Kalau kita ke Pasir Puteh, memang aku 100% rekomenkan restoran ni untuk singgah makan. Tak kira samada makan tengahari ke atau malam, Restoran Herba ni memang terbaik !
Restoran Herba menyediakan pelbagai menu dengan masakan yang lazat |
Terdapat kebun herba di dalam kawasan restoran in dan juga terdapat kedai kecil menjual produk - produk yang berkaitan dengan herba tradisional. Malah menu - menu yang dihidangkan juga menarik dan lazat. Kalau aku pergi bertugas di Pasir Puteh, memang tak sah kalau aku tak makan kat sini.
Okay, semua menu yang dimasak memang sedap tetapi yang terbaik kat restoran ni adalah Sup Belut. Kat Kelantan ni, aku dah try makan Sup Belut hampir kat semua tempat dan di Restoran Herba ni, Sup Belutnya adalah yang paling lazat. Kira nombor 1 la dalam list countdown aku.
Sup Belut di sini adalah yang paling lazat, kaya dengan rasa herba dan belut yang tidak hanyir |
Dan Jus Pegaga yang disediakan adalah amat menyegarkan ! |
Clear semangkuk Sup Belut |
So, kalau datang ke Pasir Puteh ... Restoran Herba ni wajib lah untuk kita pi makan !
No comments:
Post a Comment