As mentioned dalam selang beberapa tajuk yang lepas, aku akan review sikit berkenaan sebuah hotel di Langkawi yang baru aku sewa baru - baru ni.
Previous short trip aku ke Langkawi memang aku tak de buat booking hotel sebab aku jangka yang waktu aku pergi tu bukan time cuti sekolah. Aku target nak sewa kat area Pekan Kuah sebab senang untuk aku attend tujuan utama aku ke Langkawi tempohari.
Bila cakap pasal hotel kat Pekan Kuah, 1 hotel je yang terbayang kat kepada iaitu City Bayview Hotel Kuah. So, sebelum flight berlepas petang tu, aku pun telefon City Bayview untuk booking. Bila tanya rate, tak sangka pulak yang harga bilik paling economy adalah RM315.00 untuk 1 malam. Not worth untuk aku sewa sebab aku dijangka tiba pada waktu malam selepas Isyak. Rugi sewa mahal kalau duduknya hanya untuk seketika.
So aku nekad untuk just cari saja hotel di Kuah tanpa perlu bersusah payah cari dalam internet dan buat booking. Aku sampai Pekan Kuah malam tu dengan hujan selebat - lebatnya dalam lebih kurang nak dekat 9 malam. I had my dinner first, tak rushing then dalam 10 malam aku bersama rakan mula cari hotel. Aku teringat satu hotel yang bersebelahan dengan Sungai Kuah iaitu Hotel Baron. Aku pernah menginap kat Hotel Baron ni once bila aku organized a company's trip 2 ke 3 tahun yang lalu. Okay untuk tidur & harga pun very reasonable. Bila naik jambatan kecil Sungai Kuah tu, aku ternampak MY Hotel yang terletak juga berhadapan dengan Sungai Kuah dan hanya bersebelahan dengan Hotel Baron. Dari segi saiz dan external presentation, MY Hotel nampak lebih gagah. So, aku tak jadi ke Hotel Baron sebaliknya terus drive and parking kat depan MY Hotel.
Bila masuk, aku disambut dengan senyuman mesra oleh Receptionist. Aku tanya ada bilik ke untuk malam tu. Dia jawab ada dan harga bilik adalah RM160.00 nett termasuk breakfast untuk 2 orang. Memandangkan masa pun dah lewat, hujan pun lebat plus harga pun boleh tahan, kami pun decided terus untuk sewa bilik di MY Hotel.
Kaunter reception di MY Hotel, Langkawi. |
Aku ambik standard Twin Sharing Room mengadap permandangan Pekan Kuah. First impression bila masuk bilik, memang luas bilik tu dan yang terbaik ada verandah. Di sediakan juga complimentary Drinking Water untuk 2 orang.
View Pekan Kuah waktu malam hujan lebat dari Verandah bilik. |
Setelah sehari kepenatan dan rambut pun basah sebab terkena hujan, aku decided untuk terus mandi. Okay, yang ni ada sikit kekurangan. Meskipun suis untuk activate Water Heater telah dibuka tapi malangnya Water Heater tidak berfungsi. Air memang sejuk, tambah - tambah lagi dah hampir lewat malam dan hujan pulak lebat. Nak tak nak aku terpaksa juga mandi malam tu dengan air sejuk untuk mengelakkan diri dari demam akibat terkena hujan.
Suasana dalam bilik Twin Sharing. Member tengah tunggu turn nak mandi. Bilik tiada carpet ada kelebihan dan kekurangan. |
LCD TV yang ada di dalam bilik menyediakan channel - channel ASTRO tapi sayang kualiti gambar kurang baik. Bukan sebab hujan tapi mungkin cabling yang menyebabkan gambar nampak 'grainy'.
Yang lain semua okay dan sebab kepenatan, kita orang tidur pun takde sebarang masalah dengan air cond berfungsi dengan lancar.
View Pekan Kuah (mengadap laut) pagi tu dari Verandah. |
Awal pagi selepas mandi air sejuk, kitaorang pun turun ke bawah untuk breakfast dan check out. Dengan dengan bilik RM160.00, aku jangka buffet breakfast yang baik akan di sediakan. Tapi sebaliknya tak banyak pilihan yang ada. Just basic simple breakfast sahaja. Menu pagi tu sosej yang di potong-potong, ada baked bean, ada mihun, set bubur Chinese Style dan roti untuk di bakar. Nak tak nak, kitaorang pun makan buffet pagi di MY Hotel sebelum checking out.
Buffet breakfast yang disediakan definitely can be improved. Biar level dengan harga bilik |
So, kat bawah adalah ringkasan aku tentang MY Hotel.
Kebaikan
- Lokasi yang baik
- Harga yang baik (tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah)
- Kakitangan yang mesra pelanggan terutama staff front office yang bertugas
- Bilik luas
- Bilik ada Verandah
- Permandangan bandar cantik bila bilik yang di sewa mengadap ke Pekan Kuah
Kelemahan
- Perlu perbaiki sistem Water Heater
- Sudah pasti menu buffet breakfast perlu dipelbagaikan. Ni aku compare dengan beberapa hotel yang sama harga di sekitar bandaraya Johor Bahru namun mereka mampu memberikan pelanggan buffet breakfast yang terbaik
- Cabling TV perlu diperbaiki.
- Tiada carpet - perlu sediakan selipar bilik disposable sebab tapak kaki sejuk apabila bangun tengah malam / awal pagi.
So, kalau berada di Pekan Kuah dan mencari hotel yang selesa untuk disewa, MY Hotel boleh dijadikan salah satu hotel untuk di pilih.
No comments:
Post a Comment