Saturday, July 19, 2014

Malam Semalam JB, Malam Ni Seremban (Berbuka Puasa)

Syarikat yang aku bertugas telah mengadakan majlis berbuka puasa untuk semua pelanggan pada 16hb dan 17hb Julai lepas. Ini membuatkan aku secara langsung akan terlibat dalam majlis tersebut.

Actually majlis berbuka bersama pelanggan ni dibuat untuk 3 negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Untuk Melaka yang akan diadakan pada 21hb nanti, aku diamanahkan untuk menjadi hos while untuk Negeri Sembilan dan Johor ianya di kemudi oleh 2 lagi rakan sekerja.

So pada 16hb aku bertolak ke Johor Bahru dari Melaka menuju ke lokasi majlis iaitu The Zone di kawasan Stulang. Hotel yang dipilih adalah Berjaya Hotel, The Zon. Area ni area bebas cukai. Harga per person untuk iftar di sini adalah dalam lingkungan plusminus RM80.00 seorang. Expectation is quite high sebab aku pernah menginap kat sini before dan buffet breakfast hotel ni adalah among yang the best di Johor Bahru. Jadi aku mengharap agar menu iftar malam tu hebat-hebat belaka ler.

Exoraku dapat parking special betul-betul depan pintu hotel (free)
Di Berjaya Hotel, bila aku masuk ke restaurant lokasi berbuka, surprisingly aku tengok lauk pauk tidak lah banyak seperti yang diharapkan. Buffet line juga agak pendek. Betul-betul unexpected. Once azan berkumandang (radio yang dibuka oleh pihak hotel), aku mencuba pelbagai jenis lauk yang disediakan. 

Strategi masak pelan-pelan diamalkan di kawasan live cooking satay dan kambing bakar. Ini mungkin untuk strategi penjimatan yang mana mana-mana pelanggan yang teringin nak makan tetapi malas untuk menunggu akan skip daripada mengambil menu tersebut. Satay not bad, sedap. Kambing bakar is so-so. While ayam chicken wings failed sebab bahagian dalaman masih mentah. Dalam banyak-banyak menu malam tu, the best menu jatuh kepada dimsum yang dicicah dengan sos cili thai.

Menu terbaik malam tu di Berjaya The Zone
Selepas selesai di JB, malam tu jugak aku balik ke Melaka dan sampai di rumah lebih kurang dalam jam 12.10 pagi. Delayed sebab ada kemalangan somewhere di kawasan Yong Peng yang menyebabkan 1 kereta terbakar dengan penumpang-penumpang yang tercedera masih berada di atas jalanraya.

Pada 17hb Julai pulak, aku ke Seremban untuk program yang sama. Di Seremban, majlis tersebut diadakan di Klana Resort. Hotel ni memang first time aku sampai sampai aku nak cari pun boleh tersesat. Caj disini juga adalah dalam sekitar RM80 plus minus.

Sampai agak awai di Klana Resort sebab speeding sikit atas highway untuk elakkan waktu puncak orang balik kerja di Seremban. Layan DVD sementara menunggu nak masuk ke dalam hotel.
Sambutan orang ramai yang iftar di sini memang tak dijangka. Ramai betul sampai penuh Grand Ballroom hotel ni dengan pelanggan-pelanggan yang datang untuk berbuka. Dan menu makanan di sini jauh lebih baik dan banyak daripada di Berjaya The Zon. Pelbagai gerai, long buffet line dgn pelbagai lauk dan section khas di bahagian luar memang menarik. Cuma kat sini rasa satay dia kalah dengan rasa satay Berjaya. Kat sini satay dia perap kurang menangkap plus kuah satay pun cair. Best menu? Ape ye ... kambing bakar dia not bad sedap sebab depa sini served dengan mint sauce, perapan kambing secukup rasa. Nak cakap pun malu tapi bagi aku the best menu yang aku makan kat sini malam tu adalah burger panas yang mana depa ada bukak 1 kaunter masak burger. Aku pulang awal sebab semua menu aku cuit hanya sikit-sikit. Dengan perjalanan yang smooth at 100 ke 110 kilometer sejam, aku yang letih sampai di rumah dalam jam 930 malam.

Buffet line di Klana Resort
Gerai-gerai di bahagian luar juga menarik dan pelbagai

2 comments:

  1. Assalam bro. Nice info psal exo. Sport rim dgn stripe tu mgncam la.

    ReplyDelete