On 20th July, aku berkesempatan untuk ke Langkawi dalam satu trip yang singkat. Pergi 20hb and balik 21hb. Aku tak dapat elak untuk tidak ke sana sebab ada satu urusan penting yang perlu aku selesaikan.
Nak drive Exoraku sampai ke Kuala Perlis dari Melaka then naik feri ke Langkawi vice versa memang la memenatkan jika aku hanya ada 1 malam untuk bermalam di Langkawi. So, aku decided untuk drive up to KLIA then naik flight ke Langkawi. Exoraku aku tinggalkan di KLIA Covered Parking B. Luckily dapat parking kat Level 3 selari dengan Food Garden.
Check in tiket pergi dan balik via Check In Kiosk. Gate untuk flight aku ni adalah Gate yang paling jauh iaitu A11. Jenuh nak menapak menuju ke Gate.
At Gate A11, flight pun dah ada. |
Flight berlepas ikut masa iaitu jam 210pm. Kapten buat announcement beritahu yang flight akan tiba di Langkawi lebih awal dari jadual. Memang flight yang aku naik hari tu tak ramai penumpang. Aku booking seat barisan kedua paling belakang. dalam 5 rows seat terkebelakang tu ada lagi 2 orang termasuk aku. Pelayan flight bawa air dan kacang. Sebab bulan puasa, aku tak menolak pelawaan pelayan di mereka buat serving. Tapi aku ambik 3 paket kacang buat bekal.
Penang, aku tumpang lalu ye ! |
Dalam pertengahan penerbangan, aku panggil pelayan flight yang kebetulan lalu tepi aku. Aku minta kacang lebih sikit lagi buat spare. Memang best la pelayan flight MAS ni, dia tanya aku ada bawa beg tak? Aku jawab ada kat atas compartment tu. Dia kata tunggu kejap. Tak sampai 3 minit, dia datang bawak 4 bungkusan besar kacang kat aku. Dia ambikkan beg aku dan aku masukkan bungkusan-bungkusan kacang tu dalam beg. Terima kasih ye !
Sampai Langkawi dalam pukul 2.50pm (kalau ikut jadual 3.10pm). Once landed, masuk Balai Ketibaan, adik ipar dah tunggu. Sebelum balik ke rumah mertua, aku singgah kedai jual kacang gajus, kedai minyak gamat dan kedai ubat (beli ubat batuk).
Maka petang tu, berkesempatan la aku untuk ke Bazaar Ramadhan Pekan Kuah. Happening jugak, jumlah gerai yang banyak dan orang ramai yang membeli punya sesak. Ramai mungkin campur antara local dan pelancong. Aku beli beberapa makanan yang berkenan di hati. Selesai di Bazaar Ramadhan Kuah, aku tengok masih ada masa lagi. So aku teruskan usaha membeli belah secara kecil -kecilan dengan membeli beberapa cokelat dan sekarton rokok.
Di Bazaar Ramadhan Pekan Kuah, Langkawi |
Selepas berbuka, dalam jam 10 malam aku ke sebuah gerai di kawasan Trimula untuk cuba makan sup yang menurut adik ipar aku terbaik di Langkawi. Aku order Sup Ekor. Not bad. pedas okay, rasa rempah okay just a little bit terlebih limau (masam). Slow - slow makan habis juga semangkuk.
Ngeteh malam - malam kat gerai ni makan Sup Ekor. |
Keesokkan harinya dalam pukul 11 pagi aku bertolak semula ke Langkawi International Airport untuk flight balik. Dalam perjalanan aku sengaja lalu ikut jalan Pantai Cenang sebab lama dah aku tak ke Langkawi. Nampak perubahan yang baik di Pantai Cenang, banyak constructions sedang dalam progress. Semakin maju Pantai Cenang. Ada jugak sebuah Mall baru di Pantai Cenang.
Flight aku berlepas dalam 5 minit lewat iaitu dalam sekitar jam 12.30pm (jadual 12.25pm). Sampai KLIA semula jam 1.35pm, lewat sebab aku tengok flight mungkin sampai awal tapi tak dapat green light untuk landing lagi.
Baru je sampai, dah nak balik. Waiting di Gate 2, Langkawi International Airport untuk flight balik ke KLIA. |
MAS sudah upgrade ! Setiap seat ada LCD Monitor ni. Cuma mungkin sebab flight Langkawi ke KL ni tak sampai 1 jam, so cerita yang main kat monitor ni cuma Video Keselamatan sahaja lah ! |
Penang, sekali lagi ambo minta laluey ye. Kali ni ambo nak kelik pulok. :D |
Once sampai KLIA, aku dengan lajunya bergerak menuju ke Exoraku di tempat letak kereta berbumbung KLIA. Now, berapa RM aku nak kena ni sebab dah hampir 24jam aku parking kat KLIA. Chip di masukkan dan tertera tulisan RM57.00 kat mesin bayar parking. Lega, aku punya expectation sebelum ni mungkin dalam RM80.00 ke RM100.00 sehari.
Bawak Exoraku masuk Elite dan terus ke PLUS Highway menuju Ayer Keroh untuk kejar 1 lagi appointment yang aku buat pada hari yang sama. Alhamdulillah aku sampai Ayer Keroh dalam sekitar jam 3.30pm.
No comments:
Post a Comment