Saturday, June 23, 2012

Pantai Timur Sokmo (Mei & Jun) Part 2

Salam,

Pengembaraan disebabkan oleh tugasan pada Mei & Jun memang memenatkan, maklumlah aku bila ada kelapangan sehari pun aku akan cuba balik ke Melaka untuk berjumpa dengan keluargaku. So, purata dalam 7 ke 10 hari bermusafir, aku akan balik 1 hari ke Melaka dan kemudian akan memandu semula naik ke Pantai Timur.

Kata orang, jauh perjalanan ... luas pandangan. Betul la tu. Memey luas pandangan aku dan aku rasa aku dah sikit - sikit mahir kot dalam selok belok area Kuala Terengganu. Hahaha.

Dan satu yang menarik adalah pada suatu hari tu, aku terpaksa ke Kota Bharu dari Kuala Terengganu. Instead of menggunakan jalan biasa, GPS aku telah membuatkan aku ikut jalan persisiran pantai. Aku suka ikut jalan pantai ni kerana jumlah kenderaan yang ada di atas jalan adalah kurang + jalan pun cantik serta tidak bersimpang siur. Dan selepas aku tahu jalan pantai ni, the next visit ke Kota Bharu dari Kuala Terengganu pun aku telah mengambil keputusan untuk menggunakan route tersebut. Cuma kat beberapa kawasan tu kita kena berhati - hati sebab ada banyak lembu atas jalan dan ada kawasan tu terdapat 'binatang liar' melintas.

GPS menunjukkan ada lagi 92km nak sampai destinasi dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu ikut jalan pantai. Ni masa somewhere hat area Besut.

Kat sebelah hotel Tanjong Vista (kalau mengadap hotel, sebelah kiri), terdapat satu gerai yang buka hanya pada waktu malam. Dari segi lokasi + kebersihan, nampak macam kurang la tapi so far aku rasa gerai ni adalah gerai paling sedap masakannya dalam hampir 2 bulan aku bertugas kat Terengganu. Menu yang aku suka kat gerai ni adalah Nasi Goreng Cili Padi dan Sup Tulang (spt gambar kat atas). Kalau korang jenis yang memilih keselesaan, tak sesuai la gerai ni. Tapi kalau korang jenis 'okay', gerai ni memang aku sangat - sangat syorkan untuk gi rasa Sup Tulangnya. Layanan pekerja kat situ? Hmmm, okay la tak la berapa user friendly + kalau orang ramai kita akan dapat lambat sikit makanan yang kita order, tapi berbaloi la menunggu. Yang penting rasa masakan kat sini memang sedap tu !

Betul - betul mengadap Hotel Tanjong Vista, terdapat satu outlet Tutti Frutti. Aku pun sebenarnya tak pernah masuk Tutti Frutti ni tapi sebab aku tengok orang ramai je dok masuk beli aiskrim yogurt kat situ, aku pun cuba la try. Masa aku masuk outlet tu, rasa janggal la sebab 1st time la katakan dan kat situ kena self service. Agaknya bila cashier tu tengok aku macam lost je, dia pun tanya kat aku, "first time ke bang?" Aku pun mengaku la first time. Dia pun guidekan aku camne nak beli aiskrim kat situ. Mula2 kena pilih bekas, aku pilih yang paling kecik la sbb saiz2 lain tu aku tengok besar bonar, nanti tak abis pulak aiskrim aku. Pastu boleh mula pergi kat mesin aiskrim dan pilih perasa. Perasa ni ada banyak la dan boleh campur - campur. Aku pun pilih la Chocolate + Vanilla. Pas dah masukkan aiskrim, kena pergi pulak kat area 'toppings'. Aku pun taruk la beberapa 'toppings' macam kekacang, m&m, chocolate rice + frozen choco. Lepas dah topping, kita kena pergi kat cashier tu & dia akan timbang. Pergh, boleh tahan jugak harga dia, untuk malam tu, aku kena RM14.90 (mcm kat gambar tu). Nasib baik aku pilih bekas kecik, kalau besar tadi tak tau la berapa RM nak kena. Tapi walaupun mahal, memey sedap la aiskrim yogurt ni.

Ha, ni kat area Tok Bali. Mungkin kesan tsunami, bot ni tercampak sampai kat tengah jalan. :D

Di Kuala Berang, parking kat tepi jalan untuk berehat sebentar sebelum masuk bertugas.

Disebabkan kena bertugas time cuti sekolah dan kerja habis awal di Hulu Terengganu, aku terpaksa balik semula ke Kuala Terengganu untuk bertugas. Nak dijadikan cerita hampir semua hotel dah penuh. So aku terpaksalah sewa hotel berkonsep apartment kat Sumai Hotel Suite dengan harga RM326.00 untuk 1 malam. Tempat ni kalau bawak family untuk berehat / bercuti memang sesuai la plus lokasinya pun dekat area Pantai Batu Burok yang tersohor tu.

Masa aku bertugas kat KT tu, boleh dikatakan setiap malam sure hujan lebat plus dengan angin yang memang kuat tu. Kadang2 sampai rasa risau pokok tumbang pun ada.

Balik Melaka walaupun sehari tapi sempat jugak aku pi Best City Auto untuk tukar font nombor plate aku.

Pitstop kat layby Kuantan selepas tol Jabor.

Masa lalu belakang Hospital Kuala Terengganu di kawasan Pantai Batu Burok, aku tengok ada beberapa stall yang juai jagung. Tak tahan tengok jagung bakar tu, aku pun berhenti, berehat sambil memakan jagung. Puas hati la makan jagung bakar kat sini walaupun harga RM3 satu tapi saiz jagung tu besar + manis.

Nak dapat parking kat Hospital Kuala Terengganu memang susah. Ni aku dah tunggu dekat 15 minit dalam 'pesawat' sebab ada kereta parking depan aku ni tak bawak turun handbrake. Kalau datang ke Hospital Kuala Terengganu ni kena la banyak bersabar kalau nak cari parking + keluar dari parking.

Minum redbull bagi hilangkan kepenatan.

Ni kat belakang airport Kuala Terengganu untuk jemput bos.

Okay, takat ini dulu untuk part 2. Akan sambung part 3 (final) soon.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment