Monday, June 3, 2013

Hotel / Restoran : Casa Rasa Sayang, Pengkalan Balak, Melaka

Well, cuti sekolah dah bermula sejak 25hb Mei yang lalu untuk 2 minggu. Aku memang tiada rancangan apa - apa untuk keluar bercuti bersama keluarga sebab tugasan kerja serta kebetulan keluarga dari Langkawi juga datang untuk melawat kami di Melaka ni.

Entah macamana anak-anak teringin sangat nak bercuti a.k.a jalan-jalan makan angin a.k.a tidur hotel. So last minute decision being made on 3hb Jun untuk aku bawa family bercuti. Aku plan mengejut untuk short trip vacation. Tapi di mana ye? Kalau nak ke Cameron Highland ke Penang ke Genting ke Kota Bharu ke Tioman ke Redang ke Langkawi (kampung) ke dalam 3 hari memang tak cukup. So kena la aku berebut-rebut plan untuk cari lokasi yang dekat-dekat dengan Melaka. 1st choice adalah Port Dickson. Sebab aku nak tempah bilik 4hb pada 3hb dalam masa cuti sekolah pulak ni, memang nasib kurang menyebelahi aku. Dari hotel 5 bintang ke hotel tiada bintang yang aku call untuk booking semua dah penuh. Nak aku ke Kuala Lumpur tetapi aku tak mahu pulak tersangkut dalam kesesakan lalulintas kat atas highway bila nak pergi dan nak balik nanti sebab memang gerenti 'jem'. Last-last aku kata kat family aku "jom kita pergi tidur hotel kat Muar". Aku teringat ada 1 hotel yang okay jugak kat Muar (Trader Hotel), at least dapat la anak-anak merasa tidur hotel untuk cuti penggal ni. Tapi apa ye yang boleh buat kat Muar tu selain pergi bawak ke Tanjung? Aku pun teringat Linggi. Linggi dekat juga dengan Melaka plus ada banyak chalet-chalet kat sana. Linggi pun tak begitu popular sebagai pusat pelancongan. Aku pun riki dari 1 chalet ke 1 chalet, malangnya semua dah fully booked. Wah, Linggi pun penuh. Keinginan nak menginap kat chalet berbentuk rumah ala kampung di Desa Balqis, Linggi juga terpadam.

So mana lagi nak pergi last-last minit ni? Aku riki pula chalet-chalet yang hampir dengan Linggi iaitu di persisiran pantai Pengkalan Balak, Melaka. Hmmm, bila tengok di webpage kebanyakkan nampak macam chalet biasa, tarikan mungkin tidak terletak pada chalet tetapi pada dapat menginap di tepi laut. Entah macamana aku ter'landing' kat website Casa Rasa Sayang. Dari dalam gambar memang menarik dan terletak juga di tepi laut. Dengan pantas pada pagi 4hb tu aku called number yang tertera dalam webpage tu dan alhamdulillah ada bilik yang kosong. Aku minta nak tempah bilik yang paling besar dalam sekitar RM400 untuk 1 malam tapi bilik tu dah ada yang booking. Bilik ke 2 yang besar (RM300) masih ada tapi bilik air kat luar. Takpe la, aku pun decided okay and ON. Terus aku booking dan bersiap-siap sebelum bergerak ke Pengkalan Balak dalam jam 11 pagi.

Jarak antara rumah aku ke Pengkalan Balak ikut GPS lebih kurang dalam kurang 30km. Sampai di kawasan perkelahan Pengkalan Balak, aku telefon semula Puan Siti (Pemilik Casa Rasa Sayang) untuk dapatkan petunjuk di manakah lokasi Casa Rasa Sayang yang tepat. Dalam jarak lebih kurang 2-3 kilometer dari pantai utama Pengkalan Balak, tersergam indah sebuah Banglo berwarna putih yang di namakan sebagai Casa Rasa Sayang.

First impression bila Exoraku memasuki pagar Casa adalah "cantik rumah ni ..." Keseronokan juga jelas kelihatan di wajah keluargaku. Masuk sahaja kami disambut oleh petugas Casa dengan layanan yang amat mesra. Aku terus bayar RM300 untuk penginapan selama 1 malam. Bilik aku namanya Lily White, ada 1 katil besar dan 2 katil single. Bilik agak luas. Di bawah katil single terdapat lagi 1 sliding bed. Cuma memang betul, bilik air kami di luar. Bilik Lily White adalah satu-satunya bilik yang bilik airnya kat luar sebab design rumah sudah sedemikian dan tidak boleh nak adjust membuat penambahan bilik air. Bilik-bilik yang lain semua ada attached bathroom. So bilik air yang kat luar tu secara tak langsung adalah khas untuk bilik Lily White yang aku sewa.

Puan Siti selaku pemilik banglo tersebut tidak menetap di situ, sebaliknya anak beliau iaitu saudara Ibrahim menguruskan rumah tersebut. Ibrahim ni selain menguruskan hal ehwal banglo, beliau juga merangkap chef untuk banglo ini. Aku ada tanya sedikit sebanyak akan pengalaman beliau dalam bidang kulinari, nyata beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun bekerja di pelbagai hotel di seluruh Malaysia sebagai chef.

Petang tersebut aku sekeluarga turut disertai oleh adik aku yang aku panggil untuk turut bersama menginap di banglo ini. Aktiviti petang adalah ... apa lagi, mandi laut le yang betul-betul bersebelahan dengan banglo tersebut. Buka pintu pagar je laut. Very privacy. Kualiti air laut tak lah hebat sebab kat Melaka ni mane ada pantai yang airnya crystal clear tapi yang pasti ianya bersih dan sesuai untuk mandi manda.

Pada malamnya, banglo ini menyediakan perkhidmatan restoran yang terbuka kepada tetamu banglo dan juga orang luar. Masakan yang disediakan oleh Chef Ibrahim adalah semuanya masakan barat (Western Menu). Boleh tahan juga masakan Chef Ibrahim sebab pada malam tersebut kami sekeluarga menikmati makan malam dengan bermenukan masakan barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop, Mushroom Soup dll. Yang paling pasti, Mushroom Soup yang disediakan adalah antara yang terbaik yang pernah aku rasa. Pujian untuk Chef Ibrahim !

Selepas makan malam, pada lewat malam aku bersama adik aku mencuba nasib untuk memancing. Dalam nak dekat 2 jam lebih pancing, dapatlah hasil 3 ekor ikan. Tapi memang tak diundang la ikan tu sebab kami dapat ikan sesirat (sejenis belut laut).

Nevertheless, dalam percutian yang singkat ni memang kami semua enjoy especially anak-anak yang bebas beraktiviti dalam banglo tu yang turut ada menyediakan meja pool, papan carom, papan dam haji dan Playstation.

Adakah aku akan kembali menginap di sini. Sudah pasti dan sasaran aku adalah untuk menginap di bilik yang paling besar. Dan di khabarkan sebelum aku check out yang sebuah kolam renang akan dibina dalam masa terdekat yang akan siap untuk digunakan oleh tetamu selepas hari raya kelak.

Banglo Casa Rasa Sayang
Ada ruang untuk beraktiviti
Ruang tamu yang luas
Sebahagian lagi daripada ruang tamu
Ruang dapur juga luas dan boleh digunakan oleh tetamu
Menu utama dinner aku, Lamb Chop
Pakej penginapan termasuk breakfast, so breakfast is freshly prepared by Chef Ibrahim, pilihan aku untuk breakfast adalah Western/American Breakfast. Breakfast ala Melayu pun ada untuk di pilih.
Jik berminat untuk menginap di sini, boleh lah jenguk-jenguk Facebook Casa Rasa Sayang di https://www.facebook.com/pages/Casa-Rasa-Sayang/152270261521681 atau lawati mereka di http://casarasasayang.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment