Wednesday, December 25, 2013

Sport Rim : Tukau or Not?

Sejak dari aku memiliki Exoraku, memang ramai juga rakan-rakan yang mencadangkan aku untuk menukar Sport Rim. Standard Sport Rim yang datang bersama Exoraku bersaiz 16 ni kalau ikutkan not bad rupa dia tapi sedia maklum lah, orang dok kata too common.

Aku tak pernah tergerak hati nak tukar Sport Rim lebih-lebih lagi bila aku dengar kalau kita tukar sport rim yang standard ni, warranty untuk absorber serta suspension akan secara automatic terbatal. Lagi satu aku pun ada rakan yang telah menukar Sport Rim melangkaui 1 saiz daripada saiz asal dan rungutan lebihan oil consumption kedengaran hinggakan beliau kembali bertukar ke Sport Rim bersaiz asal.

Hmmm ... tapi lately sejak dua menjak sebulan dua nie terasa keinginan nak tukar Sport Rim muncul. Adoiii, kenapa perasaan nak menukau ni ada pun aku tak sure. Maka dengan masih berlandaskan keputusan 50-50, aku pun ada la buat beberapa light survey untuk Sport Rim ni especially untuk 1 Sport Rim yang spesifik iaitu yang berjenama Vossen. Vossen ni kira trend sekarang kot. Baru tengok ... hati berkeney pulok doh.

Ditambah dengan 'keracunan' daripada sahabat-sahabat serta rupa paras Exoraku yang dah agak rugged hasil tampalan sticker berkonsepkan helang, maka keinginan tu macam menjadi-jadi lah.

Still unsure whether to tukau or not. Cost wise hasil daripada survey boleh dapat bawah RM2k untuk Vossen CV3 17 Inci siap tayar dengan syarat trade in Sport Rim & Tayar Ori Exora. Cuba tengok gambar kat bawah ni ... memang macam memanggil-manggil untuk di beli ...

Yang aku dok aim yang kaler kuning hitam tu ... sama tema dengan design sticker raptor pd Exoraku
Apa-apa pun biar waktu menentukan, biar aku pikir lagi 5-6 kali and kalau nak tukau pun mungkin pada awal Januari 2014. Hihihi

Wednesday, December 11, 2013

Sambutan Akhir Tahun (SAT) 2013 - EOCMotorsport (Part 2)

Fun Drive secara berkonvoi untuk melawat beberapa lokasi menarik di Kuala Terengganu di rancang bermula dalam sekitar jam 1030 pagi. Anak-anak seawal jam 630 pagi dah mula aktif dalam bilik hotel. Kami turun ke bawah untuk bersarapan dalam sekitar jam 8 pagi. This time sarapan tidak lagi di main Coffee House tetapi group EOCMotorsport disediakan 2 bilik khas untuk sarapan. Menu tidak sebanyak seperti yang ada di dalam main Coffee House tetapi cukup untuk lapik perut.

Dalam sekitar jam 10 pagi, semua peserta dan keluarga sudah mula berlegar-legar di kawasan lobi dan di pesawat masing-masing. Briefing kepada peserta dibuat dalam jam 1030 pagi dan flag off pula dalam lebih kurang jam 11 pagi. Konvoi yang berlepas diiringi oleh Polis Trafik. Memang seronok bila berkonvoi bersama kawalan Polis Trafik. Konvoi bergerak lancar tanpa halangan atau gangguan. Peserta cuma perlu beri perhatian kepada rakan di hadapan dengan jarak antara pesawat yang selamat. Ini bagi mengelakkan kejadian langgar belakang sekiranya kenderaan di hadapan brek secara mengejut.

Geng Lendat Melaka bergambar sebelum acara konvoi bermula
Pilot-Pilot menanti briefing oleh Marshall bertugas

Kuda Kuda Putih Polis Trafik yang bertugas membantu konvoi kami
Destinasi pertama untuk aktiviti konvoi ini adalah ke Noor Arfa Batik. Setelah semua selamat tiba di lokasi ini, acara adalah bebas dengan membuat lawatan di sekitar pusat batik tersebut. Aku memang tak buat sebarang sasaran untuk membeli apa-apa di sini sebab memang aku & family dah biasa ke Terengganu plus baju batik yang sedia ada pun tak terpakai oleh kami. So bagi kami, we just pusing-pusing sekitar pusat batik, beli keropok twisties serta ice cream dan lepak-lepak bersantai di dalam premis tersebut. Kat sini apa yang aku tengok, harga batiknya boleh tahan. Tak dinafikan kualiti batik yang dikeluarkan oleh Noor Arfa adalah baik. Demonstrasi melukis batik juga ada di sini. Dan pada tengaharinya pihak penganjur ada menyediakan khemah beserta makan tengahari. Lauk tengahari tu adalah Tongkol Masak Singgang, Ikan Goreng dan Masak Lemak Putih Sayur serta Sambal Belacan. Hahaha, memang sedap la tapi kombo ni memang confirmed anak-anak serta wife aku tak makan. So yang ambil nasi ni cuma aku je la.

Di Noor Arfa Batik
Pesawat parking di luar pagar Noor Arfa Batik

Dari Noor Arfa Batik, konvoi bergerak pula dengan iringan Polis Trafik ke Taman Tamadun Islam. Bagi kami, we just visited pusat perlancongan ni last year so sekali lagi kami tidak merancang untuk masuk ke Taman Tamadun Islam. Di sini perkara pertama yang aku & family buat adalah cari makan. Ada sebuah restoran di sini so kami pun pilih menu masing-masing. Aku beli semangkuk Mee Kari dengan harga RM5.60. Sedap juga Mee Kari kat sini sampai anak aku yang umur 2 tahun tu pun suka. Ramai juga peserta yang masuk ke Taman Tamadun Islam dan ada yang menaiki River Cruise. Setelah selesai kami late lunch, family decided untuk masuk ke dalam pesawat menunggu untuk berkonvoi ke destinasi seterusnya. Bagi aku, aku just pusing-pusing kawasan sambil bersembang-sembang dengan rakan-rakan EOCMotorsport yang ada. Ada juga yang menunggu di dalam Exora masing-masing sebab keletihan dan mengambil kesempatan untuk berehat, take a nap.

Di Taman Tamadun Islam
Bantuan Polis Trafik Terbaik !
Memang mesra polis yang bertugas siap boleh buat sign peace bila nampak anak nak ambik gambar beliau

Selesai di Tamadun Islam, konvoi bergerak pula ke Pasar Payang. Kali ini konvoi bergerak dalam kumpulan kecil dengan 10 ke 15 Exora per kumpulan. Ini memandangkan tiada lagi 'escort' daripada Polis Trafik. Aku di dalam kumpulan yang pertama keluar dari Taman Tamadun Islam. Ramai juga yang tidak bergerak ke Pasar Payang sebaliknya mungkin mempunyai destinasi lain yang ingin mereka tuju. Kat Pasar Payang, aku dan family beli beberapa helai T Shirt buat anak-anak dan pergi ke kedai keropok yang tuannya sudahpun kami kenal. Setiap kali aku ke Pasar Payang, memang kedai dia la yang aku dok beli. Happy dia jumpa kami dan kami pun beli la beberapa bungkus keropok kering serta dodol untuk di bawa pulang. Aku tak beli Keropok Lekor sebab aku rancang untuk beli keropok lekor di kawasan lain.

Pesawat R3 Raptor bersedia nak balik ke hotel selepas membeli belah di Pasar Payang

Balik dari Pasar Payang adalah pergerakan solo atau masing-masing. Dari Pasar Payang, aku drove ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati makan petang berupa juadah celup tepung. Harga makanan celup tepung kat Batu Buruk ni is quite cheap jika dibandingkan dengan menu yang sama di Pantai Cinta Berahi di Kelantan. Kat sini secara kebetulan aku bersua dengan rakan EOCMotorsport dari Sarawak yang turut datang bagi memeriahkan acara SAT ini. Kami bertukar-tukar pengalaman dan nombor telefon.

Malamnya pula aku membawa family keluar untuk makan malam di gerai favorite aku yang terletak bersebelahan dengan Hotel Tanjung Vista. Hotel Tanjung Vista ni memang jadi pilihan #1 aku kalau aku bertugas kat Kuala Terengganu, so gerai sebelah tu memang jadi lokasi tetap untuk aku dinner. Gerai simple tapi masakan sedap terutama Nasi Goreng Cili Padi & Sup Tulang. Habis dinner, kami balik ke hotel dan aku rasa malam tu sebelum jam 12 malam, aku pun dah terlelap akibat keletihan.

Pada hari terakhir SAT, kami bangun sedikit lewat sebab aku nak make sure semua ready untuk perjalanan pulang. Pagi tu ada sessi ambik-ambik gambar termasuk gambar untuk pemenang-pemenang Exora Kemahhh. Kata penganjur akan masuk majalah Otomania Edisi Januari 2014. Selepas breakfast, family naik ke atas buat preparation barang-barang untuk check out while aku lepak sebentar di bawah bersama rakan - rakan yang lain. Group Melaka Lendat telah check out awal sebab mempunyai perancangan untuk ke Pasar Payang membeli belah sebelum bertolak pulang ke Melaka.

Suasana sibuk di entrance Primula pada hari terakhir dengan semua bersiap sedia untuk pulang

Aku check out dalam lebih kurang pukul 11 pagi dan terus bergerak balik. Route perjalanan aku masih sama iaitu seperti route yang aku datang tempohari. Tapi kali ni aku rancang untuk masuk ke jalan Jerangau-Jabor once aku sampai di Kerteh/Paka. Risau gak aku dengan kondisi kat sempadan Cherating/Kemaman tu takut-takut air naik lagi tinggi sebab masa aku check out, cuaca memang gelap dan hujan lebat.

Perjalanan dari Kuala Terengganu hingga ke Paka adalah baik walaupun hujan. Aku tengok Dungun dah kering, tidak seperti hari yang aku datang yang mana jalan-jalan penuh dengan lopak-lopak air. Sebaik sampai di Paka, aku mengambil jalan ke kanan untuk masuk ke jalan Jerangau-Jabor. Aku berhenti untuk bertanya dengan orang-orang tempatan akan jalan tersebut dan mereka kata adalah lebih baik aku ikut jalan pantai sahaja sebab jalan pantai dah cantik, tiada banjir. Aku pusing balik ke Paka, beli lunch di Mcdonald Kerteh dan singgah makan di R&R Pantai Kemasik. Selepas makan, aku bergerak ke Chukai dan jalan agak sesak di Chukai tapi jalan yang tutup tempohari telahpun dibuka. Air dah tiada atas jalan. Dari Chukai ke Cherating, Alhamdulillah jalan yang dinaiki air hari tu dah boleh lalu. Kawasan banjir kat pintu gerbang sempadan dah kering. Aku singgah di gerai keropok iaitu Kedai Keropok Kita yang memang aku plan nak beli keropok lekor kat sini untuk beli beberapa batang keropok lekor. Di lokasi ni aku menghubungi rakan - rakan dari Melaka dan memaklumkan yang mereka tidak perlu masuk jalan Jerangau-Jabor sebaliknya boleh terus ikut jalan tepi pantai.

Dari Cherating aku masuk LPT untuk terus ke Karak. Di LPT cuaca baik dan ada kalanya hujan tapi mostly 80% perjalanan di dalam cuaca yang baik. Ini membolehkan aku bergerak lebih laju di atas lebuhraya. Selesai di LPT, aku masuk Karak dan berhenti di R&R Genting Sempah untuk mengisi Petrol. Aku exit Tol Karak-Gombak dalam lebih kurang jam 520 petang. Aku expect akan sampai Melaka dalam jam 730 paling lewat tapi jangkaan aku salah. Masuk ke MRR dari Gombak .... trafik amatlah sesak, siput pun lagi laju la. Bergerak tak sampai 2 meter, berhenti dekat 5 minit, bergerak 2 meter berhenti 5 minit. Adoi, letih aku kat sini. Aku potong kiri jalan untuk masuk DUKE pulak sebab kalau ikut rentak MRR, mau pukul 8 pun tak sampai Sungai Besi lagi. Aku masuk DUKE pun dah dekat Maghrib. DUKE bergerak lancar tapi bila masuk ELITE ... sesak lagi. Same condition macam MRR2, cuma laju sikit dari siput tapi at par dengan kura-kura. Bila dah lepas Exit Subang Jaya baru la kenderaan bergerak lancar. Aku memang dah letih abis dah time tu, mata dah pedih-pedih keletihan. Tapi alang-alang dah sampai situ, aku gagah jugak untuk balik ke Melaka walaupun aku ada terlintas nak berhenti keluar mana-mana exit dan cari hotel untuk berehat.

Driving kat PLUS Highway walaupun kereta banyak tapi bergerak lancar. Aku dah tak boleh nak speeding dah sebab terlalu letih. Aku sampai Melaka lebih kurang jam 1030 malam. Berhenti beli Nasi Lemak Cheng untuk dinner dan sampai rumah nak dekat jam 11 malam. Traveling balik ni nampaknya lebih letih daripada traveling pergi meskipun cabaran banjir serta hujan masa traveling pergi adalah lebih teruk.

So, itu lah cerita aku untuk SAT 2013. A great event dengan penganjuran yang baik oleh Geng EOCMotorsport Be'keng Terengganu. Weaknesses memang ada tapi mana ada event yang 100% perfect. Aku tengok rakan-rakan Terengganu telah bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan event ini berjalan lancar dan menggembirakan semua peserta. Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran SAT 2013 ini. You guys dah did your level best ! Tahniah !

Insyallah next gathering event akan berlangsung di Melaka dan kami daripada Geng Lendat Melaka pula akan menjadi hos seterusnya. Perancangan asas telah dibuat dan bergeraknya AJK untuk next event akan berlaku dalam sedikit masa lagi insyallah.

Terima kasih EOCMotorsport atas penganjuran SAT 2013 ini ! Bravo ! Gracias !


Sambutan Akhir Tahun (SAT) 2013 - EOCMotorsport (Part 1)


Ini event adalah salah satu event besar anjuran EOCMotorsport untuk tahun 2013, penutup segala official event rasmi daripada pengurusan pusat EOCMotorsport untuk tahun ni. Bermula dari 7hb Disember dan berakhir pada 9hb Disember yang lalu. Aku secara langsung terlibat sebagai peserta untuk aktiviti ini dan inilah catatan aku untuk event ini.

Memandangkan acara ini merupakan satu acara besar, perancangan untuk pendaftaran bagi acara ini telah dibuat beberapa bulan yang lalu. Aku yang teragak-agak samada aku boleh ke tidak untuk sertai acara ini nekad untuk mendaftar meskipun aku tak sure samada pada tarikh tersebut aku dapat bercuti ataupun tidak. Kekecewaan gagal untuk menghadirkan diri setelah pembayaran dibuat pada acara Year End Gathering tahun lepas masih terasa sebab ada tugasan adhoc di saat-saat akhir. Nak pull out daripada event dah tak boleh. So this time, aku tetap bertekad untuk sokong usaha rakan-rakan sekelab dan buat pendaftaran terlebih dahulu.

Lokasi untuk Sambutan Akhir Tahun (SAT) ini telah ditetapkan untuk diadakan di Negeri Terengganu Darul Iman. Aku mulanya agak pelik juga sebab apa Terengganu di pilih memandangkan tarikh perancangan jatuh pada bulan Disember dan kita semua sedia maklum yang Disember ni kalau area kat Pantai Timur memang berisiko untuk menghadapi musim banjir. Tapi setelah aku faham yang tahun ini merupakan Tahun Melawat Terengganu dan sebagai sokongan kepada promosi tersebut, aku rasa tak salah untuk ianya diadakan di sana walaupun mungkin ada risiko untuk bertembung dengan bencana banjir.

Secara automatik, apabila acara ini diadakan di Negeri Terengganu, maka sahabat-sahabat EOCMotorsport dari Terengganu akan menjadi penganjur serta hos untuk acara ini. Usaha Geng Be'keng (EOCMotorsport Terengganu) nampak kesungguhannya dengan membuat perancangan awal yang begitu teliti yang memakan masa berbulan lamanya. Salute kepada pasukan EOCMotorsport Terengganu.

Tempat penginapan yang ditetapkan oleh penganjur adalah di Primula Beach Hotel. Tak sangka aku penganjur akan bekerjasama dengan salah sebuah hotel yang tersohor di Kuala Terengganu. Dan pakej yang penganjur sediakan adalah pelbagai mengikut jenis bilik serta ada juga pakej yang tidak memerlukan peserta untuk menginap di Primula Beach Hotel. Untuk pakej yang aku pilih, jumlah keseluruhan yang aku perlu bayar adalah sebanyak RM500.00 bagi pakej program SAT selama 3 hari 2 malam. Deposit awal pendaftaran memerlukan aku untuk membayar sebanyak RM250.00 (50% deposit). Setelah membayar wang deposit, aku bertanya kepada AJK SAT samada aku boleh masuk sehari lebih awal iaitu pada 6hb dengan tambahan kos RM200.00. AJK memberi lampu hijau untuk aku terus berhubung dengan Pengurus di Primula Beach Hotel yang kebetulan juga merupakan ahli EOCMotorsport bagi beliau menguruskan permintaan tersebut.

Alhamdulillah, cuti aku lulus di saat-saat akhir sebelum acara SAT berlangsung. Dan kebetulan pada minggu acara SAT ni, bencana banjir telah melanda negeri - negeri di Pantai Timur termasuklah Terengganu. Team EOCMotorsport dari Melaka telah merangka perancangan untuk berkonvoi pada malam 6hb dan dijangka tiba di Kuala Terengganu pada pagi 7hb. Bagi aku, aku tidak akan dapat menyertai konvoi tersebut kerana aku lebih selesa memandu di waktu siang dan telahpun membuat bayaran check in awal iaitu pada 6hb Disember 2013.

Sticker rasmi event di tampal sehari sebelum bertolak ke Kuala Terengganu
Pada 5hb tersebut, aku mendapat input dari pelbagai sumber akan jalan-jalan yang telah dinaiki air / jalan yang terputus akibat banjir. Aku perlu merancang route laluan dari Melaka ke Kuala Terengganu. Mujur aku kerap ke Kuala Terengganu sebelum ini atas urusan kerja so aku dapat bayangkan laluan yang aku akan pilih. Bila kita dapat info dari pelbagai sumber, maka pelbagai jugalah info berbeza yang diperolehi. Yang pasti, laluan paling selamat yang boleh aku ikut adalah Melaka - PLUS - KL - Gombak - Karak - LPT - Jabor - Bukit Besi - Paka/Kertih - Dungun - Kuala Terengganu. Tapi gerak hati aku lebih untuk ikut laluan Melaka - PLUS - KL - Gombak - Karak - LPT - Jabor - Cherating - Chukai - Kerteh - Dungun - KualaTerengganu. Pada 5hb tu memang Kemaman adalah daerah yang paling teruk dinaiki air tapi aku yakin akan ada jalan potong di dalam pekan Chukai itu sendiri untuk sampai ke Dungun dan seterusnya ke Kuala Terengganu.

So pada 6hb tu, aku bersama keluarga bertolak dari Melaka dalam sekitar jam 9 pagi. Setiba di Pedas Linggi, hujan dah mula turun. Trafik lancar sehingga ke Gombak. Aku berhenti seketika di Petronas Gombak untuk pengisian Petrol sebelum masuk ke Lebuhraya Karak. Dari Gombak ke Karak, cuaca mendung dan sebaik keluar daripada terowong Karak, hujan mula turun, kadangkala lebat kadangkala renyai. Aku maklumkan kepada isteriku yang aku akan berhenti di Temerloh untuk makan tengahari. Bila dah masuk LPT dan tiba di Temerloh, family semua masih lagi kenyang sebab kami bawa bekalan roti serta karipap yang di makan di dalam pesawat. So planning next stop adalah di Gambang. Jalan di LPT agak teruk sedikit akibat banyak lubang-lubang di lane kiri manakala di lane kanan pula ada lopak-lopak air, so pemanduan tak dapat nak laju lebih-lebih lagi hujan sepanjang jalan. Bila sampai di Gambang, sekali lagi aku bertanya samada nak berhenti makan ataupun tidak, wife bagitahu tak lapar termasuk anak-anak. So aku teruskan perjalanan sehingga penghujung LPT iaitu Exit ke Jabor. Dari Jabor, aku ikut arah ke Sg Ular dan Cherating. So far so good cuma kena bawa perlahan sebab lopak air dan lubang pada jalan.

Sebelum tiba di pintu gerbang sempadan Pahang-Terengganu ... aku tengok banyak kereta berhenti di tepi jalan dan rupanya jalan tersebut telah terputus akibat banjir. Bermula dari stesyen minyak dan pusat jualan keropok air dah naik. Aku pun sama berhenti di tepi jalan. Banyak kereta mula berpatah balik. Aku tahu kalau aku berpatah balik, aku boleh ikut laluan Jabor Jerangau Bukit Besi tapi berat pulak rasa hati nak pusing semula. Aku kemudian bersama beberapa pemandu lain nekad untuk meredah banjir tersebut dengan bantuan penduduk - penduduk setempat. Terima kasih kepada mereka kerana bersusahpayah secara sukarelanya memberi panduan jalan sambil berdiri di dalam air bah untuk memastikan kenderaan yang ingin meredah air dapat meredah laluan yang paling cetek dan selamat. Family aku dah rasa cuak, aku pun cuak tapi buat-buat confident le sebab ada lagi 5 ke 6 buah kereta yang akan meredah bersama. Alhamdulillah, Exoraku selamat meredah air bah tapi kami terpaksa masuk ke satu kawasan Taman untuk memintas laluan yang telah ditenggelami air tersebut. Kata penduduk di sana, air di kawasan berdekatan dengan pintu gerbang tu dah naik setinggi paras dada.

Cherating ke Chukai. Jalan terputus di kawasan sempadan Pahang-Terengganu.
Beberapa kenderaan termasuk Exoraku berhenti di bahu jalan memikirkan strategi route alternatif
Lepas dalam 10 minit berfikir, aku decided untuk redah banjir
Selepas berjaya melepasi kawasan banjir, aku meneruskan pemanduan ke Kerteh dan Paka untuk masuk ke daerah Dungun. Perjalanan juga perlahan kerana lopak air yang banyak tetapi lancar. Dungun juga sama, banyak benar lopak-lopak air di kiri kanan jalan. Selepas bandar Dungun, hujan tidak lebat sebaliknya hanya turun sedikit sahaja namun matahari masih belum kelihatan. Laluan dari Rantau Abang ke Kuala Terengganu adalah sangat baik. Kat sini dah boleh speeding sebab jalan cantik dan tiada lopak air.

Pesawat tiba di Primula Beach Hotel dalam sekitar jam 6 petang. Once sampai, aku terus check in dan mendapat bilik bernombor 606. Bilik Exec. Deluxe ini akan menjadi 'sarang' sementara kami untuk 3 malam yang seterusnya. Masuk je bilik, semua dah lapar. Lauk yang kami bawa dari Melaka tadi dijamah dengan penuh selera. So sebab kami makan lewat, malamnya kami dah tak lapar. Bilik yang aku dapat ni terdapat 2 katil single meskipun aku nak 1 katil double. Not bad, ada ruang luas di tepi katil untuk anak-anak bentang Toto. Bilik ni pun ada verandah yang mengadap ke laut. Ombak laut memang ganas ler time-time macam ni. Dalam waktu Maghrib, aku turun ke Exoraku untuk mengambil bekalan air mineral dan terserempak pula dengan seorang rakan EOCMotorsport dari Johor yang juga bergerak solo pada hari tersebut. Beliau bertolak dari Batu Pahat juga pada awal pagi. Selepas berborak ringkas memandangkan beliau baru sampai dan baru nak check in, aku terus naik ke bilik. Aku dan family tidak keluar ke mana malam tu sebaliknya semua terlena awal kecuali aku yang jam tunjuk pukul 1 pagi pun masih terkebil-kebil cuba nak lena. Memang letih tapi mungkin excited kot untuk tunggu pagi esok yang merupakan hari pendaftaran rasmi acara SAT ini.

Selamat tiba di Primula Beach Hotel dalam jam 6 petang

Keesokkannya semua telah bangun awal subuh dan siap-siap. Kami turun untuk bersarapan pada jam 730 pagi. Coffee House berkeluasan sederhana, cuma aku rasa hotel patut lebihkan variasi makanan buffet breakfast mereka. Ada variasi tapi tak as aku expected bila compare dengan harga bilik yang mereka tawarkan. Lepas breakfast aku terserempak dengan rakan EOCMotorsport yang bekerja dengan Primula dan kami berpakat untuk bersama-sama ke Terengganu Equestarion Resort (TER) yang merupakan Checkpoint 1 (CP1) bagi acara ini. Keluar je dari Primula, hujan pun turun lagi. Jarak dari Primula ke TER tak jauh, lebih kurang 15 minit drive je. Sampai di TER, Exoraku antara yang terawal sampai. Aku menghubungi rakan Lendat (EOCMotorsport Melaka) untuk bertanya status lokasi mereka sebab mereka bertolak lewat malam sebelumnya. Aku dimaklumkan yang mereka mungkin tidak berkesempatan untuk mendaftar di TER dan akan terus ke Primula untuk mendaftarkan diri.

Berbaris sebelum Flag Off di Terengganu Equestarion Resort

Di TER, sarapan pagi ringkas ada disediakan oleh rakan-rakan Be'keng berupa Nasi Lemak dan Mihun Goreng. Anak aku yang tak berapa nak selera dengan variasi makanan di Coffee House Primula nampak berselera menikmati Mihun Goreng yang disediakan. Detik demi detik, pesawat Exora kian bertambah di TER. Rakan-rakan dari pelbagai negeri mula memenuhi khemah yang disediakan dan suasana pendaftaran menjadi sibuk. Dengan mendaftarkan diri, aku diberi sebuah Goodies Bag yang berisi T Shirt Acara dan beberapa cenderahati yang lain. Apabila hampir jam 11 pagi, taklimat ringkas diberikan oleh penganjur dan kami semua masuk ke pesawat masing-masing sebelum pelancaran (flag off) di lepaskan oleh Pengurus Besar TER. Perjalanan konvoi singkat dari TER ke Primula bergerak baik secara 15 Exora 1 kumpulan yang di kepalai oleh Exora tuan rumah.

Sarapan ringan di sediakan di TER
Pendaftaran di TER

Sampai di Primula, semua peserta mula sibuk mendaftarkan diri untuk check in. Aku dan family terus naik ke bilik kami. Kemudiannya aku turun untuk bergaul dengan rakan-rakan EOCMotorsport yang ada serta menanti rakan Lendat tiba. Alhamdulillah, rakan Lendat tiba dalam sekitar jam 12 tengahari dan perjalanan mereka juga diberitakan lancar. Aku naik semula ke bilik dan disebabkan waktu telah hampir jam 1 tengahari, aku membawa keluargaku turun untuk makan tengahari. Aku rancang untuk membawa mereka menikmati Nasi Ayam Yunnan yang menjadi kegemaranku setiap kali aku bertugas di Kuala Terengganu. Lokasi gerai Nasi Ayam Yunnan ni pun amat hampir dengan Primula so ianya menjadi pilihan kami untuk lunch tengahari tu. nak dijadikan cerita, masa menuju ke pesawat, aku dipanggil oleh rakan penganjur untuk daftarkan Exoraku bagi acara Exora Kemahhh. Aku jawab tak perlu sebab dalam kereta memang semak dengan makanan serta minuman yang dah tertumpah, maklum saja bila ada anak-anak kecil pasti dalam pesawat berselerak. Sticker aku pulak dah tak kemas sebab sentiasa basah so ada part yang dah terkopek-kopek. Namun atas pujukan penganjur, aku pun daftarkan Exoraku untuk pertandingan tersebut.

Suasana Check In di Primula
Makan tengahari di Nasi Ayam Yunnan memang best. Lama betul aku tak makan kat sini sejak projek Pantai Timur berakhir Mei lalu. Kualiti rasa masih sama seperti dulu, sedap la. Berselera kami makan sekeluarga. Habis makan tengahari, kami kembali ke bilik hotel. Aku turun sebentar untuk tengok samada pertandingan Exora Kemahhh yang dijadualkan pukul 3 petang tu dah start ke belum. Aku tunggu di bawah tapi tak nampak ada hakim yang pergi ke pesawatku. Aku patut parking kat tempat lain ke? Aku pun buat tak kisah dan bersembang bersama President dan Vice President 1 EOCMotorsport kat tempat registration. Pelbagai topik kami sembang, agak lama jugak. Rasanya mau lebih 30 minit. Mostly kami dok plan untuk next event yang akan diadakan di Melaka pulak, somewhere dalam bulan Mei tahun depan insyallah.

Selesai bersembang-sembang, dalam sebelum jam 5 petang kami bersurai dan aku kembali ke bilik dan berehat. Selepas waktu Maghrib, dengan berbaju batik kami sekeluarga menuju ke Grand Ballroom untuk Majlis Makan Malam & Perasmian. Malam tu selepas acara makan malam dan perasmian, ada acara cabutan bertuah. Alhamdulillah, nombor yang ada kat tangan aku dapat la salah satu daripada hamper yang penganjur sediakan. Dan yang paling tak sangka Exoraku menang tempat ke 5 bagi acara Exora Kemahhh yang diadakan petang tu. Bila masa depa check Exoraku pun aku tak perasan. Alhamdulillah. Majlis Makan Malam ni boleh tahan la, penuh dengan acara dan MC did a good job. Kelemahan memang ada tapi penganjur dah did their best untuk pastikan Majlis Makan Malam ni berjalan lancar. Mana-mana event sure akan ada kelemahan so aku harap peserta-peserta jangan terlalu put high expectation untuk majlis yang sempurna. It was a good event dinner. Btw, lepas makan malam tu ... perut lapar lagi so order la Mee Goreng Mamak thru Room Service dengan harga RM26.00 sepinggan. Wah, aku order Mee Goreng Mamak thru Room Service kat Pan Pac KLIA (now Sama-Sama) pun tak sampai harga RM26.00 tu. Hihihi.

Event Dinner
Dinner di dalam Grand Ballroom, Primula Beach Hotel

Malam tu sekali lagi aku terkebil sorang-sorang tak boleh nak lena meskipun jam dah pukul 1 pagi. Malam ni mungkin excited untuk aktiviti konvoi on the next day pulak kot.

Cukup untuk Part 1, akan bersambung pada Part 2.

Tuesday, December 10, 2013

Bertukar Wajah

Last sekali aku tempek sticker stripe kat tengah body Exo & lining tepi dalam bulan puasa hari tu. Dah beberapa bulan passes by, aku rasa macam tak puashati dengan lining tepi tu sebab font yang aku decided nak gunakan tempohari nampak terlalu besar pulak.

So sempena nak menyertai Sambutan Akhir Tahun 2013 anjuran EOCMotorsport, aku decided untuk tukar side lining aku. Stripe kat tengah body tu sedap elok aku tengok, just ingat nak buat lining tepi semula. Tapi ape design nak buat ye? Disebabkan aku ni suka bird watching, aku teragak nak buat tema burung la. Kalau burung-burung biasa tu nampak lembut so aku ambil keputusan untuk letak burung helang. Dengan kemahiran design kenderaan yang amatlah sedikit, aku bukak photoshop then mula main-main design. So last-last dapatlah design macam kat bawah ni. Simple tapi ada la menunjukkan konsep burung helang.


Simple design

Dengan designs ala-ala macam ni, aku pun berbincang dengan Big Daddy, owner kepada Big Daddy Sticker yang berpusat di Limbongan, Melaka. Aku suruh dia adjust sikit-sikit design aku ni supaya nampak lebih best plus lebih professional dan kemas. After a few days, dia suruh aku datang ke kedai untuk finalized design dan boleh terus buat pada hari yang sama.

Bila tiba hari yang dijanjikan, aku pun pergi la ke kedai Big Daddy yang baru di Limbongan (kedai lama di Cheng). Right after tiba, Big Daddy kata dia ada satu design untuk aku tapi terpulang kat aku kalau aku berani nak cuba design ni. Konsep tetap Helang seperti yang aku nak. So dia pun minta designer dia sketchkan dalam photoshop seperti design kat bawah ni :-


Entah macamane, hati berkenan pulak tengok design ni. Lepas deal harga dan dapatkan details design, maka aku pun bersetuju untuk Exoraku di ubah wajah dengan wajah sticker yang totally baru. Material yang dipilih untuk design ni adalah material yang terbaik dari Japan & warna putih pula akan menggunakan 3M Reflector Sticker. Jaminan Sticker adalah selama 5 tahun.

So bermulalah proses pembikinan sticker terbaru untuk Exoraku. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, ada 3 hari sahaja lagi sebelum hari untuk aku bertolak ke Kuala Terengganu bagi menghadiri perhimpunan EOCMotorsport, pekerja-pekerja di Big Daddy Sticker perlu menyiapkan kereta aku dengan cepat.

Berikut adalah beberapa foto-foto transformasi Exoraku kepada Exora Raptor :-

Mula-mula (hari pertama), sticker lama di buka. So back to basic. Kawan-kawan pun heran kenapa aku koyak sticker lama.
Hari kedua, hari pemasangan sticker baru.
Part tampal bumper belakang ni memerlukan staff yang paling experience untuk buat.
Bahagian bonet depan juga akan ada imej kepala helang.
Bahagian sisi yang hampir siap sudah menampakkan imej helang.
Bonet depan sudah hampir siap.
Dan Exora Raptor siap pada lewat malam. Bergambar bersama Big Daddy Malaysia. Tu dia aih 3M reflector sticker memancar-mancar bila kena flash kamera. Hahaha.
Cuma yang mencabar this time adalah keadaan cuaca yang mendung serta hujan setiap hari kat Melaka. Sticker yang siap tidak sempat di jemur bawah matahari. Namun dengan jaminan 5 tahun oleh Big Daddy untuk kepudaran warna serta kekuatan sticker, aku tak perlu risau. Jika berlaku sesuatu pada sticker, Big Daddy akan tukar / repair on the spot. Yang aku risau adalah keesokkannya aku nak kena naik Kuala Terengganu, sticker belum 100% kering, hari pulak dok hujan setiap hari & Pantai Timur pulak banjir. Hehehe.

Layanan daripada Big Daddy memang terbaik. Memang aku amat berpuashati dari segi customer service dan kualiti material yang digunakan. Untuk yang ingin membuat sticker kereta, FB Big Daddy adalah di https://www.facebook.com/BigDaddyStickers

Jika nampak Exora R3 Raptor on the road ... itulah Exoraku.


Tuesday, November 12, 2013

Rosak Lagi - Masalah Gearing

Sehari lepas masalah pada sensor ABS aku, muncul pulak satu masalah baru. Bila aku masuk gear 'R' untuk Reverse, Exo aku tak mengundur. Tekan minyak hanya bunyi enjin je yang kuat. Aku ingat aku lupa lepaskan Hand Brake tapi ternyata memang Hand Brake aku free time tu. So aku tutup balik enjin dan start semula, masuk gear 'R' then baru kali ni Exoraku boleh mengundur. First time jadi ni. Aku think positive dengan beranggapan yang mungkin ni takde ape-ape, mungkin timing tak kena dan isu ni harap-harap just once sahaja terjadi kat Exoraku.

Dua hari kemudian, timbul masalah lagi. Kali ni bila aku masuk gear 'D', Exo bergerak ke depan tapi gear tak tukar secara automatik. Mengaum enjin. Terpaksa aku berhenti kat bahu jalan dan tutup enjin. Start semula dan baru boleh berjalan dengan lancar.

So the 2nd kejadian tu memang aku sure la yang there is something wrong dengan my Exora dan aku perlu bawa Exoraku ke Service Centre sekali lagi untuk di rawat. Seorang rakan memaklumkan yang isu yang aku kena ni mungkin ada kena mengena dengan ECU.

Di Pusat Servis, aku pun buatlah aduan tentang masalah 'gear' aku ni. Aku pun mentioned tentang checking ECU. Aku dimaklumkan yang kalau ECU ni dah di 'usik' sebelum ni, proses checking ECU tak boleh buat sebab nanti ECU meletup. Pulak dah. Aku kata aku tak sure la samada ECU aku dah kena checked before, aku minta dia check record servis aku yang pada fizikalnya aku tengok kat semua SC ni mereka ada rekod setiap servis dalam satu computerized system. Aku cakap buat la apa yang patut dik, as long as masalah aku ni selesai. Aku bagi dia kunci dan menunggu giliran untuk Exoraku di diagnose.

Then dalam kurang 20 minit, depa panggil aku dan memaklumkan yang mereka tak boleh buat 'flashing' sebab bateri aku dah terlalu weak. Aku pun heran sebab takde pulak indikator sebelum ni yang nak menunjukkan yang bateri aku tu dah lemah. Kenapa pulak time-time nak check ni pulak bateri tu boleh nak kong pulak. Service Technician pun bawa aku ke Exoraku dan tunjukkan kat aku yang memang bateri aku dah nak habis dengan cara menghidupkan enjin. Dia kata kalau nak buat 'flashing', bateri kena dalam kondisi yang baik. Ye la, aku pun setuju je la dan aku tanya berapa damage nak kena tu kalau tukar bateri Exo ni sebab ni akan menjadi kali pertama aku tukar bateri Exo. Service Exec kata Dry Cell RM300.00 dan Basah RM260.00. Hmmm ... beza RM40 je. Aku pun setuju lah dengan Dry Cell tu sebab memang dan takde choice, nak pergi tukar kat kedai lain memang dah tak boleh start dah enjin Exoraku.

Maka mereka pun tukar lah bateri aku dulu dengan memasukkan bateri Dry Cell berjenama INCOE (first time aku pakai INCOE ni) model 55D23/L.

Ni dia bateri baru INCOE untuk Exoraku
Then right after bateri baru dimasukkan, proses 'flashing' pun dibuat ke atas Main ECU dan Gear Box ECU. Technician tu kata yang proses 'flashing' ni adalah proses re-installation program yang updated version ke dalam ECU. Aku cakap bila latest update keluar untuk Exora ni? Dia kata bulan Jun yang lalu. So aku pun tanya kat dia kenapa bila time aku servis depa tak check whether it is updated or not? Kenapa time ada masalah or complaint baru nak check and update? Bukan ke system dah ada record yang mana kereta dah updated dan mana tidak. Why not ambil satu inisiatif dengan check semua tu dulu before buat normal servis? Technician tu kata memang proses update ECU ni macam tu, kena tunggu customer complaint then baru mereka akan update ECU. Katanya ada kes bila update ECU, prestasi kereta jadi lebih teruk. Pelik jugak aku, sepatutnya update adalah untuk patch mane-mane kekurangan yang perlu diperbaiki. Tapi kata technician tu, "Exora punya okay, Saga FL punya ada problem". Pulak dah ...

Proses Flashing sedang dibuat
Proses updating ni ambik masa jugak lebih kurang dalam 30 minit. Yang lama adalah masa updating Gearbox ECU. Selepas semua selesai, aku dibawa untuk test drive. Memang tak dapat dinafikan la, updating ECU memberi kesan yang baik terhadap prestasi Exoraku. Aku dapat rasakan yang enjin tidak lagi berat apabila minyak ditekan dan yang nyata adalah tiadanya isu tersengguk-sengguk ketika kita slow down dalam gear 1 or gear 2. Pick up terasa lebih efisyen. Plus technician tu kata upgrading ni juga akan eliminate isu enjin mati ketika gear Reserve di masukkan. (memang pernah terjadi kat Exo aku)

So for those yang Exora korang dibeli sebelum Jun 2013, pi la check ECU version dan buat update. Memang sesuatu yang wajib. And once updated, rasa macam bawak kereta baru keluar dari kedai tu.

Aku harap dengan updating ECU ni maka selesailah masalah gearing aku. Dan aku sangat berharap agar lepas ni tiada lagi masalah defect yang berlaku ke atas Exoraku ini.


Wednesday, November 6, 2013

ABS Sensor Rosak


Maka hendak dijadikan cerita, semalam Exoraku mengalami satu masalah yang baru iaitu indikator untuk ABS menyala tak mau padam. Memang common problem ni sebab ramai yang pernah mengadu masalah yang sama kat dalam forum Exora. Tapi tak sangka pulak ianya terjadi kat Exoraku.

So pagi tadi aku bawak ke Service Centre GT One di Taman Merdeka Melaka untuk di periksa. Sah ada masalah kat sensor sebelah kiri tayar depan.

Dan proses warranty claim pun berjalan. Sensor baru kena tunggu lagi 3 minggu untuk sampai. Alhamdulillah.

Photo : Topping Up

Top up minyak di R&R Pagoh. BHP dengan 2x kuasa infinity memang petrol yang menjadi my 1st choice, cuma masalahnya tak banyak Petrol Pump BHP around. Why BHP? Exoraku dapat rasa perbezaan pick-up dan dapat lebih KM daripada minyak X & Y. Huhuhu.

Tuesday, November 5, 2013

Cheapo Car MP3 Player

Masa aku installed tweeter speaker kat Yahoo Car Accessories, aku ada la cakap ngan staff kedai tu yang player Clarion Exora Bold ni leceh takde USB Port. Susah nak burn-burn CD pastu kena tukar-tukar. 

So dia pun bagitahu aku ada 1 device murah dalam kurang RM40 yang boleh plug and play untuk read and main audio dari USB device. Aku pun kata memang ada, aku pun tahu tapi kualiti sound dia memang tak best la. Dia kata yang dia jual ni okay dan bagi aku try.

Boleh tahan sound dia walaupun pakai frequency setting antara device tu dengan main Clarion Player. Sebab harga pun memang murah-murah, aku pun terbeli la device tu. Harapan aku tahan lama le sebab kalau ikut harga tu memang macam tak boleh tahan lama jerk. :)

Anyhow lepas ni tak le aku nak kena sort lagu yang aku suka pastu susun pastu burn dalam CD sebelum boleh main dalam Exoraku.

Device ni cucuk kat tempat lighter
Walaupun harga kurang RM40.00 tapi siap ada remote tu ... huhuhu



Pasang Tweeter Speaker


Lepas aku selesai buat service untuk 36k, dengan tak semena-mena aku tersinggahlah kat kedai accessories kereta Yahoo kat Taman Merdeka. Mula-mula aku masuk tu sebab aku nak tanya pasal bodykit tapi last-last terpasang jugak sepasang tweeter speaker jenis Kannon dengan harga RM110.00 sepasang.

Ada perbezaan bunyi? Ada la sikit - sikit dengan bunyi treble yang lebih sedikit nyata. So bila drive sorang-sorang memang aku blast volume tinggi sikit tapi tak le terlalu tinggi sampai orang luar kereta boleh dengar. Dan aku blast pun bukannya selalu ... ikut mood dan ikut situasi masa driving. Kalau time aku perlu attention lebih especially bila time hujan atau jalan sibuk, kadang-kadang volume audio tu aku turunkan sampai level 2 ke 3 pun ada sebab bagi aku kalau kuat-kuat sangat tumpuan nak bagi kat jalanraya tu rasa terganggu. Itu aku la, mungkin orang lain tak macam aku.

So ... next audio upgrade masuk amp and woofer speaker pulak kot. Hahaha.

Wednesday, October 30, 2013

EOCM : SAT 2013


EOCMotorsport akan menganjurkan program SAT pada bulan Disember ini. SAT tu singkatan untuk Sambutan Akhir Tahun yang akan diadakan di Negeri Terengganu Darul Iman.

Berita ni memang telah dihebahkan beberapa ketika yang lalu tetapi aku actually unsure samada tarikh tu aku free untuk sertai event ni ataupun tidak. Maklum la kerja yang aku buat sekarang ni semua instruction outstation datang last - last minute punya. Rasa teringin tapi aku tak berani nak commit yang aku akan sertai SAT 2013 ni.

Tapi disebabkan nak support program rakan - rakan EOCMotorsport dari Terengganu dan nak support event anjuran EOCMotorsport khasnya, aku decided to participate untuk event ni. Walaupun aku tak tahu schedule aku untuk tarikh tu tapi aku nekad untuk register dengan deposit pada last-last minute. Aku harap agar takde la apa-apa program yang berkaitan kerja untuk tarikh 7, 8 dan 9 Disember ni nanti.

Bila dah register, aku kena la buat planning. So this would be my initial planning la untuk event ni.
  • 6hb - aku bertolak ke Kuala Terengganu dari Melaka. Aku plan somewhere dalam pukul 9 pagi exit Simpang Ampat masuk PLUS keluar Sg Besi. Then drive ke Jalan Kuching masuk DUKE sikit pastu terus ke Karak. Masuk Lebuhraya Pantai Timur sampai ke Kuantan dan ikut jalan tepi laut naik Kemaman, Dungun dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Kenapa aku tak mahu ikut route Tangkak - Muadzam - Kuantan - Jabor - LPT 2 - Kuala Terengganu? Sebab aku rasa route yang aku plan untuk bertolak ni walaupun agak jauh tapi lebih selesa untuk family yang akan turut serta. So target aku insyallah akan sampai ke Kuala Terengganu dalam lewat petang. Melaka - KL 2 jam. Karak - Kuantan 4 jam. Kuantan - Kuala Terengganu 3 jam. Total 8 jam, buffer sikit 2 jam (berhenti rehat, toilet, traffic), ada la kot dalam pukul 7 ke 8 malam check in di Kuala Terengganu. Hotel belum booking untuk 6hb tu tapi aku harap geng-geng AJK SAT di Terengganu dapat bantu aku untuk bookingkan hotel sama yang akan dijadikan lokasi event SAT kali ni iaitu Primula Beach Resort. Kalau agak - agak dalam pertengahan next month takde positive response maka aku akan booking sendiri hotel samada di Tanjung Vista ataupun Sumai Apartment.
  • 7hb - Hari pendaftaran dan 1st day untuk program SAT. Overnite surely di Primula.
  • 8hb - 2nd day program untuk SAT. Malam aku plan nak jumpa beberapa rakan di Kuala Terengganu.
  • 9hb - 3rd day program SAT and check out. Aku tak rancang lepas check out aku akan terus drive balik ke Melaka. Aku still planning untuk samada overnite di Kemaman / Cherating / Kuantan.
  • 10hb - Bertolak balik ke Melaka and ETA would be juga dalam lewat petang, insyallah sebelum Maghrib.
Aku harap planning AJK rakan-rakan EOCM Terengganu sebagai hos semua menjadi without any major hick-up. Minor - minor tu biasa le, mana ada event yang 100% perfect.

Dan disebabkan event ni bulan 12 dan dekat Pantai Timur, so expectation untuk berhujan tu kena ada. Jika berkonvoi dan drive to and fro kena lebih berhati - hati especially dekat Lebuhraya Pantai Timur yang memang terkenal dengan takungan air bila waktu hujan lebat.

So, SAT 2013 ... I hope yang aku akan dapat sertainya tanpa ada gangguan oleh last minute task yang melibatkan kerja ... yang mana membolehkan segala perancangan terbatal dan terleburlah wang deposit seadanya sepertimana yang pernah berlaku kat aku semasa YEG EOCMalaysia di Penang sebelum ni. Deposit dah buat tapi last minute kena pergi outstation maka terbatalkan hasrat bercuti bersama rakan - rakan Exora.

Til next entry ... wassalam.

Tuesday, October 15, 2013

Sunday, October 13, 2013

Kehilangan Insan Yang Istimewa - Ke Pulau Pinang

Pada Subuh 9hb Oktober 2013, aku dikejutkan oleh orang rumahku yang membawa berita yang teramat sedih buat kami sekeluarga. Nenek yang aku sayang telah dijemput Illahi pada awal pagi itu.

Arwah nenek aku yang berasal dari Pulau Pinang merupakan nenek yang amat rapat denganku. Aku secara tak langsung sedar yang aku adalah antara cucu 'favorite' arwah mungkin sebab aku adalah cucu pertama dalam keluarga arwah. Kasih sayang serta perhatian yang arwah berikan kepada adalah terlalu banyak untuk dikenang. Dari kecil hinggalah ke perjumpaan yang terakhir di rumah mak saudaraku di Selayang 2 bulan yang lalu, aku dapat rasakan kasih sayangnya terhadap aku, isteri dan anak-anakku.

Di pagi yang amat mendukacitakan itu, kami sekeluarga bergegas ke Pulau Pinang dari Melaka. Aku bertolak dalam sekitar jam 745 pagi. Jalan agak sesak di Melaka menghala ke Alor Gajah so aku decided untuk masuk ke Lebuhraya Ayer Keroh - Sungai Udang untuk keluar ke tol Ayer Keroh. Jalan jugak sesak dengan kenderaan sebab hari tu adalah hari bekerja. Aku dimaklumkan yang urusan pengkebumian arwah dijadualkan selepas solat zohor. Aku kena cepat sebab aku terasa ingin sangat menatap wajah arwah buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan.
Memang once masuk highway PLUS aku terus memecut Exoraku. Tiada bantahan dari orang rumah dengan kelajuan yang aku bawa pada hari tersebut sebab orang rumahku pun ingin menatap wajah arwah sebelum arwah disemadikan. Speed maintained 160km/j dan ke atas. Kelajuan Bold CFE kadangkala menjejak ke 190km/j. Kalau aku tekan lagi memang boleh pergi lebih laju tapi aku tak berapa nak confident dengan tayar yang dah out of balancing sehingga mengeluarkan bunyi indicates yang tayar perlu di servis atau di tukar (aku guna dah setahun lebih masih belum tukar).

Ibubapa serta adikku telah keluar lebih awal dalam 1 jam daripadaku. Akhirnya di sekitar kawasan Tapah, aku berjaya melepasi adikku dan kemudian dalam beberapa km telah berada di kawasan yang sama dengan ibubapaku. Namun setelah mendapat panggilan daripada seorang saudara dari Pulau Pinang yang menyatakan bahawa pengkebumian akan dibuat selepas waktu Asar, maka aku berhenti di R&R seketika untuk menunggu adikku dan kemudiannya kami bergerak bersama. Speed back to normal ranging 110km/j ke 130km/j bila nak memotong deretan kenderaan lain.

Kami tiba di Pulau Pinang betul - betul dalam 10 minit sebelum waktu Zohor iaitu dalam sekitar jam 1 petang. Once sampai di kawasan rumah nenekku, belum pun sempat keluar dari kenderaan, aku lihat van jenazah telah keluar dari kawasan rumah bersama beberapa kenderaan lain dengan jumlah yang banyak. Rupa-rupanya keluarga yang ada telah mengambil keputusan untuk meneruskan perancangan pengkebumian selepas Zohor kerana jumlah jemaah di masjid adalah lebih ramai di waktu zohor (untuk sembahyang jenazah) dan lebih cepat jenazah dikebumikan adalah lebih baik. Nasib aku sampai tepat pada waktu tersebut. Setiba di masjid, kami solat Zohor dan jenazah sebelum arwah di bawa ke tempat pengkembumian. Sebelum dikebumikan, kafan yang menutup wajah arwah dibuka untuk memberi peluang kepada yang masih belum dapat melihat wajah arwah termasuklah aku. Aku tatap wajah arwah ... sedih dalam hatiku memang tak terkata. Dalam tidak sampai 10 minit, kafan ditutupkan dan aku tak dapat menahan kesedihan lalu air mata tidak dapat aku tahan lagi. Aku cuba bertahan agar tidak menangis tetapi gagal mengawal air mata yang keluar secara spontan menitis ke bumi.

Selesai pengkebumian, bacaan talkin dan doa. Aku masih ralat untuk balik ke rumah. Aku antara yang terakhir meninggalkan kawasan perkuburan dan di dalam hati aku ucapkan selamat tinggal kepada arwah. Aku berdoa agar arwah tenang di alam barzakh dan arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Arwah bersifat pemurah dan sering bersedekah. Aku dimaklumkan zikir tidak lekang dari mulut arwah sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir. Insyallah arwah akan tenang di sana.

Parking di depan rumah arwah nenek
Ada makanan disediakan di rumah tapi aku kurang selera. Dari pagi aku tak jamah makanan. Aku jamah sedikit pada lewat petang. Malam diadakan tahlil untuk arwah. Aku sekeluarga tidur di ruang tamu. Aku bentangkan Narita yang aku bawa dari Melaka untuk isteri dan anak-anak tidur manakala aku naik tidur di atas katil yang arwah dibaringkan sebelum dibawa ke kubur. Malam itu agak sukar untuk aku lelapkan mata kerana selain cuaca yang panas ... pemikiran aku senantiasa teringat saat-saat aku bersama arwah.

Tidak banyak yang aku lakukan pada hari kedua di Pulau Pinang. Aku ada terima mesej daripada rakan EOCMotorsport untuk bersama mereka pada hari Sabtu sempena Sambutan Hari Keluarga anjuran EOCMotorsport Negeri Pulau Pinang. Aku tak rasa aku akan dapat hadir kerana aku bercadang untuk pulang pada hari Jumaat bagi mengelakkan terperangkap dalam aliran kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pulang andai kata aku balik pada hari Ahad. Ini memandangkan Hari Raya Aidiladha is just around the corner that waktu - waktu ini adalah waktu puncak rakyat Malaysia balik kampung dan keluar bercuti.

Malam hari kedua aku bersama sepupu ke Padang Kota Lama untuk makan rojak 101 dan kemudian ke Restoran Nasi Kandar Kapitan / Beratur untuk tapau Nasi Kandar. Oleh kerana aku sampai awal belumpun pukul 1130 malam, maka tak panjang lah queue beratur pada malam tu. Aku ambik lauk Telur Sotong dan Ayam Goreng.

Rojak 101 Padang Kota Lama
Sambil beratur ambik gambar kedai Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang
Nasi kandar yang di tapau. Nampak semacam tapi rasa memang marvelous !

Jumaat jam 10 pagi aku sekeluarga bertolak pulang dari Penang ke Melaka. Aku sampai Melaka nak dekat jam 5.30petang sebab aku tak rushing. Bawa Exoraku dalam ranging 110km/j ke 130km/j sahaja. Kadangkala perlahan sampai ke 90km/j. Berhenti di R&R Tapah pun nak dekat 1 jam. Then terleka aku nak masuk simpang ke Johor Bahru (Selatan), aku termasuk ke Jalan Duta dan terpaksa redah Kuala Lumpur masuk semula ke Sungai Besi sebelum keluar Exit Simpang Ampat, Melaka.

Exoraku got spotted by rakan EOCM di PLUS Highway area Juru masa nak menuju balik ke Melaka

Al Fatihah buat arwah Nendaku tersayang. Kenangan bersamamu sentiasa segar di hati. Kasih sayang dan perhatian yang dicurahkan akan ku ingat selamanya. Aku sekeluarga akan merinduimu ...

Saturday, October 5, 2013

Dua Kota Dalam Lima Hari

Agak last minute aku terima 2 assignments untuk bertugas outstation untuk sepanjang minggu lepas.

Firstly on 25th September aku dapat maklumat yang aku di kehendaki ke Kota Bharu untuk attend 1 mesyuarat di sana yang di jadualkan pada 1hb Oktober 2013. So untuk itu, aku perlu bertolak ke sana sehari sebelum hari mesyuarat iaitu pada 30hb September 2013. 

Memandangkan assignment ni adalah satu assignment yang singkat, aku tidak bercadang untuk membawa Exoraku ke Kelantan. So aku booking flight MAS jam 2.30pm dari KLIA ke Kota Bharu untuk tarikh 30hb September.

Pada tarikh tersebut, aku sampai KLIA lebih kurang dalam jam 1.30 tengahari. Sesampainya aku di KLIA, aku terus check in di Check In Kiosk. Nampaknya travel agency yang arrange flight ticket aku dah letakkan aku kat seat paling depan dalam flight tu. Malas nak click-click tukar seat, aku proceed dengan printing boarding pass untuk flight pergi dan flight balik.

Bila dah tunggu di Gate, ada pengumuman yang flight delay dari 2.30pm ke 2.50pm. Dekat - dekat nak pukul 3pm baru dapat masuk dalam flight. Once dah ready, flight pulak terpaksa tunggu dekat runaway agak lama, aku rasa nak dekat 20 ke 30 minit kot sebelum ATC bagi green light masuk main runaway untuk terbang. Flight very smooth dan laju (mungkin pilot tekan habis Boeing 737 tu). Sampai Airport Ismail Petra KB lebih sikit dari pukul 4 petang. Dah ada yang menunggu ambik aku dan 4 orang rakanku dari syarikat yang lain di sana.

View Sungai Kelantan once flight nak sampai Kota Bharu
Disebabkan kami semua belum lunch, jadi kami di bawa untuk makan di sebuah restoran on the way ke Kota Bharu. Menu aku petang tu adalah Mee Celup. Memang power la sebab lama dah aku tak makan Mee Celup Kelantan. Clear semangkuk licin.

Pada mulanya kami sepatutnya check in di Hotel Grand Riverview, tapi disebabkan oleh masalah teknikal, keputusan di buat untuk semua menginap di Hotel Ridel bersebelahan dengan Grand Riverview. Check in di hotel dah dekat pukul 6 petang.

Bermalam di Ridel Hotel, Kota Bharu

Dan dalam perjalanan ke hotel inilah boss aku telah membuat panggilan untuk memaklumkan yang aku perlu ke Kota Kinabalu pada hari lusanya iaitu sehari selepas aku pulang dari Kota Bharu. Wah, very unexpected sebab flight arrangement being made pukul 9am dari KLIA. Aku pulak dijangka sampai ke Melaka pukul 7pm dari KLIA pada esok hari. Pukul berapa nak keluar balik ke KLIA sebab rakan yang akan ikut aku ke Kota Kinabalu minta aku berada di KLIA pukul 7am. Sure sebelum subuh aku dah kena keluar dari Melaka untuk sampai KLIA pukul 7.

Malam tu di Kota Bharu, aku bersama 3 rakan lain ke Wakaf Che Yeh untuk jalan - jalan. Tiada apa yang aku beli pun meskipun hasrat aku nak beli CD Artis Tempatan nama Megat Nordin. Aku syok pulak dengar 1 lagu yang tajuknya Tinggallah Adik Tinggallah Sayang. Lagu ni sering di mainkan di Radio Klasik bila time-time nak pukul 2pm. Hahaha. Tapi bila dah kat Wakaf Che Yeh, aku rasa segan pulak nak tanya penjual - penjual CD kat situ. Dari Wakaf Che Yeh, aku berpecah dengan rakan-rakanku sebab aku nak berjumpa dengan sahabat lama di sana. Aku sempat makan dan minum di Whitehouse Kota Bharu sebelum kembali ke hotel untuk berehat nak dekat - dekat jam 12 tengah malam.

Sempat supper kat Kedai Kopi Whitehouse menikmati roti bakar, telur 1/2 masak & kopi kampung
Keesokkan paginya, selepas subuh aku bersiap untuk menunggu kenderaan yang akan membawa kami ke Tanah Merah bagi menghadiri mesyuarat. Check out early dan kenderaan sampai tepat jam 7.15am. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah restoran di area Pasir Mas untuk menikmati sarapan Nasi Kerabu Daging Bakar.

Sampai di lokasi mesyuarat 10 minit sebelum jam 9 pagi. Mesyuarat bermula jam 9am dan berakhir jam 1.30 petang. Dari Tanah Merah, kami terus bergegas ke Lapangan Terbang Ismail Petra sebab flight kami dijadualkan berlepas jam 4.05pm.

Flight berlepas mengikut jadual cuma kali ni flight balik ni agak menggerunkan sebab pesawat masuk ke 'air pocket' hinggakan ada rasa cemas untuk semua penumpang. Alhamdulillah, flight landed mengikut jadual dan dari KLIA aku terus bergegas untuk balik ke Melaka. Sepanjang perjalanan pulang ke Melaka, aku dah dok teringat yang esoknya aku akan kena bangun seawal jam 4.30am untuk berkejar semula ke KLIA bagi penerbangan ke Kota Kinabalu pulak.

Kota Kinabalu

As planned, aku keluar dari rumah jam 5.15am dan menuju ke KLIA. Berhenti di R&R Seremban pada waktu Subuh dan sampai di KLIA nak dekat jam 7am. Member yang akan mengikuti aku ke KK telahpun ada di sana dan telahpun buat check in ticket untuk aku.

Awal pagi tu kitaorang sarapan di dalam airport. 2 sandwich Tuna, 1 teh dan 1 kopi kena RM25.00. Hmmm. Flight pergi ni dijangka mengambil masa 3 jam setengah sebab ada 1 stop di Labuan. Lama tu 3 jam setengah ...

Kami masuk ke dalam pesawat mengikut jadual tapi terpaksa menunggu dalam pesawat pun nak dekat 30 minit sebab ada masalah kesibukan di landasan kata kapitan pesawat tersebut. Better flight dari flight yang ke Kota Bharu aritu sebab pesawat ni nampak macam baru. Tak silap Boeing 737-800 yang kat hujung sayap ada sikit bengkok menaik ke atas tu. :D

After a long flight, pesawat singgah di Labuan for 30 minutes dan kemudian terus bergerak ke Kota Kinabalu. Bila sampai Labuan tu memang aku rasa semacam sebab aku pernah bersekolah kat Labuan pada tahun 1988 dan 1989, so itulah kali terakhir aku tengok Labuan dan melihat Labuan sekali lagi selepas hampir melebihi 20 tahun ... ada satu perasaan yang agak touching lah. Dari udara aku tercari - cari sekolah aku, rumah aku dan pantai yang aku tiap-tiap hari berenang suatu ketika dulu.

Singgah 30 minit di Pulau Labuan
Sampai di Kota Kinabalu lebih hampir ke pukul 2 petang. Dari situ kami terus check in di Hotel Ming Garden yang terletak di Bandar Kota Kinabalu. Asalnya aku planning nak bermalam di Hotel Promenade jika arrangement di sana adalah sendirian berhad tapi aku telah dimaklumkan yang accommodation had been arranged. Rupanya arrangement awal pun nak buat kat Promenade tapi sepanjang stretch jalan tu, semua hotel dah fully booked even kat Le Meridian. So we got no other choice rather than menetap di Ming Garden Hotel.

Ming Garden Hotel, Kota Kinabalu waktu malam.
First impression bila masuk Ming Garden ni memang okay la. Even this hotel adalah hotel pilihan untuk Airline Crew, MAS particularly. Siap ada counter khas untuk crew. Setup yang baik dan bersaiz besar.

Memandangkan team aku yang ke KK ini ada 4 orang, so hotel arrangement yang dibuat adalah Twin Sharing untuk 2 Bilik. Bilik quite okay. Bersih dan comfy. Cuma ada 1 masalah ... BILIK AIR. Pintu bilik air tu pintu kaca lutsinar tapi still okay lah sebab pintu tu facing pintu untuk keluar, pintu bilik air tu takde kunci pun still okay sebab yang sharing dalam bilik tu masing-masing dah dewasa so masing-masing faham untuk tak buka pintu bilik salah seorang tengah occupying bilik air ...tapi masalahnya utama bilik air ni adalah dinding dia pun cermin la pulak. Memang sah sah boleh nampak bentuk badan bilik masuk mandi. Kalau bilik yang 1 Double Bed tu okay la sebab sure bilik macam set ni adalah untuk couple - couple, honeymooner atau single occupant. Kalau 2 Single Bed mostly mestilah bukan couple. 1st time nak mandi segan pun ada, tapi dah memang nak kena duduk hotel ni 3 hari so dengan selamba tak malu masing - masing terpaksa menayang body mandi jugak la no choice. Nak tak nak tengok memang tertengok la jugak badan geng yang mandi sebab dinding cermin tu sebelah katil je. Adoyaii ...

Masalah .... dalam bilik Ming Garden.
Petang hari pertama tu ada 1 meeting then malam tu kita naik Hotel Shuttle Service ke City Centre Mall (sebab hotel ni agak outskirt sikit). Dari Mall tu, kami menapak sampai ke Bazar Makan Pasar Filipina untuk menikmati makan malam. Sebab seafood murah kat KK ni, so malam tu menu special yang kitaorang order adalah Ikan Bayan Bakar. Bazar Makan Pasar Filipina ni kalau kita ni jenis very particular, mungkin kita takkan makan kat sini sebab suasana persekitaran tu nampak kurang hygenic. Tapi I'm glad that team yang ke KK kali ni semua jenis okay dan tak kisah, so kita pilih 1 spot dan order makan malam. Aku ambik kesempatan untuk beli Chicken Wings Bakar yang popular kat Sabah. Ikan Bayan Bakar yang dijadikan menu malam tu memang murah. RM5 untuk 1kg siap masak. Sotong agak mahal, lebih kurang harga macam beli kat Pasar Besar Melaka, 2 ekor saiz sederhana besar kami di caj RM20.00.

Bazar Makan Pasar Filipina

Bazar Makan Pasar Filipina
Sahabat membeli murtabak deep fried. Rasa? Memang berbeza dengan murtabak kat sini. No rempah kari.
Chicken Wings ... memang favorite aku. Rasa okay tapi tak boleh lawan yang pernah aku makan kat Labuan

Selepas makan, ada member yang ingin membeli mutiara buat buah tangan. Aku memang tak plan nak beli sebab mutiara yang aku beli 2 tahun lepas kat KK pun aku tengok tak terpakai. Hehehe. So malam tu sewaktu mereka sibuk memilih mutiara, aku beli la sehelai T Shirt yang berharga RM25.00 (100% Cotton) di dalam Pasar Filipina. Nampaknya semua kedai yang jual T Shirt dah sepakat tentang harga, semua kedai harga sama. Mungkin ada persatuan dah depa ni.

Teman rakan-rakan beli pearl !
Teman rakan-rakan beli pearl !

Oleh kerana nak buat exploration, malam tu kami tak naik teksi balik ke hotel. Kami jalan kaki mau nak dekat 1km lebih dalam lebih kurang nak dekat 30 minit untuk sampai ke hotel. Sampai hotel, still belum masuk bilik, kitaorang lepak di level yang ada swimming pool. Ramai lagi yang tengah mandi swimming pool. Rata - rata guest hotel ni adalah foreigner warga China. Kat bandar KK pun aku tengok ramai betul warga China. Apa yang aku dimaklumkan yang di China buat masa ni adalah musim cuti semester sekolah di sana so ramai yang ke luar negara melancong. Patutlah hotel semua full house.

Keesokkannya lepas subuh (4.40am), semua team set untuk breakfast awal jam 6.15am. Aku tak ikut schedule tu sebab keletihan (belum recover penat balik dari Kota Bharu). Aku sorang je yang breakfast jam 8am then terus joined the team ke lokasi bertugas dalam sekitar jam 9am. Dan seperti dijangka, aku yang paling last habis bertugas, yang lain dah selesai seawal jam 2.30pm. Aku berseorangan di lokasi tugasan sehingga jam 5.30pm. Sampai bilik hotel, rest sebentar dan selepas maghrib kitaorang bertolak kembali menaiki Shuttle Bus menuju semula ke kawasan Pasar Filipina. Dari situ kami lajak sedikit ke hadapan dan terbentang pula 1 Bazar Makan yang nampak lebih bersih dari Bazar yang di Pasar Filipina tu. Aku tak pernah sampai kat sini, so this would be my 1st visit kat Bazar Makan ni. Semua gerai menyediakan seafood segar dan once kita pilih, mereka akan terus masak menu yang kita nak. So malam tu Restoran/Gerai pilihan kami adalah Gerai Sinar Delima (Masakan Jawa Special) dan lauk yang kami pilih adalah ikan kerapu bintik yang hampir 1kg, ketam bersaiz besar 2 ekor, udang bersaiz sederhana dalam 1kg dan sayur kailan. Menu tambahan adalah 2 mangkuk bakso. Dari jauh mai KK, last-last makan masakan Jawa pulak. Hahaha. Nevertheless, memang sedap masakan kat gerai ni. Paling aku berkenan Ketam tu depa masak Sos Cili ala - ala Chilli Crab tanpa telur. And surprisingly memang murah la, harga yang kena cuma RM75.00 dengan air (jus special harga RM7 segelas x 4) & nasi.

Breakfast hari pertama kat Ming Garden memang not badlah. Dua-dua memang favorite aku ....

Dalam banyak - banyak gerai seafood, gerai masakan Jawa jadi pilihan. Sedap masakan kat gerai ni.

Pilih ikan segar untuk menu makan malam
Malam tu ... kita makan udang ...
A few minutes later, dinner is cooked and served.
Suasana kat area gerai seafood malam tu

Lepas makan, kitaorang berjalan ke Pasar Ikan Masin dan aku pun beli la 3 ekor ikan Terubuk Masin Sarawak dengan harga RM10 seekor. Kenapa beli terubuk Sarawak dan bukannya terubuk Sabah? Penjual sendiri kata terubuk Sarawak lebih baik dan kurang tulang berbanding terubuk Sabah. Sorang member tu siap beli 10 ekor untuk dibawa balik. Aku tak berapa nak beli sebab baru masa time bulan puasa aritu aku dah di beri 2 ekor terubuk Sarawak untuk menyambut Ramadhan. Dalam masa yang sama ada juga member yang membeli udang kering di sini.

Next mission ... beli ikan masin

Dari Pasar Ikan Masin, kami berhenti sebentar di Bazar Makan Pasar Filipina untuk menikmati Jus Avocado. Sejak day 1 memang kitaorg berkenan dengan Jus Avocado kat sini. Susah nak dapat kat Melaka ni especially and I think kat KL pun susah la sebab my other 3 friends tu dari KL pun enjoying the juice berkali - kali. Tak silap aku on the first night kena 1 gelas and on the 2nd night 2 gelas.

Ni dia buah Avocado Tempatan atau lebih dikenali dengan nama Buah Susu. Memey sedaplah bila buat blended.

Then before dapatkan teksi untuk balik ke hotel. Kita singgah di Pasar Malam berhadapan dengan Pasar Filipina untuk cari T Shirt. Kat sini murah sikit dari dalam Pasar Filipina, T Shirt yang aku beli RM25 tu dijual dengan harga RM20 kat sini. So aku borong lagi 5 helai.

Beli T Shirt Sabah

Sampai hotel nak dekat jam 11 malam. This time naik teksi sebab pengajaran berjalan kaki malam sebelumnya. Sampai bilik, mandi dan layan my Note 8.0. Slept somewhere around 1am. Sekali lagi janji pi breakfast pukul 6.15am and sekali lagi aku lewat. Aku keluar breakfast pukul 7am. As this would be our last day kat Kota Kinabalu, lepas breakfast kitaorang ke Pasar Ikan untuk beli seafood bawak balik. My target cuma ada beberapa benda. Ketam Nipah, Ikan Kerapu Bara, Ikan Bayan & Udang Besar. Sayang pagi tu takde Ikan Bayan. Harga Udang tak berapa nak okay sebab bagi aku agak mahal compared to the last time aku datang sini. Beza pun mungkin dalam RM10-RM20 sahaja. Kerapu Bara memang murah dengan harga RM30/kg. Aku dah nak beli dah tapi sebab seller tu tak offer untuk packing, so aku tak jadi beli. Kalau dulu depa ada minta tambahan RM10 untuk proses bungkus untuk dibawa masuk ke dalam flight, tapi kali ni seller tu kata kena buat sendiri. So ... terlepas Kerapu Bara. Now tinggal Ketam Nipah. Murah betul harga Ketam Nipah kat sini. RM12 per kg memang I can't resist untuk beli. So aku ambik 4kg dan penjual siap buat packing untuk bawak naik flight. Aku dapat nak dekat 20 ekor. Bayangkan kalau seekor Ketam Nipah ni di campur dengan maggie (maggie ketam), dijual dengan harga RM20 ke RM25 semangkuk kat semenanjung. Member-member pun beli Ketam Nipah ni dalam 2kg setiap seorang.

Pilih Ketam untuk bawak balik Melaka

Yu Tukul a.k.a Hammerhead yang dah kena hammered. Nampak beberapa jerung kat sebelah dah kena Finning. Say No To Shark Finning, Stop Eating Shark Fin Soup !

Lepas beli ketam, kitaorang naik teksi balik ke hotel dan terus bersiap untuk checking out. Once checked out, naik cab direct ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Now, bila nak masuk Gate ... Ketam Nipah pulak tak lepas. Polis Airport suruh masuk ke kargo. Buat rayuan muka 10sen tak dilayan. Kata sorang Polis tu kena tanya Sarjan yang bertugas sebab kadang-kadang boleh lepas. Bila tanya memang strict la Sarjan tu ... tak boleh. Aku faham polisi kalau tak boleh bawa naik Ketam ke dalam pesawat mungkin sebab takut berbau kalau ketam tu busuk. Aku cakap dulu aku bawak naik ikan dan udang okay, kenapa ketam tak boleh? Aku dimaklumkan yang Ketam ni special treatment, tak boleh naik dalam pesawat. Kena jugak bawak masuk kargo. Nak tak nak aku terpaksa keluar semula untuk Check In Cargo.

Dah check in ketam-ketam aku, masuk ke Gate dan masuk ke pesawat mengikut jadual. Flight berlepas pun ikut schedule. Dalam pemikiran aku terfikir nasib ketam 4kg yang duduk dalam kargo. Boleh survive ke ketam - ketam tu?

Smooth flight back to KLIA. Sampai tepat as schedule dan once landed aku bergegas nak pi tengok ketam aku kat luggage area. Ambik je kotak ketam aku, sah dah la yang ada ketam yang mati ni sebab dah ada macam basah sikit plus dah ada bau.

Balik ke Melaka dan once sampai ke rumah, aku terus buka kotak ketam dan ada la survivor dalam 4-5 ekor. Yang lain semua dah SELAMAT. Dengan pantas semua ketam - ketam tu di rebus dalam air panas dan di ratah malam tu jugak. Hasrat nak masak Chilli Crab pada keesokkannya terbatal secara automatik. Not that fresh anymore terutama untuk ketam yang telah terkorban awal. Isi pun tak berapa penuh sebab berkemungkinan menjadi lembik akibat kepanasan di bahagian kargo kapal terbang.

So I guess cukup sampai kat sini. Dah panjang berjela entry aku this time untuk cerita 2 Kota 5 Hari !

Assalamualaikum !


Sunset di Kota Kinabalu