Tuesday, September 9, 2014

Perasmian BATAS Parlimen Bukit Katil

Last Saturday and Sunday ada kerahan bekerja pulak. So no cuti weekends untuk aku. Loco untuk tugasan adalah di Seremban. Dan dalam masa hari Sabtu yang sama, aku ada 1 event jemputan untuk aku penuhi iaitu Majlis Perasmian BATAS Parlimen Bukit Katil di Dewan MITC, Melaka yang mengikut jadual bermula pada jam 6.30 petang.

Rushing dari Seremban, aku singgah di kedai yang aku repair front bumper (tinggalkan exo di kedai untuk proses repair kes cracked kat Jelebu & upgrading) dan tiba di MITC lebih kurang dalam jam 6.30 petang.

Suasana kat MITC aritu memang packed sebab ada banyak events. Dewan untuk event aku masih kosong sebab masa masih awal. Selesai registration, aku masuk dan mengambil tempat duduk.

Majlis bermula jam 9 malam lebih sikit setelah tetamu kehormat Tan Sri Mohammad Ali bin Rustam tiba dengan iringan President BATAS, YM Ayah PLG Al-Rawa masuk ke dewan majlis. Once seated, majlis rasmi bermula.

Perasmian BATAS Parlimen Bukit Katil pada malam tersebut adalah sangat meriah dan terlaksana dengan jayanya. Tahniah untuk rakan-rakan dari BATAS Bukit Katil terutama kepada sahabatku Ayahanda Wan Bobby yang merupakan Pengerusi BATAS Parlimen Bukit Katil ni.

Makan malam walaupun bermula lewat dalam sekitar jam 11 malam tetapi memang worth it sebab hidangan adalah set Chinese Menu yang lazat.

Aku terpaksa minta diri dalam jam 12 tengahmalam kerana perlu balik berehat untuk bertugas di Seremban pada awal pagi tersebut.


No comments:

Post a Comment