Wednesday, August 28, 2013

Yet Another Short Trip to Langkawi

Rasa baru je aku ke Langkawi (memang baru pun, last month), tup tup aku terpaksa balik ke Langkawi lagi untuk satu lawatan yang singkat iaitu pergi hari Isnin dan balik hari Selasa baru - baru ni.

Kali ni aku tak naik MAS, aku naik Air Asia pulak sebab harga tiket MAS dah mahal. Pagi Isnin tu aku riki MAS vs Air Asia, MAS pergi balik 2 orang dekat RM980.00 berbanding Air Asia pergi balik dalam RM650.00.

Pagi tu aku ada urusan di Kuala Lumpur. Lepas selesai hal kat KL, aku terus ke LCCT dan sampai di LCCT dekat - dekat nak pukul 2 petang. Terus aku pi kaunter beli tiket tapi di maklumkan yang tiket yang paling awal aku boleh beli adalah tiket untuk penerbangan jam 6.55 petang sebab yang terawal daripada waktu tu dah habis. Wah, tak sangka pulak aku yang tiket flight boleh habis sebab sekarang bukan musim cuti pun. Cuti raya baru selesai dan cuti semester sekolah pun bukan, tapi kenapa tiket ke Langkawi boleh laku macam goreng pisang panas ni.

Menunggu flight ...
Menghabiskan masa kat LCCT tunggu berjam - jam sebelum penerbangan memang lah membosankan. Kejap - kejap tengok jam, kejap - kejap tengok jam. Tapi kebosanan tu sekali - sekali hilang bila krew Air Asia lalu depan mata. Not bad lah uniform diaorang ni. Hahaha. Bukan nak tengok pun tapi dah lalu depan mata, kadang - kadang tak dapat nak menoleh kat tempat lain dah. :D

Dekat jam 6.20pm, keluar pulak announcement kata flight aku delay ke jam 7.05 malam. Adoi, lagi bertambah rimas aku dok tunggu. Nasib kali ni aku pergi dengan sorang sahabat, ada jugak kawan buat teman dan sembang - sembang. Kalau aku sorang, memang mati kutu aku kat LCCT ni.

Last - last flight aku berlepas jam 7.30pm, memang lambat. Aku sampai Langkawi dalam jam 8.20pm. Hujan lebat menyambut ketibaan aku. Aku terus jumpa sorang contact untuk dapatkan kereta sewa. Kali ni aku sewa kereta jenis Nissan Sylphy @ RM120.00 sehari. Cuba nak nego RM100 tapi tak dapat. Mulanya aku booking Nissan Almera sebab nak rasa kereta baru tapi bila sampai kat airport, Sylphy pulak yang dia bagi. Aku tanya kenapa dengan Almera yang aku booking tu, dia kata Sylphy ni lagi best. Tak mau banyak cerita sebab dah malam dah pun plus hotel pun belum cari lagi, aku terus setuju untuk kereta Sylphy tu. Not bad lah Nissan Sylphy ni, memang pick up !

Dari airport kat Padang Matsirat, aku terus drive perlahan - lahan dalam 60km/j ke 80km/j menuju ke Pekan Kuah nak cari hotel. Tangki minyak dah kosong, contact yang bagi sewa kata kena isi jugak kat Padang Matsirat, tak sempat dah untuk sampai Kuah. So aku tuang minyak RM20.00 malam tu.

Sampai kat Kuah, aku check in kat My Hotel yang terletak betul - betul dalam Pekan Kuah. Boleh tahan la hotel ni, harga pun tak murah, tak juga mahal. RM160.00 untuk 1 malam. Jauh lebih murah kalau banding dengan Hotel City Bayview Kuah Langkawi yang harga bilik dia malam tu RM315.00 untuk 1 malam. Aku masuk bilik hotel dekat - dekat jam 10 malam jugak. Nanti aku bukak thread lain untuk My Hotel ni untuk review yang lebih details.

Esok awal pagi aku breakfast buffet kat dalam hotel then pergi untuk selesaikan 1 urusan. Aku sempat singgah di rumah mertua aku. Lepas selesai urusan di Kuah, aku terus cari ikan bilis dan cokelat untuk dijadikan buah tangan. Then aku lunch di area Pantai Cenang kat Restoran Indian Palace before aku ke airport Langkawi. Flight balik aku pukul 3.20pm, alhamdulillah tiada delay.

Sampai LCCT lebih kurang jam 4.30 petang. Slow nak landing, biasa lah KLIA/LCCT ni sibuk dengan banyak pesawat lain, so kena ikut turn nak landing lah kot aku rasa. Singgah sebentar di Maxis Centre Bandar Nilai untuk lapor kehilangan handset member aku dan beli 2 bungkus Nasi Kandar Lawood yang popular kat Nilai tu.

Dari Nilai, masuk PLUS Highway terpaksa keluar pulak Exit Pedas Linggi sebab lupa nak isi minyak. Takut tak sempat sampai Simpang Ampat. Dari Pedas, ikut jalan lama Rambau ke Simpang Ampat. Sampai rumah dalam waktu Maghrib. A tiring yet a great short trip even.

Hebat Bank Rakyat, marketing sampai atas awan biru.
'Sarang' untuk 1 malam. My Hotel, Langkawi.
Lunch Nasi Bariani Kambing ala India di Indian Palace, Pantai Cenang.


Thursday, August 15, 2013

Now I Am Blackberry 10

Masa 'unboxing' Blackberry Q10
Well, setelah dekat nak 2 tahun lebih aku pakai Blackberry Bold 9700 (sampai nak lebam), pada suatu hari di bulan Ramadhan baru - baru ni ... kotak Blackberry Q10 pun sampai.

'Bekalan' Q10 ni memang about time la sebab Bold yang aku guna memang dah nyawa - nyawa ikan. Nak kira belum lagi sebulan la aku pakai Q10 ni tapi tak dapat dinafikan yang ianya jauh lebih baik daripada Bold (bukan Exora Bold ye) yang aku pakai dulu.

Better choice daripada Z10 sebab Q10 ada QWERTY Keypad. Aku suka pakai keypad sebab bagi aku lebih mudah daripada 'unreal' butang atas skrin. Dan ada 'keypad' tak bermakna ianya bukan 'touch screen'. So 'combo' antara 'keypad' dan 'touch screen' memang menyerlahkan kemampuan Q10 ni.

Semua benda yang baru kena la kita rajin 'godek-godek' dan 'main-main' untuk kita dapat rentak yang sepatutnya. Ramai jugak antara kawan - kawan aku yang kata depa tak suka Q10 'compared' dengan Bold atas alasan 'too complicated'. Tapi aku tak rasa macam tu. Yang penting kita kena 'get used to it'.

Dari segi 'performance', memang jauh lagi laju daripada Bold. Maklum la teknologi baru. Menggunakan processor 1.5 GHz dual-core Qualcomm Snapdragon S4 dengan 2GB RAM, dan 16GB internal storage (boleh expand sampai 32GB pakai microSD card), aku boleh kata yang Q10 ni mempunyai enjin yang hebat.

Skrin bersaiz 3.1 inci dan paparan imej 330 pixel per inch mengatasi paparan yang terdapat pada iPhone 5 yang menawarkan paparan imej 326 pixel per inch. So memang kualiti paparan untuk Q10 ni 'very sharp', 'clear' and rangup sekali lah.

Lagi satu yang menarik tentang Q10 baru ni adalah kamera. Resolusi 8 megapixel memang cukup baik. Cuma untuk kamera hadapan (face cam), resolusinya adalah agak kecil iaitu 2 megapixel. Namun yang demikian, bila aku 'compare' cara 'handling' untuk ambil gambar dari Q10 ni dengan Bold aku dulu, Q10 ni nampak lebih sensitif dari segi gegaran. Kita kena 'ensure' yang masa kita 'snap' gambar tu dalam keadaan gegaran yang paling minima, kalau tak gambar kita akan jadi 'blur'. Dulu kalau guna Bold, tak sesensitif Q10. Mungkin 'next production', Blackberry kena masukkan 'feature' 'Vibration Reduction' untuk memudahkan pengguna mendapat gambar yang jelas. Dari segi 'mode' pula, ada beberapa 'mode' asas yang tersedia untuk di gunakan. Yang takde cuma 'sweep' atau 'panorama' mode. Kalau ada yang tu memang 'plus point'. Dan untuk mengambil video pula, resolusi 1080 dan 720 boleh di pilih.

Bunyi yang dikeluarkan juga jauh lebih baik, so ringtone dan audio lebih enak di dengar berbanding dengan Bold. Bila buat 'pairing via bluetooth' dengan Clarion dalam Exoraku, memang terbaik audio yang dikeluarkan. Proses untuk 'pairing' juga amat mudah.

Cuma buat masa sekarang, tak banyak pilihan accessories yang ada untuk Q10 sebab masih baru. Lepas aku dapat Q10 ni, dalam 2 minggu jugak aku tercari - cari 'cover' dan 'screen protector'. Last - last baru jumpa, tu pun tak banyak pilihan dan 'screen protector' jenis 'privacy' masih belum ada.

Aku cuma harapkan yang bateri yang ada pada Q10 ni lebih baik dari Bold sebab bateri Bold memang tak berapa tahan. Still unknown tapi aku rasa mungkin lebih baik sebab R&D mesti akan memperbaiki kelemahan sebelum ini.

So, welcome Blackberry Q10 !


Hotel : Flora Place, Kota Bharu

Arini aku nak review sikit mengenai 1 lagi hotel yang kerap juga aku kunjungi jika aku ke Kota Bharu. Nama Hotel tersebut adalah The Flora Place.

Hotel ni adalah favorite hotel untuk rakan sekerjaku. Bagi aku, hotel ni boleh di kategorikan sebuah hotel yang baik bersesuaian dengan harga bilik - biliknya yang berpatutan.

Aku kalau ke Kota Bharu, mula - mula sekali aku akan cuba untuk menginap di The Grand Riverview. Then kalau tiada promosi, aku akan beralih ke Hotel Ridel. Dan jika masih juga tiada bilik, maka Hotel Flora Place ni kira macam among 3rd choices untuk aku menginap.

Konsep hotel ni macam hotel transit. Lokasinya di Jalan Kebun Sultan adalah salah satu faktor yang memberikan kekuatan kepada hotel ni. Memang di tengah - tengah bandar Kota Bharu. Nak makan senang, nak berjalan - jalan senang dan nak beli barang - barang keperluan juga amatlah mudah. Semuanya dalam within short walking distance.

Nak parking ada unik sikit. Di sebabkan hotel ni betul - betul terletak di bahu jalan yang sibuk, memang nak parking kat depan hotel tak boleh. So hotel ni ada sediakan parking khas yang terletak berasingan iaitu kena drive sikit dalam kurang 300 meter dari hotel untuk mendapat parking percuma. Walaupun jauh sedikit tapi parking tersebut ada guard dan secured. So tak perlu risau untuk letakkan kereta kita di kawasan tersebut.

Terdapat beberapa lagi hotel - hotel yang kelasnya hampir sama di sepanjang jalan tersebut (aku pernah menginap di beberapa buah juga) dan Hotel Flora Place ni antara yang terbaik berbanding dengan yang lain kerana yang lain suasana bilik serta facilities yang di sediakan boleh dikatakan agak uzur. So bolehlah aku katakan yang dalam deretan hotel yang terdapat di sepanjang jalan tu, The Flora Place adalah sangat - sangat di recommendkan.

Harga bilik juga tidak mahal dan ianya adalah seperti berikut :-

ROOM TYPE PRICE IN RM     PEAK PERIOD(Weekends, Public holidays, School holidays)
FAMILY DELUXE 198.00 nett       237.60 nett
DELUXE DOUBLE 160.00 nett     192.00 nett
STANDARD TWIN 140.00 nett      168.00 nett
STANDARD DOUBLE 140.00 nett     168.00 nett
STANDARD TRIPLE 168.00 nett     201.60 nett
STANDARD SINGLE 100.00 nett     120.00 nett
EXTRA BED 20.00 nett      20.00 nett

Dan harga tersebut termasuk dengan breakfast. Breakfast mereka sediakan di tingkat paling atas (roof top). Tapi dengan harga yang sangat berpatutan ni, jangan kita harapkan pelbagai pilihan makanan yang di sediakan. Selalunya jika aku menginap kat sini akan terdapat dalam kurang 10 jenis menu yang di sediakan. Namun, yang specialnya kita boleh minta mereka buatkan fresh half boiled egg untuk kita.

Di Ground Floor hotel ni terdapat sebuah Dive Shop yang dimiliki oleh hotel. Rupanya The Flora Place ni juga ada sebuah resort di Pulau Perhentian. Dan di resort tersebut, pakej - pakej diving turut di sediakan. Team diving untuk The Flora Place ini di namakan dengan nama The Flora Bay Diver's. Secara tak langsung kita tahu yang nama resortnya adalah The Flora Bay Resort. Aku tengok menarik juga pakej - pakej diving yang di tawarkan oleh mereka. Insyallah kalau ada peluang, aku akan cuba pakej diving mereka, mana tahu aku boleh ambik lesen Advance pulak dengan diaorang.

Bukan the best hotel in Kota Bharu tapi among the best dalam kategori hotel ekonomi. Do not expect luxurious interior room setup, namun ianya cukup bersih, kemas dan selesa untuk di sewa. Kalau berminat untuk menginap di sini boleh lawati mereka di http://www.thefloraplace.com untuk gambaran yang lebih jelas.

Ruang lobi yang ringkas
Terdapat ruang rehat di lobi
Ini adalah salah satu bilik yang aku dah sewa. Time ni traveling with a colleague, so kena ambik twin sharing
Ni pulak bilik air. Tak besar tetapi bersih.
Sabun & Shampoo di sediakan di dalam bilik air.

Wednesday, August 14, 2013

Perhatian Pemilik Exora : JOM CIPTA REKOD

Satu usaha untuk menghimpunkan sebanyak mungkin 'pesawat' Exora akan diadakan pada 15hb September 2013 bertempat di Sepang International Circuit bermula pada jam 9 pagi.

Selain daripada matlamat utama penganjur iaitu untuk mencipta satu rekod (akan direkodkan di dalam Malaysia Book of Records), ianya juga akan menjadi platform terbaik untuk semua pemilik - pemilik Proton Exora berkumpul, bertukar - tukar pendapat tentang 'pesawat' yang sama dan menambah ilmu khusus dalam mengenali 'pesawat' dengan lebih baik.

Jika kita lihat pada gambar promosi, yuran penyertaan sebanyak RM30 dikenakan untuk setiap Exora yang mendaftar untuk menyertai aktiviti ini jika pembayaran dibuat sebelum 26hb Ogos 2013. Manakala RM40 akan dikenakan sekiranya bayaran penyertaan dibuat selepas tarikh tersebut. Aku masih tak sure RM30 tu adalah untuk apa tapi dengan terteranya nama penganjur pada gambar promo di atas, yang berminat boleh menelefon terus kepada penganjur untuk mendapatkan butiran yang lebih lanjut. In case kalau aku dapat info - info tambahan tentang 'event' ini, insyallah ianya akan updatekan.

Jadi mari kita bersama - sama menyokong usaha ini dalam mengharumkan nama Proton Exora agar ianya dapat tercatat di dalam Malaysia Book of Records. 

Jom Cipta Rekod !



Tuesday, August 13, 2013

Servis 30,000km

Diam tak diam, tup tup odometer Exoraku dah mencecah 32,000 kilometer. Tak terasa tapi Exoraku telah pun masuk bulan ke 18. So, kalau nak ikut average traveling per month 32,000 bahagi 18 bulan = 1,800km sebulan. Tak la heavy traveling pun kalau ikut average tu.

So, this time aku bawak Exoraku masuk SC di Batu Berendam. SC Proton GT One Auto Services. Sales Advisor (SA) kata nak ikut servis normal macam dalam rekod dulu ke bang? Aku pun setuju. Ada la buat aduan sikit untuk check tayar sebab cepat sangat kena isi angin & bunyi-bunyian macam bunyi absorber bila lalu jalan tak rata.

Lepas 2 jam menunggu, akhirnya siap sudah servis 30,000km untuk Exoraku. Hmmm tapikan ... aku tengok kat resit tertulis Engine Oil Petronas Syntium 800 10W-40 walhal botol yang aku dapat balik tertulis 5W-30. Aku tanya kat SA kenapa dalam resit lain yang masuk lain? Dan kenapa bukan 10W-30 seperti yang sepatutnya? Jawapan yang aku terima so simple lebih kurang bunyi macam ni "Sekarang grade 10-40, 10-30, 5-30 sudah sama. Harga pun sudah sama, kita bagi 5-30 lagi baik, lagi nipis"

Aku tak sure la betui ke tidak sebab heran jugak kenapa katanya grade boleh sama? Mungkin ada perubahan or new development yang aku missed out agaknya. Nevertheless, aku yang agak rushing semalam pun tak mau panjangkan cerita, terus bayar, terima kunci dan drove back to the office.

Yang pasti, engine terasa ringan sebab sebelum ni aku guna Wurth 10W-40, so masuk 5W-30 ni rasa sedap sikit.

30,000km pakai 5W-30 pulak

Monday, August 12, 2013

Makan : Murtabak Ala Hindustan, Segamat

Sebelum bulan Ramadhan aritu, aku ke Segamat atas urusan kerja dengan seorang rakan sekerja. Dalam perjalanan pergi, aku dimaklumkan oleh rakan aku tu yang apabila sampai Segamat, breakfast menu kat Segamat adalah Murtabak.

Katanya dia dah test murtabak tu dan memang sedap. Aku pun mengiyakan saja dan apabila sampai Segamat, just before simpang traffic light (yang ke kiri ke Kuantan dan ke kanan ke arah Hospital Segamat), kami berhenti untuk bersarapan di Medan Selera yang terletak di Jalan Sultan (kalau tak silap).

Rakanku lead the way duduk di salah sebuah gerai di dalam Medan Selera tersebut. Tertulis kecil kat gerai tu "Murtabak Ala Hindustan". Dia pun order 1 Murtabak dan untuk minum pagi tu, kami sepakat nak minum Kopi Radix.

Aku tanya kat dia yang 1 murtabak cukup ke sebab aku memang lapar. Dia kata cukup sebab aritu dia makan pun tak habis siap kena bungkus.

Siap je murtabak tu dan terhidang depan aku, memang sah yang saiz murtabak ni boleh dikatakan sebagai Mega Murtabak. Ia dihidangkan bersama dengan kuah murtabak 'home made'. Rasa dia pulak memang 'marvelous' la, daging cincang banyak plus kena dengan kuah yang disertakan.

Dan memang betul, 2 orang makan pun kena bungkus bawak balik sebab saiznya yang besar. Amat mengenyangkan serta lazat bila makan panas-panas.

So, kalau ada di Segamat dan nak try Murtabak Ala Hindustan, bolehlah ke Medan Selera untuk mencuba. Ingatkan nak bawak balik (lepas kerja nak singgah beli) tapi owner kata kedai tutup tengahari so tak dapatlah nak bawa balik bagi family rasa. Next visit ke Segamat sudah pasti Murtabak Ala Hindustan akan menjadi menu untuk breakfast sekali lagi !

Sunday, August 11, 2013

Adakah Itu Hantu?

Hantu? Aku rasa semua orang tahu apa itu hantu. Kalau tengok kat Wikipedia, maksud hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam semua kebudayaan dalam dunia ini.

Adakah kita percaya akan kewujudan hantu?  Ada sesetengah orang tidak, namun yang pasti ramai yang percaya akan kewujudan makhluk yang di namakan sebagai 'Hantu'. Kita sering di takut - takutkan sewaktu kecil dengan hantu. Malah perasaan takut terhadap hantu menjadi lebih terdedah dengan adanya filem - filem serta drama - drama yang berkisar tentang hantu.

Yang pasti, terdapat pelbagai makhluk yang di cipta oleh Allah S.W.T termasuklah golongan Jin dan Syaitan. Sepercaya manapun kita dengan 'hantu', jauhilah sifat Syirik dan sentiasa beringat yang Allah S.W.T adalah yang Maha Berkuasa.

Okay, berbalik pada cerita yang nak aku sampaikan. Kisah ni terjadi kat aku lebih dari 10 tahun yang lalu. Pada waktu tu aku bercuti balik ke rumah mertuaku di Pulau Langkawi. Aku kalau balik rumah mertua memang takkan kurang dari 3 hari sebab kalau cuma pergi dalam waktu yang singkat, ianya akan menjadi satu perjalanan yang amat meletihkan akibat daripada faktor jarak perjalanan yang jauh. Waktu tu juga aku boleh la dikatakan seorang pemancing yang tegar. So bila dah ada di Pulau Langkawi yang memang namanya pulau (di kelilingi laut), aku pun mengambil kesempatan untuk memancing di sana.

Pada satu malam, aku bersama abang serta adik iparku pergi ke Jeti Terminal Feri Kuah untuk memancing. Kalau tak silap, kami mula masuk ke dalam kawasan Jeti lebih kurang dalam pukul 10 malam. Jeti Terminal Kuah ni terbahagi kepada 2. Satu bahagian untuk Kuala Kedah dan satu lagi bahagian untuk Kuala Perlis. Aktiviti pancing bermula dengan masing-masing mula membaling umpan dalam jarak yang dekat - dekat. Dari satu tempat beralih ke satu tempat hinggalah masing - masing mula mencari 'spot' masing - masing sebab dekat 1 jam lebih memancing, seekor ikan pun tak dapat.

Suasana kat Terminal Feri pada malam tu memang sunyi dan gelap. Feri / Bot kosong yang 'parking' merapati Jeti terbuai - buai kena ombak. Satu kelibat orang pun tak kelihatan. Aku yang bosan, mula beralih ke sebelah Jeti Kuala Perlis (adik ipar dan abang ipar) masih di Jeti Kuala Kedah. Aku berubah 'spot' beberapa kali sehinggalah hampir ke penghujung Jeti.

Nampaknya memang tak ada ikan malam tu, cuma getuan ikan - ikan kecil yang tidak sesuai dengan saiz mata kail yang aku gunakan. Umpan habis tapi ikan seekor pun tak lekat. Hampir-hampir nak jam 1 pagi, aku mula bertukar 'spot' berundur semula ke bahagian tengah jeti. 

Sedang aku memasang umpan, tiba-tiba aku terlibat satu kelibat betul - betul di sebelah sebuah bot / feri. Memang tidak terlintas langsung dalam pemikiran aku tentang 'hantu'. Aku lihat 'orang' tu berambut panjang. Hati aku terdetik, "eh, buat apa mamat rock ni malam-malam kat atas jeti ni. memancing jugak ke?" Dalam suasana yang kelam tu, aku cuba tengok dengan lebih jelas ke arah 'mamat rock' yang hanya lebih kurang 10 meter dari tempat aku berdiri memasang umpan. 

Secara tiba-tiba darah aku berderau, meremang bulu tengkuk aku. Aku tengok kelibat tersebut mula menggerakkan badan ke posisi seolah - seolah 'rukuk'. Rambutnya mencecah ke lantai jeti dan berbaju labuh berwarna putih. Secara spontan, aku lepaskan batang pancing aku, mulut membaca Ayatul Kursi dan aku terus berjalan laju menuju ke arah daratan. Aku toleh dan lihat posisi misteri yang berbaju putih itu masih dalam keadaan 'rukuk'. Aku mula lari-lari anak mencari adik dan abang iparku. Semua peralatan pancingku sudah aku biarkan di tengah - tengah jeti bersama 'lembaga' tersebut.

Lebih kurang macam ni tapi dalam keadaan 'rukuk'. Gambar cuma hiasan, credit to the owner.
Bila sampai ke Terminal Jeti, aku nampak adik iparku sedang memancing. Tanpa banyak cakap aku minta dia pergi ke tengah Jeti Kuala Perlis untuk ambilkan peralatan pancingku. Aku bagitahu yang aku terlupa nak ambik sebab aku rushing untuk ke tandas. Adik iparku tanpa banyak soal terus berjalan ke arah Jeti Kuala Perlis dan kembali dengan peralatan pancing dalam waktu yang singkat. Dia hulurkan kat aku, tapi aku bagitahu yang aku dah takde mood nak pancing sebab takde ikan.

Adik ipar serta abang iparku pancing lagi lebih kurang dalam setengah jam sebelum sepakat untuk balik dalam jam lebih kurang 2.30 pagi. Memang tiada hasil malam tu, kami bertiga tak dapat ikan.

Sebelum pulang ke rumah mertua, kami singgah untuk minum malam di gerai berhampiran Pekan Kuah. Masa minum tu baru aku mula bertanya pada adik ipar aku samada beliau ada nampak orang tak kat tempat pancing yang aku kononnya 'tertinggal'. Beliau jawab takde siapa pun kat atas Jeti Kuala Perlis tu. Then aku pun ceritakan apa yang aku nampak. Adik ipar aku kata kalau dia tahu, dia takkan pergi ambil peralatan pancing aku sebab seram. Habis mengeteh, kami pun balik ke rumah mertuaku dengan perasaan yang penuh misteri ... terutama sekali aku le sebab aku yang nampak 'lembaga' berambut panjang dan berbaju labuh berwarna putih tu. Aku tak dapat bayangkan macamana kalau 'lembaga' tersebut tiba-tiba bangun daripada posisi 'rukuk' yang boleh menampakkan mukanya. Nauzubillah.

Peristiwa 'penampakan' tersebut masih segar dalam ingatan dan aku berdoa agar aku tidak akan berhadapan dengan situasi tersebut sekali lagi. Cukuplah hanya sekali ...

** Dan yang terkini apa yang aku tahu, sekarang kita tidak boleh lagi memasuki kawasan Jeti Terminal Kuah selepas waktu operasi.

Saturday, August 10, 2013

Make Up Lagi Sebelum Raya ...

3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, aku lagi sekali ke Urban Stickers. Kali ni aku just nak make up 'telinga' Exoraku dari warna Plum Red ke warna hitam dengan menampalkan stickers ala - ala kertas pasir. Hasilnya memuaskan. Kos? RM60.00 untuk sepasang telinga.

Depa bukak sarung telinga untuk proses penampalan sticker.
Hasilnya selepas sticker ala - ala sand paper di tampalkan.
Then betul - betul sehari sebelum Hari Raya (petang raya), aku ke Best City Auto di Cheng untuk pasang Fog Lamp (Spotlight) yang namanya Angel Eyes. Memang aku dah janji ngan boss kat Best City Auto tu nak pasang since start bulan puasa, cuma aku tak de masa nak buat. Dan in between bila aku free, kedai dia pulak sibuk dengan customer. So last - last, aku terjah jugak petang - petang raya minta dia pasang. Berapa kos pasang Angel Eyes ni? Tu kena pergi ke Best City Auto untuk dapatkan harga terbaik dari mereka. Aku dapat la sedikit discount special sebab regular customer. Hahaha.

Dan lepas pasang Angel Eyes, terdetik pulak nak cover Headlamp dengan warna gelap (smoke). Boss Best Auto macam tau - tau kehendak aku terus dia tanya "mau kasi cantik Headlamp tak?" Aku pun mengiyakan saje sebab memang dah terasa nak buat. Pandai dia baca kehendak customer.

Angel Eyes dalam pemasangan.
Lepas siap pasang Angel Eyes, kasi 'smoke' pulak Headlamp.

Maka setelah siap, macam ni la rupa Exoraku sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Cuma Angel Eyes ni memang power. Power dari segi kecerahan, kena adjust betul - betul supaya kenderaan yang dari depan tak silau bila terkena cahaya daripadanya. Aku nak on spotlight pun serba salah sebab memang tahap kecerahan Angel Eyes ni tersangatlah cerah takut - takut mengganggu pemandu lain.

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena raya esok hari, saya mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
Tahun ni raya agak simple. Badan pun kurang sihat sejak dua tiga hari ni sbb demam, selsema, batuk dan sakit tekak.
Jika kebetulan ada di Melaka, mai la singgah rumah saya beraya.