Outing tempat kerja ni agak lama tak buat Family Day, so tahun ni kita pun decided untuk buat Family Day di A'Famosa Resort. Aku yang duduk Melaka ni pun kira first time masuk ke dalam Taman Tema A'Famosa ni.
Kanak-kanak memang suka sebab terdapat banyak kolam dalam tu, kira macam Sunway Lagoon la cuma saiz agak kecil sedikit.
Kolam berombak dalam A'Famosa |
Dalam A'Famosa ni bukan saja terdapat Taman Tema Air tapi ada Mini Safari serta Pekan Cowboy (ada show koboi).
Show koboi ... aku tengok dalam kurang 10 minit sebab banyak sangat yang meletup-letup .. anak bongsu aku asyik terkejut menangis. Hehehe |
Salah sekog Singa yang ada masa naik lori berpagar ronda-ronda Taman Mini Safari. |
Overall aku rasa A'Famosa Resort ni not bad jugak la. Kawasan persekitaran before masuk ke Taman Tema nampak agak sunyi dan macam tak bersapu. Tapi dalam Taman Tema memang menarik, bersih dan selesa. Safari can be improved especially part bila lori sampai pastu ada staff Safari guna pancing untuk keluarkan buaya dari air tu nampak tak berapa nak sesuai. Cowboy show baik dan kualiti air dalam Taman Air juga baik.
No comments:
Post a Comment