Monday, June 18, 2012

Pantai Timur Sokmo (Mei & Jun)

Salam,

Bermula dari 7hb Mei hinggalah ke 15hb Jun 2012, aku dan 'pesawat; sibuk sekali berulang alik dari Melaka - Kuala Terengganu - Kota Bharu - Melaka. Tup tup secara tak sedar, mileage pada odometer aku dah nak sampai 13,000km  iaitu average penggunaan adalah 4,000km sebulan. Dalam jangkamasa tersebut memang tak sempat aku nak update blog ni. Setiap update hanya dibuat melalui Twitter sahaja.

Walaupun masa pantas berlalu, dalam tempoh hampir 1 bulan lebih tersebut, banyak catatan bersama exora yang dapat aku rekodkan + gambarkan.

Hotel Permai di Kuala Terengganu merupakan salah satu hotel yang aku 'port' semasa di Kuala Terengganu. Ni gambar untuk New Wing, untuk Old Wing (yang aku duduk) harga dia adalah dalam sekitar RM160 untuk satu malam.
Bila rasa nak cepat tapi nak kena mamam dulu, aku berhenti kat R&R Genting Sempah untuk makan Mcdonald. Kalau kita biasa dengan Mcd kat sini, kita mesti perasan yang dalam Mcd ni boleh tahan jugak banyak lalat. :)
Pitstop, tak sure plak gambar ni ambik kat rest area mana kat Lebuhraya Pantai Timur. Tapi rasanya somewhere kat Lanchang kot.
Okay, ni adalah hotel favorite aku skang bila kat Kuala Terengganu, Hotel Tanjong Vista. Kenapa? Sebab harga dia reasonable + facilities dia semua baru, maklum la sbb baru bukak hujung last year. Tapi ada 2 benda yang aku rasa hotel ni kena improve, 1) Buffet Breakfast dia tak best + tak byk pilihan 2) Wifi kat sini lembab mengalahkan kura - kura. Anyhow, sebab aku amat berpuashati dengan staff yg mesra + bilik yang cantik serta kemas lagi bersih, untuk trip ni je aku telah bermalam kat Hotel Tanjong Vista nak dekat 12 malam. Kalau aku mai KT lagi, sure aku akan cari Hotel Tanjong Vista dulu.
Ni masa driving up nak panjat Jambatan Tok Bali yang femes tu masa ikut Jalan Pantai dari Terengganu nak ke Kelantan. Org panggil jambatan ni jambatan tinggi. Kat atas jambatan ni ramai org memancing, so kena hati - hati bila naik jambatan ni.
Masa masuk daerah Pasir Puteh, ternampak motor yang ada plate number siam ni
Ni kali kedua aku makan kat Restoran Yatie Ayam Percik di Kota Bharu. Memey aku rekomen la makan kat sini, sedak sedak belako menu lauk nasi kerabu yang dijual. Kalau aku gi sana lagi, surely aku akan singgah makan kat sini semula.
Hmmm, aku ambik gambar ni sebab aku nak tunjukkan betapa uzurnya bilik hotel yang aku duduk kat Kota Bharu. Worst sebab harga dia tak setimpal dengan bilik, facitilies + breakfast yang ditawarkan. Ni hotel New Pacific Hotel, harga bilik 1 malam lebih RM200.00 tapi bilik memang teruk, karpet berbau + water heater pun tak function. Service pun out, aku letak sign please make up my room, sampai malam aku balik dari kerja tak terusik pun signange tu + bilik pun depa tak kemas. Last choice la hotel ni and not recommended at all.
Masa tengah cruising atas Lebuhraya Pantai Timur, nampak geng-geng Club Alza dari arah bertentang berkonvoi. Banyak gak keta Alza yang ikut konvoi ni, ada lebih dari 50 buah rasanya.

Kena pulak time cuti sekolah, so bila nak bayar tol kat Karak, kereta agak banyak.
'Pesawat' masuk Service Centre untuk servis 10,000km. Hmmm, aku balik gap 1 hari je buat servis ni then keesokkan bertolak balik ke Terengganu. Pengalaman servis 10,000km kat Pusat Servis Proton di Malim? Nanti aku bukak topik khas untuk cerita pasai servis ni.
Bukan untuk cuci mata atau mengaibkan orang tapi awek ni meskipun bertudung tapi skirt panjang yang dia pakai memang ketat habis. Bila berjalan, memey nampak jelas bentuk badan dia. Kalau nak pakai seksi pun agak2 la sebab bertudung tu kan membawa imej Islamic.
Jalan jem kat Kota Bharu time cuti sekolah ...
Petang pun jem jugok ... lagi teruk ... school hoilday la katakan ...
Ni 2nd time aku cuci 'pesawat' kat G'zox Kota Bharu. Aku suka la hasil kerja depa ni, walaupun mahal sikit, lebih RM5 dari kedai lain tapi cucian depa memang detail + 'pesawat' betul - betul bersih bersinar - sinar ! Kalau ada kat Kota Bharu cuba la try basuh keta kat sini, memey puas hati !
Akan bersambung pada post seterusnya ...! ;)

No comments:

Post a Comment