Sunday, June 24, 2012

Pantai Timur Sokmo (Mei & Jun) Part 3 - Finale

Boleh tahan jugak jumlah gambar2 yang aku ambik dengan blackberry aku dalam tempoh 2 bulan bertugas kat Pantai Timur ni. Kualiti gambar dari blackberry memang tak best tapi apa nak buat, tu la yang aku pakai skarang. So suka ke tak suka ke, kena la utilizekan apa yang ada. Aku memang bawak dslr aku ke mana sahaja aku pergi tapi believe it or not, memang aku 1 click pun takde untuk trip kali ni. Memang busy habis sampai takde masa untuk layan fotografi.

Sambungan gambar - gambar semasa di Kelantan & Terengganu :-

Ni adalah gambar permandangan melalui tingkap bilik aku kat Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu. View laut yang sedang ditambak. :)

Semasa di Kuala Terengganu, waktu malam di depan Pasar Payang memang penuh dengan penjual durian. Maklumlah, musim durian dah tiba. So, kat sini je 3 kali aku dapat makan durian bila waktu malam. Harga boleh la tahan sebab durian banyak so harga pun tak la mahal.

Ni first time aku tengok ada mechanical multilevel carpark sampai 4 tingkat. Mungkin sebab aku tinggal kat melaka so aku memang tak pernah nampak teknologi ni. Tapi ada rakan auditor aku yang dari KL pun kata mereka baru 1st time nampak. Kira hebat la Terengganu ni sebab berani buat investment + keputusan untuk menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta di dalam kawasan bandar.

On last nite masa kat Kuala Terengganu, aku pun bawak la staff2 aku yang datang dari Negeri Sembilan, Johor & Melaka untuk makan steamboat kat Restoran Paradise Deluxe. Boleh tahan jugak makan kat sini. Sedap + harga pun reasonable.

So, itulah catatan bergambar yang sempat aku ambik dan aku sharekan dalam blog ni. Memang satu tugasan yang tiring untuk both fizikal dan mental.

Aku harap agar usaha aku kat Kuala Terengganu ni dapat lah dikekalkan oleh staff tempatan supaya tak la aku kena kerap nak ke pantai timur lagi. :D

Terima kasih.

2 comments:

  1. Assalam, nak tanya.. Steamboat ni kat mana exactly ya? Akan ke KT dan dungun minggu depan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, maaf sebab baru perasan ada yang bertanya akan lokasi restoran ni. Setahun dah soalan ni. So sorry. Tapi untuk yang baru tengok write up ni, Restoran Paradise Deluxe kat Kuala Terengganu ni kalau ada yang berminat untuk test boleh tengok detail kat FB page mereka di https://www.facebook.com/paradisedeluxe.restaurant.

      Delete