Wednesday, August 28, 2013

Yet Another Short Trip to Langkawi

Rasa baru je aku ke Langkawi (memang baru pun, last month), tup tup aku terpaksa balik ke Langkawi lagi untuk satu lawatan yang singkat iaitu pergi hari Isnin dan balik hari Selasa baru - baru ni.

Kali ni aku tak naik MAS, aku naik Air Asia pulak sebab harga tiket MAS dah mahal. Pagi Isnin tu aku riki MAS vs Air Asia, MAS pergi balik 2 orang dekat RM980.00 berbanding Air Asia pergi balik dalam RM650.00.

Pagi tu aku ada urusan di Kuala Lumpur. Lepas selesai hal kat KL, aku terus ke LCCT dan sampai di LCCT dekat - dekat nak pukul 2 petang. Terus aku pi kaunter beli tiket tapi di maklumkan yang tiket yang paling awal aku boleh beli adalah tiket untuk penerbangan jam 6.55 petang sebab yang terawal daripada waktu tu dah habis. Wah, tak sangka pulak aku yang tiket flight boleh habis sebab sekarang bukan musim cuti pun. Cuti raya baru selesai dan cuti semester sekolah pun bukan, tapi kenapa tiket ke Langkawi boleh laku macam goreng pisang panas ni.

Menunggu flight ...
Menghabiskan masa kat LCCT tunggu berjam - jam sebelum penerbangan memang lah membosankan. Kejap - kejap tengok jam, kejap - kejap tengok jam. Tapi kebosanan tu sekali - sekali hilang bila krew Air Asia lalu depan mata. Not bad lah uniform diaorang ni. Hahaha. Bukan nak tengok pun tapi dah lalu depan mata, kadang - kadang tak dapat nak menoleh kat tempat lain dah. :D

Dekat jam 6.20pm, keluar pulak announcement kata flight aku delay ke jam 7.05 malam. Adoi, lagi bertambah rimas aku dok tunggu. Nasib kali ni aku pergi dengan sorang sahabat, ada jugak kawan buat teman dan sembang - sembang. Kalau aku sorang, memang mati kutu aku kat LCCT ni.

Last - last flight aku berlepas jam 7.30pm, memang lambat. Aku sampai Langkawi dalam jam 8.20pm. Hujan lebat menyambut ketibaan aku. Aku terus jumpa sorang contact untuk dapatkan kereta sewa. Kali ni aku sewa kereta jenis Nissan Sylphy @ RM120.00 sehari. Cuba nak nego RM100 tapi tak dapat. Mulanya aku booking Nissan Almera sebab nak rasa kereta baru tapi bila sampai kat airport, Sylphy pulak yang dia bagi. Aku tanya kenapa dengan Almera yang aku booking tu, dia kata Sylphy ni lagi best. Tak mau banyak cerita sebab dah malam dah pun plus hotel pun belum cari lagi, aku terus setuju untuk kereta Sylphy tu. Not bad lah Nissan Sylphy ni, memang pick up !

Dari airport kat Padang Matsirat, aku terus drive perlahan - lahan dalam 60km/j ke 80km/j menuju ke Pekan Kuah nak cari hotel. Tangki minyak dah kosong, contact yang bagi sewa kata kena isi jugak kat Padang Matsirat, tak sempat dah untuk sampai Kuah. So aku tuang minyak RM20.00 malam tu.

Sampai kat Kuah, aku check in kat My Hotel yang terletak betul - betul dalam Pekan Kuah. Boleh tahan la hotel ni, harga pun tak murah, tak juga mahal. RM160.00 untuk 1 malam. Jauh lebih murah kalau banding dengan Hotel City Bayview Kuah Langkawi yang harga bilik dia malam tu RM315.00 untuk 1 malam. Aku masuk bilik hotel dekat - dekat jam 10 malam jugak. Nanti aku bukak thread lain untuk My Hotel ni untuk review yang lebih details.

Esok awal pagi aku breakfast buffet kat dalam hotel then pergi untuk selesaikan 1 urusan. Aku sempat singgah di rumah mertua aku. Lepas selesai urusan di Kuah, aku terus cari ikan bilis dan cokelat untuk dijadikan buah tangan. Then aku lunch di area Pantai Cenang kat Restoran Indian Palace before aku ke airport Langkawi. Flight balik aku pukul 3.20pm, alhamdulillah tiada delay.

Sampai LCCT lebih kurang jam 4.30 petang. Slow nak landing, biasa lah KLIA/LCCT ni sibuk dengan banyak pesawat lain, so kena ikut turn nak landing lah kot aku rasa. Singgah sebentar di Maxis Centre Bandar Nilai untuk lapor kehilangan handset member aku dan beli 2 bungkus Nasi Kandar Lawood yang popular kat Nilai tu.

Dari Nilai, masuk PLUS Highway terpaksa keluar pulak Exit Pedas Linggi sebab lupa nak isi minyak. Takut tak sempat sampai Simpang Ampat. Dari Pedas, ikut jalan lama Rambau ke Simpang Ampat. Sampai rumah dalam waktu Maghrib. A tiring yet a great short trip even.

Hebat Bank Rakyat, marketing sampai atas awan biru.
'Sarang' untuk 1 malam. My Hotel, Langkawi.
Lunch Nasi Bariani Kambing ala India di Indian Palace, Pantai Cenang.


No comments:

Post a Comment