Sunday, July 20, 2014

Program Amal Kasih Ramadhan

Dalam EOCMotorsport ni, selain dari ahli kepada Geng Lendat Melaka, aku jugak joined 1 lagi team yang di namakan TR3C (Team R3 Crew) yang mana ahli-ahli tidak tertumpu hanya kepada 1 jajahan tetapi melibatkan pelbagai jajahan. Team ni khas untuk rakan-rakan yang Exora mereka mempunyai corak R3.

Sempena bulan Ramadhan ini, pada 19hb Julai yang lalu, TR3C telah menganjurkan 1 program amal yang di namakan Amal Kasih Ramadhan dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Wira Tehel di Kg Gapam, Bemban Melaka.

Program ni telah dirancang awal, tak silap aku dekat 2 bulan before Ramadhan, program telahpun dirancang. Kita telah memilih dalam 20 individu/keluarga untuk dibantu yang terdiri daripada golongan miskin tegar, warga emas, warga OKU dan anak-anak yatim.

Majlis amal pada hari tersebut telah dilancarkan oleh YB Datuk Ng Choon Koon selaku ADUN Kawasan Bemban. Expectation of participation from EOCMotorsport members actually kita sasar dalam 15 bijik kereta paling kurang tetapi disebabkan oleh kesibukan masing-masing dengan tugasan serta persediaan rakan-rakan yang lain untuk menyambut Hari Raya, hanya ada 5 ahli yang menyertai aktiviti ini.

Majlis yang sederhana berjalan dengan baik. Rata-rata penerima sumbangan amat berbesar hati menerima sumbangan yang tidak seberapa daripada kami. Jelas terpancar wajah gembira dan sedih di setiap raut wajah mereka. Sesungguhnya bantuan yang sebegini kecil amat bermakna sekali buat mereka sehinggakan ada yang menitiskan air mata apabila sumbangan diserahkan.

Selain menyumbang barangan keperluan untuk Ramadhan dan Syawal, kami turut bergotong royong dalam membuat penyediaan jamuan berbuka puasa yang mana menu yang disediakan bersama penduduk-penduduk Kg. Gapam adalah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Sup Kaki Ayam serta pelbagai kuih muih.

Juadah berbuka yang disediakan secara bergotong royong bersama penduduk Kg. Gapam
Majlis bersurai selepas waktu berbuka. Tahniah kepada EOCMotorsport khususnya kepada TR3C yang telah menganjurkan satu program yang amat terpuji ini.



No comments:

Post a Comment