Selesai bercuti dengan family, on 7th April 2014 aku bersama seorang rakan terpaksa naik pula ke Pulau Pinang untuk bertugas. Jadual untuk aku bertugas kat Penang dijangka selesai pada 11hb April. 5 hari 4 malam tu.
Exoraku kembali bergerak ke utara pada 7hb, rakan yang aku bawak agak keletihan sebab baru balik awal pagi dari kampung halaman dia so most time dalam journey tu dia terlelap. Bila drive dalam keadaan sunyi senyap long distance ... mula la kita nak memecut.
Pitstop di Petrol Station RNR Semanggol |
Tugasan kerja venue kejadian dibuat di Hydro Hotel, Batu Ferringhi. Aku mula-mula ingat area hotel ni dekat dengan Park Royal Penang yang pernah aku duduk beberapa tahun yang lalu. Rupanya lokasinya agak kurang menarik sebab jauh dari pusat pekan kecil Batu Ferringhi.
Exo parking baik punya depan hotel, tak perlu masuk parking bertingkat. Terus charted parking tu dengan Bellboy. Hehehe |
Dari verandah bilik di Hydro Hotel |
Malam first makan kat Mady Char Koay Teow area Batu Ferringi ... boleh tahan sedapnye. Recommended ! |
Di Penang, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan Ketua Negeri EOCMotorsport bagi Pulau Pinang. Beliau datang ke Batu Ferringhi dan kami berjumpa bersembang di sebuah gerai berhadapan dengan Hard Rock Cafe. Nama gerai tu memang best berlawanan dengan Hard Rock iaitu Slow Rock Cafe.
Dalam kesibukan kerja di Penang, pada petang 10th April semuanya selesai dan aku plan untuk berjalan-jalan di Penang malam tu plus makan nasi kandag dgn pasembor. Tiba-tiba dapat satu panggilan dari pejabat yang meminta kitaorg attend 1 mesyuarat di Kuala Lumpur pada 11hb April jam 9 pagi. Hmmm ... kacau ni. Time dah dekat jam 5 petang, macamana nak balik ni. Pukul berapa nak sampai Melaka dan pukul berapa nak keluar balik attend meeting kat KL. Memang not impossible tapi akan jadi kelam kabut and rushing la.
Nak tak nak, petang tu dalam jam 5 petang aku checkout dari hotel dan terus bergerak menuju ke Kuala Lumpur.
Singgah pitstop di rest area Simpang Pulai |
Sampai di Kuala Lumpur dah agak lewat, somewhere almost 10 malam. Aku ni bab drive malam ni memang ada kureng sikit sebab masalah 'pupil' lambat react pada cahaya. So driving aku agak perlahan dari Penang ke Kuala Lumpur. Nak aku gagah balik ke Melaka, sure akan sampai dalam jam 12 malam, pastu esok pagi-pagi pulak sure kena naik balik ke Kuala Lumpur untuk hadir mesyuarat. Last sekali we decided untuk cari hotel berdekatan dengan lokasi mesyuarat dan hotel pilihan malam tu adalah di Peninsular Hotel.
Rupanya hotel ni berkonsepkan macam apartment. Luas bilik dan harga pun tak begitu mahal. Cuma lokasi la kurang menarik sikit.
Bilik yang agak luas. Setiap katil ada ruangan yang agak privacy. |
Katil single pun macam size katil queen |
Some items dalam bilik |
Disebabkan keletihan, malam tu kitaorang ambik teksi menuju ke Jalan Doraisamy untuk menikmati Sup Dorai yang memey kaw ! Aku dah tak makan kat sini hampir-hampir dekat 20 tahun dah. |
Hari berikutnya as planned, mesyuarat berjalan dengan baik dan sebaik sahaja selesai, tanpa membuang masa we headed south back to Melaka.
No comments:
Post a Comment