Untuk EOCMotorsport bergerak dengan lancar, selain program daripada pengurusan pusat, ahli - ahli juga bebas untuk mewujudkan kumpulan kecil di bawah bumbung EOCMotorsport asalkan kumpulan - kumpulan kecil ini menghormati serta bergerak tidak against dengan perlembagaan kelab.
Biasanya kumpulan - kumpulan kecil ini wujud mengikut negeri dan daerah ahli yang sedia ada. Kumpulan - kumpulan ini juga mempunyai Ketua serta AJK masing-masing. Memang banyak dan sememangnya perlu kerana dengan cara ini program / aktiviti dapat di localizedkan dengan mudah.
Secara tidak langsung, apabila terdapat banyak kumpulan - kumpulan kecil, semua ahli dapat melihat program yang dianjurkan oleh kumpulan masing-masing. So far semua kumpulan nampak bergerak lancar dengan pelbagai aktiviti setempat yang dianjurkan. Ini memberikan positive impact kepada ahli - ahli sedia ada kerana program / aktiviti yang dibuat adalah berterusan. Malah sessi get together atau sessi Teh Tarik telah menjadi satu aktiviti rutin sekerap seminggu sekali.
Bagi aku, memandangkan aku menetap di Melaka maka secara automatik aku menjadi ahli kepada kumpulan EOCMotorsprot Melaka yang lebih dikenali dengan nama Lendat. Melaka adalah sebuah negeri yang kecil dengan 3 daerah yang rapat di antara satu sama lain iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin so tiada isu untuk mewujudkan kumpulan daerah. Tidak seperti negeri - negeri lain yang besar di mana kewujudan kumpulan mengikut daerah adalah perlu bagi mempermudahkan urusan aktiviti / program setempat.
Bila ada pelbagai kumpulan kecil, maka terwujudkan pelbagai logo sesuai dengan kumpulan tersebut. Meskipun nama dan logo yang berlainan, semua kumpulan-kumpulan kecil ini adalah dibawah naungan EOCMotorsport.
Kat bawah ni adalah beberapa logo kumpulan yang digunakan :-
|
Sebab aku dari Lendat, so logo yang pertama aku letak kat post ni adalah logo Geng Lendat. Ni kira design logo yang baru, yang lama ada tulisan Southern Region. Masih ada usaha untuk mencipta logo terbaru bagi menggantikan logo ni. |
|
Ini Be'keng untuk kumpulan dari Terengganu |
|
EXONAIM pulak untuk group Kelantan |
|
Logo ExoMutiara bagi Pulau Pinang |
|
EXOCulim adalah untuk rakan-rakan di Kulim |
|
Ganazzz adalah untuk Wilayah Persekutuan / Selangor |
|
Logo berlatar belakangkan Kuda Kepang ni untuk Negeri Johor |
|
Kuda Laut adalah kumpulan bagi ahli - ahli di daerah Manjung |
|
KLGEC, gambar Exo dengan seekor Keluang adalah logo untuk rakan daerah Kluang, Johor |
|
GR3 atau Geng R3 untuk rakan - rakan yang Exo mereka di 'solek' bercirikan R3. Yang ni open, not specific untuk Negeri mahupun untuk Daerah. |
|
MrEC untuk geng-geng di Muar, Johor |
|
Logo kepala burung Kenyalang untuk rakan - rakan di Sarawak |
|
Kota Tinggi menggunakan logo yang ada gambar Udang Kara |
|
Logo kepala Helang ni aku berkenan sungguh. Ni untuk rakan-rakan dari Kajang, Bangi & Semenyih. Bila nak dapat logo ni eh. Sesuai sangat ngan pesawat Raptor aku ni. |
|
BPEC, logo yang digunakan oleh ahli-ahli EOCMotorsport dari Batu Pahat, Johor. |
|
Banting Exorian Crew untuk rakan - rakan di Banting, Selangor |
|
ExoStar Hijau Kuning untuk geng Alor Setar, Kedah. |
|
Rakan-rakan di daerah Ledang, Johor turut mempunyai logo setempat |
Ni cuma just a few logo yang sempat aku letakkan dalam posting, ada lagi yang tak dan aku nak kopipes.
So don't get confused kalau nampak logo-logo ni tertampal kat mana-mana Exora, bukan bermakna ada banyak Kelab Exora tapi semua ni adalah dari the one and only, EOCMotorsport.
No comments:
Post a Comment