Sunday, May 19, 2013

Hobi : Memburung

Well, actually salah satu daripada minat aku adalah memburung. Ini tak bermakna aku suka bela burung, jerat burung or menjadi pemburu burung. Yang aku minat adalah memerhati burung atau lebih dikenali sebagai 'birdwatching'.

Aku sangat aktif dalam aktiviti ini dalam sekitar tahun 2008 ke 2011. Tapi selepas tempoh tersebut, meskipun minat masih mendalam tapi aktiviti pemerhatian seakan perlahan akibat kekurangan masa untuk berbuat demikian.

Dengan menyertai persatuan yang berkaitan dengan alam sekitar, aktiviti ini menjadi lebih menyeronokkan kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai sama minat dengan aku. Dan mereka juga kerap menganjurkan aktiviti berkaitan dengan 'birdwatching'. Event tahunan yang tetap adalah Raptor Watch yang diadakan di Port Dickson.

Kita mungkin anggap burung ada di mana-mana dan tidak ambil peduli. Tapi cuba tanya pada diri sendiri, berapa jenis burungkah yang kita telah lihat? Yang selalu kita lihat adalah burung² urban/sub urban seperti gembala kerbau, burung ciak, burung gagak dan burung merpati. Tahukah kita yang kita mempunyai banyak lagi spesis burung yang unik serta cantik?

Depa kata kalau nak disahkan sebagai Pemerhati Burung, paling kurang kita kena telah melihat 100 jenis burung berlainan spesis secara nyata (bukan dalam TV atau buku). Tahun pertama aku memerhati burung, aku bersungguh-sungguh mengejar angka 100 tu. Panduan selain daripada rakan sehobi, aku juga membeli sebuah buku tentang spesis burung karangan Craig Robson bertajuk "Field Guide to the Birds of South East Asia". Bila aku perhatikan burung yang tidak aku kenali, buku ini menjadi rujukan dan merekodkan setiap spesis yang aku dah lihat.

Burung juga terbahagi kepada beberapa kategori berdasarkan daripada habitat kegemaran burung tersebut. Ada burung sukakan air, ada burung sukakan kawasan bandar, ada yang sukakan kawasan berhutan dll. Pembahagian spesis juga amatlah banyak di mana setiap satu spesis mempunyai pelbagai sub spesis dari jenis yang sama. Contoh paling baik adalah burung helang.

Antara tempat terbaik untuk melihat pelbagai spesis burung adalah di Bukit Fraser (burung2 hutan & burung2 tanah tinggi), Hutan Panti, Johor (burung hutan) dan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Power Station di Kapar (burung2 hijrah air) - perlu permit. Namun, di kawasan aku di Melaka ni pun ada beberapa lokasi yang baik untuk pemerhati burung. Antara lokasi yang menjadi pilihan adalah :-
  • Pengkalan Bird Sanctuary di Pengkalan, Alor Gajah (Waterbird)
  • Melaka Raya & Pulau Melaka di Melaka Raya (Waders)
  • Kawasan Sawah Padi di Merlimau (Waterbird)
  • Kawasan Sawah Padi di Sungai Rambai (Waterbird)
  • Kawasan Sawah Padi di Bukit Rambai / Batang Tiga (Waterbird)
  • Hutan - hutan kecil berhampiran dengan Hutan Simpanan Ayer Keroh (Forest Bird)
  • Kawasan Tadahan Air di Durian Tunggal (Waterbird)
Apabila tiba masa sesuai, aku pasti akan kembali aktif dalam hobi ini sebab minat memerhati burung masih menebal. So, kalau nak memburung di Melaka, bagitau la so kita boleh memburung bersama-sama.

Aku sedang memburung di Pengkalan, Alor Gajah




Burung spesis Mesia yang sempat di fotografikan di Bukit Fraser

Burung jenis kakaktua di Ayer Keroh
Burung jenis itik yang pertama kali di lihat di Melaka. (Sungai Rambai)
Permandangan lokasi Kawasan Tadahan Air di Durian Tunggal
Insyallah akan di susuli dengan pos - pos berkaitan dengan Birdwatching dalam entry - entry yang akan datang !

No comments:

Post a Comment