Sunday, May 26, 2013

Hotel : Park Royal Penang


Hotel Park Royal Penang kalau tengok dari luar (mcm gambar di atas) nampak macam hotel lama. Betul la memang design dan cat luarannya nampak 'season' sikit tapi org kata "don't judge a book by its cover". Hotel ni boleh di kategorikan sebagai hotel yang agak mewah.

Aku berkesempatan untuk menginap di hotel ni untuk 3 malam. Lokasi terbaik di tepi pantai batu feringgi dan boleh berjalan kaki ke pekan batu feringgi.

Rata - rata tetamu hotel ni adalah pelancong luar negara. Nak dijadikan cerita, masa aku naik lif untuk ke bilik aku bersama seorang pekerja hotel yang sedang membawa bungkusan makanan. Nampak macam di pesan oleh tetamu. Aku tanya dia untuk siapa bungkusan tu. Dia jawab yang bungkusan tu adalah pesanan dari salah seorang Putera kerabat di Raja Arab yang sudah 2 bulan menginap di hotel tersebut bersama rakan-rakan serta pengikut - pengikutnya. Wah, hebat jugak reputasi hotel ni hinggakan kerabat Saudi boleh duduk kat sini dekat 2 bulan.

So di bawah adalah beberapa gambar yang aku sempat ambil masa menginap kat hotel tu :-

Ruang lobi yang luas
Kolam Renang untuk tetamu
Javana Lounge di Lobi Hotel
Tetamu boleh menikmati makanan di tepi pantai
'Sarang' aku untuk 4 hari 3 malam. Memandangkan tiada bilik 1 double bed yang available so aku dapat bilik yang ada 2 katil single. Memang spacious untuk  aku sorang.
Terdapat berandah / verandah untuk aku keluar tengok permandangan sambil 'berasap' and for info, hotel ni ada polisi untuk tidak boleh merokok di dalam bangunan hotel tapi kat luar mcm ni boleh. :D
Suasana malam di Poolside
Overall hotel ni memang best. So kalau nak menginap samada untuk bercuti bersama keluarga atau atas urusan rasmi memang lah recommended !

Tuesday, May 21, 2013

I'm On CB Radio lah !


Mula-mula bila aku masuk group EOCM, geng² perkenalkan aku dengan Walkie Talkie. Saper tak kenal walkie talkie tapi kalau takat kenal saja tak bermakna kita tahu guna. So bila dah di ajar tentang walkie talkie, mula lah semangat untuk berekor pari (pakai antenna panjang). Tapi untuk guna ekor pari kena ada lesen yang sah yang di keluarkan oleh SKMM. Nak dapat lesen kena register, kena bayar, kena study & ambik periksa Radio Amatur. Dalam walkie talkie kita boleh set channel untuk dengar perbualan rakan-rakan Radio Amatur ni. Best jugak la layan dengar sembang-sembang depa ni tapi kita tak boleh menyampuk sebab itu salah dari segi undang-undang sebab kita tiada lesen untuk berbuat demikian.

Ramai juga rakan-rakan EOCM yang dah ada lesen Radio Amatur yang membolehkan mereka naikkan ekor pari ni plus dapat callsign peribadi 9W2xxx. Tapi ramai jugak yang takde lesen, so tak syok tak dapat naikkan ekor pari secara sah di sisi undang-undang.

So, pada peperiksaan Radio Amatur yang baru berlalu ramai la rakan-rakan EOCM yang menduduki peperiksaan. Aku? Tak confident sebab kena study banyak perkara yang mana aku memang tiada masa untuk study akibat kekerapan outstation & tugasan kerja.

Nak dijadikan cerita tiba-tiba keluarlah cerita mengenai CB Radio a.k.a Citizen Band Radio a.k.a Radio Jalur Rakyat in direct translation. Kalau daftar CB Radio, tak perlu ambil periksa dan boleh naikkan ekor pari. So aku pun register nama aku dan dapat number 113 MB 464. Registration is free. Then sticker kena la buat sendiri. Yang tertampal kat gambar atas tu adalah hasil usaha rakan EOCM Geng Lendat. Adakah ini bermakna aku boleh pasang ekor pari? Sudah tentu tapi gajet seperti walkie talkie dan jenis ekor pari mestilah yang support CB Radio. Tapi di akibatkan kesibukan bekerja, aku jadi kurang aktif dalam beraktiviti secara fizikal (TT, Konvoi etc) dengan group EOCM tapi on Facebook / Whatsapps, aku still cuba luangkan masa untuk participate on discussion and sembang-sembang sesama sahabat. So, aku belum pun lagi setkan ekor pari kat Exora aku. Hopefully one fine day bila bebanan kerja berkurangan, aku can concentrate untuk beraktiviti secara aktif dan dapatkan ekor pari yang di idamkan.

Nak tahu lebih lanjut tentang CB Radio? Here's a link that might be useful http://cbradio113dt104113mb104.blogspot.com/2011/02/cb-radio-di-malaysia.html

Wassalam !

Sunday, May 19, 2013

Hobi : Memburung

Well, actually salah satu daripada minat aku adalah memburung. Ini tak bermakna aku suka bela burung, jerat burung or menjadi pemburu burung. Yang aku minat adalah memerhati burung atau lebih dikenali sebagai 'birdwatching'.

Aku sangat aktif dalam aktiviti ini dalam sekitar tahun 2008 ke 2011. Tapi selepas tempoh tersebut, meskipun minat masih mendalam tapi aktiviti pemerhatian seakan perlahan akibat kekurangan masa untuk berbuat demikian.

Dengan menyertai persatuan yang berkaitan dengan alam sekitar, aktiviti ini menjadi lebih menyeronokkan kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai sama minat dengan aku. Dan mereka juga kerap menganjurkan aktiviti berkaitan dengan 'birdwatching'. Event tahunan yang tetap adalah Raptor Watch yang diadakan di Port Dickson.

Kita mungkin anggap burung ada di mana-mana dan tidak ambil peduli. Tapi cuba tanya pada diri sendiri, berapa jenis burungkah yang kita telah lihat? Yang selalu kita lihat adalah burung² urban/sub urban seperti gembala kerbau, burung ciak, burung gagak dan burung merpati. Tahukah kita yang kita mempunyai banyak lagi spesis burung yang unik serta cantik?

Depa kata kalau nak disahkan sebagai Pemerhati Burung, paling kurang kita kena telah melihat 100 jenis burung berlainan spesis secara nyata (bukan dalam TV atau buku). Tahun pertama aku memerhati burung, aku bersungguh-sungguh mengejar angka 100 tu. Panduan selain daripada rakan sehobi, aku juga membeli sebuah buku tentang spesis burung karangan Craig Robson bertajuk "Field Guide to the Birds of South East Asia". Bila aku perhatikan burung yang tidak aku kenali, buku ini menjadi rujukan dan merekodkan setiap spesis yang aku dah lihat.

Burung juga terbahagi kepada beberapa kategori berdasarkan daripada habitat kegemaran burung tersebut. Ada burung sukakan air, ada burung sukakan kawasan bandar, ada yang sukakan kawasan berhutan dll. Pembahagian spesis juga amatlah banyak di mana setiap satu spesis mempunyai pelbagai sub spesis dari jenis yang sama. Contoh paling baik adalah burung helang.

Antara tempat terbaik untuk melihat pelbagai spesis burung adalah di Bukit Fraser (burung2 hutan & burung2 tanah tinggi), Hutan Panti, Johor (burung hutan) dan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Power Station di Kapar (burung2 hijrah air) - perlu permit. Namun, di kawasan aku di Melaka ni pun ada beberapa lokasi yang baik untuk pemerhati burung. Antara lokasi yang menjadi pilihan adalah :-
  • Pengkalan Bird Sanctuary di Pengkalan, Alor Gajah (Waterbird)
  • Melaka Raya & Pulau Melaka di Melaka Raya (Waders)
  • Kawasan Sawah Padi di Merlimau (Waterbird)
  • Kawasan Sawah Padi di Sungai Rambai (Waterbird)
  • Kawasan Sawah Padi di Bukit Rambai / Batang Tiga (Waterbird)
  • Hutan - hutan kecil berhampiran dengan Hutan Simpanan Ayer Keroh (Forest Bird)
  • Kawasan Tadahan Air di Durian Tunggal (Waterbird)
Apabila tiba masa sesuai, aku pasti akan kembali aktif dalam hobi ini sebab minat memerhati burung masih menebal. So, kalau nak memburung di Melaka, bagitau la so kita boleh memburung bersama-sama.

Aku sedang memburung di Pengkalan, Alor Gajah




Burung spesis Mesia yang sempat di fotografikan di Bukit Fraser

Burung jenis kakaktua di Ayer Keroh
Burung jenis itik yang pertama kali di lihat di Melaka. (Sungai Rambai)
Permandangan lokasi Kawasan Tadahan Air di Durian Tunggal
Insyallah akan di susuli dengan pos - pos berkaitan dengan Birdwatching dalam entry - entry yang akan datang !

Thursday, May 16, 2013

Saga Gula-Gula Hancur

Well, lately entah macamane aku boleh terjebak dgn game ni ... Candy Crush Saga. Satu game yang sesuai untuk passing time. Grafik cantik plus variasi cabaran untuk pecahkan gula-gula pun pelbagai serta mengaktifkan minda.

Aku guna akaun FB aku bila main game ni. Before this aku terjebak dengan Farmville dan World At War. Akibat kecewa dengan World At War yang ditutup secara tiba-tiba (aku habis dekat RM400) beli power up dan peralatan, aku stopped main game di FB. Tapi sejak aku ambik si Android ni, aku terjebak balik main game online ... kali ni dengan Saga Gula-Gula Hancur.

Yang belum cuba main game ni try le main, gerenti ketagih ... hahaha

Gudnite, nak sambung main game !

Photo : Jeti Pendaratan Ikan TIBA, Tok Bali, Kelantan Darul Naim

Dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu (melalui Jalan Pantai), aku singgah di Jeti Pendaratan Ikan di Tok Bali untuk berehat dan solat. Cantik permandangan kat sini dengan bot - bot nelayan pelbagai kelas.

Photo : Berehat Dalam Pesawat

Berehat sebentar selepas letih memandu

Photo : Di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

Menunggu ketibaan penerbangan

Saturday, May 11, 2013

UNDI MENGUNDI PILIHAN RAYA

Pilihanraya? Pilih + Raya ? Kenapa Raya ?

Hahaha, well General Election ke 13 untuk negara Malaysia telah selesai pada 5hb Mei yang lalu. Beberapa hari sebelum mengundi aku masih berkesempatan ke Pantai Timur untuk tugasan rasmi dan suasana di sana memang amat berbeza dengan suasana di tempat - tempat lain. Perang poster, bendera & replika memang meriah di both Terengganu & Kelantan. First time aku ke Pantai Timur di saat-saat pilihanraya hendak diadakan. Tabik aku pada rakan-rakan di Pantai Timur !

Gambar ni aku ambik dalam Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu

Kereta kebal mini - PAS

Okay, selesai sudah Pilihanraya. Kali ni memang tough for Barisan Nasional. Even pemimpin yang punyai report card cemerlang pun tumbang kepada parti lawan. BN vs PR. Nevertheless, keputusan rasmi telah diketahui yang BN masih lagi memerintah negara. Ada bantahan? As expected memang ada and it is still going on. Hopefully tiada perkara buruk yang berlaku.

Zoom in kat tempat aku mengundi. Parlimen Tangga Batu while DUN pula Paya Rumput. Yang aku pasti kat area Taman aku mengundi memang kubu BN even kat pusat mengundi pun tiada booth / khemah PR. Tapi aku harap BN jangan too complacent dengan keadaan sedia ada di area Taman ni. Kalau dah ramai menyokong, YB - YB terlibat kena lah selalu turun padang melawat ur pengundi - pengundi / penyokong - penyokong tak kira samada masa nak mengundi atau selepas undi. Aku tak sure perkembangan UMNO especially untuk Taman aku ni. Bagi aku nampak macam tak menyerlah sebab aku tak pernah dapat apa-apa jemputan yang bertitle UMNO kat dalam peti surat aku. Siapa Ketua Cawangan, siapa Ketua Pemuda aku pun tak pasti. Yang pasti memang macam berpolitik di dalam selimut. Or adakah aku kerap outstation sebab tu aku lost on what is happening kat UMNO di Taman aku? Well, tapi at least ada la hantar risalah or surat jemputan untuk majlis-majlis ke mesyuarat-mesyuarat ke ... no offense but I am just saying apa yang aku dah tengok sejak aku mula duduk area ni since 2003.
 
    Beratur nak mengundi (luar pagar Dewan Bunga Raya, Tanjung Minyak)

Kali ni suasana undi memang berbeza dengan tahun 2008. Beratur sampai ke luar pagar dewan. Semua orang nak mengundi, full swing dari golongan muda berambut warna warni hinggalah ke warga emas berkerusi roda. Ada yang mahukan perubahan, ada yang mahukan pengekalan.
 
Untuk warga Melaka, yang paling ralat adalah tewasnya Datuk Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil. Aku tak sure samada ada kesilapan percaturan tapi yang sure penduduk-penduduk di Parlimen tersebut mahukan perubahan pemimpin. Apa orang nak kata tentang Datuk Ali aku tak kisah sebab yang sure aku nampak perubahan yang Datuk Ali telah buat di Melaka. From Zero to Hero. Jauh berbeza Melaka dari tahun 2000 aku mula berhijrah di sini comparing dengan 2013 sekarang. Nampak perbezaan kalau letak beberapa gambar side by side. Melaka kini pesat berkembangan especially on tourism. Datuk Ali juga telah bekerja keras siang dan malam untuk warga Melaka, aku rasa dalam sehari cuma 2-3 jam je Datuk Ali dapat tidur. Juga aku tengok ada individu / persatuan yang ambil kesempatan atas Datuk Ali. Bila mereka minta bon kerajaan / sumbangan, Datuk Ali beri / layan (Datuk Ali ingat mereka akan sokong beliau) tapi di belakang dan time memangkah, mereka pangkah parti yang lain. This can't be denied sebab aku lihat sendiri benda ni berlaku. Intel BN negeri kena betul-betul buat kerja siasat setiap persatuan before supporting them kalau tidak they gained and you will loose ... unless kalau you don't mind of losing ...
 
Aku harap agar Ketua Menteri yang baru iaitu Datuk Idris akan dapat mengikut jejak Datuk Ali dalam mentadbir negeri Melaka. Kalau boleh buat yang lebih baik lagi. Lebihkan lagi rumah - rumah murah / mampu milik untuk rakyat, luaskan taburan kedai rakyat 1Malaysia dan buat event-event menghargai rakyat. And Datuk tolong naikkan semula darjat bolasepak negeri Melaka ya? Asyik Liga FAM je ... hahaha.

As this is not a blog meant for cerita cerita politik, aku tak mau cerita panjang-panjang pasal politik buat masa ni. Just cukup dengan cerita-cerita permukaan. Yang pasti kita tidak mahu ada keadaan huru hara selepas pilihanraya ini. Terima lah keputusan kekalahan & kemenangan dengan terbuka, jika ada sebarang syak wasangka akan keputusan, silalah guna saluran yang tepat untuk membuat bantahan.

Adios muchacos !

Sunday, May 5, 2013

Keretapi Tanah Melayu ...

Memang aku dah lama tak naik tren. Last skali aku ingat dekat dah 10 tahun le aku tak berkeretapi.

Keretapi ni ada 'sentimental value' ngan aku sebab aku ada sejarah bekerja atas keretapi. Zaman lepas SPM dulu - dulu aku pernah sebulan bekerja atas keretapi route KL - Singapore sebagai .............. 'waiter'. Tugas aku bawak makanan dari gerabak cafe dan berjalan sepanjang keretapi tu jual makanan / minuman sambil memekik dgn volume sederhana "nasi lemak, nasi tomato, air kotak, kopi, teh ... " Hahaha, pengalaman tu. Hostel pulak kat area Jalan Dobi, Johor Bahru. Memang happening la bila malam tapi tilam banyak pijat le, al maklum la dah berapa orang share tilam tu aku pun tak tahu.

So, untuk trip aku ke Kelantan baru - baru ni, aku tak drive. In fact aku naik bas, reason? Aku ada sikit kureng puashati sbb kena bawak Exora aku tiap2 kali naik Pantai Timur, so aku nak bagi both kereta & driver 'rest'. Balik dari Kelantan, aku pun tempah lah tiket balik keretapi dari Gua Musang ke Tampin. Aku ambik katil tempat tidur. Naik dari Gua Musang jam 10 malam. Ni pun satu hal, aku pi Stesyen Keretapi jam 930 malam, aku tengok-tengok semua lampu tutup. Dalam hati aku kata mungkin sekarang musim riang-riang so stesyen tak bukak lampu kot. For info yg tak tahu, kalau kat Gua Musang ni ada musim riang-riang. Memang banyak la binatang ni keluar, banyaknye memang tak terkira. Jam 1050pm aku dah suspect lain dah sebab aku tak nampak any movement dalam stesyen keretapi, tanya kat orang jual burger tu last-last baru dapat tahu yang stesyen keretapi dah tukar tempat. La ni ada stesyen keretapi baru kat Gua Musang. Dengan pantas aku minta staff aku pecut bawak aku ke stesyen keretapi baru. Menarik jugak stesyen keretapi baru ni, kemas & bersih. Dalam 10.30pm tren sampai, aku naik terus ke tempat tidur. Masuk-masuk je tren aku tengok 2-3 orang lelaki bukak baju dok jalan-jalan dalam tren koc katil aku tu. Sebab? Panasss. Memang panas la koc tu walaupun ada aircond. Nak tak nak aku pun jugak bukak baju masa nak tidor. Nak jadi cerita tren rosak 2 kali. Aku sampai Tampin dalam dekat-dekat jam 10 pagi (sepatutnya ikut jadual jam 630 pagi). Worst, tren tu bila berhenti kat stesyen, takde annoucement. So penumpang kena la hati-hati & kalau nak tidor kena tidor-tidor ayam, kalau tak memang akan terlepas stesyen.

Then dalam masa tak sampai sebulan aku naik lagi tren. Kali ni sebab tiket bas dah habis untuk ke Kota Bharu. Decision nak pergi made tengahari untuk perjalanan pada malamnya so memang la takde tiket bas. Round trip kali ni Tampin - Tanah Merah - Tampin. Masa pergi tiket tempat tidor habis so aku terpaksa naik koc tempat duduk 2nd class. Sejukk ya amat. Balik aku dapat tiket tempat tidur. Still takde announcement being made bila sampai kat stesyen-stesyen yang keretapi tu berhenti. This time aku ada peluang nak minum kat koc cafeteria, koc kenangan aku. Tapi KTMB kena buat sesuatu la, lipas dalam koc cafeteria ni bukan main banyak. Bukan setakat 2-3 ekor tapi yang aku nampak lebih dari 20 ekor dari saiz bapak ke saiz baby. Berleluasa sangat bebas merayap sampai ke meja-meja makan.

Nevertheless, aku tak demand tinggi dengan KTMB as aku tahu yang KTMB adalah kemudahan kerajaan kepada rakyat dan tidak profit orientated. Cuma aku harap improvement yang tidak melibatkan kos yang tinggi can be made and service can be improved untuk menjaga imej negara sebab ramai juga foreigner pelancong yang gunakan tren.

Nak naik lagi next time? Sure !

 Tunggu tren @ Stesyen Gua Musang

Stopped over @ Gemas (kepala keretapi tukar arah)

Minum milo dalam koc kafeteria (nasib sang lipas tak posing bersama)