Thursday, January 23, 2014

Family Day & Fun Drive Ke Port Dickson

Seperti yang dirancang, acara Hari Keluarga bagi Geng Lendat EOCMotorsport akan berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 26 Januari 2014.

Lokasi pilihan adalah ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Konsep adalah bebas dengan setiap keluarga membawa bekalan makanan masing-masing ikut style potluck.

Lokasi Blue Lagoon di tukar ke Tanjung Tuan akibat kerisauan ketiadaan parkir untuk jumlah peserta yang ramai
Kalau ikutkan respon daripada ahli sedia ada, jumlah peserta dari Melaka mungkin akan mencapai 35 buah Exora tidak termasuk rakan-rakan perikatan yang berdekatan. So expected mungkin dekat - dekat 50 buah kot. Exact number hanya boleh dapat masa hari acara tu nanti.

Port Dickson bagi aku memang bertepatan sebab lokasinya tidak berapa jauh dari Melaka. Distance tersebut adalah baik untuk berkonvoi. It would be a konvoi yang santai. Kalau buat terlalu jauh, akan timbul penat yang mana hari keesokannya adalah hari bekerja.

Sejak hari perancangan, aku memang tidak dapat sahkan penyertaan aku sebab tarikh bertembung dengan tarikh jemputan dari pelanggan tempat aku bekerja. Dan telah sah, aku tidak akan dapat sertai event yang menyeronokkan ini sebab timing yang bertindih. Paling-paling cepat aku dapat balik ke Melaka semula selepas ke jemputan pelanggan tu pun mungkin dekat-dekat jam 4 petang paling awal. So, agak impossible aku dapat berkejar ke Port Dickson selepas jemputan tersebut.

Memang frust tapi apakan daya ... yang utama perlu di utamakan. Nevertheless, aku tetap participate dalam memberikan sedikit contribution effort bagi menyokong aktiviti ini dengan secara sukarela berhubung dengan Big Daddy Stickers bagi membuat sticker acara serta berurusan bagi mendapatkan harga terbaik untuk sticker tersebut. Alhamdullillah, harga sticker yang di tawarkan oleh Big Daddy Stickers adalah amat baik dan collection sticker tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.

Sticker Event Family Day - Geng Lendat
So, untuk rakan-rakan Lendat dan rakan-rakan alliances yang akan menyertai aktiviti. Di harap acara tersebut akan berjalan dengan baik dan menggembirakan .. yang paling utama adalah mengeratkan lagi ikatan persahabatan yang sedia ada.

Tuesday, January 14, 2014

EOCMotorsport - Local Crew

Untuk EOCMotorsport bergerak dengan lancar, selain program daripada pengurusan pusat, ahli - ahli juga bebas untuk mewujudkan kumpulan kecil di bawah bumbung EOCMotorsport asalkan kumpulan - kumpulan kecil ini menghormati serta bergerak tidak against dengan perlembagaan kelab.

Biasanya kumpulan - kumpulan kecil ini wujud mengikut negeri dan daerah ahli yang sedia ada. Kumpulan - kumpulan ini juga mempunyai Ketua serta AJK masing-masing. Memang banyak dan sememangnya perlu kerana dengan cara ini program / aktiviti dapat di localizedkan dengan mudah.

Secara tidak langsung, apabila terdapat banyak kumpulan - kumpulan kecil, semua ahli dapat melihat program yang dianjurkan oleh kumpulan masing-masing. So far semua kumpulan nampak bergerak lancar dengan pelbagai aktiviti setempat yang dianjurkan. Ini memberikan positive impact kepada ahli - ahli sedia ada kerana program / aktiviti yang dibuat adalah berterusan. Malah sessi get together atau sessi Teh Tarik telah menjadi satu aktiviti rutin sekerap seminggu sekali.

Bagi aku, memandangkan aku menetap di Melaka maka secara automatik aku menjadi ahli kepada kumpulan EOCMotorsprot Melaka yang lebih dikenali dengan nama Lendat. Melaka adalah sebuah negeri yang kecil dengan  3 daerah yang rapat di antara satu sama lain iaitu Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin so tiada isu untuk mewujudkan kumpulan daerah. Tidak seperti negeri - negeri lain yang besar di mana kewujudan kumpulan mengikut daerah adalah perlu bagi mempermudahkan urusan aktiviti / program setempat.

Bila ada pelbagai kumpulan kecil, maka terwujudkan pelbagai logo sesuai dengan kumpulan tersebut. Meskipun nama dan logo yang berlainan, semua kumpulan-kumpulan kecil ini adalah dibawah naungan EOCMotorsport.

Kat bawah ni adalah beberapa logo kumpulan yang digunakan :-

Sebab aku dari Lendat, so logo yang pertama aku letak kat post ni adalah logo Geng Lendat. Ni kira design logo yang baru, yang lama ada tulisan Southern Region. Masih ada usaha untuk mencipta logo terbaru bagi menggantikan logo ni.
Ini Be'keng untuk kumpulan dari Terengganu
EXONAIM pulak untuk group Kelantan
Logo ExoMutiara bagi Pulau Pinang
EXOCulim adalah untuk rakan-rakan di Kulim
Ganazzz adalah untuk Wilayah Persekutuan / Selangor
Logo berlatar belakangkan Kuda Kepang ni untuk Negeri Johor
Kuda Laut adalah kumpulan bagi ahli - ahli di daerah Manjung
KLGEC, gambar Exo dengan seekor Keluang adalah logo untuk rakan daerah Kluang, Johor
GR3 atau Geng R3 untuk rakan - rakan yang Exo mereka di 'solek' bercirikan R3. Yang ni open, not specific untuk Negeri mahupun untuk Daerah.
MrEC untuk geng-geng di Muar, Johor
Logo kepala burung Kenyalang untuk rakan - rakan di Sarawak
Kota Tinggi menggunakan logo yang ada gambar Udang Kara
Logo kepala Helang ni aku berkenan sungguh. Ni untuk rakan-rakan dari Kajang, Bangi & Semenyih. Bila nak dapat logo ni eh. Sesuai sangat ngan pesawat Raptor aku ni.
BPEC, logo yang digunakan oleh ahli-ahli EOCMotorsport dari Batu Pahat, Johor.
Banting Exorian Crew untuk rakan - rakan di Banting, Selangor
ExoStar Hijau Kuning untuk geng Alor Setar, Kedah.
Rakan-rakan di daerah Ledang, Johor turut mempunyai logo setempat
Ni cuma just a few logo yang sempat aku letakkan dalam posting, ada lagi yang tak dan aku nak kopipes.

So don't get confused kalau nampak logo-logo ni tertampal kat mana-mana Exora, bukan bermakna ada banyak Kelab Exora tapi semua ni adalah dari the one and only, EOCMotorsport.


Tahniah EOCMotorsport - Keahlian Bertambah

Satu pencapaian yang baik buat EOCMotorsport apabila jumlah keahlian telah bertambah melebihi 1000 ahli di seluruh Malaysia.

Meskipun EOCMotorsport merupakan kelab kereta Exora yang  masih baru, pencapaian penyertaan menjadi ahli adalah sesuatu yang amat dibanggakan.

Salah seorang ahli baru dengan nombor keahlian 4 angka. 1022. Tahniah !
Tahniah EOCMotorsport dan apabila bertambahnya ahli maka tanggungjawab kelab menjadi lebih mencabar serta menarik. Pengekalan serta penambaikan momentum aktiviti, kebajikan dan ukhwah persahabatan sesama ahli adalah amat penting bagi kelab untuk mengorak langkah yang lebih baik ke hadapan.

EOCMotorsport - Proud Together !

Saturday, January 11, 2014

Birding : Malaysian Plover

Salah satu daripada spesis burung air adalah dari keluarga Plover ataupun Rampang dalam Bahasa Malaysia kalau tak silap.

Malaysian Plover adalah satu-satunya jenis Burung Rampang yang menetap tetap di Malaysia. Sangat istimewa sehingga mendapat nama khusus iaitu sebagai Malaysian Plover. Taburan habitat burung ni adalah di kawasan pantai berpasir di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Dalam kategori spesis yang "near-threatened" / hampir terancam oleh International Union for Conservation of Nature dengan anggaran jumlah populasi hanya sebanyak 10,000 ekor.

Aku berkesempatan bersama 2 rakan ke Kuala Rompin, Pahang untuk melihat spesis ini. A short trip 2 hari 1 malam selain sasaran melihat burung-burung air yang lain, personally untuk aku, aku nak tengok ini burung Malaysian Plover.

Dan di Kuala Rompin ini lah aku mendapat 'lifer' untuk the Malaysian Plover.

Salah seorang rakan yang bersama menjejak burung-burung air di pantai Rompin
Ni dia Malaysian Plover yang dapat aku rakamkan
Yang ni sepasang. Kalungan berwarna gelap di leher adalah Jantan dan berwarna cokelat muda adalah betina.

Hutan Bukit Bakar, Machang, Kelantan Darul Naim

Bila kerap aku outstation, traveling pulak dalam kilometer yang jauh dan sibuk dengan tugasan kerja,once balik hotel, kalau kita duduk terperap dalam bilik pun tak syiok lah.

Unless kalau betul-betul kepenatan then baru aku akan bertapa dalam hotel. Kalau masih bertenaga, aku akan maximize cuba untuk explore kawasan-kawasan setempat.

Semasa bertugas di Machang, aku ada terpandang signage Hutan Bukit Bakar. Bila sebut pasal hutan ni, aku amat berminat nak masuk. Sebab utamanya aku nak tengok burung. Manalah tahu kalau aku dapat 'lifer' iaitu burung yang tidak pernah aku lihat sebelum ni.

So, selepas tugasan aku di Machang selesai, aku bergerak ke Hutan Bukit Bakar. Di kaki hutan tersebut ada tapak perkelahan. Masa aku pergi memang tak ramai orang. Aku rasa ada kurang dari 5 orang kot yang melawat hutan tu. Kawasan tak berapa bersih sebab banyak juga longgokan sampah masa aku kat sana. Public Toilet not well maintain. Nothing much kat bawah tu so aku decided untuk trekking mengikuti jalan menuju ke puncak bukit. Jalan bertar tu agak sempit dan curam. Itu jalan ke menara TM rasanya.

Sepanjang pendakian melalui jalan tar tu, mata aku mencari-mencari burung-burung hutan yang unik. Dan aku mendapat 'lifer' aku kat sini untuk sejenis burung Cuckoo iaitu spesis Indian Cuckoo.

Aku spend masa mungkin dekat 2 jam kot kat sini before heading back balik menuju ke hotel.

Bergambar di depan Kompleks Perhutanan Bukit Bakar
Ini dia gambar Indian Cuckoo yang dapat aku ambik di Bukit Bakar, Machang, Kelantan.

Thursday, January 9, 2014

Serious Meeting - Mega Event

Setelah berakhirnya acara Sambutan Akhir Tahun 2013 di Terengganu, next big official event untuk EOCMotorsport telah di umumkan oleh Tuan Presiden EOCMotorsport untuk diadakan di Negeri Melaka. Ini secara langsung menjadi satu indikator untuk Geng Lendat EOCMotorsport Melaka bakal menjadi penganjur & tuan rumah.

Aku telah membincangkan tentang majlis ini sebelum bermulanya SAT lagi iaitu dalam 2 bulan sebelum SAT bersama dengan Tuan President dan Vice President. Dan kesinambungan perbincangan ringkas turut berlangsung semasa SAT diadakan.

Secara tidak langsung, aku telah diberikan satu amanah yang untuk menjadi Project Manager / Ketua Koordinator bagi majlis yang akan berlangsung ini. Pada awalnya aku secara peribadi berasa agak was-was memandangkan aku ni bekerja dengan jadual yang tidak menentu, bukan soal waktu kerja tapi kekerapan outstation last minute buat aku risau untuk memikul tanggungjawab ni. Tetapi dengan hasrat untuk membantu rakan-rakan yang lain dan menjayakan program yang dirancang, aku bersetuju untuk memikul tugasan ini dan akan berusaha untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin dengan sokongan daripada rakan-rakan Lendat yang lain. Komitmen must be at 100% as ini bukan event negeri Melaka sahaja tapi adalah event untuk seluruh negeri.

Maka pada beberapa minggu yang lalu, satu Mesyuarat AJK Kali Pertama telah berlangsung dengan kehadiran beberapa ahli GLM. Pada mesyuarat tersebut, aku membentangkan struktur serta konsep event dan lantikan AJK Induk telahpun dibuat.

Dengan ini, bermulalah secara rasmi pergerakan AJK untuk usaha merealisasikan event yang dirancang. Insyallah pasukan GLM akan buat yang terbaik bagi kejayaan event yang dirancang.

Membentangkan Konsep Event & Kick Off
Perbincangan bersama rakan-rakan GLM
Lantikan AJK - AJK Induk dan penerangan skop AJK
Perjumpaan dengan Tuan President untuk sessi pencerahan beberapa perkara. Satu booster for the team bila mendapat sokongan padu daripada President.

Wednesday, January 8, 2014

Jemputan Ke Majlis Big Daddy Stickers

Pada hari Sabtu 4hb Januari last week, EOCMotorsport Negeri Melaka (Geng Lendat Melaka) telah menerima satu jemputan suaikenal bersama dengan Big Daddy Stickers bertempat di kawasan lapang bersebelahan dengan Balai Polis Durian Tunggal, Melaka.

4 orang wakil Lendat telah hadir termasuklah aku. Di samping ada jamuan makan yang berupa Mee Hoon Singapura (memang sedap), satay dan Mee Racun, pertunjukkan 'autoshow' mini turut diadakan. Terdapat beberapa lagi kelab permotoran yang datang pada majlis tersebut.

Pemilik Big Daddy telah turut membuat satu perbincangan bersama semua kelab-kelab yang hadir dengan menawarkan pakej panel yang amat menarik dan memberikan pelbagai benefits kepada kelab. Geng Lendat Melaka tertarik dengan tawaran yang diusulkan dan telah bersetuju untuk menjadikan Big Daddy Stickers sebagai panel kepada Geng Lendat EOCMotorsport Melaka.

Anak aku yang nombor 2 begitu seronok melihat persembahan ekzos berapi dari salah satu kelab yang hadir pada malam tersebut. Dan di akhir sessi, kelab - kelab yang hadir diberikan satu sijil penghargaan.

Antara ahli GLM yang hadir pada malam tersebut bersama sijil penghargaan

Kenduri Ringkas

Pada 29hb Disember lepas, aku ada la buat sedikit kenduri ringkas untuk Majlis Aqiqah anak lelaki aku bergabung dengan anak buah aku. Just a simple kenduri dengan memanggil saudara-saudara & jiran terdekat sahaja.

Turut aku jemput ialah rakan-rakan daripada Geng Lendat EOCMotorsport Melaka. Alhamdulillah rakan-rakan Lendat hadir dengan nak dekat 15 buah pesawat membawa family masing-masing. Terima kasih atas sokongan rakan-rakan sekalian. Geng Lendat Melaka terbaik !!!

Majlis ringkas, just makan dalam kawasan rumah saje.
Ketibaan rakan-rakan Exora dari Geng Lendat Melaka EOCMotorsport
Berbual-bual setelah menikmati jamuan makan tengahari

Tuesday, January 7, 2014

Video : Konvoi SAT ke Taman Tamadun Islam


Ini cerita SAT hari tu, sorang member just keluarkan klip video ni iaitu time konvoi nak bergerak ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Exoraku muncul pada saat ke 0:50. Hehehe. Terbaek !!!

Sunday, January 5, 2014

Tahun Baru, Sport Rim Baru

As per my previous post tentang nak tukar sport rim ataupun tidak. Last-last aku telah buat keputusan untuk menukar sport rim standard kepada sport rim 3rd party.

Bertarikh pada 1hb Januari 2014, hari cuti sempena Tahun Baru, aku bergerak mencari kedai tayar yang boleh menawarkan aku sport rim dengan harga yang baik. Hasrat pertama adalah untuk ke sebuah kedai di kawasan Cheng yang memang aku sasarkan untuk membeli di sana. Harga yang di tawarkan adalah RM1,800.00 siap dengan 4 biji tayar baru jenis Achilles bersyarat perlu trade in rim standard & tayar sedia ada.

Nak dijadikan cerita, kedai tersebut tutup pulak pada hari tu. Aku pun teruskan pencarian ke arah Taman Kota Laksamana sebab aku dengar ada 1 kedai tayar yang baik kat sana plus boleh dapat harga yang berpatutan. Sampai kat sana, aku terus tanya harga untuk sport rim Vossen yang menjadi sasaran aku. Kata brader yang jaga kedai tu, harga paling baik dia boleh bagi adalah RM1,870.00 siap dengan tayar jenis baru jenis Durun. Hmmm ... mahal RM70.00 dari kedai yang kat Cheng tu, so aku kata kat dia biar aku survey tempat lain dulu (aku target 1 lagi kedai kat area Klebang). Bila aku dah start Exoraku, tiba-tiba brader tu datang semula ke kereta dan bagitahu yang dia dah bincang dengan bos dia dan tawarkan harga RM1,600.00 untuk sport rim Vossen pilihan aku. Wah, ni memang murah. Aku terus kata okay dan masukkan kereta ke dalam kedai.

Once 2 biji tayar belakang dah dibuka, brader tu datang dan bagitahu yang ada caj tambahan ke atas RM1,600.00. Aku tanya tambahan untuk ape? Maka dia pun terangkan in details yang harga tu tak termasuk Nut, Ring dan 4 Silicone untuk spring. Hmmm ... aku tanya mahal ke benda-benda ni, dia jawab depends on brand yang aku akan pilih. Bila dia dah tunjukkan yang the best, for sure la aku nak yang the best. So aku pun ambik Nut Sporty, Kepala Tube Sporty plus Ring & Silicone untuk spring coil. Last-last kira semua jadi jugak RM2,030.00. Ape nak buat, aku pun setuju dan proses pemasangan pun di buat.

Bersedia untuk memakai kasut sukan baru
Proses penukaran rim baru tak makan masa yang lama. Ada la nak dekat 1 jam lebih kot siap dengan proses alignment dan balancing.

Kasut Sukan baru telah selamat dipasang

Lepas selesai, aku pun terus drive balik ke rumah. Memang terasa perubahan pada cara pemanduan sebab terasa beratnya sport rim baru ni. Maklumlah dari saiz standard 16 tukar kepada saiz 17. Kalau dulu aku telah throttle sikit je memang Exoraku ni dengan pantas memberi respon bergerak laju, tapi dengan new sport rim, throttle kena tekan lebih ke dalam untuk memberikan kuasa kepada Exoraku. Habis le minyak kali ni ... hahaha. Kalau tekan ikut pemanduan sebelum ni, memang Exoraku akan terasa pergerakannya yang perlahan.

Dan beberapa selepas aku masukkan sport rim baru, Big Daddy Stickers telah membuat sticker bertulisan Vossen berwarna kuning untuk di tampal. Proses tampalan kena buat di kedai tayar yang aku beli. Di sebabkan kedai tu pun nama kedai tayar, memang tak berapa kemas lah tampalah sticker Vossen tu kalau di amati secara dekat, nak tunggu proses pasang sticker kat sport rim tu pun ambil masa nak dekat 4 jam sebab kedai terlalu sibuk. Service Charge yang dikenakan untuk tampalan sticker adalah sebanyak RM40.00.

Kasut Sukan telah di tampal sticker berwarna kuning
So, next project adalah membuka balik sticker tersebut dan dalaman rim akan di spray dengan warna kuning sebelum menampal semula sticker baru berwarna hitam.

Pastu  .... lightings ... pastu ... front bumper bodykit ... pastu ... carrier ... pastu ... V Lips ... pastu ... speaker ... hmmm ... ;p





Saturday, January 4, 2014

Selamat Tahun Baru 2014


Alhamdulillah kita telah masuk ke tahun baru 2014 yang menjanjikan pelbagai cabaran dan keseronokan.

Bagi aku, tahun 2013 mengusik pelbagai kenangan pahit manis samada bersama Exoraku mahupun secara peribadi.

Recap on ringkasan apa yang berlaku pada tahun 2013 ... ianya bermula dengan sejuta harapan dan impian, usaha untuk pencapaian harapan adalah maksima namun kita hanya mampu merancang serta berusaha, Allah SWT jua yang Maha Menentukan. Aku masih menanti usaha 2013 memberi hasil yang baik pada tahun 2014 ini. 

Bagi Exoraku, tahun 2013 telah menjadi tahun untuk aku menuntut pelbagai 'warranty' bagi memastikan Exoraku berada di tahap yang baik. Dari Lampu Headlight hingga ke Reflashing ECU akibat ketidakseragaman antara ECU dan sistem gear.

2013 juga membawa aku bersama Exoraku ke pelbagai pelusuk Semenanjung Malaysia dan yang paling hebat adalah meredah banjir ketika berlangsungnya acara Sambutan Akhir Tahun EOCMotosport di Kuala Terengganu pada musim tengkujuh.

Dari sudut peribadi, pengakhiran 2013 tidak seperti yang aku jangkakan, fitnah serta prasangka buruk telah memutuskan satu talian yang suci. Tiada dendam hanya kekecewaan terhadap salah faham yang berlaku. Kita manusia hidup dengan pelbagai prasangka dan sayang sekali 1 insiden salah pemahaman telah memadamkan sejuta kenangan manis bersama. Tiada penghargaan pada yang manis, yang pahit menguasai emosi dan hati. Aku berdoa agar Allah SWT akan menunjukkan kebenaran serta memulihkan hati-hati yang berprasangka buruk.

Di harap agar tahun 2014 akan menjadi tahun yang lebih baik buatku, keluargaku dan Exoraku. Pelbagai perancangan perlu diusahakan dan aku percaya yang setiap usaha bersungguh yang baik pasti akan mendapat perkenan serta ganjaran daripadaNya. Insyallah.

Selamat Tahun Baru 2014 kepada rakan-rakan yang mengunjungi Blog Bersama Exoraku !