Sunday, June 8, 2014

Tukar Warna Sport Rim

Atas nasihat rakan-rakan, maka somewhere on February aku telah menghantar keempat-empat 'kasut sukan' Exo aku ke sebuah kedai tayar di Ayer Keroh untuk proses mengecat. Warna pilihan adalah warna kuning sempena untuk 'matching'kan dengan konsep warna Exo aku.

Proses untuk mengecat kena ambil 2 hari sebab sehari mengecat dan sehari untuk bagi kering. Namun sebab aku ada majlis dalam hari yang terdekat, aku minta untuk ambil ekpress iaitu cat petang, esok pagi ambik. Kedai tak advise aku buat macam tu sebab cat masih belum 100% kering, tapi degil punya pasal, aku ambil jugak pada keesokkan pagi. Kesannya? Memang betul kata kedai tu, cat belum kering dan beberapa spots dengan cepat tertanggal dari permukaan rim.

Masuk rim kompang yang dipinjamkan oleh kedai tayar
Rim yang telah siap di cat
Telah siap disarung semula


2 comments:

  1. salam bang... berapa harga rim macam tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, harga lepas swapped dengan rim & tayar standard dalam RM1.6k tapi ada extra lagi sebab kena beli nut, damper etc mau dekat RM2.1k kot beli aritu. :D

      Delete