Monday, July 15, 2013

Sticking Stickers - New Look

Setelah beberapa ketika memendam hasrat untuk adakan 'line'/'stripe' kat body Exora, akhirnya dengan nekad aku pun berkunjung ke sebuah pusat sticker di Melaka.

First day aku pi situ memang aku blur la ape nak cakap sebab aku bukan tahu pun bab - bab sticker kereta ni. Tapi dengan layanan baik dari pemilik kedai sticker tersebut, beliau siap designedkan lagi dalam photoshop tunjuk supaya aku tak teragak-agak nak buat ke tidak.

Last - last aku setuju untuk buat 'stripe' dengan 'lining' kat bahagian bawah body Exora Plum Red yang aku rasa susah kalau nak make up lebih - lebih sebab warna Plum Red ni tak sesesuai warna Putih & Hitam yang memang terbaik untuk kasi make up.

Keesokan hari jam 1030am selepas aku balik dari 'pasau' beli lauk lauk, aku terus pi kedai sticker tu semula.

Pemilik kata dalam 3 jam lebih sikit insyallah siap. Aku target dalam 2pm akan selesailah transformasi wajah Exora aku. Last - last dalam nak dekat pukul 4 petang baru semua siap sbb ada sedikit isu 'alignment'. Body keta aku kah? Sticker kah? Upon completion, aku tengok macam body Exora aku yang tak level tapi bila balik, hehehe, bukan body Exora aku tapi sticker tu yang tak 'aligned' tepat menegak. Aku tak salahkan pekerja yang buat sticker atas Exoraku tu sebab bekerja dalam bulan puasa ni memang sure akan ada effect sikit sebab keletihan, lagipun menampal sticker ni memang kena orang tu orang jenis sabar plus masa buat tu ada 1 kereta kat depan Exoraku jadi memang susah nak tengok alignment melalui sisi hadapan. Nevertheless, pemilik kedai sticker bersetuju untuk adjust semula line tersebut pada bila - bila masa.

So let the photos tell you the story lah !

Masuk tempat menampal
Mula mula sekali start pasang kat bonet depan ..
Then lepas selesai line depan hingga ke belakang, its time untuk side line pulak
Ape yang aku nak tulis kat side line aku? Last2 aku pilih utk promote EOCMotorsport.
Line membawa ke bonet belakang.
Setelah beberapa jam, maka siaplah transformasi rupa Exoraku ... errr sport rim mcm tak kena ek? Hahaha, aku tak bercadang nak tukar sport rim lagi lah sebab mengambil kira beberapa faktor.



No comments:

Post a Comment