Monday, July 14, 2014

Perancangan Hari Raya Awal


Awal betul aku kena disuruh untuk isi borang cuti hari raya. Aku memang rancang untuk bercuti panjang sikit tetapi bukan bermula pada minggu hari raya tu mahupun sebelum tetapi selepas minggu tersebut. Ini disebabkan pada 2hb Ogos 2014 adalah hari kenduri adik bongsu aku yang akan berlangsung di Tanah Merah, Kelantan. So aku punya initial planning adalah bercuti bermula pada 1hb Ogos (Jumaat) dan terus membawa ke 8hb Ogos minggu yang seterusnya.

Kalau ini plan asal, this would be the schedule :-

Jumaat (1/8) - Bertolak ke Tanah Merah melalui Gerik
Sabtu (2/8) - Tanah Merah (kenduri)
Ahad (3/8) - Tanah Merah (berjalan-jalan ke KB dan Rantau Panjang)
Isnin (4/8) - Bertolak ke Jitra, Kedah
Selasa (5/8) - Alor Setar (berjalan-jalan serta melawat rakan-rakan)
Rabu (6/8) - Bertolak ke Penang
Khamis (7/8) - Penang (berjalan-jalan serta melawat saudara-saudara di Penang)
Jumaat (8/8) - Bertolak ke Kuala Lumpur (bermalam di rumah adik di Damansara)
Sabtu (9/8) - Balik ke Melaka

TETAPI ... disebabkan The Management sudah memutuskan yang semua pekerja DIWAJIBKAN bercuti pada 30/7,31/7 dan 1/8 maka aku kena tukau semua planning sebab kalau aku proceed dengan planning asal, instead of aku bercuti selama 6 hari, aku kena habiskan 8 hari cuti tahun aku.

Fikir punya fikir punya fikir macamana nak pusing semula planning aku ni, so insyallah this would be the latest planning, orang kata Perancangan Cuti Hari Raya Ver Dua Perpuluhan Sifar.

Isnin (28/7) - Bertolak ke Jitra, Kedah (dlm sekitar jam 10 pagi, sambut pagi raya pertama di Melaka dulu)
Selasa (29/7) - Jitra dan Alor Setar (ziarah raya)
Rabu (30/7) - Penang (ziarah raya)
Khamis (31/7) - Bertolak ke Tanah Merah
Jumaat (1/8) -  Tanah Merah (Jaley-jaley Rantau Panjey)
Sabtu (2/8) - Tanah Merah (Kenduri)
Ahad (3/8) - Kota Bharu (Jaley-jaley KB)
Isnin (4/8) - Kuala Terengganu (Jaley-lajey KT)
Selasa (5/8) - Cherating (Jaley-jaley Cherating)
Rabu (6/8) - Balik ke Melaka

Memang nampak meletihkan bila tengok jadual tu, lain macham pusingan route yang dirancang. Aku expect Exoraku akan cover plus minus dalam 1,500km untuk trip percutian ni.

Namun semua ini hanyalah perancangan, kalau ada adhoc plan in between maka rombakan jadual akan terpaksa aku buat lagi. Sebab aku actually berhasrat nak singgah Ipoh 1 malam ... still thinking kat mana nak slot Ipoh tu. Hahaha.


No comments:

Post a Comment