3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, aku lagi sekali ke Urban Stickers. Kali ni aku just nak make up 'telinga' Exoraku dari warna Plum Red ke warna hitam dengan menampalkan stickers ala - ala kertas pasir. Hasilnya memuaskan. Kos? RM60.00 untuk sepasang telinga.
|
Depa bukak sarung telinga untuk proses penampalan sticker. |
|
Hasilnya selepas sticker ala - ala sand paper di tampalkan. |
Then betul - betul sehari sebelum Hari Raya (petang raya), aku ke Best City Auto di Cheng untuk pasang Fog Lamp (Spotlight) yang namanya Angel Eyes. Memang aku dah janji ngan boss kat Best City Auto tu nak pasang since start bulan puasa, cuma aku tak de masa nak buat. Dan in between bila aku free, kedai dia pulak sibuk dengan customer. So last - last, aku terjah jugak petang - petang raya minta dia pasang. Berapa kos pasang Angel Eyes ni? Tu kena pergi ke Best City Auto untuk dapatkan harga terbaik dari mereka. Aku dapat la sedikit discount special sebab regular customer. Hahaha.
Dan lepas pasang Angel Eyes, terdetik pulak nak cover Headlamp dengan warna gelap (smoke). Boss Best Auto macam tau - tau kehendak aku terus dia tanya "mau kasi cantik Headlamp tak?" Aku pun mengiyakan saje sebab memang dah terasa nak buat. Pandai dia baca kehendak customer.
|
Angel Eyes dalam pemasangan. |
|
Lepas siap pasang Angel Eyes, kasi 'smoke' pulak Headlamp. |
|
Maka setelah siap, macam ni la rupa Exoraku sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. |
Cuma Angel Eyes ni memang power. Power dari segi kecerahan, kena adjust betul - betul supaya kenderaan yang dari depan tak silau bila terkena cahaya daripadanya. Aku nak on spotlight pun serba salah sebab memang tahap kecerahan Angel Eyes ni tersangatlah cerah takut - takut mengganggu pemandu lain.
salam.. 2 soalan
ReplyDelete1- upah pasang angle eyes brape rm??
2- cara buka side mirror cover camana eh
terima kasih
Salam,
Delete1-Harga yg kedai ni bagi termasuk kos upah ni. Dalam RM350.00 sepasang.
2-Just umpil pelan-pelan keluarkan cover tu dari penyepit cover. :)
Terima kasih singgah ke blog ambo. :)