Saturday, February 1, 2014

Gastrik & Aku ...


 Hmmm, kali ni memang lari topik kebiasaan blog sebab aku nak tulis pasal gastrik yang aku hadapi ni.

Aku mula mendapat tanda - tanda kena gastrik ni dalam dekat 3 tahun lepas. Masa tu aku ingat gastrik ni tanda - tanda dia sakit perut dan pedih perut. Aku takde tanda - tanda sakit perut dan pedih perit terlampau sampai terbongkok-bongkok sakit sampai kena baring.

Symptom aku lain. Bermula dengan rasa makanan macam tak nak turun ke perut dan terasa macam ada makanan kat tekak. Aku suspek mungkin masalah digestion / pencernaan. Aku tak terpikir langsung yang aku ni ada gastrik. Aku minum air banyak-banyak pun masih lagi rasa makanan kat tekak. Aku juga pernah beberapa kali sengaja memuntahkan makanan semula just untuk melegakan rasa kurang selesa makanan di tekak.

Bila terasa ada makanan kat tekak, maka batuk pun menjadi - jadi. Susah nak control, bila batuk bunyi memang teruk sebab rasa macam nak muntah. Bila dapat sendawa memang lega tapi sekejap je, next few minutes terasa balik makanan kat tekak. Kadang-kadang secara tiba-tiba aku sendawa keluar angin yang bergas, macam baru lepas minum air bergas walhal aku tak minum pun air gas. Worst bila sendawa tu keluar sekali dengan muntah.

Dalam masa yang sama, aku dok risau jugak tentang jantung aku. Sebab kerap rasa sakit kat dada. Dah la ada masalah pencernaan, dada pulak dok sakit ... kejap sakit kejap okay. Memang aku risau.

Last-last aku pergi ke Hospital Pantai Ayer Keroh. Aku bagitahu masalah aku then aku dirujukkan kepada seorang Pakar Gastro. Pakar tu cakap yang tanda-tanda sakit aku tu sah adalah tanda masalah gastrik. Tapi beliau kena buat pemeriksaan yang lebih details iaitu dengan membuat pemeriksaan secara Gastroscopy. Adoi, satu hal lagi.

Maka pada hari yang dijanjikan (dalam seminggu), aku pun buat la procedure Gastroscopy tu. Pakar bagi option samada nak dibuat dalam keadaan aku sedar ataupun dibius tidur. For me, ape ade setakat masukkan tiub melalui tekak pastu tengok dalam perut. Tak perlu la nak bagi aku tidur kot. Aku pun pilih buat masa aku sedar.

Memang menyesal la aku pilih option tu sebab proses tu bagi aku memang tak selesa langsung. Dah la diameter wayar tu tebal, bila dipaksa-paksa masuk ke dalam tekak ... memang nak termuntah. Angin yang keluar ikut tekak aku memang berkali-kali sampai Pakar dan jururawat pun dah tersenyum-senyum dengar bunyi sendawa aku.

Selesai proses tu, aku pun diberikan la beberapa jenis ubat. Memang lega la bila makan ubat tu ikut time sebab hilang masalah makanan tersekat kat tekak. Tapi bila ubat habis 2 hari sebelum next appointment ... masalah tu datang semula. So on next appointment, Pakar cuba bagi ubat lain pulak termasuk anti biotik yang katanya akan membunuh kuman sekiranya ada kuman dalam perut aku. Seperti yang pertama, kali ni pun sama jugak. Bila aku tak makan ubat, makanan naik semula kat tekak. Then on 3rd appointment, doktor sekali lagi bagi aku ubat yang berlainan ... dan sekali lagi tu pun masalah yang sama.

So, aku pun dah pandai dah. Hehehe. Aku tahu apa jenis ubat yang buat aku rasa selesa either Omeprazole ataupun Pantoprazole. Cuma Pantoprazole ni lebih mahal. Ada pernah aku cuba makan ubat Ranitidine dari hospital kerajaan tapi ubat tu tak tahan lama, dalam 10 jam je bertahan pastu gastrik datang balik.

Sekarang aku dah gave up untuk ke Pakar sebab aku macam jadi test dummy pulak asyik dok bertukar-tukar ubat. Last-last aku ambik decision untuk beli Omeprazole setiap bulan dan makan sebanyak 2 biji setiap 2 hari. Memang tak baik gastrik aku dan makan ubat Omeprazole ni dah kira macam rutin. Aku risau juga side effect ubat ni sebab al maklum lah aku makan secara berterusan dan untuk jangkamasa dah lama ni. Tapi aku ada jugak jengok-jengok di laman web tentang penggunaan Omeprazole untuk jangkamasa lama ... so far semua positive input yang aku dapat. Ada input pengalaman penggunaan Omeprazole untuk jangkamasa panjang di sini, ada respon positive ada juga respon negative.

Dan early last year, aku sekali lagi ke hospital pakar sebab kegusaran kesakitan pada dada sebelah kiri. Pelbagai ujian berkaitan jantung dibuat, alhamdulillah jantung aku sihat. Rupa-rupanya masalah sakit dada ni juga berpunca daripada gastrik. So treatment back to normal ... Pantoprazole jugak yang diberi. Hmmm ..

So I guess yang aku kena live with it. Suka tak suka memang gastrik ni tak boleh nak baik. Mungkin boleh kalau aku berpantang 100%. Antara makanan yang buat gastrik aku menjadi - jadi berdasarkan pemakanan aku adalah :-

  1. Kari
  2. Asam Pedas
  3. Soto dengan sambal kicap
  4. Petai
  5. Sambal goreng
  6. Masak Lemak Cili Api
  7. Pisang
  8. Cili Api
  9. Jeruk
  10. Kopi Pekat
  11. Nescafe
  12. Mee Segera
  13. Masak Berlada
  14. Makan terlalu kenyang (banyak)
  15. Makan terlalu sikit
Tu cuma segelintir dan untuk aku. Mungkin orang lain, lain pencetusnya.

Aku nak jumpa doktor mana lagi pun aku tak sure. Both pakar yang aku jumpa bagi aku ubat yang sama. Atau mungkin ada rawatan alternatif atau ubat tradisional yang aku tak tahu ... meskipun mustahil, aku masih letak harapan agar suatu hari nanti penyakit gastrik aku akan sembuh dan aku tidak lagi bergantung kepada rakan karibku buat masa kini iaitu si Omeprazole.

Bagi yang belum kena gastrik, makan pedas biar berpada-pada dan jangan skip waktu makan walau sibuk macamana pun kita.

4 comments:

  1. Salam bro...penyakit kita sama tp kwn.... ABS... kete pun sama...pantang jgn makan jajan n benda berasaskan ubi & kacang.... kuah kacang pun x bole... selalu minum susu kambing... baik utk org gastrik... kawan makan ubat nexcium je yg ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih atas nasihat serta komen. Ubat Nexcium belum pernah cuba lagi. :D

      Delete
  2. Assalammualaikum... Saya baru smlm kena mcm u.. Mkanan mcm x smpai kt perut je.. Ubat omaprazole tu saya penah mkn.. Tp masa tu blum kena lg cm ni.. Agak2nya bole mmbantu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Kalau kes terpencil mungkin dengan pengambilan “Magnesium Trisilicate” (ubat cair yang macam warna susu tu) dah okay kot. Untuk lebih mudah, boleh beli Gaviscon kat kedai atau farmasi.

      Unless jika kerap berlaku, then kena rujuk dahulu ke pakar untuk dapatkan ubat yang bersesuaian.

      :D

      Delete