Tuesday, July 3, 2012

EOCM : Sticker Geng Lendat

Hmmm, Lendat adalah nama untuk EOCM Cawangan Melaka. Aku pun mulanya pelik apa tu maksud Lendat. Nak tanya malu tapi kena la tanya jugak sebab aku ni kira dah ahli Geng Lendat so kalau tak tau maksud Lendat tu kira gagal la.

Apa yang dimaklumkan kat aku adalah Lendat ni memang ada makna dalam bahasa orang Melaka tapi Lendat yang dipilih untuk jadi nama cawangan Melaka ni adalah singkatan bagi "Lebihan Duit Dalam Tangan". Hahaha, sebab apa nama tu di pilih sebab kalau ada duit lebih maka 'pesawat - pesawat' boleh la di solek dan aktiviti boleh la di buat. :)

Okay, maka 23hb Jun sehari sebelum TT Durian, sticker Geng Lendat pun telah dirasmikan. Aku pun sebagai ahli Geng Lendat pun ada menampalkan sticker ini kat cermin belakang 'pesawat'ku.

Demo cara tampal sticker Geng Lendat dibuat pada malam TT di Restoran Pinang Besar

Ha, ni dia sticker yang aku lekat sendiri kat cermin belakang kereta aku. :)

2 comments: