Bermula 28hb Mac hingga 1hb April, aku telah bersama keluarga bercuti ke 2 lokasi iaitu 1 malam di Port Dickson dan 2 malam di Goldcoast, Sepang,
Di Port Dickson, aku yang pada asalnya merancang untuk bermalam di Admiral Coves terpaksa menukar rancangan kerana bilik telah kehabisan.
Lokasi kami pada malam 28hb tersebut adalah di Selesa Beach Resort. Aku pernah dulu sekali tinggal di Selesa semasa zaman nama Selesa adalah Regency Hotel Port Dickson. Hotel Selesa ni okay la sebab location wise pun baik berhampiran dengan beberapa hot spots di Port Dickson. Bilik pun pada tahap yang biasa, tiada 'wow' factor. Buffet breakfast perlu improvement sebab tidak ada 1 menu yang boleh dikatakan sedap, hanya sekadar untuk memenuhi syarat 'free buffet breakfast'. Namun memandangkan Port Dickson ni memang akan penuh dengan pengunjung pada waktu cuti / cuti sekolah, maka Selesa Beach Resort ni still boleh dikatakan agak selesa untuk dijadikan lokasi bermalam compare dengan a few more hotel/motel/apartment yang ada di sepanjang persisiran pantai Port Dickson.
|
R3 Raptor parking di kawasan parking Hotel Selesa, Port Dickson. Ni view dari balcony bilik aku |
Nothing much yang kitaorang buat di PD, anak-anak mandi Swimming Pool plus jalan-jalan tepi pantai. Malamnya aku pergi beli Nasi Arab tapau bawak balik ke bilik hotel sebab anak yang bongsu tido awal.
On 29th, kami checkout somewhere before noon dan meneruskan perjalanan naik ke utara menuju Goldcoast Sepang. Ha, ni memang aku excited sebab ni first time aku nak jelajah area tu. Selalu dok dengar orang cakap pasal Goldcoast Sepang, so kali ni aku nak tengok sendiri apa yang best kat situ.
Di Goldcoast, kami menginap di Avani Sepang Goldcoast Resort. Ni resort kira macam resort terapung atas air, first time sampai sini.
|
Raptor R3 depan Main Lobby Avani Resort |
|
Dari chalet, buka pintu terus ngadap laut ... ada harapan memancing ni. hehehe |
|
Mancing sampai ke senja |
|
Pintu bilik tidur pun bukak je terus laut ler .... haishhh ... |
|
Setup dalam chalet terapung - ada area untuk light cooking, meja makan dan bar |
|
Ruang dalam bilik air dalam Master Bedroom pecah ke tiga bahagian. Yang kanan WC, kiri shower dan yang ujung terus tu untuk private bathtub berjacuzzi. Hmmm ... kusyen sofa empuk yang tengah2x ni untuk ape ek ... huhuhu ... |
|
Pintu utama masuk ke dalam chalet terapung |
|
King Size Bed dalam Master Bedroom. Chalet yang aku duduk ni ada 3 bilik. |
|
Senangin hasil pancing pagi |
|
Pari pun dapat |
Pantai Goldcoast tu sendiri is actually tak la berapa best. Kedai seafood ada a few kat area ni. Malam terakhir kat sini kitaorang ada test makan menu ikan-ikan bakar. Ikan quite fresh cuma sebab kat Melaka kita dah biasa cicah ikan bakar dgn cili kicap so bila kat sini takde cili kicap ... rasa macam kurang 'kick'.
Avani Resort ni memey terbaik la. Highly recommended untuk semua. Buffet breakfast dia memey tip top. Varieties of menu termasuk fresh pizza made by Italian Chef. Kalau bukan kerana Avani Resort, mungkin our trip ke Goldcoast ni akan just jadi satu vacation yang nothing much to highlight. Beside ratusan chalet atas air, Avani Resort juga ada dia punya own recreation area di persisiran pantai.
|
Main Miniature Gold kat Recreational Area Avani |
Worth visit and stay kat Avani ni. Jarak antara lobby ke chalet-chalet agak jauh, so kena naik buggy. Buggy ni 24 hrs ada service, jumlah buggy pun banyak so no issue. Guest pun boleh ambik basikal di lobby untuk dibawa ke chalet.
|
Ni la Avani Sepang Goldcoast Resort. Bentuk ala-ala Palm yang dekat Dubai tu. |
Selepas 2 malam di Avani, kitaorang checkout juga somewhere around 1230 noon. Balik kita follow GPS ikut nearest route keluar ke Seremban dan masuk PLUS Highway.
Malam tu terus buat sambal ikan Senangin dan Gelama fresh dari lautan Goldcoast, Sepang.
|
Memey sedap ikan baru pancing nie ... hehehe |
menarik, avani
ReplyDeletememey menarik bro. terbaik.
DeleteAssalamualaikum semua, sorry and thank you blog owner,
ReplyDeleteFebruary 2015 Promo!
We have rooms for 13th, 14th and 15th February 2015.
Type of room:-
Family Villa (two bedroom villa – also known as Canary Palm Villa) selling at RM 750 nett (without breakfast) – 2 more units left!!!
*Agoda is currently selling at RM 921 + tax RM 147 = RM 1068 (without breakfast)
Click here http://goldenpalmtreediscounts.blogspot.com/ for details!