Monday, June 30, 2014

Selamat Berpuasa


Selamat menyambut Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua pengunjung-pengunjung blog yang beragama Islam.

Tuesday, June 24, 2014

Mega Annual Gathering 2014 (Part 1)

Setelah beberapa ketika membuat persediaan dan penantian, maka pada 31hb Mei 2014 telah bermulanya acara besar bagi Exora Owners' Club Motorsport iaitu Mega Annual Gathering.


Sememangnya acara yang dinanti-nantikan oleh aku memandangkan acara ini adalah secara terus melibatkan aku sebagai ketua penganjur. Di bantu rapat oleh rakan-rakan dari EOCMotorsport setempat dikalangan Geng Lendat Melaka (GLM), acara ini menjadi satu ukuran kepada Geng Lendat Melaka untuk membuktikan yang GLM mampu melaksanakan amanah dengan jayanya.

Before kita bercerita tentang hari acara, it is good to share tentang persediaan yang telah dijalankan kerana persediaan perlu teliti, menarik serta realistik.

Secara ringkasnya, berikut adalah apa yang telah dilakukan sebelum Mega Annual Gathering berlangsung :-
  1. Gambaran konsep :- Apabila aku mendapat tahu yang aku perlu mengetuai MAG 2014, the first thing on my mind adalah konsep. Dengan idea yang ada beserta ditambah dengan usul serta pendapat dari rakan-rakan GLM serta Ahli Majlis Tertinggi (AMT), aku tetapkan 1 konsep untuk MAG 2014. Once telah decided, sebarang usaha untuk penambahan atau pengurangan perlulah di nilai dengan berlandaskan ratio1:9 yang mana 1(menerima) dan 9(tidak menerima). Ini penting bagi memastikan yang perancangan tidak diganggu dan untuk memastikan perancangan berjalan dengan lancar.
  2. Setup AJK :- Acara Mega bukan satu acara yang boleh dilakukan secara One Man Show. Ia memerlukan kerjasama kukuh dan wajib untuk ada komiti AJK serta komiti petugas. Meskipun aku sebagai Ketua Penganjur, di dalam carta organisasi AJK, aku tetap meletakkan Ketua Negeri sebagai Pengerusi kerana jawatan adalah penting di dalam sebarang bentuk organisasi. Still rujukan aku, keyakinan idea dan perancangan aku perlukan signal yang positif daripada Ketua Negeri. Ketua Negeri perlu yakin dengan perancangan aku dengan 100% then baru aku rasa selesa untuk menggerakkan perancangan. Alhamdulillah, Ketua Negeri bagi Negeri Melaka iaitu Cip Belalang telah meletakkan 100% kepercayaan serta menyokong segala usul dan planning yang aku telah lakukan. AJK-AJK yang dilantik adalah dari kalangan rakan-rakan GLM yang aktif.
  3. Lokasi :- Di dalam semua perancangan, perkara utama yang perlu diselesaikan dahulu adalah lokasi acara. Kat sini aku maksudkan adalah hotel/tempat penginapan. Banyak kriteria yang perlu diambilkira sebelum keputusan memilih lokasi dilakukan. Memandangkan Melaka adalah destinasi pelancongan ke-3 tersibuk di Malaysia, kos penginapan adalah tinggi. Kos perlu mengambilkira kemampuan ahli yang berpendapatan rendah. Ini bermakna yang berpendapatan tinggi perlulah mengalah dalam kehendak 'luxury'. Lokasi juga perlu strategik terutama dalam menampung jumlah kenderaan yang banyak (parking) dan tempat letak kereta jugak perlu mudah dari segi akses serta selamat untuk kereta diletakkan. Hotel-hotel di dalam bandar meskipun ada yang berharga lebih murah, namun kemudahan parking adalah tidak memuaskan. Agak mencabar tugasan pencarian hotel/lokasi hingga memakan masa hampir 1 bulan. Rata-rata hotel telah aku minta sebutharga, namun harga serta lokasi tidak mengizinkan. Dan penantian berakhir apabila kami memilih Hotel Permaisuri MITC sebagai lokasi MAG 2014. Penilaian pro and cons dibuat dan akhirnya we decided that this is the best venue apabila beberapa elements dinilai.  
  4. Kertas Kerja :- Kertas kerja MAG 2014 disediakan dan diringkaskan di dalam bentuk Powerpoint Presentation. Sekaligus gambaran MAG 2014 dirumuskan dan dibentangkan kepada AMT. AMT perlu yakin dengan perancangan dan AMT perlu menyokong secara positif akan konsep serta isi kandungan acara. Kertaskerja dan rumusan juga perlu ada anggaran bajet serta perbelanjaan per person. Perbelanjaan dikira secara am dahulu sebelum anggaran kasar dilakukan dengan nilai hampir sama. Perbelanjaan ini perlu merangkumi segala kos selama 3 hari 2 malam dengan semua akitiviti pada sepanjang MAG2014 wajib dimasukkan.
  5. Tentative Itinerary :- Draft program berdasarkan konsep perlu dilakukan setepat mungkin mengikut waktu bermula dari 31hb Mei 2014 sehingga 2hb Jun 2014. Program kemudiannya perlu dipecahkan dengan butiran sokongan seperti aktiviti 'background' yang perlu dilakukan oleh AJK serta pengiraan kos yang betul berdasarkan sebutharga-sebutharga yang diperolehi.
  6. Tajaan :- Apabila kita sudah mendapat anggaran kos sebenar, kita sudah dapat menetapkan harga kos untuk 1 orang/1 keluarga. Ini adalah tetap and AJK must stick with it. Pencariaan tajaan adalah untuk memastikan yang acara akan berjalan dengan lebih meriah dengan pelbagai 'make up'. Kita perlu tahu which is compulsory dan which is optional. Compulsory adalah kos yang tidak dapat kita elakkan manakala optional di dalam planning MAG 2014 adalah perbelanjaan untuk memeriahkan lagi acara. So tajaan yang akan diminta untuk MAG 2014 berlandaskan untuk kemeriahkan acara and it is not a profit orientated planning meskipun pada asalnya we thought about making some profit for both Local EOCM and Centre EOCM. So, back to tajaan. Aku telah senaraikan beberapa syarikat serta individu yang berpotensi yang kami dapatkan tajaan dan surat rasmi dikeluarkan kepada setiap syarikat untuk mendapatkan tajaan. Jumlah tajaan yang diperolehi adalah amat baik dan aku amat berterima kasih kepada setiap penaja di atas sumbangan yang telah mereka berikan. Aku akan senaraikan nama-nama penaja on my next post related to MAG 2014. Yang penting, kita perlu nilai apakah kebaikan yang akan diperoleh oleh penaja apabila mereka membuat tajaan. Adakah berbaloi mereka menaja? Apa yang akan kita sumbangkan kepada penaja sebagai membalas jasabaik mereka?
  7. Pakaian :- Apabila satu-satu acara dilakukan, baju acara adalah sesuatu yang wajib. Untuk MAG 2014, kita mahu berikan peserta dengan sehelai baju yang berkualiti baik. Kita tidak mahu hanya menyediakan baju yang boleh mengecut dengan sekali basuh, tidak tahan peluh dan cepat berbau. Kita mahukan peserta berpuashati dengan kualiti baju. Untuk itu, we decided untuk mendapatkan material yang unik dan material yang dipilih untuk MAG 2014 adalah dari jenis kain jersi AAA. Design atas baju pula perlu bercirikan Negeri Melaka memandangkan Melaka menjadi hos. Cetakan tulisan dan logo perlu tepat. Juga aku decided untuk meletakkan 2 logo pihak ketiga di atas baju tersebut berdasarkan jumlah tajaan/sumbangan yang telah diberikan dengan nilai terbanyak. 1 adalah logo penaja utama dan 2 adalah logo Tourism Melaka.
  8. Sticker Acara :- Adalah wajib untuk sticker acara turut dicetak. Dengan berkonsepkan pelancongan Melaka, sticker direka dan dicetak oleh penaja yang telah sudi untuk menaja sticker. Artwork perlu dipersetujui sebelum cetakan dibuat. Cetakan kali ini tidak mencetak nombor peserta secara terus ke atas 'main sticker' sebaliknya ianya dicetak secara berasingan dan ditampal di atas 'main sticker'. Ini berdasarkan pengalaman sebelum ini yang mana ada peserta yang menginginkan nombor acara sama seperti nombor ahli. Dengan nombor yang ditampal, ianya akan boleh dibuka semula selepas acara dan peserta tersebut bebas untuk menampal nombor apa yang mereka suka selepas acara berakhir.
  9. Cenderahati / Banner / Bunting :- Semua ini perlu dirancang dan dilakarkan. Lakaran asal dibawa ke kedai pencetak untuk memastikan yang syarikat pencetak mampu membuat design sepertimana yang kita mahukan. Jika tidak boleh, perbincangan perlu dibuat untuk mendapatkan satu design yang kita setuju, bukannya design paksaan oleh syarikat pencetak. Untuk memudahkan serta mempercepatkan proses cetakan / pembikinan, adalah lebih baik semua artwork kita dilakukan dengan menggunakan perisian grafik seperti Illustrator ataupun Photoshop. Size perlu tepat agar apabila cetakan nak dibuat, gambar/pixel tidak pecah. Tone warna perlu jelas untuk jenis cetakan yang mana rata-rata memerlukan tone CYMK dan bukannya RGB. Untuk cenderahati pula, kita perlu merancang kategori cenderahati serta kuantiti cenderahati yang hendak diberikan.
  10. Promosi :- Untuk MAG 2014, aku telah menetapkan untuk menjadikan platform Facebook sebagai pusat promosi utama berbanding platform lain seperti Forum, Whatsapp & Telegram. We can't shoot everywhere sebab jika 100% shoot FB, 100% shoot Forum, 100% shoot Whatsapp dan 100% nak shoot Telegram, we won't be able to do anything accept dok melekat kat benda-benda ni jer. Bear in mind that we are doing this on our free time as we are all ada kerjaya masing-masing. So the best for me is Facebook, as tools yang varieties plus easy to manage and we got 100% control on it. Konsep adalah dengan we pumped our info and promo on FB and those yang tiada FB akan mendapat maklumat tersebut melalui Ketua Negeri / Ketua Jajahan masing-masing. That's should be the flow. We are having more than 1,400 members now and it is impossible untuk feed each individual member on the promotion / information. This is where Chief of State and State Committee member should play their roles. Dan alhamdulillah, all state telah memainkan peranan yang amat baik dalam menyalurkan maklumat. EOCMotorsport memey terbaik !
Okay, kita berhenti dulu buat kali ini untuk cerita Mega Annual Gathering 2014. Akan aku sambung on Part 2 soon.

Masa Untuk Pendedahan : EMAS

Sebelum aku menulis cerita tentang Mega Annual Gathering 2014, aku nak kongsi sikit tentang pelaburan EMAS.

Secara kebetulan aku mendapat peluang dalam pelaburan emas ni dalam a few months back. Kalau nak cerita tentang strategi permainan melabur dalam emas ni memang panjang topik ni nanti.

As I think all are on the right track, proven dan keberhasilan yang konsisten, maka I guess that this is the perfect time untuk dikongsikan bersama.

Dalam pelbagai teknik untuk pelaburan emas, the one and the best for me adalah yang di.namakan Ready Stock Buyback (RSB). Tahap kesabaran? 2 Bulan. Macamane tu? Meh tengok ringkasan caranya seperti di bawah :-
  1. Beli emas 999.9 (Pure Gold) dengan harga RM180.00 untuk 1 gram
  2. Dapatkan resit transaksi pembelian
  3. Emas akan di proses selama 1 bulan
  4. Setelah 1 bulan, emas anda sudah sedia untuk anda pegang & simpan
  5. Masuk bulan kedua, jual semula emas tersebut kepada penjual dengan harga RM212.00 untuk 1 gram (dengan syarat emas dalam keadaan 100% sempurna sepertimana dibeli sebelum ini)
  6. Anda untung RM32.00 untuk 1 gram.
Ini cuma contoh untuk emas yang beratnya 1 gram. Jika 10 gram, gandakan 10 dan jika 100 gram, gandakan 100.

Tak perlu untuk terus beli 100 gram jika wang masih belum mencukupi, 10 gram sudah membolehkan kita beroleh keuntungan sebanyak RM320.00 dalam tempoh 2 bulan dari modal RM1,800.00 untuk emas seberat 10 gram. Kadar keuntungan hampir mencapai 18% dari pelaburan dalam tempoh hanya 2 bulan.

Keuntungan serta pemulangan modal dalam bentuk RM adalah terpulang kepada pembeli untuk membelanjakannya atau mempunyai pusingan modal semula dengan menambah berat emas yang dibeli.


Setelah beberapa ketika aku berurusan dalam beroleh keuntungan, kini aku decided untuk bernaung di bawah syarikat emas tersebut dan berharap aku dapat pula membantu rakan-rakan dalam mereka menjana kewangan yang lebih baik dengan pelaburan yang paling efektif. Orang kata bermatlamatkan ke arah Financial Freedom.

Syarikat yang aku bernaung adalah syarikat yang disegani di dalam Gold Trading Industry. Syarikat yang telah aku setup adalah Oasis Selatan Resources. Harap rakan-rakan serta pengunjung blog dapat melawat laman FB and support my new setup company with a Like. Juga diharap agar semua dapat menikmati peluang yang ditawarkan untuk menambah pendapatan dengan melabur emas menerusi Oasis Selatan Resources.


Rasulullah SAW bersabda: "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas(Dinar) & Perak (Dirham)."


Friday, June 13, 2014

Pulau Sibu, Johor Darul Takzim

Tak pernah aku merancang untuk ke Pulau Sibu sebelum ni. Namun disebabkan hampir ke semua lokasi penginapan di Pulau Tioman telahpun penuh, aku yang dipertanggungjawabkan untuk mengelola percutian rakan-rakan sekerja terpaksa membuat satu keputusan yang pantas menukar lokasi Tioman ke Sibu.

Percutian yang sememangnya telah dirancang awal sepatutnya berjalan dengan baik, namun apabila segelintir rakan sekerja yang lewat membuat bayaran deposit maka room/chalet confirmation tidak dapat dilakukan. At the very last minute baru semua nak bayar (1 week before date yang dirancang) maka chalet sasaran telahpun penuh. Jenuh aku nak cari resort/chalet alternatif di Tioman, hampir semua yang ada kat Tioman aku hubungi tetapi agak malang sebab semua dah fully booked. Yang tinggal hanya resort-resort yang harganya jauh lebih tinggi dari budget per person.

Last-last aku decided untuk tukar perancangan ke Pulau Sibu. First yang aku tanya adalah kat Sibu Island Resort. Unlucky for us, Sibu Island Resort tutup untuk public time tu sebab 1 resort ada private booking. Dengan bantuan Mr Google, aku dapat la jumpa 1 resort ni yang namannya Twin Beach Resort.

Package yang depa tawarkan adalah RM330.00 untuk 3 hari 2 malam. Aku pun terus buat booking confirmation untuk group aku. Melihat kepada website resort, memang menarik la resort ni. Uniknnya sebab resort ni ada 2 pantai, 1 mengadap tanah besar dan 1 mengadap Laut Cina Selatan.

Hari yang dinanti telah tiba, kitaorang bergerak dari Melaka dalam jam 10 pagi. Quite a distance jugak lokasi nak naik bot yang terletak di Jeti Tanjung Leman, Kota Tinggi, Johor. Sampai di jeti dalam sekitar 2 petang dan terus menaiki bot laju khas yang disediakan oleh pihak resort. Perjalanan bot lebih kurang dalam 20 minit sahaja.

Expectation aku ialah Sibu Island ni macam Tioman. Aku jangka apabila boat memasuki kawasan pantai pulau, kita boleh nampak air yang crystal clear seperti di Tioman. Looks like I was wrong. Kejernihan air macam biasa, lebih kurang macam air di Port Dickson sahaja. So jangka aku, mungkin on the other side (mengadap Laut Cina Selatan) air akan lebih baik.

Menaiki speed boat dari Tanjung Leman ke Pulau Sibu
Sampai je resort, kami dijamu dengan makan tengahari. Level kesedapan masakan adalah sederhana namun kuantiti yang resort sediakan memang banyak. So semua makan dengan puas sebab kelaparan memandangkan waktu dah dekat nak jam 3 petang.

Saiz chalet agak kecil. Segalanya adalah asas sahaja tanpa ada peti televisyen mahupun 'water heater'. Penghawa dingin majoriti tidak berapa nak sejuk, so memang panas sikit dalam chalet.

Chalet-chalet di Twin Beach Resort
Kaunter reception di Twin Beach Resort
Petang tu semua berehat dan pada sekitar jam 5 petang ada yang mula keluar bersukan (ada tempat bola tampar pantai di harapan chalet). Ada juga yang mula memancing di kawasan karangan yang mengadap ke Laut Cina Selatan. Aku pun turut mengambil joran untuk memancing setelah keletihan bermain bola tampar.

Chalet mengadap Laut Cina Selatan

Malamnya selepas makan malam, aku bersama beberapa rakan mengubah lokasi memancing ke jeti yang mengadap tanah besar. Kat sini kami memancing sambil mencandat sotong. Hasil malam tu adalah memuaskan dengan beberapa sotong karang menjadi mangsa 'candat' yang digunakan. Sotong kemudiannya dijadikan umpan untuk memancing. Saiz-saiz ikan yang diperolehi hanya sebesar tapak tangan dan ke semuanya adalah ikan jenis karang yang spesisnya sama. Tiada ikan yang 'kategori A' yang diperolehi. Kami memancing sehingga hampir jam 330pagi dan hasil pancing disimpan di dalam 'freezer' milik resort.

Sotong yang diperolehi dari spesis sotong-sotong karan
On our 2nd day, aku bercadang untuk bersama seorang Dive Master resort tersebut untuk menyelam di sekitar Pulau Sibu. Yang lain pula akan menjalankan aktiviti snorkeling yang dijadualkan bermula jam 2 petang. Aku uruskan kelengkapan snorkeling rakan-rakan lain dan menunggu sehingga mereka menaiki bot keluar beraktiviti. Aku pula menanti rakan Dive Master untuk memberikan isyarat untuk mula menyelam.

Tunggu punya tunggu, sampai jam 3 petang rakan Dive Master tidak muncul. Last-last salah seorang pekerja chalet datang memaklumkan yang diving terpaksa dibatalkan kerana Dive Master ada masalah yang perlu diselesaikan di lokasi lain. So, aku yang tinggal sorang-sorang keluarkan batang pancing dan mula memancing di hadapan chalet. Panas cuaca petang tu. Alhamdulillah dalam beberapa ekor ikan karang yang aku dapat, dapatlah aku seekor yang saiznya agak kasar dalam 2 tapak tangan. Ikan ape pun aku tak tau.

Mancing sajer bila kat sini

Dekat-dekat jam 5 petang, rakan-rakan yang pergi snorkeling telah pulang. Ada yang mengambil pancing dan joined aku memancing. Feedback yang aku perolehi, snorkeling juga tidak as good as one in Tioman.

Malam tu kami ada BBQ dinner dengan tambahan ikan-ikan hasil pancing pantai. Rupanya ikan-ikan karang ni isi dia tak berapa nak layan sebab bau agak hanyir. Selepas dinner, ada yang pergi ke jeti untuk mencandat sementara aku dengan beberapa rakan yang lain pergi ke bilik karaoke resort untuk berkaraoke. Sound system yang resort sediakan memang best. DJ yang layan our group juga amat peramah. Sedang kami berkaraoke, kami di sertai oleh 1 group yang lain dan kemudiannya disertai pula oleh 1 group 'mat saleh'.

Aku kembali ke chalet dalam sekitar jam 1 pagi dan tidur agak awal dalam sekitar jam 2 pagi sebab keletihan.

Keesokkannya selepas sarapan, kami bersiap-siap untuk pulang dan menaiki bot kembali ke Jeti Tanjung Leman dalam jam 1 tengahari.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di Mersing untuk makan tengahari dan membeli keropok lekor. Then kami singgah lagi di Ayer Hitam untuk membeli buah-buahan serta kerepek. Tiba di Melaka dalam sekitar jam 730 malam.

So, jap aku buat sedikit rumusan tentang trip ni :-

  • Pulau Sibu amat sesuai untuk mereka yang ingin mencari ketenangan dan berehat dari kesibukan sebab memang rileks sangat kat pulau ni.
  • Staff - staff di Twin Beach Resort memang peramah dan memberikan layanan mesra kepada tetamu.
  • Kuantiti makanan (pakej) yang disediakan di Twin Beach Resort adalah banyak dan memuaskan.
  • Kualiti air laut tidak seperti Tioman.
  • Banyak agas kat Pulau Sibu, so wajib sapu 'insect repellent'
  • Fasiliti dalam chalet di Twin Beach Resort adalah fasiliti asas. Do not expect bilik yang luxury. Panas di waktu siang tetapi sejuk di waktu malam.
  • Restoran di Twin Beach Resort tidak menyediakan ala cart menu so kena bawa bekalan seperti maggie etc just in case kita rasa lapar in between waktu makan.
  • Terdapat perkampungan berhampiran resort (dalam 15 minit berjalan kaki) ada kedai runcit dan gerai makanan.
  • Dua line Digi dan Celcom yang aku pakai memang very low signal, kadang-kadang ada, kadang-kadang tak ada. Paling clear kena menuju ke jeti resort.
Terima kasih :D


First Official Show Off

Nak dijadikan cheritera, pada 20hb April aku berkesempatan untuk bersama pasukan Malacca Autoshow Community (MAC) dalam membuat pertunjukkan kereta bertempat di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka.

Ni kira pertama kali Exo aku terlibat dalam 'show-off' secara rasmi. A new experience for me and thanks to rakan-rakan dari MAC atas kesempatan yang diberikan. MAC boleh dilawati di laman FB mereka di https://www.facebook.com/malaccaautoshowcommunity
 
Bergerak awal pagi ke Dataran Keris, Alor Gajah
2 Exo dari EOCMotorsport yang buat showoff
Permainan ekzos berapi menjadi tumpuan


Bertugas di Pulau Pinang

Selesai bercuti dengan family, on 7th April 2014 aku bersama seorang rakan terpaksa naik pula ke Pulau Pinang untuk bertugas. Jadual untuk aku bertugas kat Penang dijangka selesai pada 11hb April. 5 hari 4 malam tu.

Exoraku kembali bergerak ke utara pada 7hb, rakan yang aku bawak agak keletihan sebab baru balik awal pagi dari kampung halaman dia so most time dalam journey tu dia terlelap. Bila drive dalam keadaan sunyi senyap long distance ... mula la kita nak memecut.

Pitstop di Petrol Station RNR Semanggol
Driving atas jambatan penang. Mula-mula ingat nak try 2nd bridge tapi memandangkan tak mahu kena traffic jem, aku kata 2nd bridge can wait lah, kita masuk yang mana dekat dengan hotel yang nak kita tuju.
Tugasan kerja venue kejadian dibuat di Hydro Hotel, Batu Ferringhi. Aku mula-mula ingat area hotel ni dekat dengan Park Royal Penang yang pernah aku duduk beberapa tahun yang lalu. Rupanya lokasinya agak kurang menarik sebab jauh dari pusat pekan kecil Batu Ferringhi.

Exo parking baik punya depan hotel, tak perlu masuk parking bertingkat. Terus charted parking tu dengan Bellboy. Hehehe
Dari verandah bilik di Hydro Hotel
Malam first makan kat Mady Char Koay Teow area Batu Ferringi ... boleh tahan sedapnye. Recommended !
Di Penang, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan Ketua Negeri EOCMotorsport bagi Pulau Pinang. Beliau datang ke Batu Ferringhi dan kami berjumpa bersembang di sebuah gerai berhadapan dengan Hard Rock Cafe. Nama gerai tu memang best berlawanan dengan Hard Rock iaitu Slow Rock Cafe.

Dalam kesibukan kerja di Penang, pada petang 10th April semuanya selesai dan aku plan untuk berjalan-jalan di Penang malam tu plus makan nasi kandag dgn pasembor. Tiba-tiba dapat satu panggilan dari pejabat yang meminta kitaorg attend 1 mesyuarat di Kuala Lumpur pada 11hb April jam 9 pagi. Hmmm ... kacau ni. Time dah dekat jam 5 petang, macamana nak balik ni. Pukul berapa nak sampai Melaka dan pukul berapa nak keluar balik attend meeting kat KL. Memang not impossible tapi akan jadi kelam kabut and rushing la.

Nak tak nak, petang tu dalam jam 5 petang aku checkout dari hotel dan terus bergerak menuju ke Kuala Lumpur.

Singgah pitstop di rest area Simpang Pulai
Sampai di Kuala Lumpur dah agak lewat, somewhere almost 10 malam. Aku ni bab drive malam ni memang ada kureng sikit sebab masalah 'pupil' lambat react pada cahaya. So driving aku agak perlahan dari Penang ke Kuala Lumpur. Nak aku gagah balik ke Melaka, sure akan sampai dalam jam 12 malam, pastu esok pagi-pagi pulak sure kena naik balik ke Kuala Lumpur untuk hadir mesyuarat. Last sekali we decided untuk cari hotel berdekatan dengan lokasi mesyuarat dan hotel pilihan malam tu adalah di Peninsular Hotel.

Rupanya hotel ni berkonsepkan macam apartment. Luas bilik dan harga pun tak begitu mahal. Cuma lokasi la kurang menarik sikit.

Bilik yang agak luas. Setiap katil ada ruangan yang agak privacy.
Katil single pun macam size katil queen
Some items dalam bilik
Disebabkan keletihan, malam tu kitaorang ambik teksi menuju ke Jalan Doraisamy untuk menikmati Sup Dorai yang memey kaw ! Aku dah tak makan kat sini hampir-hampir dekat 20 tahun dah.
Hari berikutnya as planned, mesyuarat berjalan dengan baik dan sebaik sahaja selesai, tanpa membuang masa we headed south back to Melaka.

Sunday, June 8, 2014

Percutian Bersama Keluarga (Port Dickson - Goldcoast)

Bermula 28hb Mac hingga 1hb April, aku telah bersama keluarga bercuti ke 2 lokasi iaitu 1 malam di Port Dickson dan 2 malam di Goldcoast, Sepang,

Di Port Dickson, aku yang pada asalnya merancang untuk bermalam di Admiral Coves terpaksa menukar rancangan kerana bilik telah kehabisan. 

Lokasi kami pada malam 28hb tersebut adalah di Selesa Beach Resort. Aku pernah dulu sekali tinggal di Selesa semasa zaman nama Selesa adalah Regency Hotel Port Dickson. Hotel Selesa ni okay la sebab location wise pun baik berhampiran dengan beberapa hot spots di Port Dickson. Bilik pun pada tahap yang biasa, tiada 'wow' factor. Buffet breakfast perlu improvement sebab tidak ada 1 menu yang boleh dikatakan sedap, hanya sekadar untuk memenuhi syarat 'free buffet breakfast'. Namun memandangkan Port Dickson ni memang akan penuh dengan pengunjung pada waktu cuti / cuti sekolah, maka Selesa Beach Resort ni still boleh dikatakan agak selesa untuk dijadikan lokasi bermalam compare dengan a few more hotel/motel/apartment yang ada di sepanjang persisiran pantai Port Dickson.

R3 Raptor parking di kawasan parking Hotel Selesa, Port Dickson. Ni view dari balcony bilik aku
Nothing much yang kitaorang buat di PD, anak-anak mandi Swimming Pool plus jalan-jalan tepi pantai. Malamnya aku pergi beli Nasi Arab tapau bawak balik ke bilik hotel sebab anak yang bongsu tido awal.

On 29th, kami checkout somewhere before noon dan meneruskan perjalanan naik ke utara menuju Goldcoast Sepang. Ha, ni memang aku excited sebab ni first time aku nak jelajah area tu. Selalu dok dengar orang cakap pasal Goldcoast Sepang, so kali ni aku nak tengok sendiri apa yang best kat situ.

Di Goldcoast, kami menginap di Avani Sepang Goldcoast Resort. Ni resort kira macam resort terapung atas air, first time sampai sini.

Raptor R3 depan Main Lobby Avani Resort
Dari chalet, buka pintu terus ngadap laut ... ada harapan memancing ni. hehehe
Mancing sampai ke senja
Pintu bilik tidur pun bukak je terus laut ler .... haishhh ...
Setup dalam chalet terapung - ada area untuk light cooking, meja makan dan bar
Ruang dalam bilik air dalam Master Bedroom pecah ke tiga bahagian. Yang kanan WC, kiri shower dan yang ujung terus tu untuk private bathtub berjacuzzi. Hmmm ... kusyen sofa empuk yang tengah2x ni untuk ape ek ... huhuhu ...
Pintu utama masuk ke dalam chalet terapung
King Size Bed dalam Master Bedroom. Chalet yang aku duduk ni ada 3 bilik.
Senangin hasil pancing pagi
Pari pun dapat
Pantai Goldcoast tu sendiri is actually tak la berapa best. Kedai seafood ada a few kat area ni. Malam terakhir kat sini kitaorang ada test makan menu ikan-ikan bakar. Ikan quite fresh cuma sebab kat Melaka kita dah biasa cicah ikan bakar dgn cili kicap so bila kat sini takde cili kicap ... rasa macam kurang 'kick'.

Avani Resort ni memey terbaik la. Highly recommended untuk semua. Buffet breakfast dia memey tip top. Varieties of menu termasuk fresh pizza made by Italian Chef. Kalau bukan kerana Avani Resort, mungkin our trip ke Goldcoast ni akan just jadi satu vacation yang nothing much to highlight. Beside ratusan chalet atas air, Avani Resort juga ada dia punya own recreation area di persisiran pantai.

Main Miniature Gold kat Recreational Area Avani
Worth visit and stay kat Avani ni. Jarak antara lobby ke chalet-chalet agak jauh, so kena naik buggy. Buggy ni 24 hrs ada service, jumlah buggy pun banyak so no issue. Guest pun boleh ambik basikal di lobby untuk dibawa ke chalet.

Ni la Avani Sepang Goldcoast Resort. Bentuk ala-ala Palm yang dekat Dubai tu.
 Selepas 2 malam di Avani, kitaorang checkout juga somewhere around 1230 noon. Balik kita follow GPS ikut nearest route keluar ke Seremban dan masuk PLUS Highway.

Malam tu terus buat sambal ikan Senangin dan Gelama fresh dari lautan Goldcoast, Sepang.

Memey sedap ikan baru pancing nie ... hehehe



Family Day - Office

Outing tempat kerja ni agak lama tak buat Family Day, so tahun ni kita pun decided untuk buat Family Day di A'Famosa Resort. Aku yang duduk Melaka ni pun kira first time masuk ke dalam Taman Tema A'Famosa ni.

Kanak-kanak memang suka sebab terdapat banyak kolam dalam tu, kira macam Sunway Lagoon la cuma saiz agak kecil sedikit.

Kolam berombak dalam A'Famosa
Dalam A'Famosa ni bukan saja terdapat Taman Tema Air tapi ada Mini Safari serta Pekan Cowboy (ada show koboi).

Show koboi ... aku tengok dalam kurang 10 minit sebab banyak sangat yang meletup-letup .. anak bongsu aku asyik terkejut menangis. Hehehe

Salah sekog Singa yang ada masa naik lori berpagar ronda-ronda Taman Mini Safari.
Overall aku rasa A'Famosa Resort ni not bad jugak la. Kawasan persekitaran before masuk ke Taman Tema nampak agak sunyi dan macam tak bersapu. Tapi dalam Taman Tema memang menarik, bersih dan selesa. Safari can be improved especially part bila lori sampai pastu ada staff Safari guna pancing untuk keluarkan buaya dari air tu nampak tak berapa nak sesuai. Cowboy show baik dan kualiti air dalam Taman Air juga baik.

Happy Birthday to Me

Masa harijadi aku aritu, tiba-tiba staff datang bawak kek dan pizza untuk jamu. Hehehe, tua dah ambo ye. Tq to my staff.

Gambar posing aku dengan cicak kubing depa buat gambar atas kek. hahaha.

Kelantan Trip (11 Mac - 14 Mac)

Masa time ada kontrak di Kelantan, memey tiap - tiap bulan aku naik Kelantan. Tapi since kontrak kat sana dah takde, agak lama jugak aku tak gi Kelantan.

So nak jadikan cerita pada 11hb sampai 14hb Mac aritu, aku bersama 4 rakan sekerja telah diminta untuk ke Kelantan untuk buat beberapa tugasan 'survey' kontrak baru.

Aku memey berkenan dengan negeri Kelantan. Tarikan utama adalah makanan. Memey sedap la makanan kat Kelantan ni kena dengan selera aku.

Nak citer pasai kerja nanti boring plak so aku highlight a few things yang sempat aku ambik gambar semasa tugasan di Kelantan aritu.

Kitaorang sampai dah dekat jam 9 malam di Kota Bharu, so aku bawak kawan-kawan makan kat Restoran Nasi Air Pok Sen untuk rasa keenakkan Mee Cambo Daging Total Package. Hehehe. Memey one of my favorite.
Kuih ni femes kat Klatam, Che Mek Molek namanye. Memey manis, molek dan sedap.
Sempat kami singgah jaley-jaley kat Pasar Siti Khadijah sebab ada rakan-rakan yang tak pernah lagi datang sini
Minum di kedai kopi femes, Whitehouse.
Dan ni dia Megi Ketey yang tersohor di Klatam kitaorang makey before turun ke Gua Musang.
A tiring trip actually sebab tugasan kerja yang agak ketat tapi makey musti mau makey yang best-best. Hahaha.

Terima kasih.

Tukar Warna Sport Rim

Atas nasihat rakan-rakan, maka somewhere on February aku telah menghantar keempat-empat 'kasut sukan' Exo aku ke sebuah kedai tayar di Ayer Keroh untuk proses mengecat. Warna pilihan adalah warna kuning sempena untuk 'matching'kan dengan konsep warna Exo aku.

Proses untuk mengecat kena ambil 2 hari sebab sehari mengecat dan sehari untuk bagi kering. Namun sebab aku ada majlis dalam hari yang terdekat, aku minta untuk ambil ekpress iaitu cat petang, esok pagi ambik. Kedai tak advise aku buat macam tu sebab cat masih belum 100% kering, tapi degil punya pasal, aku ambil jugak pada keesokkan pagi. Kesannya? Memang betul kata kedai tu, cat belum kering dan beberapa spots dengan cepat tertanggal dari permukaan rim.

Masuk rim kompang yang dipinjamkan oleh kedai tayar
Rim yang telah siap di cat
Telah siap disarung semula


Rumah Sunyi Seketika


Wah, almost 2 bulan lebih laman blog Bersama Exoraku tidak dikemaskini. Atas kesibukan bekerja dan kesibukan tahap maksima untuk menguruskan persediaan acara terbesar EOCMotorsport iaitu Mega Annual Gathering 2014, rumah ini ditinggalkan sementara sampai dah bersarang. Hehehe.

Musim sibuk insyallah telah berakhir dan aku akan cuba tulis seberapa banyak entry yang dah tertinggal. Actually lots of activities yang berlaku pada sepanjang waktu tempoh 'idle' blog ni. Hopefully aku mampu tuliskan satu persatu or akan digabungkan a few in one post.

Terima kasih.