Tuesday, July 23, 2013

EOCMotorsport : Frontal Banner Sticker

Untuk kelab EOCMotorsport yang masih lagi baru. Front Banner Sticker masih dalam pembikinan, so ni susah jugak untuk member spot another member bila lalu bertentangan.

Secara rasmi, Front Banner Sticker ni dah siap designed dan tempahan pun telah dibuat. Aku pun dah tempah dan dah bayar kepada ahli yang telah diberikan amanah untuk buat sticker tersebut.

Tapi sebab menunggu agak lama, beberapa ahli Geng Lendat telah ke Urban Sticker dan atas kebenaran tuan punya design, maka sticker tersebut pun di cetak di sana. Memang best la semua sibuk dah mula pasang sticker ni sejak kelmarin.

Aku yang dah bayar order aku macam mana? Last - last aku decided untuk ke Urban Sticker dan tampal juga sticker banner ni kat sini. Yang aku dah bayar dan akan diposkan tu samada aku simpan atau aku jual kepada rakan EOCMotorsport yang baru.

Bila pasang sticker ni baru senang nak high-beam or honk geng - geng yang kita nampak bila berselisih.

Urban Sticker? Lokasi di Limbongan Melaka, Mereka juga sangat friendly dan harga yang mereka tawar adalah amat berpatutan ! Boleh visit mereka di https://www.facebook.com/UrbanStickers

Frontal Banner Sticker dalam pemasangan
Setelah siap di pasang. Kalau tak nampak bila berselisih tak tau la. Besar tu. :)

Short Trip To Langkawi

On 20th July, aku berkesempatan untuk ke Langkawi dalam satu trip yang singkat. Pergi 20hb and balik 21hb. Aku tak dapat elak untuk tidak ke sana sebab ada satu urusan penting yang perlu aku selesaikan.

Nak drive Exoraku sampai ke Kuala Perlis dari Melaka then naik feri ke Langkawi vice versa memang la memenatkan jika aku hanya ada 1 malam untuk bermalam di Langkawi. So, aku decided untuk drive up to KLIA then naik flight ke Langkawi. Exoraku aku tinggalkan di KLIA Covered Parking B. Luckily dapat parking kat Level 3 selari dengan Food Garden.

Check in tiket pergi dan balik via Check In Kiosk. Gate untuk flight aku ni adalah Gate yang paling jauh iaitu A11. Jenuh nak menapak menuju ke Gate.

At Gate A11, flight pun dah ada.
Flight berlepas ikut masa iaitu jam 210pm. Kapten buat announcement beritahu yang flight akan tiba di Langkawi lebih awal dari jadual. Memang flight yang aku naik hari tu tak ramai penumpang. Aku booking seat barisan kedua paling belakang. dalam 5 rows seat terkebelakang tu ada lagi 2 orang termasuk aku. Pelayan flight bawa air dan kacang. Sebab bulan puasa, aku tak menolak pelawaan pelayan di mereka buat serving. Tapi aku ambik 3 paket kacang buat bekal.

Penang, aku tumpang lalu ye !
Dalam pertengahan penerbangan, aku panggil pelayan flight yang kebetulan lalu tepi aku. Aku minta kacang lebih sikit lagi buat spare. Memang best la pelayan flight MAS ni, dia tanya aku ada bawa beg tak? Aku jawab ada kat atas compartment tu. Dia kata tunggu kejap. Tak sampai 3 minit, dia datang bawak 4 bungkusan besar kacang kat aku. Dia ambikkan beg aku dan aku masukkan bungkusan-bungkusan kacang tu dalam beg. Terima kasih ye !

Sampai Langkawi dalam pukul 2.50pm (kalau ikut jadual 3.10pm). Once landed, masuk Balai Ketibaan, adik ipar dah tunggu. Sebelum balik ke rumah mertua, aku singgah kedai jual kacang gajus, kedai minyak gamat dan kedai ubat (beli ubat batuk).

Maka petang tu, berkesempatan la aku untuk ke Bazaar Ramadhan Pekan Kuah. Happening jugak, jumlah gerai yang banyak dan orang ramai yang membeli punya sesak. Ramai mungkin campur antara local dan pelancong. Aku beli beberapa makanan yang berkenan di hati. Selesai di Bazaar Ramadhan Kuah, aku tengok masih ada masa lagi. So aku teruskan usaha membeli belah secara kecil -kecilan dengan membeli beberapa cokelat dan sekarton rokok.

Di Bazaar Ramadhan Pekan Kuah, Langkawi
 Selepas berbuka, dalam jam 10 malam aku ke sebuah gerai di kawasan Trimula untuk cuba makan sup yang menurut adik ipar aku terbaik di Langkawi. Aku order Sup Ekor. Not bad. pedas okay, rasa rempah okay just a little bit terlebih limau (masam). Slow - slow makan habis juga semangkuk.

Ngeteh malam - malam kat gerai ni makan Sup Ekor.
Keesokkan harinya dalam pukul  11 pagi aku bertolak semula ke Langkawi International Airport untuk flight balik. Dalam perjalanan aku sengaja lalu ikut jalan Pantai Cenang sebab lama dah aku tak ke Langkawi. Nampak perubahan yang baik di Pantai Cenang, banyak constructions sedang dalam progress. Semakin maju Pantai Cenang. Ada jugak sebuah Mall baru di Pantai Cenang.

Flight aku berlepas dalam 5 minit lewat iaitu dalam sekitar jam 12.30pm (jadual 12.25pm). Sampai KLIA semula jam 1.35pm, lewat sebab aku tengok flight mungkin sampai awal tapi tak dapat green light untuk landing lagi.

Baru je sampai, dah nak balik. Waiting di Gate 2, Langkawi International Airport untuk flight balik ke KLIA.
MAS sudah upgrade ! Setiap seat ada LCD Monitor ni. Cuma mungkin sebab flight Langkawi ke KL ni tak sampai 1 jam, so cerita yang main kat monitor ni cuma Video Keselamatan sahaja lah !
Penang, sekali lagi ambo minta laluey ye. Kali ni ambo nak kelik pulok. :D
Once sampai KLIA, aku dengan lajunya bergerak menuju ke Exoraku di tempat letak kereta berbumbung KLIA. Now, berapa RM aku nak kena ni sebab dah hampir 24jam aku parking kat KLIA. Chip di masukkan dan tertera tulisan RM57.00 kat mesin bayar parking. Lega, aku punya expectation sebelum ni mungkin dalam RM80.00 ke RM100.00 sehari.

Bawak Exoraku masuk Elite dan terus ke PLUS Highway menuju Ayer Keroh untuk kejar 1 lagi appointment yang aku buat pada hari yang sama. Alhamdulillah aku sampai Ayer Keroh dalam sekitar jam 3.30pm.

Monday, July 15, 2013

Sticking Stickers - New Look

Setelah beberapa ketika memendam hasrat untuk adakan 'line'/'stripe' kat body Exora, akhirnya dengan nekad aku pun berkunjung ke sebuah pusat sticker di Melaka.

First day aku pi situ memang aku blur la ape nak cakap sebab aku bukan tahu pun bab - bab sticker kereta ni. Tapi dengan layanan baik dari pemilik kedai sticker tersebut, beliau siap designedkan lagi dalam photoshop tunjuk supaya aku tak teragak-agak nak buat ke tidak.

Last - last aku setuju untuk buat 'stripe' dengan 'lining' kat bahagian bawah body Exora Plum Red yang aku rasa susah kalau nak make up lebih - lebih sebab warna Plum Red ni tak sesesuai warna Putih & Hitam yang memang terbaik untuk kasi make up.

Keesokan hari jam 1030am selepas aku balik dari 'pasau' beli lauk lauk, aku terus pi kedai sticker tu semula.

Pemilik kata dalam 3 jam lebih sikit insyallah siap. Aku target dalam 2pm akan selesailah transformasi wajah Exora aku. Last - last dalam nak dekat pukul 4 petang baru semua siap sbb ada sedikit isu 'alignment'. Body keta aku kah? Sticker kah? Upon completion, aku tengok macam body Exora aku yang tak level tapi bila balik, hehehe, bukan body Exora aku tapi sticker tu yang tak 'aligned' tepat menegak. Aku tak salahkan pekerja yang buat sticker atas Exoraku tu sebab bekerja dalam bulan puasa ni memang sure akan ada effect sikit sebab keletihan, lagipun menampal sticker ni memang kena orang tu orang jenis sabar plus masa buat tu ada 1 kereta kat depan Exoraku jadi memang susah nak tengok alignment melalui sisi hadapan. Nevertheless, pemilik kedai sticker bersetuju untuk adjust semula line tersebut pada bila - bila masa.

So let the photos tell you the story lah !

Masuk tempat menampal
Mula mula sekali start pasang kat bonet depan ..
Then lepas selesai line depan hingga ke belakang, its time untuk side line pulak
Ape yang aku nak tulis kat side line aku? Last2 aku pilih utk promote EOCMotorsport.
Line membawa ke bonet belakang.
Setelah beberapa jam, maka siaplah transformasi rupa Exoraku ... errr sport rim mcm tak kena ek? Hahaha, aku tak bercadang nak tukar sport rim lagi lah sebab mengambil kira beberapa faktor.



Saturday, July 6, 2013

EOCM : Geng Lendat 1st Fun Drive

Lama juga aku tak aktif physically dalam kelab Exora ni. Selalu communicate dgn rakan-rakan kelab hanya thru Whatapps Group saje. So last Friday night (28/6/2013) aku meluangkan sedikit masa untuk bersama - sama sahabat EOCMotorsport Geng Lendat Melaka dalam mengikuti konvoi Fun Drive bersiar - siar di sekitar Melaka.

Tujuan Fun Drive adalah untuk mempromosi jenama Exora Owner's Club Motorsport. So bila ada konvoi on the road, people will look and automatically akan ternampak sticker-sticker EOCM kat pesawat-pesawat yang terlibat. Juga tujuannya adalah untuk menarik pemilik Exora setempat dalam menyertai EOCM serta Geng Lendat.

Semua peserta mula berkumpul di Restoran Rasa Melaka (Pokok Mangga) pada jam 930pm. Aku paling awai sekali sampai, dalam 910pm aku dah parking kat situ sebab aku direct dari Melaka Sentral. Nak balik rumah alang-alang, so aku terus ke tempat berkumpul. Then mulai jam 920pm tu satu persatu rakan-rakan lain mula sampai.

Berkumpul di Restoran Rasa Melaka sebelum mula. Photo credit to the owner.

President EOCM dan Chief Geng Lendat turut ada bersama. Chief Geng Lendat memberikan simple briefing tentang route dan buat selection siapa akan lead as first car dan siapa akan jadi last car.

Konvoi mula bertolak dalam sekitar jam 10 malam. Photo credit to the owner.
Dalam pukul 10pm, konvoi mula bertolak dengan kekuatan 21 buah pesawat. 1st stop kita orang adalah di Dataran Pahlawan. Memang banyak kereta la dari Pokok Mangga ke Dataran Pahlawan tu tapi semua in order dan both 1st Car dan last car memainkan peranan yang baik mengawal konvoi.

1st stop di Dataran Pahlawan. Photo credit to the owner
Lepak sekejap di Dataran Pahlawan, kami disertai oleh 1 lagi pesawat dari Kuala Lumpur menjadikan total pesawat adalah 22 buah ke semuanya. Meriah la especially ni adalah first time Geng Lendat buat Fun Drive. After around half and hour kat Dataran Pahlawan, konvoi bergerak ke Dataran EyeonMalaysia. Kat situ just drive thru then buat U Turn bergerak ke arah Klebang menuju ke Dataran 1Malaysia. Malam tu kat Dataran 1Malaysia nampak tak banyak kenderaan / orang ramai, konvoi berhenti seketika untuk ambil-ambil gambar. Sayang tak dapat nak line-up semua 22 pesawat untuk bergambar sebab ruang yang tak mengizinkan (bahaya kawasan berpasir).

Tiba di Dataran 1Malaysia. Photo credit to the owner
Next is Dataran 1Malaysia. Photo credit to the owner
Dataran 1Malaysia supposed to be our last check point sebelum kembali ke Pokok Mangga. Tapi sebab semua dalam mood yang syiok berkonvoi, kita orang bergerak pula ke Pantai Puteri dan kemudiannya ke kawasan Sungai Udang untuk supper.

Dari Sungai Udang, semua bergerak pulang mengikut masa masing-masing.Aku bertolak pulang dalam jam 1 pagi.

Conclusions? Best le plus will surely participate semula jika ada kelapangan. Come and join our EOCMotorsport Family !