Sudah kita ketahui bahawa orang-orang Yahudi adalah musuh kepada umat Islam dan isu di bumi Palestin adalah satu isu yang berlanjutan sejak berkurun lamanya seolah tiada penamatan.
Cuma peperangan antara Israel dan Palestin ini adalah suatu peperangan yang tidak seimbang. Ibarat seekor anjing berbaka Pitbull diletakkan di dalam gelanggang untuk bertarung dengan seekor kucing kampung. Setiap sudut memihak kepada Israel terutama dari segi persenjataan dan peralatan peperangan.
Mengapa fokus kepada Israel menentang Palestin dan tidak Israel menentang negara-negara Islam? Jelas di sini yang mangsa 'buli' buat beberapa ketika ini adalah penduduk-penduduk Islam di Palestin yang memerlukan bantuan di dalam kategori 'secepat yang mungkin' atau 'URGENT'.
Tak perlu untuk aku menulis panjang tentang apakah kepentingan mempertahankan bumi Palestin kerana kita sebagai umat Islam telahpun sedia maklum serta ianya telah diulang-ulang di pelbagai platform media untuk menyedarkan kepentingan Palestin bagi umat Islam.
Walaupun aku sedar akan penindasan yang berlaku ke atas saudara-saudara kita di Palestin, namun pada awalnya aku tidak begitu berminat untuk mendalami isu-isu berkaitan Palestin ini. Tiadanya 'semangat' yang dimaksudkan adalah disebabkan secara peribadinya aku berpendapat bahawa saudara-saudara Islam kita yang mendiami bumi Palestin perlu bersatu terlebih dahulu. Hamas dan Fatah sering bertelagah dan berbunuhan sesama sendiri adalah satu isu yang menjelekkan aku sebab sedangkala perjuangan Islam di Palestin perlu diberi perhatian serius, atas dasar politikus serta sifat angkuh, kedua-dua mereka ini boleh pulak nak berperang sesama sendiri.
Namun, hari ini sudah berbeza. Hamas dan Fatah telah mencapai persetujuan perdamaian. Ini yang seharusnya mereka lakukan, bersatu membentuk kerajaan yang lebih mantap. Beralah demi membuktikan kecintaan terhadap Islam. Dan di atas faktor ini, 'semangat' yang dahulunya di tahap yang agak rendah kini sudah meninggi.
Apakah jenis bantuan yang dapat aku sumbangkan kepada saudara-saudara kita di Palestin? Setakat skill fizikal perang 'koboi' mana mungkin kita dapat berperang bersama - sama saudara kita di sana. So, untuk semua rakyat Malaysia, apa yang boleh kita lakukan untuk menyokong usaha memerangi Yahudi adalah :-
- Sumbangan wang ringgit / harta
- 'Usik' ekonomi orang-orang Yahudi dengan memboikot syarikat-syarikat yang menyalurkan dana ke atas rejim Israel
- Memaksimakan kempen kebebasan Palestin dan menunjukkan kekejaman Israel di setiap saluran media yang ada.
- Doa yang tidak putus-putus meminta pertolongan Allah SWT
Big Daddy telah bermurah hati untuk mencetak ratusan sticker 'Pray for Gaza' untuk diberikan kepada setiap individu yang menderma minima RM10.00 bagi Tabung Pray for Gaza dan tiada 1 sen pun yang di ambil untuk kos sticker tersebut oleh Big Daddy which is satu sumbangan yang amat terpuji.
Sticker sumbangan Big Daddy Stickers |
Kempen kutipan berlangsung dalam sekitar 2 minggu dan hasil derma orang ramai akan diserahkan kepada saluran Aman Palestin Negeri Melaka. Sambutan derma adalah amat menggalakkan kerana tabung derma ini turut di bawa di sepanjang Bazaar Ramadhan di Jalan Hang Tuah. Usaha mengutip derma ini turut mendapat sokongan daripada rakan artis iaitu Yassin Senario.
Setelah 2 minggu kutipan dilakukan, majlis penyerahan telah diadakan pada 22hb Julai 2014 bertempat di Hotel Bendahara, Jalan Bendahara, Melaka. Aku turut hadir dalam memberi sokongan pada malam tersebut.
Alhamdulillah, hasil kutipan derma hampir mencecah RM4,000.00 dan ianya di serahkan kepada wakil Aman Palestin untuk dana tersebut disalurkan kepada saudara-saudara kita di Palestin.
Tahniah kepada semua yang telah menjayakan usaha amal ini !
No comments:
Post a Comment