Sunday, April 14, 2013

EOCM 2?

Dalam kesibukan aku dengan komitmen kerja, aku memang jarang-jarang turun untuk berkumpul bersama Geng Lendat atau sertai aktiviti yang dianjurkan.

Tup tup aku dapat tahu yang ada perselisihan pendapat dalam kelab Exora Owner Club Malaysia. Susulan daripada tu, tertubuhlah Exora Owners Club Motorsport. So sekarang ke mana haluan aku pulak? EOC Malaysia atau EOC Motorsport? Aku pun decided yang aku akan sertai EOCMotorsport sebab semua ahli-ahli yang ada di bawah Geng Lendat telah menyertai EOCMotorsport. Dan di atas faktor-faktor lain juga adanya.

Yuran RM30.00 seumur hidup aku bayar dan aku dapatlah angka EOCM 083. Sticker pulak menyusul dua minggu kemudian.

Dapat sticker baru

Sticker lama 1327 buka dan sticker baru 083 di tampal

Aku harap EOCMotorsport akan sukses + dapat penyertaan ahli yang ramai. Juga diharap dapat bergerak dengan lebih terbuka serta menganjurkan banyak aktiviti yang boleh memberi manafaat kepada semua ahli.

No comments:

Post a Comment