Wednesday, December 11, 2013

Sambutan Akhir Tahun (SAT) 2013 - EOCMotorsport (Part 2)

Fun Drive secara berkonvoi untuk melawat beberapa lokasi menarik di Kuala Terengganu di rancang bermula dalam sekitar jam 1030 pagi. Anak-anak seawal jam 630 pagi dah mula aktif dalam bilik hotel. Kami turun ke bawah untuk bersarapan dalam sekitar jam 8 pagi. This time sarapan tidak lagi di main Coffee House tetapi group EOCMotorsport disediakan 2 bilik khas untuk sarapan. Menu tidak sebanyak seperti yang ada di dalam main Coffee House tetapi cukup untuk lapik perut.

Dalam sekitar jam 10 pagi, semua peserta dan keluarga sudah mula berlegar-legar di kawasan lobi dan di pesawat masing-masing. Briefing kepada peserta dibuat dalam jam 1030 pagi dan flag off pula dalam lebih kurang jam 11 pagi. Konvoi yang berlepas diiringi oleh Polis Trafik. Memang seronok bila berkonvoi bersama kawalan Polis Trafik. Konvoi bergerak lancar tanpa halangan atau gangguan. Peserta cuma perlu beri perhatian kepada rakan di hadapan dengan jarak antara pesawat yang selamat. Ini bagi mengelakkan kejadian langgar belakang sekiranya kenderaan di hadapan brek secara mengejut.

Geng Lendat Melaka bergambar sebelum acara konvoi bermula
Pilot-Pilot menanti briefing oleh Marshall bertugas

Kuda Kuda Putih Polis Trafik yang bertugas membantu konvoi kami
Destinasi pertama untuk aktiviti konvoi ini adalah ke Noor Arfa Batik. Setelah semua selamat tiba di lokasi ini, acara adalah bebas dengan membuat lawatan di sekitar pusat batik tersebut. Aku memang tak buat sebarang sasaran untuk membeli apa-apa di sini sebab memang aku & family dah biasa ke Terengganu plus baju batik yang sedia ada pun tak terpakai oleh kami. So bagi kami, we just pusing-pusing sekitar pusat batik, beli keropok twisties serta ice cream dan lepak-lepak bersantai di dalam premis tersebut. Kat sini apa yang aku tengok, harga batiknya boleh tahan. Tak dinafikan kualiti batik yang dikeluarkan oleh Noor Arfa adalah baik. Demonstrasi melukis batik juga ada di sini. Dan pada tengaharinya pihak penganjur ada menyediakan khemah beserta makan tengahari. Lauk tengahari tu adalah Tongkol Masak Singgang, Ikan Goreng dan Masak Lemak Putih Sayur serta Sambal Belacan. Hahaha, memang sedap la tapi kombo ni memang confirmed anak-anak serta wife aku tak makan. So yang ambil nasi ni cuma aku je la.

Di Noor Arfa Batik
Pesawat parking di luar pagar Noor Arfa Batik

Dari Noor Arfa Batik, konvoi bergerak pula dengan iringan Polis Trafik ke Taman Tamadun Islam. Bagi kami, we just visited pusat perlancongan ni last year so sekali lagi kami tidak merancang untuk masuk ke Taman Tamadun Islam. Di sini perkara pertama yang aku & family buat adalah cari makan. Ada sebuah restoran di sini so kami pun pilih menu masing-masing. Aku beli semangkuk Mee Kari dengan harga RM5.60. Sedap juga Mee Kari kat sini sampai anak aku yang umur 2 tahun tu pun suka. Ramai juga peserta yang masuk ke Taman Tamadun Islam dan ada yang menaiki River Cruise. Setelah selesai kami late lunch, family decided untuk masuk ke dalam pesawat menunggu untuk berkonvoi ke destinasi seterusnya. Bagi aku, aku just pusing-pusing kawasan sambil bersembang-sembang dengan rakan-rakan EOCMotorsport yang ada. Ada juga yang menunggu di dalam Exora masing-masing sebab keletihan dan mengambil kesempatan untuk berehat, take a nap.

Di Taman Tamadun Islam
Bantuan Polis Trafik Terbaik !
Memang mesra polis yang bertugas siap boleh buat sign peace bila nampak anak nak ambik gambar beliau

Selesai di Tamadun Islam, konvoi bergerak pula ke Pasar Payang. Kali ini konvoi bergerak dalam kumpulan kecil dengan 10 ke 15 Exora per kumpulan. Ini memandangkan tiada lagi 'escort' daripada Polis Trafik. Aku di dalam kumpulan yang pertama keluar dari Taman Tamadun Islam. Ramai juga yang tidak bergerak ke Pasar Payang sebaliknya mungkin mempunyai destinasi lain yang ingin mereka tuju. Kat Pasar Payang, aku dan family beli beberapa helai T Shirt buat anak-anak dan pergi ke kedai keropok yang tuannya sudahpun kami kenal. Setiap kali aku ke Pasar Payang, memang kedai dia la yang aku dok beli. Happy dia jumpa kami dan kami pun beli la beberapa bungkus keropok kering serta dodol untuk di bawa pulang. Aku tak beli Keropok Lekor sebab aku rancang untuk beli keropok lekor di kawasan lain.

Pesawat R3 Raptor bersedia nak balik ke hotel selepas membeli belah di Pasar Payang

Balik dari Pasar Payang adalah pergerakan solo atau masing-masing. Dari Pasar Payang, aku drove ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati makan petang berupa juadah celup tepung. Harga makanan celup tepung kat Batu Buruk ni is quite cheap jika dibandingkan dengan menu yang sama di Pantai Cinta Berahi di Kelantan. Kat sini secara kebetulan aku bersua dengan rakan EOCMotorsport dari Sarawak yang turut datang bagi memeriahkan acara SAT ini. Kami bertukar-tukar pengalaman dan nombor telefon.

Malamnya pula aku membawa family keluar untuk makan malam di gerai favorite aku yang terletak bersebelahan dengan Hotel Tanjung Vista. Hotel Tanjung Vista ni memang jadi pilihan #1 aku kalau aku bertugas kat Kuala Terengganu, so gerai sebelah tu memang jadi lokasi tetap untuk aku dinner. Gerai simple tapi masakan sedap terutama Nasi Goreng Cili Padi & Sup Tulang. Habis dinner, kami balik ke hotel dan aku rasa malam tu sebelum jam 12 malam, aku pun dah terlelap akibat keletihan.

Pada hari terakhir SAT, kami bangun sedikit lewat sebab aku nak make sure semua ready untuk perjalanan pulang. Pagi tu ada sessi ambik-ambik gambar termasuk gambar untuk pemenang-pemenang Exora Kemahhh. Kata penganjur akan masuk majalah Otomania Edisi Januari 2014. Selepas breakfast, family naik ke atas buat preparation barang-barang untuk check out while aku lepak sebentar di bawah bersama rakan - rakan yang lain. Group Melaka Lendat telah check out awal sebab mempunyai perancangan untuk ke Pasar Payang membeli belah sebelum bertolak pulang ke Melaka.

Suasana sibuk di entrance Primula pada hari terakhir dengan semua bersiap sedia untuk pulang

Aku check out dalam lebih kurang pukul 11 pagi dan terus bergerak balik. Route perjalanan aku masih sama iaitu seperti route yang aku datang tempohari. Tapi kali ni aku rancang untuk masuk ke jalan Jerangau-Jabor once aku sampai di Kerteh/Paka. Risau gak aku dengan kondisi kat sempadan Cherating/Kemaman tu takut-takut air naik lagi tinggi sebab masa aku check out, cuaca memang gelap dan hujan lebat.

Perjalanan dari Kuala Terengganu hingga ke Paka adalah baik walaupun hujan. Aku tengok Dungun dah kering, tidak seperti hari yang aku datang yang mana jalan-jalan penuh dengan lopak-lopak air. Sebaik sampai di Paka, aku mengambil jalan ke kanan untuk masuk ke jalan Jerangau-Jabor. Aku berhenti untuk bertanya dengan orang-orang tempatan akan jalan tersebut dan mereka kata adalah lebih baik aku ikut jalan pantai sahaja sebab jalan pantai dah cantik, tiada banjir. Aku pusing balik ke Paka, beli lunch di Mcdonald Kerteh dan singgah makan di R&R Pantai Kemasik. Selepas makan, aku bergerak ke Chukai dan jalan agak sesak di Chukai tapi jalan yang tutup tempohari telahpun dibuka. Air dah tiada atas jalan. Dari Chukai ke Cherating, Alhamdulillah jalan yang dinaiki air hari tu dah boleh lalu. Kawasan banjir kat pintu gerbang sempadan dah kering. Aku singgah di gerai keropok iaitu Kedai Keropok Kita yang memang aku plan nak beli keropok lekor kat sini untuk beli beberapa batang keropok lekor. Di lokasi ni aku menghubungi rakan - rakan dari Melaka dan memaklumkan yang mereka tidak perlu masuk jalan Jerangau-Jabor sebaliknya boleh terus ikut jalan tepi pantai.

Dari Cherating aku masuk LPT untuk terus ke Karak. Di LPT cuaca baik dan ada kalanya hujan tapi mostly 80% perjalanan di dalam cuaca yang baik. Ini membolehkan aku bergerak lebih laju di atas lebuhraya. Selesai di LPT, aku masuk Karak dan berhenti di R&R Genting Sempah untuk mengisi Petrol. Aku exit Tol Karak-Gombak dalam lebih kurang jam 520 petang. Aku expect akan sampai Melaka dalam jam 730 paling lewat tapi jangkaan aku salah. Masuk ke MRR dari Gombak .... trafik amatlah sesak, siput pun lagi laju la. Bergerak tak sampai 2 meter, berhenti dekat 5 minit, bergerak 2 meter berhenti 5 minit. Adoi, letih aku kat sini. Aku potong kiri jalan untuk masuk DUKE pulak sebab kalau ikut rentak MRR, mau pukul 8 pun tak sampai Sungai Besi lagi. Aku masuk DUKE pun dah dekat Maghrib. DUKE bergerak lancar tapi bila masuk ELITE ... sesak lagi. Same condition macam MRR2, cuma laju sikit dari siput tapi at par dengan kura-kura. Bila dah lepas Exit Subang Jaya baru la kenderaan bergerak lancar. Aku memang dah letih abis dah time tu, mata dah pedih-pedih keletihan. Tapi alang-alang dah sampai situ, aku gagah jugak untuk balik ke Melaka walaupun aku ada terlintas nak berhenti keluar mana-mana exit dan cari hotel untuk berehat.

Driving kat PLUS Highway walaupun kereta banyak tapi bergerak lancar. Aku dah tak boleh nak speeding dah sebab terlalu letih. Aku sampai Melaka lebih kurang jam 1030 malam. Berhenti beli Nasi Lemak Cheng untuk dinner dan sampai rumah nak dekat jam 11 malam. Traveling balik ni nampaknya lebih letih daripada traveling pergi meskipun cabaran banjir serta hujan masa traveling pergi adalah lebih teruk.

So, itu lah cerita aku untuk SAT 2013. A great event dengan penganjuran yang baik oleh Geng EOCMotorsport Be'keng Terengganu. Weaknesses memang ada tapi mana ada event yang 100% perfect. Aku tengok rakan-rakan Terengganu telah bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan event ini berjalan lancar dan menggembirakan semua peserta. Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran SAT 2013 ini. You guys dah did your level best ! Tahniah !

Insyallah next gathering event akan berlangsung di Melaka dan kami daripada Geng Lendat Melaka pula akan menjadi hos seterusnya. Perancangan asas telah dibuat dan bergeraknya AJK untuk next event akan berlaku dalam sedikit masa lagi insyallah.

Terima kasih EOCMotorsport atas penganjuran SAT 2013 ini ! Bravo ! Gracias !


No comments:

Post a Comment