Saturday, June 8, 2013

Lampu Headlight Masuk Air

Sejak aku dapat Exora aku dekat lebih sikit dari setahun, memang ada pelbagai perkara yang faulty. Aku memang jangkakan perkara tersebut sebab memang banyak dengar berita / cerita tentang kualiti finishing on accessories & minor parts.

Salah satu faulty untuk Exora aku adalah macam gambar kat atas tu. Bukan macam la, memang tu la gambar real yang aku ambik bila aku noticed ada kabus kat lampu depan belah kanan.

Punca? Masuk Air. Penyelesaian? Claim Warranty tukar yang baru. Alhamdulillah sampai hari ni (dah lebih 6 bulan) takde isu dah pasal lampu masuk air.

Tuesday, June 4, 2013

Welcome Galaxy Note II Eight Point O


Selama ni aku pakai Blackberry Bold tapi keinginan untuk ada sebuah telefon atas platform Android setiap hari makin terasa keperluannya. So on 1st May, aku sasarkan untuk membeli sebuah telefon baru (Android). Antara model yang aku shortlisted adalah Sony Xperia Z dan Samsung Galaxy S4.

Tapi bila sampai ke kedai telefon, lain pulak yang aku beli. Aku beli Samsung Galaxy Note II 8.0. Hmmm, ni kira macam hybrid telefon dan tablet. Skrin 8.0 inci, sebab tu dia panggil Note 8.0.

Memang best la sbb skrin besar (tapi still boleh handle panggilan dengan saiz tu) dan laju. Cuma aku terlepas pandang bab kamera. Note 8.0 ni ada kamera tapi resolution tak tinggi, takat 5.0 MP sahaja (okay la untuk main-main upload ke social network) tapi kekurangan yang aku tak jangka adalah ianya takde flash. Macamane nak ambik gambar dalam suasana malap bila takde flash? Kebijaksanaan Note 8.0 akan automatic naikkan ISO ke tahap tertinggi untuk membolehkan imej di ambil tetapi kualiti memang tak best la sebab too grainy and lost too many details.

Yang lain-lain memang aku puashati. Easy to handle and not too bulky to bring along ke mana-mana.

Harga : waktu aku beli ni harga rock bottom yang depa jual kat aku adalah RM1,600.00 (unrooted/new).

So Note 8.0 menjadi peneman Blackberry dengan Note menggunakan khidmat DG while Blackberry menggunakan khidmat Maxis.


Monday, June 3, 2013

Engine Oil oh Engine Oil


Balik dari bercuti maka time utk service my Exo. Tapi appointment tak buat kat SC plus masa pun dah suntuk. Kalau terjah ke SC sure lambat or kena buat appointment untuk hari berikutnya.

Oleh kerana kesuntukan masa dan perlunya aku servis Exo aku sebelum long distance, first time Exo aku masuk SC 3rd Party. Mission? Tukar Minyak Hitam + Filter saja.

Sampai SC 3rd Party, aku bagitau Amoi tauke tu yang aku nak tukar minyak hitam + filter. Dia kata nak minyak jenama ape? Aku cakap Petronas sbb sebelum ni kat SC Proton memang aku pakai Petronas. Dia kata Petronas takde tapi ada Shell & Wurth. Dia recommend Wurth bagus teknologi minyak dari Jerman. Harga mahal sikit dari Shell. Aku pun tak banyak tanya kata setujulah pakai Wurth.

Tup tup dalam kurang 20 minit dah siap. Dan tup tup aku tengok kat bekas minyak hitam Wurth tu tertulis 10W40. Adoi ... aku nak 10W30. Tapi silap aku la sebab tak bagitahu kat dia jenis minyak hitam yang aku nak.

Nak tak nak, minyak dah habis masuk dalam enjin aku. Terima seadanya. Bila bawak in town (tak laju), aku rasa berat sikit enjin pada 10W40 ni. Tapi bila bawak laju kat highway, rasa macam normal.

So kena la aku tunggu lagi 5k untuk tukar semula ke 10W30 as recommended untuk Exora ...

Wurth? First time aku masukkan dalam enjin Exoraku. Harap2 worth la wurth ni ...

Hotel / Restoran : Casa Rasa Sayang, Pengkalan Balak, Melaka

Well, cuti sekolah dah bermula sejak 25hb Mei yang lalu untuk 2 minggu. Aku memang tiada rancangan apa - apa untuk keluar bercuti bersama keluarga sebab tugasan kerja serta kebetulan keluarga dari Langkawi juga datang untuk melawat kami di Melaka ni.

Entah macamana anak-anak teringin sangat nak bercuti a.k.a jalan-jalan makan angin a.k.a tidur hotel. So last minute decision being made on 3hb Jun untuk aku bawa family bercuti. Aku plan mengejut untuk short trip vacation. Tapi di mana ye? Kalau nak ke Cameron Highland ke Penang ke Genting ke Kota Bharu ke Tioman ke Redang ke Langkawi (kampung) ke dalam 3 hari memang tak cukup. So kena la aku berebut-rebut plan untuk cari lokasi yang dekat-dekat dengan Melaka. 1st choice adalah Port Dickson. Sebab aku nak tempah bilik 4hb pada 3hb dalam masa cuti sekolah pulak ni, memang nasib kurang menyebelahi aku. Dari hotel 5 bintang ke hotel tiada bintang yang aku call untuk booking semua dah penuh. Nak aku ke Kuala Lumpur tetapi aku tak mahu pulak tersangkut dalam kesesakan lalulintas kat atas highway bila nak pergi dan nak balik nanti sebab memang gerenti 'jem'. Last-last aku kata kat family aku "jom kita pergi tidur hotel kat Muar". Aku teringat ada 1 hotel yang okay jugak kat Muar (Trader Hotel), at least dapat la anak-anak merasa tidur hotel untuk cuti penggal ni. Tapi apa ye yang boleh buat kat Muar tu selain pergi bawak ke Tanjung? Aku pun teringat Linggi. Linggi dekat juga dengan Melaka plus ada banyak chalet-chalet kat sana. Linggi pun tak begitu popular sebagai pusat pelancongan. Aku pun riki dari 1 chalet ke 1 chalet, malangnya semua dah fully booked. Wah, Linggi pun penuh. Keinginan nak menginap kat chalet berbentuk rumah ala kampung di Desa Balqis, Linggi juga terpadam.

So mana lagi nak pergi last-last minit ni? Aku riki pula chalet-chalet yang hampir dengan Linggi iaitu di persisiran pantai Pengkalan Balak, Melaka. Hmmm, bila tengok di webpage kebanyakkan nampak macam chalet biasa, tarikan mungkin tidak terletak pada chalet tetapi pada dapat menginap di tepi laut. Entah macamana aku ter'landing' kat website Casa Rasa Sayang. Dari dalam gambar memang menarik dan terletak juga di tepi laut. Dengan pantas pada pagi 4hb tu aku called number yang tertera dalam webpage tu dan alhamdulillah ada bilik yang kosong. Aku minta nak tempah bilik yang paling besar dalam sekitar RM400 untuk 1 malam tapi bilik tu dah ada yang booking. Bilik ke 2 yang besar (RM300) masih ada tapi bilik air kat luar. Takpe la, aku pun decided okay and ON. Terus aku booking dan bersiap-siap sebelum bergerak ke Pengkalan Balak dalam jam 11 pagi.

Jarak antara rumah aku ke Pengkalan Balak ikut GPS lebih kurang dalam kurang 30km. Sampai di kawasan perkelahan Pengkalan Balak, aku telefon semula Puan Siti (Pemilik Casa Rasa Sayang) untuk dapatkan petunjuk di manakah lokasi Casa Rasa Sayang yang tepat. Dalam jarak lebih kurang 2-3 kilometer dari pantai utama Pengkalan Balak, tersergam indah sebuah Banglo berwarna putih yang di namakan sebagai Casa Rasa Sayang.

First impression bila Exoraku memasuki pagar Casa adalah "cantik rumah ni ..." Keseronokan juga jelas kelihatan di wajah keluargaku. Masuk sahaja kami disambut oleh petugas Casa dengan layanan yang amat mesra. Aku terus bayar RM300 untuk penginapan selama 1 malam. Bilik aku namanya Lily White, ada 1 katil besar dan 2 katil single. Bilik agak luas. Di bawah katil single terdapat lagi 1 sliding bed. Cuma memang betul, bilik air kami di luar. Bilik Lily White adalah satu-satunya bilik yang bilik airnya kat luar sebab design rumah sudah sedemikian dan tidak boleh nak adjust membuat penambahan bilik air. Bilik-bilik yang lain semua ada attached bathroom. So bilik air yang kat luar tu secara tak langsung adalah khas untuk bilik Lily White yang aku sewa.

Puan Siti selaku pemilik banglo tersebut tidak menetap di situ, sebaliknya anak beliau iaitu saudara Ibrahim menguruskan rumah tersebut. Ibrahim ni selain menguruskan hal ehwal banglo, beliau juga merangkap chef untuk banglo ini. Aku ada tanya sedikit sebanyak akan pengalaman beliau dalam bidang kulinari, nyata beliau mempunyai pengalaman selama 10 tahun bekerja di pelbagai hotel di seluruh Malaysia sebagai chef.

Petang tersebut aku sekeluarga turut disertai oleh adik aku yang aku panggil untuk turut bersama menginap di banglo ini. Aktiviti petang adalah ... apa lagi, mandi laut le yang betul-betul bersebelahan dengan banglo tersebut. Buka pintu pagar je laut. Very privacy. Kualiti air laut tak lah hebat sebab kat Melaka ni mane ada pantai yang airnya crystal clear tapi yang pasti ianya bersih dan sesuai untuk mandi manda.

Pada malamnya, banglo ini menyediakan perkhidmatan restoran yang terbuka kepada tetamu banglo dan juga orang luar. Masakan yang disediakan oleh Chef Ibrahim adalah semuanya masakan barat (Western Menu). Boleh tahan juga masakan Chef Ibrahim sebab pada malam tersebut kami sekeluarga menikmati makan malam dengan bermenukan masakan barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop, Mushroom Soup dll. Yang paling pasti, Mushroom Soup yang disediakan adalah antara yang terbaik yang pernah aku rasa. Pujian untuk Chef Ibrahim !

Selepas makan malam, pada lewat malam aku bersama adik aku mencuba nasib untuk memancing. Dalam nak dekat 2 jam lebih pancing, dapatlah hasil 3 ekor ikan. Tapi memang tak diundang la ikan tu sebab kami dapat ikan sesirat (sejenis belut laut).

Nevertheless, dalam percutian yang singkat ni memang kami semua enjoy especially anak-anak yang bebas beraktiviti dalam banglo tu yang turut ada menyediakan meja pool, papan carom, papan dam haji dan Playstation.

Adakah aku akan kembali menginap di sini. Sudah pasti dan sasaran aku adalah untuk menginap di bilik yang paling besar. Dan di khabarkan sebelum aku check out yang sebuah kolam renang akan dibina dalam masa terdekat yang akan siap untuk digunakan oleh tetamu selepas hari raya kelak.

Banglo Casa Rasa Sayang
Ada ruang untuk beraktiviti
Ruang tamu yang luas
Sebahagian lagi daripada ruang tamu
Ruang dapur juga luas dan boleh digunakan oleh tetamu
Menu utama dinner aku, Lamb Chop
Pakej penginapan termasuk breakfast, so breakfast is freshly prepared by Chef Ibrahim, pilihan aku untuk breakfast adalah Western/American Breakfast. Breakfast ala Melayu pun ada untuk di pilih.
Jik berminat untuk menginap di sini, boleh lah jenguk-jenguk Facebook Casa Rasa Sayang di https://www.facebook.com/pages/Casa-Rasa-Sayang/152270261521681 atau lawati mereka di http://casarasasayang.blogspot.com/