Entah macamana pada 21hb Jun yang lepas, aku membawa Exoraku untuk bertanding dalam satu Autoshow yang diadakan di UTC, Melaka. Ini merupakan pertandingan sulong aku dalam autoshow.
Exoraku bertanding untuk 2 kategori iaitu Best MPV dan Best Sticker. Tetapi memandangkan sambutan kereta jenis MPV kurang maka penganjur iaitu dari SCMC telah membatalkan kategori tersebut. So dari Best MPV, aku bertukar kategori ke Best Proton Modified. Aku memang tak harap la untuk Best Proton Modified sebab kereta-kereta sedan yang lain seperti Saga dan Waja memang cun-cun belaka. So my hope goes to Best Sticker saje ler, at least aku cakap dalam hati, tak kira tempat ke berapa pun, aku nak jugak 1 piala untuk bagi semangat.
Syok juga jadi peserta especially bila tengok Exora aku dihampiri oleh peminat MPV. Biasa la, kereta MPV ni yang minat tengok aku perhatikan semua dalam range umur 30 tahun ke atas.
Dan alhamdulillah, dapat juga aku bawak balik piala malam tu untuk tempat ke-4 dalam kategori Best Sticker dan untuk bonus ... hahaha ... aku dapat juga tempat ke-4 dalam kategori Best Proton Modified.
Bila dah masuk bertanding ni, aku dapat lots of new information tentang permarkahan. Kata juri, aku perlu mantapkan lagi bahagian interior aku yang memang kosong la semua standard sejak mula aku membeli Exoraku ini. Exterior dah okay katanya cuma di nasihatkan aku mix antara cutting sticker dan inkjet sticker. Then dicadangkan jugak aku buat basic audio system kat belakang, tak perlu mahal-mahal macam nak bertanding kategori audio tetapi cukup sekadar mempunyai sistem audio yang presentable.
Wah, kalau nak ikut camni memang banyak nak kena melabur ni. As aku main autoshow ni pun sekadar untuk bersuka-suka so I won't spend sekali harung untuk buat semua tu. Mungkin stage by stage bila aku rasa aku teringin baru aku akan hapgrade ... hehehe harap-harap macam tu ler.
Terima kasih SCMC dan MAC di atas penganjuran yang telah diadakan. Ada masa, Exo ambo akan join lagi.
No comments:
Post a Comment