Keretapi ni ada 'sentimental value' ngan aku sebab aku ada sejarah bekerja atas keretapi. Zaman lepas SPM dulu - dulu aku pernah sebulan bekerja atas keretapi route KL - Singapore sebagai .............. 'waiter'. Tugas aku bawak makanan dari gerabak cafe dan berjalan sepanjang keretapi tu jual makanan / minuman sambil memekik dgn volume sederhana "nasi lemak, nasi tomato, air kotak, kopi, teh ... " Hahaha, pengalaman tu. Hostel pulak kat area Jalan Dobi, Johor Bahru. Memang happening la bila malam tapi tilam banyak pijat le, al maklum la dah berapa orang share tilam tu aku pun tak tahu.
So, untuk trip aku ke Kelantan baru - baru ni, aku tak drive. In fact aku naik bas, reason? Aku ada sikit kureng puashati sbb kena bawak Exora aku tiap2 kali naik Pantai Timur, so aku nak bagi both kereta & driver 'rest'. Balik dari Kelantan, aku pun tempah lah tiket balik keretapi dari Gua Musang ke Tampin. Aku ambik katil tempat tidur. Naik dari Gua Musang jam 10 malam. Ni pun satu hal, aku pi Stesyen Keretapi jam 930 malam, aku tengok-tengok semua lampu tutup. Dalam hati aku kata mungkin sekarang musim riang-riang so stesyen tak bukak lampu kot. For info yg tak tahu, kalau kat Gua Musang ni ada musim riang-riang. Memang banyak la binatang ni keluar, banyaknye memang tak terkira. Jam 1050pm aku dah suspect lain dah sebab aku tak nampak any movement dalam stesyen keretapi, tanya kat orang jual burger tu last-last baru dapat tahu yang stesyen keretapi dah tukar tempat. La ni ada stesyen keretapi baru kat Gua Musang. Dengan pantas aku minta staff aku pecut bawak aku ke stesyen keretapi baru. Menarik jugak stesyen keretapi baru ni, kemas & bersih. Dalam 10.30pm tren sampai, aku naik terus ke tempat tidur. Masuk-masuk je tren aku tengok 2-3 orang lelaki bukak baju dok jalan-jalan dalam tren koc katil aku tu. Sebab? Panasss. Memang panas la koc tu walaupun ada aircond. Nak tak nak aku pun jugak bukak baju masa nak tidor. Nak jadi cerita tren rosak 2 kali. Aku sampai Tampin dalam dekat-dekat jam 10 pagi (sepatutnya ikut jadual jam 630 pagi). Worst, tren tu bila berhenti kat stesyen, takde annoucement. So penumpang kena la hati-hati & kalau nak tidor kena tidor-tidor ayam, kalau tak memang akan terlepas stesyen.
Then dalam masa tak sampai sebulan aku naik lagi tren. Kali ni sebab tiket bas dah habis untuk ke Kota Bharu. Decision nak pergi made tengahari untuk perjalanan pada malamnya so memang la takde tiket bas. Round trip kali ni Tampin - Tanah Merah - Tampin. Masa pergi tiket tempat tidor habis so aku terpaksa naik koc tempat duduk 2nd class. Sejukk ya amat. Balik aku dapat tiket tempat tidur. Still takde announcement being made bila sampai kat stesyen-stesyen yang keretapi tu berhenti. This time aku ada peluang nak minum kat koc cafeteria, koc kenangan aku. Tapi KTMB kena buat sesuatu la, lipas dalam koc cafeteria ni bukan main banyak. Bukan setakat 2-3 ekor tapi yang aku nampak lebih dari 20 ekor dari saiz bapak ke saiz baby. Berleluasa sangat bebas merayap sampai ke meja-meja makan.
Nevertheless, aku tak demand tinggi dengan KTMB as aku tahu yang KTMB adalah kemudahan kerajaan kepada rakyat dan tidak profit orientated. Cuma aku harap improvement yang tidak melibatkan kos yang tinggi can be made and service can be improved untuk menjaga imej negara sebab ramai juga foreigner pelancong yang gunakan tren.
Nak naik lagi next time? Sure !
Tunggu tren @ Stesyen Gua Musang
Stopped over @ Gemas (kepala keretapi tukar arah)
Minum milo dalam koc kafeteria (nasib sang lipas tak posing bersama)
No comments:
Post a Comment