebab keadaan banjir sekarang di Kelantan & Terengganu.

Antara perkara yang ralat adalah aku terpaksa batalkan hasrat untuk menyertai Year End Gathering EOCM di Pulau Pinang kerana kesibukan bekerja & outstation. Sayang sebab aku tak pernah lagi ikut konvoi yang melibatkan banyak kereta. So aku terlepas peluang untuk mendapat pengalaman tersebut sekaligus terlepas untuk bercuti - cuti.

Tapi aku ke Utara jugak pada bulan November atas urusan kerja. Aku ke Sungai Petani, Pulau Pinang & Ipoh. Trip pendek 4 hari 3 malam.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat aku ambik thru 'camera tak bagus' Blackberry aku sepanjang bulan September 2012 - Disember 2012.

First Time makan kat Vivo Restaurant. Verdict? Okay la, pizza yang aku order tak leh lawan la pizza dari Domino but definitely better than Pizza Hut

Satu pokok unik yang di tanam di Hospital Dungun. Namanya memang unik tapi mempunyai khasiat herba yang tinggi untuk golongan wanita.
Beli selipar kat Batu Feringghi, Pulau Pinang. (Fipper)
Check in 1 malam kat Hotel Emerald Puteri, Sungai Petani. Boleh tahan hotel ni.
Kalau ke Kelantan, balik je aku mesti beli beras wangi siam. Memang sedap + murah. Tapi orang kata beras wangi ni tak baik untuk kesihatan. Aku suka sebab bau wangi + rasa macam makan pulut.

Selalu bila aku overnite di Kuala Berang, aku akan tidur kat Anggerik Impian. Tapi masa recent trip, Anggerik Impian dah penuh so tuan punya homestay cadangkan aku ambil 1 lagi homestay beliau yang namanya Anggerik Kirana. Sebuah rumah ni ada 3 bilik harga RM270.00/nite. Rumah ni memang spacious & bersih. Cuma kena upgrade beberapa perkara untuk bagi padan dengan harga e.g. setiap bilik kena ada aircond (sekarang cuma 1 bilik), setiap bilik air (ada 2) perlu dipasang water heater & TV kena letak Astro.
Buah manggis ni aku beli masa kat Gua Musang. Setiap hari Khamis/Jumaat akan ada macam Pasar Tani kat area berdekatan dengan Hospital Gua Musang. Memang puashati manggis yang aku beli ni dengan harga RM10 untuk 3 kilo. Aku pun ada beli jagung manis ala macam jagung belang² cameron tu. Rupa memang sebijik sama, aku pun syok sebab ianya dijual dengan harga 6 batang RM10. So aku tak lepaskan peluang belilah 12 batang. Tapi nak dipendekkan cerita, memang failed la sebab tak manis macam yang asal dari Cameron tu.
Pesawat selamat tiba di pejabat di Tanah Merah, Kelantan.
Ni dinner aku masa di Kota Bharu baru-baru ni. Lamb Chop kat PK Corner, betul² di tengah bandar Kota Bharu. Bukan first time aku makan lamb chop kat sini sebab kalau aku kat KB, sure aku akan cuba tak lepaskan peluang makan lamb chop PK Corner sbb beside rasanya yang lazat, potion meal pun banyak. Memang sure kenyang. Highly recommended !
Kat Penang, aku singgah beli beberapa jeruk dari Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Tiba² aku ternampak air ni. Memang rare-lah air jus buah pala ni. So aku beli sebotol untuk rasa. Boleh tahan la .. hehehe
Dalam seumur hidup aku, inilah pertama kali aku nampak awan berwarna warni. Masa ni tengah drive dari rumah nak ke Tesco Melaka. Sebab first time, aku pun tak sure apa benda ni. Tapi lepas siasat², aku dapat tahu yang ni dalam English di panggil Chemtrail. Satu kejadian semulajadi yang memang jarang² berlaku.

View dari bilik aku kat Hotel Emerald Puteri Sungai Petani. Bukak² langsir nampak Exit Highway PLUS Sungai Petani South. Hehehe.
Masa trip di Penang, sempat aku beli rokok electric dalam usaha nak kurangkan / stop merokok (tembakau). Ni 4 perasa yang aku sekarang hisap. Rasa memang la macam hisap Sisha tapi since beli rokok electric ni, pengambilan rokok bertembakau dah berkurang. Harap2 one fine day aku akan dapat berhenti terus dari hisap rokok.
Ni hotel Emerald Puteri, Sungai Petani. Ni jugak pertama kali aku tidur kat Sungai Petani.
Kalau dah jauh drive & terasa penat ... take a break dulu ...
Salah satu sebab kenapa aku malas nak meeting kat KL time awal pagi sebab ni la. Jemm once masuk Sungei Besi.
Lamb Kabsah Restoran Saba, Putrajaya. Masa aku balik dari KL, aku singgah kejap di Putrajaya semata - mata sebab teringatkan Lamb Kabsah Restoran Saba yang sedap tu. Tapau 3-4 bungkus pastu terus balik Melaka.

So, not much actually untuk cover aktiviti aku selama 4 bulan aku tak buat entri untuk blog ni. Insyallah akan cuba update sekerap yang boleh pada 2013 nanti.

Until next time !