Friday, August 22, 2014

Xtreme CARnival 2014


Acara Xtreme CARnival 2014 semakin hampir. Dan tentatif 2 hari program telahpun dikeluarkan seperti di bawah :-

Program pada hari pertama di atur dengan slow pace oleh penganjur dan memuncak pada hari kedua dengan acara Malaysia Book of Record di jangka bermula pada jam 10 pagi. Kita menjangkakan lebih 350 buah kereta Proton Exora akan mengambil bahagian dalam acara ini.

AJK - AJK acara sedang bertungkus lumus membuat perancangan serta menggerakkan persediaan. No event is perfect tapi biar event meriah dan no major hick-up. Semangat AJK is getting higher which is a very good sign untuk kejayaan event. Biasa la ada sikit cuit sana, sikit cuit sini but macam nak lari 100 meter pecut, tak perlu nak toleh-toleh kat spectators atau dengar ayat-ayat pelemah semangat, just stay focus, tengok straight kat finishing line dan kayuh.

Team AJK yang ada memang among the best of the best. Semua ada kelebihan masing-masing dan ada yang berpengalaman dalam penganjuran acara. Dalam mana-mana acara pun, although you might have different ideas or experiences tapi bila sudah ada Project Manager / Nakhoda Acara, kita kena ikut perancangan yang telah dibuat oleh Nakhoda. New major idea dalam masa yang kurang dari sebulan ini kena la ditolak ke tepi untuk memastikan kelancaran persediaan dan agar tidak ada new things yang perlu start from zero. Solid support from Ahli Majlis Tertinggi EOCMotorsport dalam memastikan kejayaan event merupakan satu booster kepada semua AJK.

As acara dijangka tamat pada jam 9 malam (Sabtu), maka secara automatik aku akan balik ke Melaka insyallah pada Ahad. Ahad ni memey aku expect jem giler la sebab hari Ahad tu adalah hari terakhir Cuti Persekolahan. Lokasi penginapan AJK sedang diusahakan oleh rakan-rakan Exora dari Tanjung Malim Exora Crew. Aku dapat tahu yang konsep menginap AJK adalah homestay. More suitable untuk yang membawa keluarga so aku decided yang aku akan menginap secara solo di salah satu yang ada di Pekan Tanjung Malim insyallah.

So, apa peranan aku dalam event ni ye? Aku telah di amanahkan untuk  persediaan baju event dan mencari sedikit dana untuk menampung kos acara. On the date of the event, tugasan tersebut akan khusus kepada agihan tugasan yang berkait dengan acara pula.

Ayuh semua rakan-rakan EOCMotorsport dan pemilik-pemilik Exora, kita gegarkan UPSI pada hari tersebut !





Thursday, August 21, 2014

Ke Jelobak Ke Jolobu

Ke Jelobak ke Jelobu ... tuai padi tigo tangkai ....

Isnin sampai Rabu aritu aku dikerah untuk bertugas di Jelebu sebab ada short notice audit. Jarak antara Jelebu ke rumah meskipun tak jauh, plus minus dalam kurang 150km tetapi kalau 3 hari berturut - turut nak ulang alik mau dekat 1,000km dah. So, nak tak nak aku terpaksalah overnite kat Jelebu dalam 2 malam.

Lek sat lepas audit
Although memang selalu jugak aku visit projek di Jelebu, tapi tak pernah pulak aku overnite kat sana. So, bila tanya staff kat sana plus carian melalui Mr Google, terkeluarlah nama Hotel Sri Klawang.

Hari pertama once selesai tugasan di projek, aku terus ke Hotel Sri Klawang untuk check in. Harga bilik adalah RM89.00 untuk 1 malam. Hotel ni kelihatan agak besar dengan bumbung ala Minangkabau. Masa aku masuk, nampak ada kerja-kerja renovation sedang berjalan. Setelah masuk salin baju, aku keluar semula dan bersembang dengan beberapa staf di hotel tersebut. Rupanya Hotel Sri Klawang ini dulu adalah Guest/Rest House Majlis Daerah yang sekarang ini diswastakan pengurusannya kepada sebuah syarikat swasta.

Bilik di Hotel Sri Klawang ni okay la sebab depa tengah dalam proses baik pulih hotel, spacious dengan semua facility dalam bilik function well especially untuk Air Cond & Water Heater. Aku rasa selepas selesai renovation, Hotel Sri Klawang ni sure akan lebih baik dengan pengurusan baru yang nampak bersungguh-sungguh dalam menyediakan fasiliti serta perkhidmatan yang terbaik.



 
Right after Maghrib, aku keluar ke pekan Jelebu untuk mencari kedai makan. Memang susah nak cari Kedai Makan dalam pekan kecil Jelebu. Kedai-kedai kebanyakkan dan tutup awal, yang buka hanya beberapa kedai runcit dan 7eleven. last-last lepas 2 kali pusing pekan, aku terjumpa 1 kedai makan yang namanya Restoran Patanna. So dinner kat situ malam tu dengan menu Nasi Goreng Kampung dan Sup Ekor. Meter Kelazatan? Ok la, not so good and not so bad.

Singgah di 7Eleven Jelebu sebelum ke hotel

Malam kedua pula aku insisted untuk cuba menu Nasi Arab yang dikatakan sedap oleh pemilik Hotel Sri Klawang. Kebetulan restoran di hotel tutup sebab ada tempahan majlis tetapi pemilik hotel telah dengan baik hati untuk menyediakan meja khas di luar untuk aku dihidangkan dengan Nasi Arab. So menu malam tu adalah Nasi Mandy - Ayam. Memang tidak dapat dinafikan yang Nasi Arab kat sini is the best. Aku dah cuba banyak restoran Arab, the best (my taste) adalah di Restoran Saba, Cyberjaya tetapi bila rasa Nasi Arab kat Sri Klawang ni ... memey now carta dah bertukar dengan Nasi Arah Sri Klawang dah jadi number 1.

Nasi Mandy Sri Klawang. Kalau kambing ni memey lagi power. The best Mandy Rice yang aku pernah rasa so far.
Tiada aktiviti yang dapat dibuat selepas makan sebab pekan Jelebu senario lebih kurang sama dengan pekan Kuala Pilah yang hampir semua kedai di dalam pekan tutup awal.

Cuma yang kurang best untuk this trip adalah terjadinya 2 insiden ke atas 'raptor' aku iaitu front bumper aku pecah/retak (termasuk lubang dalam) & rim vossen sebelah kiri tergores sebab terlanggar slab tepi jalan. untuk front bumper tu memey no choice aku kena samada pi tampal & cat semula atau tukar kepada bumper baru while untuk rim, nasib baik injury tak dalam, so nak kena car semula. Planning? Front bumper ingat nak masuk Kaira while Sport Rim dah alang-alang nak cat, aku ingat nak cat semua 4 rim ke warna putih. :D

Boleh plak termasuk lubang dalam masa nak parking ... boleh plak pecah ... adoii

Kulim Exorian Motorsport Sticker

Terima kasih untuk rakan dari Kulim Exorian Motorsport (KEM) yang telah membuat poslaju sticker rasmi bagi Kulim Exororian Motorsport. KEM merupakan salah satu daripada jajahan yang bernaung di bawah EOCMotorsport.

Aku secara personal memey tak pernah masuk ke bandar Kulim ni, kalau ada pun just lalu along the highway sekiranya aku nak menuju ke Jitra / Kuala Kedah / Kuala Perlis. Insyallah jika ada ruang dan kesempatan, nak jugak aku singgah di Kulim beramas mesra bersama rakan-rakan KEM.

Anyhow, kemah sticker KEM nih.


Tuesday, August 12, 2014

Lights On

Malam tadi ada jemputan rakan EOCMotorsport berhampiran dengan taman aku buat rumah terbuka. Sampai rumah dekat 10 lebih sikit malam jerk and raptor pun nak video 'selfish' dengan 'lights on' sebelum 'memarkingkan' diri.

Video at lowest quality cuz ori file mau berjanggut nak upload dekat 42MB.

Monday, August 11, 2014

Main Mater Dengan Demo Bleh?

Projek kecil-kecilan main kenyit-kenyit mater right before Hari Raya Aidilfitri ...


Xtreme Carnival Autoshow - EOCMotorsport


EOCMotorsport dengan kelolaan pasukan TR3C akan mengadakan satu acara yang namakan Xtreme Carnival Autoshow pada 19 dan 20 haribulan September ini bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Pelbagai acara telah dirancang dan yang menjadi 'highlight' adalah untuk memecahkan rekod di dalam Malaysia Book of Records untuk kategori Himpunan Exora Terbanyak & Formasi Exora.

Aku secara tidak langsung juga terlibat di dalam penganjuran ini memandangkan aku adalah ahli kepada pasukan TR3C.

Acara ini mendapat kerjasama yang terbaik dari jajahan Seahorse Daerah Manjung, IEM Ipoh, KEM Kulim dan TMEC Tanjung Malim.

Sebagai yang terlibat dalam penganjuran, as event akan mula pada 19hb September, aku telah merancang untuk ke Tanjung Malim bergabung bersama AJK-AJK lain seawal 18hb September 2014. Tanjung Malim? Hahaha, aku belum pernah masuk Tanjung Malim ni, lalu crossing nak ke utara tanahair memey ada tapi singgah masuk pekan memang would be my first time kat sini. Penginapan akan diuruskan oleh rakan dari TMEC tetapi aku akan back-up prepare untuk booking 1 bilik di Pekan Tanjung Malim just in case. Hotel mana .. kat mana .. memey aku blur pasai Tanjung Malim ni. Yang aku tahu ada kedai jual kuih pau sedap kat sini. :D

Kita target dalam minima 350 buah Exora dan maksima 400 buah Exora this time. As acara ini akan diadakan sekali dengan Autoshow, aku jangkakan suasana yang meriah ditambah lagi pada waktu tersebut crowds yang datang untuk majlis graduasi UPSI juga akan turut ada bersama.

Untuk semua pemilik-pemilik Proton Exora ... jom kita meriahkan majlis bersama dan this would be a great platform untuk yang ingin menyertai Kelab Exora datang serta menyertai EOCMotorsport !

Proud Together !

Sunday, August 10, 2014

Road Tripping di Hari Raya


Alhamdulillah setelah menjalani ibadah berpuasa selama 1 bulan, kita yang beragama Islam telah menyambut Aidilfitri pada 28hb Julai yang lalu.

Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut sederhana oleh aku dan keluarga dengan tidak ke mana-mana pada Hari Raya Pertama, Kedua dan Ketiga. Sambutan syawal di Melaka dengan bersolat Aidilfitri di Masjid Tanjung Minyak yang jemaahnya pada tahun ini agak begitu ramai sehinggakan ada yang aku perhatikan tidak dapat bersolat kerana tiada ruang lagi yang ada meskipun ada 4 khemah disediakan diluar kawasan masjid. Mungkin pada Aidilfitri yang akan datang, pihak pengurusan masjid boleh menyediakan lebih banyak khemah bagi membolehkan semua jemaah dapat melaksanakan solat Aidilfitri.

Day 1

Pada Hari Raya ke-4 iaitu hari Khamis, aku dan keluarga memulakan perjalanan 'road tripping' menuju ke Pantai Timur Tanahair. Perancangan yang dirancang sebelum ini terpaksa dirombak setelah rombakan difikirkan perlu dilakukan akibat isu cuti dan kesesuaian masa.

Ini pertama kali aku akan membawa keluarga melalui 'route' Karak-Bentong-Raub-Lipis-Merapoh-Gua Musang memasuki Negeri Che Siti Wan Kembey. Perjalanan dimulakan awal pagi dalam sekitar jam 0930 dengan hujan agak lebat di Melaka terutama di Alor Gajah sebelum memasuki PLUS Highway di Simpang Empat. Minyak pesawatku diisikan dengan RON97 Full Tank di Petronas AMJ Rembia, Melaka.

Perjalanan dari Simpang Empat ke Sungai Besi seterusnya ke Plaza Tol Gombak (Karak) adalah lancar meskipun jumlah kenderaan boleh tahan banyak bermula dari Seremban ke Sungai Besi. Begitu juga dengan perjalanan dari Karak sehingga keluar ke Bentong perjalanan adalah baik. Masuk sahaja Bentong kenderaan dari arah bertentangan kelihatan agak banyak, mungkin ramai yang sudah bergerak turun pulang dari Pahang dan Kelantan mahu pulang ke destinasi masing-masing bagi mengelakkan kesesakan yang pasti akan berlaku sebelum berakhirnya minggu pertama Hari Raya Aidilfitri. Situasi ini berterusan sehingga ke Raub dan Kuala Lipis. Kenderaan dari arah bertentangan berbaris panjang bergerak perlahan sehinggakan tidak membolehkan kenderaan menuju ke Kelantan memotong. 

Di Kuala Lipis, aku yang merancang untuk menggunakan jalan Felda Kechau menuju ke Merapoh berhenti dahulu untuk membeli juadah makan tengahari di KFC Kuala Lipis. The simplest menu untuk perjalanan sebab anak-anak boleh makan dalam Exo sahaja. Surprisingly orang punya la ramai dalam KFC sampai aku terpaksa beratur nak dekat 30 minit baru dapat sampai membuat order di kaunter. Once tapau siap, aku masuk semula ke pesawat, anak-anak mula makan dan aku terus masuk ke Felda Kechau untuk meminta ke Merapoh. Jalan Felda Kechau seperti aku jangka memang kurang kenderaan tetapi jalan tidak begitu baik yang mana ada beberapa kawasan yang jalannya rosak dan beralun-alun. Sebaik sahaja sampai di penghujung Felda Kechau, aku belok ke kanan memasuki jalan besar menuju Merapoh. Jalan baru 4 lane (2 turun dan 2 naik) sehingga ke Sungai Yu memang terbaik.

Perjalanan diteruskan sehingga ke Gua Musang dan aku terpaksa berhenti di Gua Musang memandangkan kondisi orang rumah yang mula dah pening-pening lalat sebab tak biasa mengikuti 'route' yang dilalui dan berkemungkinan semasa menghadapi alun di jalan pintas Felda Kechau.

Aku berhenti di Fully Inn Gua Musang dalam sekitar jam 4 petang rasanya, check in dan berehat. Selepas dalam 2 jam, aku membawa keluarga untuk makan malam awal tetapi hanya dapat makan Nasi Ayam sebab kebanyakkan gerai-gerai serta restoran masih tutup sempena Hari Raya Aidilfitri.

Tiada apa-apa aktiviti yang dilakukan di Gua Musang kerana semua agak keletihan dan hanya berehat di dalam bilik di Fully Inn sahaja.

Permandangan buka tingkap hotel Fully Inn di Gua Musang
Day 2

Aku tidak bersarapan di hotel meskipun ada kupon sarapan kerana aku sasarkan nak makan Nasi Kerabu Ayam Bakar di Gua Musang. Sekali aku pergi ke gerai tu tengok orang punya la ramai dok tengah beratur maka niat nak makan di situ terpaksa la dibatalkan. Aku just bawa family makan di gerai makan berhampiran dengan hotel yang mana disitu ada dijual nasi lemak dan nasi berlauk. Rasa masakan kat situ tak berapa la tapi boleh la buat lapik perut. Anak-anak heran kenapa bawak diaorang makan nasi putih berlauk pagi-pagi.

Selepas sarapan, kami checkout dari hotel dan menuju ke Tanah Merah. Perjalanan lancar namun kenderaan menuju ke selatan agak banyak. Masuk ke Kuala Krai, jalan dari arah bertentangan sudah mula tersangkut akibat terlalu banyak kenderaan. Agak panjang 'jem' sehingga membawa ke Machang. Masa di Machang, minyak aku still ada dalam 150km lagi boleh gagah, so no worries untuk aku top up sebab dari Machang ke Tanah Merah bukan lah jauh sangat tapi once masuk ke Machang, jalan nak ke Tanah Merah pulak 'jem'. Bergerak 5 meter, berhenti 5 minit. Kenderaan banyak nak menuju ke Jeli sebab yang mana yang nak pulang ke Utara Tanahair (Perak, Penang, Kedah dan Perlis) ikut jalan ni untuk masuk ke Grik. Perjalanan yang sepatutnya dalam 20minit tu sekarang sudah nak jadi 2 jam. Nasib baik minyak tak kehabisan meskipun lampu amaran minyak telahpun keluar kat Exo aku.

Sangkut jem antara Machang ke Tanah Merah
Sampai di Tanah Merah, aku pun mula nak masuk ke bilik yang sudah dibuat tempahan awal oleh rakanku di Tanah Merah. Di Jebak Inn aku dimaklumkan yang aku tak boleh menginap untuk 2 malam sebalik hanya boleh untuk 1 malam. Aku agak hairan sebab tempahan dah buat lama. Aku menelefon rakanku dan beliau kata yang pihak hotel baru memaklumkan kepada beliau pada jam 230 pagi yang aku tak boleh menginap kat situ 2 malam sebab pemilik hotel nak 10 bilik. Wah, ini sudah tidak professional lah sebab aku bukan walk in main terjah tetapi dah menempah. Bilik berkembar yang aku tempah pun pada malam tu dah ada orang yang duduk, hotel kata boleh ambik 2 bilik tapi jauh-jauh dan bukan 'connecting'. Aku bagi isyarat kat yang menjaga hotel supaya 'hold' dulu, biar aku try tengok tempat lain kalau ada sebab aku malas nak keluar masuk keluar masuk tukar hotel. 

Terjebak 1 malam di Jebak Inn. Sesuatu yang tidak patut membatalkan booking tanpa alasan kukuh oleh pihak Jebak Inn. Ambo ni regular customer hotel ni lagi tu.
Petang tu aku bersama rakanku dekat nak 2 jam merayau - rayau cari homestay tapi tak juga dapat sebab dah fully booked. Nak tak nak aku terpaksa juga bermalam 1 malam di Jebak Inn dan dengan ehsan penyewa bilik 'connecting room' aku dapat tukar bilik tersebut so that anak-anak dapat la tidor di bilik bersebelahan.

Rayau-rayau cari Homestay
Tunggu sahabat di Pekan Tanah Merah
Day 3

Paginya lepas sarapan di Restoran Tepi Sungai, aku bersama rakan menuju ke sebuah chalet di Tanah Merah untuk bertanyakan kekosongan bilik. Alhamdulillah bilik besar di D'Mawar Chalet kosong pada hari tu dan aku terus bersetuju untuk menyewa 1 malam di sana.

Aku bersama keluarga 'check in' di sana dalam jam 12 tengahari. D'Mawar Chalet yang aku sewa ni memang tak pernah aku dengar before meskipun Tanah Merah ni aku dah sampai mau lebih 10 kali. Agak ke belakang sikit tetapi not bad ... not bad at all. Bilik luas ada 2 katil besar dan 1 ruang tamu complete dengan sofa & perabot. Harga sewa pun baik dalam RM120.00 untuk 1 malam.

Dalam jam 2 petang, aku membawa keluarga menuju ke Rantau Panjang untuk jaley-jaley sebab orang rumah belum pernah sampai Rantau Panjang lagi. Ramai betul orang kat Rantau Panjang sampai nak parking pun susah. Takde banyak yang dapat dibeli sebab anak yang bongsu ada sikit 'meragam' so lebih kurang dalam jam 5 lebih petang, aku pun balik ke D'Mawar Chalet. Jalan pintas Rantau Panjang ke Tanah Merah yang guided by Garmin GPS memang cepat, perjalanan lebih kurang dalam 30 minit je dah sampai pekan Tanah Merah.

Ramai orang kat Rantau Panjang ... last minute shopping before balik dari berhari raya
Malamnya aku ke rumah sahabat di kawasan Bukit Payung atas jemputan beliau untuk dinner dan berhari raya dirumahnya. Terima kasih saudara Izo atas layanan mesra serta dinner yang sedap. Daging masak merah memang terbaik !

Kami tidur di D'Mawar Chalet hari tu agak selesa. Meskipun nyamuk banyak tetapi pihak chalet memang prihatin dan telah menyediakan 2 set ubat nyamuk elektrik untuk kegunaan guest which is memang satu perkara yang harus diberikan kredit.

Day 4

Hari ni adalah hari yang menyebabkan 'road tripping' Hari Raya Aidilfitri berlaku. Hari kenduri adik bongsu aku di Felda Kemahang, Tanah Merah, Kelantan.

Adik kedua aku tiba di D'Mawar Chalet dalam jam 9 pagi untuk bersama berkonvoi ke Felda Kemahang. Beliau memang sudah berada di Kelantan bagi menyambut Hari Raya memandangkan adik ipar aku adalah orang Pasir Puteh. Sehari sebelum ni, mereka sekeluarga dikhabarkan telah terkena keracunan makanan yang mana lebih 15 ahli keluarga sebelah adik ipar aku mengalami simptom cirit birit dan muntah muntah. So masa mereka tiba di D'Mawar Chalet, nampak agak lemah sikit anak-anak buah aku sebab ada yang masih belum 100% sembuh.

Dari D'Mawar Chalet ke Felda Kemahang perjalanan lancar mengambil masa kurang dari 30 minit. Ahli keluarga aku yang lain (dari Melaka dan Selangor) sudah berada di Felda Kemahang 1 hari sebelum hari majlis dengan menginap di salah satu homestay di sana.

Kemahang 2 - Lokasi Homestay ahli keluarga
Banyak replika kapal terbang di Kemahang. Kat sini depa jual yang 5 kaki dalam RM200.00 satu.
Majlis di Felda Kemahang berjalan dengan baik dan lancar. Sambutan daripada keluarga sebelah adik ipar aku memang best dan mesra. Selesai di Felda Kemahang, aku bergerak pula ke Kota Bharu dan menginap di Ridel Hotel. 

Ridel Hotel - Sarang 2 malam di Kota Bharu
Ridel Hotel, Kota Bharu
 Malamnya aku bersama keluarga ke Wakaf Che Yeh untuk berjalan-jalan tetapi terpaksa juga pulang awal akibat hujan lebat dan angin kencang. Rasanya tak sampai 1 jam pun aku dapat berjalan-jalan di Wakaf Che Yeh.

Day 5

Aku membawa keluargaku bersarapan nasi gulai itik di Jalan Telipot dan membeli akok di gerai berhampiran yang memang antara akok yang aku suka kat Kelantan.
Kedai akok favorite di Jalan Telipot
Selesai sarapan, aku menuju ke Pasar Siti Khatijah untuk menanti keluarga dari Kemahang ronda-ronda bersama. Kami berjalan-jalan di Pasar Siti Khatijah dalam 1 jam lebih sebelum bertolak pula ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

Pasar Siti Khatijah. Sunyi sikit pasar ni masa kami pi hari tu.
Niat untuk membeli-belah Pengkalan Kubor juga tidak menjadi apabila salah seorang anak telah mula muntah-muntah. Setelah beberapa kali muntah, kami singgah di Poliklinik Perdana untuk mengambil ubat di sini. Pada sebelah malamnya pula simptom yang sama menjangkiti 2 lagi anakku dan orang rumah. Aku bergegas ke farmasi berdekatan untuk membeli ubat muntah dan cirit birit.

Pi Pengkalan Kubor .. hasrat mencari Jersey Mexico
Semua tidak berselera untuk makan malam dan perancangan untuk menziarahi rakanku di Kota Bharu juga dibatalkan. Last² aku  hanya bersama rakanku keluar sebentar untuk makan malam di restoran di Jalan Hospital.

Aku pulang ke bilik dalam sekitar jam 1030 malam, semua nampak kurang sihat di dalam bilik. Bilik sudah menjadi tidak selesa kerana Family Room di Hotel Ridel tidak bertingkap so rasa macam terkepung. Dan giliran aku mendapat sakit yang sama tiba dalam awal pagi lebih kurang jam 3 ke 4 pagi. Keluar masuk toilet lebih 5 kali. Kepala dah pening, harapan kami sekeluarga masa tu hanya pada ubat yang ada.

Day 6

Dengan kondisi kurang sihat, hari ke 6 ni adalah hari untuk aku bergerak turun ke Terengganu. Singgah di rumah keluarga adik ipar di Pasir Puteh, bergabung dengan 3 lagi kereta keluarga sebelum susur turun mengikut jalan pantai ke Kuala Terengganu.

Memulakan perjalanan dari rumah keluarga adik ipar di Pasir Puteh ke Kuala Terengganu
Memang jem aku aritu sebab kerap ke toilet dan pening kepala. Perlahan-lahan bertolak dari Pasir Puteh dalam jam 1230 tengahari sebelum tiba di Primula Resort dalam sekitar jam 3 petang. Kat Primula 7 bilik telah di tempah awal orang rakan EOCMotorsport yang kebetulan bertugas di sana.

Di Primula Resort, Kuala Terengganu.

Permandangan dari bilik hotel di Primula.
Setelah check in, aku yang sudah rasa 'kedemaman' terus berselimut dan tidur sepanjang hari membawa ke malam. Alhamdulillah simptom pada anak-anak nampak dah reda.

Malamnya aku yang sepatut berjumpa dengan rakan-rakan EOCM Terengganu terpaksa menidakkan agenda kerana terasa kurang sihat.

Langsung kami tak keluar ke mana-mana pada hari tersebut, hanya terperam dalam bilik sehingga makan malam pun kena panggil room service.

Day 7

Terasa okay sikit dari hari sebelum, anak aku yang mula-mula kena jangkitan muntah semula di awal pagi. Begitu juga dengan anak aku yang 2nd tu pun simptom mai balik walhal pada malam sebelum tu dah nampak macam okay.

'Selfish' di Primula dengan suasana sakit ... baju Mexico tu ..
Aku rancang untuk extend 1 malam di Primula tapi sebab semua dah nak bergerak balik, maka aku niat untuk gagahkan diri turun ke Kemaman dan bermalam either di Kemaman atau Cherating.

Kami check out lebih kurang dalam jam 12 tengahari. Once keluar dari Primula, kami menuju ke area Marang dan membuat 2 kali singgahan iaitu mengisi minyak serta membeli makanan laut.

Sampai di Kemaman, kami singgah di Gerai Aziz Satar untuk menikmati Satar Ikan yang memang sedap kat sini. Point dia sebab terasa ikan, tak mengelat letak kelapa banyak plus ada cili api. Aku yang perut memang tak sedap plus dah kosong sekosong kosongnya makan nak dekat 8 ketul Satar. Nasi agak mahal sebab orang rumah aku ambik nasi separuh dengan hanya 1 lauk sambal ayam, harga RM4.80.

Di Kemaman last-last sebab orang rumah dan anak-anak sudah tiada mood lagi nak tidur di hotel mahupun berjalan-jalan akibat penyakit yang dihadapi, maka aku pun decided untuk mengikut konvoi family balik ke Melaka. Hasrat untuk bersama rakan EOCMotorsport Bekeng Kemamang menyambut majlis Hari Raya juga terbatal secara automatic. Kami singgah di sempadan Terengganu-Pahang berhampiran pintu gerbang untuk membeli keropok lekor kegemaranku iaitu Keropok Kita.

Dengan jam dah dekat pukul 5 petang, kami susur turun ke Cherating dan terus masuk ke LPT melalui Tol Jabor.

Sebelum sampai ke Gambang, aku rasa menyesal plak balik sebab aku rasa macam dah tak larat. Jauh lagi perjalanan nak balik Melaka tetapi bila tengok anak kedua aku tu dah 'flat' abis terlentok rasa aku kena gagah gak balik Melaka.

Lewat petang sebelum senja memang aku rasa suasana demam kembali plus letih lesu sebab mungkin banyak bendalir dah keluar dari badan. Worst bila masuk Karak dah malam memang rasa melayang-layang macam main game kereta plak bila drive.

Singgah di Seremban RNR untuk Jamak dan meneruskan pemanduan ke Melaka. Alhamdulillah kami sampai di rumah dalam sekitar jam 11 malam. Semua macam excited bila sampai rumah so terasa berbaloi pemanduan meskipun meletihkan serta berisiko. Semangat orang rumah dan anak-anak macam dapat suntikan booster bila menjejak langkah masuk ke dalam rumah.

So, itulah cerita 'road tripping' Hari Raya Aidilfitri serba sedikit (panjang jugok menulis). Nak dijadikan cerita, anak bongsu dalam 2 hari lepas balik still muntah-muntah while semua family members yang tidak kena jangkitan di Terengganu dijangkiti penyakit yang sama setelah sampai di rumah masing-masing termasuk kedua - dua ibu dan ayah aku. Suspected virus = Rota Virus.