Saturday, September 21, 2013

Installing Parking Antenna

Nak dijadikan cerita and without apa-apa planning, aku tergerak nak pasang parking antenna sehari sebelum bertolak ke SIC untuk event 1 Exora 1 Keluarga 1 Malaysia.

Mula-mula aku nak beli kat kedai yang biasa aku beli accessories tu tapi member bagitahu ada 1 kedai dekat area jalan ke Bertam yang mungkin ada jual parking antenna dari kereta half cut a.k.a yang ori bukan yang set - set accessories punya.

Aku terus gerak ke kedai tu selepas sarapan dan memang betul ada beberapa parking antenna half cut kat situ. Harga yang berlampu dalam sekitar purata RM120 dan yang tidak berlampu dalam RM80.

Lepas memilih yang aku berkenan (tak banyak pilihan pun, ada la dalam 7 ke 8 antenna), aku ke kedai accessories sebelah untuk proses pemasangan. Upah pasang depa ambik RM45. Memang leceh la aku tengok diaorang nak pasang, cuak pun ada sebab depa ambik masa agak lama nak pasang holder antenna tu. Atas kebenaran aku, kedai accessories tu kena potong sikit bahagian spot yang antenna tu nak dipasang agar holder boleh kukuh dipasang dan agar front spoiler kemas tanpa ada nampak 'gap' kalau just main selit saja.

Proses pemasangan sedang giat dijalankan. Nak dekat 30 minit lebih jugak la.
Result, puas hati sebab dapat Parking Antenna Toyota yang Ori. Lampu dia tak berapa nak menyerlah tapi boleh nampak sikit bila time malam.

Dengan hensemnya antenna telah di pasang. Hehehe
Cuma baru kelmarin aku terfikir samada sesuai ke aku nak masuk auto carwash dengan Parking Antenna ni sebab aku selalu masuk auto carwash macam set - set Cyclone Car Wash tu. Hmmm ...


Tuesday, September 17, 2013

Sejarah Tercipta - 1Exora 1Keluarga 1Malaysia

Acara ni adalah satu acara yang aku nanti - nantikan. Semangat nak berkonvoi bersama team Lendat Melaka dan berhimpun di Sepang International Circuit menjadi hangat dalam beberapa hari sebelum hari rasmi acara. Bukan sahaja aku yang rasa seronok tapi family aku pun seronok nak ikut serta.

Setiap ahli ada cerita masing - masing berkaitan dengan event ni, so this would be my version of story based on penglibatan aku untuk event ni.

Malam sebelum 15hb September, wifey aku sibuk dah masak untuk bekalan keluarga. Just simple menu, ayam masak kicap dan sambal ayam cili hidup siap di masak pada lewat malam dan tempatkan di dalam fridge siap - siap. Pagi tu wifey siap bangun seawal jam 4.50am untuk buat sarapan berupa french fries, nugget dan sandwich sardine. Anak - anak bangun ikut turn dan bersiap. Aku bangun dalam sekitar jam 5.20am. Selepas semua ready, kitaorg bertolak dari rumah selepas selesai subuh.

Checkpoint pertama yang perlu dituju adalah di Petronas Pedas Linggi. Aku kira among yang awal iaitu 2nd car yang tiba di CP1. Geng Exora Melaka, Lendat berjanji untuk berkumpul di CP1 seawal jam 7pagi. Aku tiba dalam kurang 10 minit jam 7. Kemudian, satu persatu Exora mula tiba menjadikan jumlah yang berkumpul nak dekat 35 buah Exora.

Berkumpul seawal jam 7 pagi di Petronas Kawasan Layby Pedas
Taklimat ringkas diberikan oleh State Chief, Cip Belalang.
Sebahagian daripada rakan - rakan 'pilot' dari Geng Lendat Melaka
Menunggu waktu untuk berkonvoi ke CP2
Pagi tu sebelum bertolak, satu briefing ringkas diberikan oleh Ketua Pasukan Lendat dan disusuli oleh bacaan doa. Konvoi bergerak dalam 2 kumpulan dengan di Ketuai oleh 1 orang Marshall bertauliah. Pasukan konvoi bergerak dengan mengikut sebuah pesawat yang telah dilantik untuk menjadi Lead Car dan setiap kumpulan membuat 1 First Car, 1 Last Car dan 1 Medic Car. Turut dilantik adalah sebuah pesawat untuk dijadikan Final Car. Kitaorg bergerak dalam nak dekat jam 8 pagi. Aku mengikut kumpulan kedua yang bertolak selang 10 minit selepas kumpulan pertama bergerak.

Exoraku bersiap sedia untuk memulakan perjalanan berkonvoi
Konvoi mula bergerak dari CP1
Konvoi bergerak baik dan lancar. Kelajuan pemanduan dalam sekitar 90km/j hingga mencapai 130km/j pada satu - satu masa. Jarak amat penting dalam berkonvoi agar ianya tidak terlalu rapat dan tidak terlalu jauh di antara 1 kereta dengan kereta yang lain. Dengan adanya alat walkie talkie, pemanduan aku lancar kerana komunikasi antara 1st Car, Last Car dan Final car jelas dalam memberikan arahan serta status konvoi.

Route konvoi yang dirancang adalah dari CP1 (Pedas) menuju ke CP2 (Seremban Exit) dan kemudiannya melalui jalan lama ikut Felda LBJ ke CP3 (My Mydin Sepang) hingga ke destinasi terakhir di Sepang International Circuit. Pada exit Seremban, konvoi kami berhenti dalam kurang 10 minit untuk bergabung dengan 3 lagi Exora yang menanti di sana. Agak pelik sebelum sampai ke Felda LBJ, konvoi kami terserempak dengan konvoi 1 yang sedang menanti di tepi jalan. Daripada komunikasi walkie talkie, kami dapat tahu yang konvoi 1 telah hilang jejak Lead Car. Dari situ, kedua - dua konvoi bergabung dan terus ke CP3.

Selamat tiba di CP3. Berehat sebentar sementara menanti green light dari AJK di SIC
Beramas mesra bersama rakan - rakan baru di CP3
Sampai di CP3, ada yang mengambil kesempatan untuk sarapan pagi, ke tandas, bersembang-sembang dan membeli bekalan di My Mydin. Kami di CP3 dalam nak dekat 30 minit sebelum mendapat panggilan lampu hijau dari AJK Event untuk masuk ke SIC. Dari CP3 ke SIC tidak memakan masa yang lama dan kami tiba di SIC lebih kurang sebelum jam 10pagi.

Masuk sahaja di SIC, kami mula berbaris masuk dan susun kenderaan di satu kawasan lapang menanti konvoi - konvoi serta Exora - Exora yang lain berkumpul bersama. Di sini pendaftaran dibuat, AJK mendapatkan tandatangan serta memberikan sticker dan Tag Peserta. Ramai yang mengambil peluang bergambar apabila bilangan Exora bertambah. Aku mengambil kesempatan ini untuk memasang bendera (Melaka & Malaysia) yang telah terbang hilang semasa memandu datang. Nasib ada 1 set lebihan bendera dari rakan Lendat.

Masuk ke tempat berkumpul di SIC
Menanti kemasukkan rakan - rakan Exo lain di tempat berkumpul
Tempat berkumpul berlatar belakangkan tulisan Sepang F1 Circuit
Berkumpul sebelum masuk ke tapak parking di Grand Stand
Jumlah Exo bertambah setiap minit
Lebih kurang 20 minit berkumpul, kami di arahkan bergerak masuk ke Main Grandstand Parking. Kami diberikan nombor pendaftaran dan aku Exora ke 139 yang masuk ke dalam tempat khusus untuk parking bagi kiraan ke dalam Malaysia Book of Records. Setelah mendapat tempat meletakkan kenderaan (susunan berbaris), aku pergi ke kaunter pendaftaran untuk mendaftar sekali lagi dan mendapatkan Door Gift.

Akhirnya masuk ke tempat letak kereta utama di kawasan Grand Stand. Exoraku dapat parking agak hujung terkebelakang
Susunan dibuat bagi memudahkan pengiraan oleh pegawai Malaysia Book of Records
Setelah mendaftarkan diri, aku kembali ke Exoraku dan kami satu keluarga menuju ke Grand Stand untuk melihat acara lumba kereta yang kebetulan ada pada hari tersebut. First time aku ke SIC dan first time aku tengok lumba kereta sah secara live. Memang bingit telinga. Anak bongsu yang umur 11 bulan memang tak selesa langsung dengan bunyi deruman enjin kereta - kereta lumba tu. Namun, anak-anak aku yang lain termasuk yang umur 2 tahun lebih tu seronok melihat perlumbaan yang diadakan. Ada beberapa kategori kereta yang berlumba pada hari tu dan aku sempat la tengok beberapa acara penyampaian hadiah yang memang siapa pelumba yang menang tu pun aku tak kenal.

Booth pendaftaran & ambil Door Gift
Nescafe percuma pun ado !
Tampal sticker event
Habis pendaftaran tengok race. Dapat la layan a few categories.
Waktu tengahari, kami berjalan melihat pesawat - pesawat Exora yang mengambil bahagian. Memang banyak Exora yang cantik - cantik terlibat dalam event ni. Excited family aku tengok kereta Exora rakan - rakan EOCMotorsport yang ada. Kami kemudian kembali dalam Exoraku untuk makan tengahari di dalam kereta. Peserta tak dibenarkan membawa keluar makanan serta duduk berkelah, so aku yang ikut arahan meminta family aku untuk makan di dalam kereta sahaja.

Jalan-jalan tengok Exo kawan - kawan

Setelah semua selesai makan (kecuali aku sebab menjaga anak yang bongsu), aku terus ke pusat event untuk melihat acara pemberian sijil Malaysia Book of Records dan acara Lucky Draw. Tahniah kepada EOCMotorsport kerana kejayaan mendapat pensijilan tersebut dengan jumlah Exora sebanyak 331 buah kereta. Untuk Lucky Draw, hadiah utamanya adalah 2 TV LCD beserta pelbagai lagi hadiah kecil yang mana takde luck untuk aku hari tu. Last - last aku beli 4 helai baju T Shirt Event dengan harga RM5 sehelai. Not bad.

Sijil dari Malaysia Book of Records diperolehi
President EOCMotorsport, En. Shazli (baju biru) bersama Pengerusi Malaysia Book of Record
Selesai sessi tersebut, aku kembali ke Exoraku dan memaklumkan kepada beberapa rakan Lendat yang aku nak bergerak pulang awal sebab aku rancang nak singgah ke Port Dickson bawa family jalan - jalan. So waktu balik aku tidak berkonvoi. Konvoi dari Melaka mempunyai agenda ke Putrajaya selepas majlis tersebut.

Nak dijadikan cerita, sampai nak dekat masuk Exit Seremban/PD, aku tengok kereta punya le panjang berjela. Exit tu sesak dengan kereta plus dari 2 lane dan jadi 4 lane kereta dok beratur. Aku pun decided untuk cancelkan perjalanan ke Port Dickson dan terus balik ke Melaka singgah di Tesco Cheng adanya.

A great event, tahniah kepada organizer dan tahniah kepada kelab atas kejayaan mencipta rekod. Juga konvoi yang baik dari AJK Kecil Event dari Team Lendat Melaka.

Next big event aku dengar akan ke Terengganu untuk Annual Gathering di sana pada bulan November/Disember ini dan aku pula tengah usha untuk merangka perancangan bidding bagi Event Anniversary EOCMotorsport pada bulan May 2014 di Melaka, insyallah.

EOCMotorsport Terbaik !!!

Kejayaan tercatat di akhbar tempatan !
** Cuma aku ralat akan 1 perkara which I think need more wide & matured thinking daripada yang berkenaan. Ini event, we are not only promoting our Club. Kelab ni membawa nama Proton Exora, Proton Exora. Aku pelik kenapa Proton tidak terlibat / mahu terlibat dalam event ni. EOCMotorsport secara direct mempromosikan Proton Exora dan semua ahli berbangga dengan produk Exora keluaran Proton. Sedikit sebanyak event ini akan menjadi lebih bermakna dan lengkap jika Proton turut bekerjasama dalam menjayakan program ini. Bukan setakat program ni je la tapi dengan harapan agar semua event yang membawa nama Proton bersama turut disokong oleh pihak Proton. Aku tak rasa we want sponsorship in RM, kalau ade lebih baik tapi yang penting Proton to recognize semua kelab yang berbangga mempromosikan produk Proton secara langsung. Aku faham nak layan banyak kelab yang bawa produk Proton memang susah tapi it is a win-win situation for both and Proton seharusnya lebih memahami akan perkara ini.

Sunday, September 8, 2013

Makan / Menu : Otak Lembu Masak Lemak Cili Api

Kalau kita ke bandar Jasin, ada 1 restoran yang memang famous dengan masakan kampung terletak betul - betul sederetan dengan Maybank Jasin. Tak dapat recalled nama restoran tu tapi kalau tanya dengan orang-orang Jasin, memang mereka akan faham restoran apa yang di maksudkan. 

Aku kalau ke Jasin, sure akan aku cuba lunch kat restoran ni. Menu yang famous kat sini adalah variasi Masak Lemak Cili Api.

Nak dijadikan cerita, baru - baru ni aku ke Jasin atas tugasan kerja. Bila jam dah dekat pukul 12 tengahari, aku pun bergegas ke restoran tersebut memandangkan kalau sebelum ni aku pergi dalam pukul 1 lebih, memang banyak lauk yang dah 'selesai'.

Once aku sampai ke restoran tu, hanya 1 lauk masak lemak cili api saja yang ada untuk dipilih. Aku tanya kat pekerja kedai tu mana lauk - lauk masak lemak yang lain, dia jawab belum ready. Yang ada hanya Otak Lembu Masak Lemak Cili Api.

Hmmm ... aku tak pernah jamah Otak Lembu sebelum ni. Walaupun pelbagai makanan unik dan pelik aku dah try, tak pernah sekali aku terjumpa menu Otak Lembu ni. So, atas dasar nak cuba sesuatu yang baru, aku pun ambik 1 Otak Lembu bersama lauk sotong dan sambal bilik petai.

Dengan lafaz Bismillah, aku pun mula makan tengahari. Aku cuit Otak Lembu tersebut, bahagian luarannya agak kenyal tapi bahagian dalaman memang lembut macam tekstur krim.

Level confident aku memang tinggi la untuk makan Otak Lembu ni sebab hampir semua menu halal yang pelik - pelik tak ada masalah bagiku untuk aku jamah. Tapi nampaknya aku dah jumpa 'lawan' aku, aku tak boleh nak habiskan Otak Lembu ni. Aku cuba menyukainya tapi tak boleh. Even aku basahkan Otak Lembu tersebut dengan kuah masak lemak yang lazat pun tak dapat ia aku habiskan. So, aku cuma dapat makan 1/4 daripada 1 Otak Lembu tu. Apa yang buat aku kurang gemar? Tekstur berkrim dengan aroma otak tu tidak membolehkan aku 'enjoy' menu tersebut.

Mungkin bagi sesetengah orang, Otak Lembu memang favorite mereka. Aku tak nafikan yang setiap orang ada berlainan selera. Yang pasti, aku gagal untuk menyukai Otak Lembu sepertimana aku tidak suka pada rasa 'line' hitam kat badan ikan cencaru dan mata ikan. Hehehe.

By the way, aku amat rekomenkan restoran ni jika anda kebetulan berada di Jasin. Antara restoran yang menyediakan Masak Lemak Cili Api terbaik di daerah Jasin dan Melaka Tengah.

Menu aku pada tengahari tu

Saturday, September 7, 2013

Hotel : MY Hotel, Pulau Langkawi


As mentioned dalam selang beberapa tajuk yang lepas, aku akan review sikit berkenaan sebuah hotel di Langkawi yang baru aku sewa baru - baru ni.

Previous short trip aku ke Langkawi memang aku tak de buat booking hotel sebab aku jangka yang waktu aku pergi tu bukan time cuti sekolah. Aku target nak sewa kat area Pekan Kuah sebab senang untuk aku attend tujuan utama aku ke Langkawi tempohari.

Bila cakap pasal hotel kat Pekan Kuah, 1 hotel je yang terbayang kat kepada iaitu City Bayview Hotel Kuah. So, sebelum flight berlepas petang tu, aku pun telefon City Bayview untuk booking. Bila tanya rate, tak sangka pulak yang harga bilik paling economy adalah RM315.00 untuk 1 malam. Not worth untuk aku sewa sebab aku dijangka tiba pada waktu malam selepas Isyak. Rugi sewa mahal kalau duduknya hanya untuk seketika.

So aku nekad untuk just cari saja hotel di Kuah tanpa perlu bersusah payah cari dalam internet dan buat booking. Aku sampai Pekan Kuah malam tu dengan hujan selebat - lebatnya dalam lebih kurang nak dekat 9 malam. I had my dinner first, tak rushing then dalam 10 malam aku bersama rakan mula cari hotel. Aku teringat satu hotel yang bersebelahan dengan Sungai Kuah iaitu Hotel Baron. Aku pernah menginap kat Hotel Baron ni once bila aku organized a company's trip 2 ke 3 tahun yang lalu. Okay untuk tidur & harga pun very reasonable. Bila naik jambatan kecil Sungai Kuah tu, aku ternampak MY Hotel yang terletak juga berhadapan dengan Sungai Kuah dan hanya bersebelahan dengan Hotel Baron. Dari segi saiz dan external presentation, MY Hotel nampak lebih gagah. So, aku tak jadi ke Hotel Baron sebaliknya terus drive and parking kat depan MY Hotel.

Bila masuk, aku disambut dengan senyuman mesra oleh Receptionist. Aku tanya ada bilik ke untuk malam tu. Dia jawab ada dan harga bilik adalah RM160.00 nett termasuk breakfast untuk 2 orang. Memandangkan masa pun dah lewat, hujan pun lebat plus harga pun boleh tahan, kami pun decided terus untuk sewa bilik di MY Hotel.

Kaunter reception di MY Hotel, Langkawi.
Aku ambik standard Twin Sharing Room mengadap permandangan Pekan Kuah. First impression bila masuk bilik, memang luas bilik tu dan yang terbaik ada verandah. Di sediakan juga complimentary Drinking Water untuk 2 orang.

View Pekan Kuah waktu malam hujan lebat dari Verandah bilik.
Setelah sehari kepenatan dan rambut pun basah sebab terkena hujan, aku decided untuk terus mandi. Okay, yang ni ada sikit kekurangan. Meskipun suis untuk activate Water Heater telah dibuka tapi malangnya Water Heater tidak berfungsi. Air memang sejuk, tambah - tambah lagi dah hampir lewat malam dan hujan pulak lebat. Nak tak nak aku terpaksa juga mandi malam tu dengan air sejuk untuk mengelakkan diri dari demam akibat terkena hujan.

Suasana dalam bilik Twin Sharing. Member tengah tunggu turn nak mandi. Bilik tiada carpet ada kelebihan dan kekurangan.

LCD TV yang ada di dalam bilik menyediakan channel - channel ASTRO tapi sayang kualiti gambar kurang baik. Bukan sebab hujan tapi mungkin cabling yang menyebabkan gambar nampak 'grainy'.

Yang lain semua okay dan sebab kepenatan, kita orang tidur pun takde sebarang masalah dengan air cond berfungsi dengan lancar.

View Pekan Kuah (mengadap laut) pagi tu dari Verandah.
Awal pagi selepas mandi air sejuk, kitaorang pun turun ke bawah untuk breakfast dan check out. Dengan dengan bilik RM160.00, aku jangka buffet breakfast yang baik akan di sediakan. Tapi sebaliknya tak banyak pilihan yang ada. Just basic simple breakfast sahaja. Menu pagi tu sosej yang di potong-potong, ada baked bean, ada mihun, set bubur Chinese Style dan roti untuk di bakar. Nak tak nak, kitaorang pun makan buffet pagi di MY Hotel sebelum checking out.
Buffet breakfast yang disediakan definitely can be improved. Biar level dengan harga bilik
So, kat bawah adalah ringkasan aku tentang MY Hotel.

Kebaikan
  • Lokasi yang baik
  • Harga yang baik (tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah)
  • Kakitangan yang mesra pelanggan terutama staff front office yang bertugas
  • Bilik luas
  • Bilik ada Verandah
  • Permandangan bandar cantik bila bilik yang di sewa mengadap ke Pekan Kuah
Kelemahan
  • Perlu perbaiki sistem Water Heater
  • Sudah pasti menu buffet breakfast perlu dipelbagaikan. Ni aku compare dengan beberapa hotel yang sama harga di sekitar bandaraya Johor Bahru namun mereka mampu memberikan pelanggan buffet breakfast yang terbaik
  • Cabling TV perlu diperbaiki.
  • Tiada carpet - perlu sediakan selipar bilik disposable sebab tapak kaki sejuk apabila bangun tengah malam / awal pagi.
Nevertheless, aku still rasa yang aku boleh revisit dan sewa di MY Hotel in future jika ada keperluan sebab kelemahan - kelemahan yang ada sudah pasti dapat di atasi dengan mudah (minor issue).

So, kalau berada di Pekan Kuah dan mencari hotel yang selesa untuk disewa, MY Hotel boleh dijadikan salah satu hotel untuk di pilih.

Perhimpunan Mencipta Rekod : 1Exora 1Keluarga 1Malaysia


Video Promo ini telah di keluarkan minggu lepas untuk menarik perhatian semua pemilik Exora bersama - sama dalam upacara penciptaan rekod ini.

Aku harap jumlah 400 buah Exora yang di sasarkan akan tercapai dan rekod akan di cipta.

Semua pemilik kenderaan Exora adalah dijemput untuk turut serta tanpa mengira kelab, jenis enjin dan warna 'pesawat' Exora anda.

Aku so far dah register untuk pergi tapi still tak 100% confirmed bergantung kepada penjadualan pada 14hb nanti. Kalau pada 14hb tu memang sah 15hb tak ada apa - apa program yang melibatkan kerja, aku pasti bersama keluarga ke Sepang International Circuits untuk bersama - sama membantu mencipta sejarah. Insyallah.