Wednesday, December 25, 2013

Sport Rim : Tukau or Not?

Sejak dari aku memiliki Exoraku, memang ramai juga rakan-rakan yang mencadangkan aku untuk menukar Sport Rim. Standard Sport Rim yang datang bersama Exoraku bersaiz 16 ni kalau ikutkan not bad rupa dia tapi sedia maklum lah, orang dok kata too common.

Aku tak pernah tergerak hati nak tukar Sport Rim lebih-lebih lagi bila aku dengar kalau kita tukar sport rim yang standard ni, warranty untuk absorber serta suspension akan secara automatic terbatal. Lagi satu aku pun ada rakan yang telah menukar Sport Rim melangkaui 1 saiz daripada saiz asal dan rungutan lebihan oil consumption kedengaran hinggakan beliau kembali bertukar ke Sport Rim bersaiz asal.

Hmmm ... tapi lately sejak dua menjak sebulan dua nie terasa keinginan nak tukar Sport Rim muncul. Adoiii, kenapa perasaan nak menukau ni ada pun aku tak sure. Maka dengan masih berlandaskan keputusan 50-50, aku pun ada la buat beberapa light survey untuk Sport Rim ni especially untuk 1 Sport Rim yang spesifik iaitu yang berjenama Vossen. Vossen ni kira trend sekarang kot. Baru tengok ... hati berkeney pulok doh.

Ditambah dengan 'keracunan' daripada sahabat-sahabat serta rupa paras Exoraku yang dah agak rugged hasil tampalan sticker berkonsepkan helang, maka keinginan tu macam menjadi-jadi lah.

Still unsure whether to tukau or not. Cost wise hasil daripada survey boleh dapat bawah RM2k untuk Vossen CV3 17 Inci siap tayar dengan syarat trade in Sport Rim & Tayar Ori Exora. Cuba tengok gambar kat bawah ni ... memang macam memanggil-manggil untuk di beli ...

Yang aku dok aim yang kaler kuning hitam tu ... sama tema dengan design sticker raptor pd Exoraku
Apa-apa pun biar waktu menentukan, biar aku pikir lagi 5-6 kali and kalau nak tukau pun mungkin pada awal Januari 2014. Hihihi

Wednesday, December 11, 2013

Sambutan Akhir Tahun (SAT) 2013 - EOCMotorsport (Part 2)

Fun Drive secara berkonvoi untuk melawat beberapa lokasi menarik di Kuala Terengganu di rancang bermula dalam sekitar jam 1030 pagi. Anak-anak seawal jam 630 pagi dah mula aktif dalam bilik hotel. Kami turun ke bawah untuk bersarapan dalam sekitar jam 8 pagi. This time sarapan tidak lagi di main Coffee House tetapi group EOCMotorsport disediakan 2 bilik khas untuk sarapan. Menu tidak sebanyak seperti yang ada di dalam main Coffee House tetapi cukup untuk lapik perut.

Dalam sekitar jam 10 pagi, semua peserta dan keluarga sudah mula berlegar-legar di kawasan lobi dan di pesawat masing-masing. Briefing kepada peserta dibuat dalam jam 1030 pagi dan flag off pula dalam lebih kurang jam 11 pagi. Konvoi yang berlepas diiringi oleh Polis Trafik. Memang seronok bila berkonvoi bersama kawalan Polis Trafik. Konvoi bergerak lancar tanpa halangan atau gangguan. Peserta cuma perlu beri perhatian kepada rakan di hadapan dengan jarak antara pesawat yang selamat. Ini bagi mengelakkan kejadian langgar belakang sekiranya kenderaan di hadapan brek secara mengejut.

Geng Lendat Melaka bergambar sebelum acara konvoi bermula
Pilot-Pilot menanti briefing oleh Marshall bertugas

Kuda Kuda Putih Polis Trafik yang bertugas membantu konvoi kami
Destinasi pertama untuk aktiviti konvoi ini adalah ke Noor Arfa Batik. Setelah semua selamat tiba di lokasi ini, acara adalah bebas dengan membuat lawatan di sekitar pusat batik tersebut. Aku memang tak buat sebarang sasaran untuk membeli apa-apa di sini sebab memang aku & family dah biasa ke Terengganu plus baju batik yang sedia ada pun tak terpakai oleh kami. So bagi kami, we just pusing-pusing sekitar pusat batik, beli keropok twisties serta ice cream dan lepak-lepak bersantai di dalam premis tersebut. Kat sini apa yang aku tengok, harga batiknya boleh tahan. Tak dinafikan kualiti batik yang dikeluarkan oleh Noor Arfa adalah baik. Demonstrasi melukis batik juga ada di sini. Dan pada tengaharinya pihak penganjur ada menyediakan khemah beserta makan tengahari. Lauk tengahari tu adalah Tongkol Masak Singgang, Ikan Goreng dan Masak Lemak Putih Sayur serta Sambal Belacan. Hahaha, memang sedap la tapi kombo ni memang confirmed anak-anak serta wife aku tak makan. So yang ambil nasi ni cuma aku je la.

Di Noor Arfa Batik
Pesawat parking di luar pagar Noor Arfa Batik

Dari Noor Arfa Batik, konvoi bergerak pula dengan iringan Polis Trafik ke Taman Tamadun Islam. Bagi kami, we just visited pusat perlancongan ni last year so sekali lagi kami tidak merancang untuk masuk ke Taman Tamadun Islam. Di sini perkara pertama yang aku & family buat adalah cari makan. Ada sebuah restoran di sini so kami pun pilih menu masing-masing. Aku beli semangkuk Mee Kari dengan harga RM5.60. Sedap juga Mee Kari kat sini sampai anak aku yang umur 2 tahun tu pun suka. Ramai juga peserta yang masuk ke Taman Tamadun Islam dan ada yang menaiki River Cruise. Setelah selesai kami late lunch, family decided untuk masuk ke dalam pesawat menunggu untuk berkonvoi ke destinasi seterusnya. Bagi aku, aku just pusing-pusing kawasan sambil bersembang-sembang dengan rakan-rakan EOCMotorsport yang ada. Ada juga yang menunggu di dalam Exora masing-masing sebab keletihan dan mengambil kesempatan untuk berehat, take a nap.

Di Taman Tamadun Islam
Bantuan Polis Trafik Terbaik !
Memang mesra polis yang bertugas siap boleh buat sign peace bila nampak anak nak ambik gambar beliau

Selesai di Tamadun Islam, konvoi bergerak pula ke Pasar Payang. Kali ini konvoi bergerak dalam kumpulan kecil dengan 10 ke 15 Exora per kumpulan. Ini memandangkan tiada lagi 'escort' daripada Polis Trafik. Aku di dalam kumpulan yang pertama keluar dari Taman Tamadun Islam. Ramai juga yang tidak bergerak ke Pasar Payang sebaliknya mungkin mempunyai destinasi lain yang ingin mereka tuju. Kat Pasar Payang, aku dan family beli beberapa helai T Shirt buat anak-anak dan pergi ke kedai keropok yang tuannya sudahpun kami kenal. Setiap kali aku ke Pasar Payang, memang kedai dia la yang aku dok beli. Happy dia jumpa kami dan kami pun beli la beberapa bungkus keropok kering serta dodol untuk di bawa pulang. Aku tak beli Keropok Lekor sebab aku rancang untuk beli keropok lekor di kawasan lain.

Pesawat R3 Raptor bersedia nak balik ke hotel selepas membeli belah di Pasar Payang

Balik dari Pasar Payang adalah pergerakan solo atau masing-masing. Dari Pasar Payang, aku drove ke Pantai Batu Buruk untuk menikmati makan petang berupa juadah celup tepung. Harga makanan celup tepung kat Batu Buruk ni is quite cheap jika dibandingkan dengan menu yang sama di Pantai Cinta Berahi di Kelantan. Kat sini secara kebetulan aku bersua dengan rakan EOCMotorsport dari Sarawak yang turut datang bagi memeriahkan acara SAT ini. Kami bertukar-tukar pengalaman dan nombor telefon.

Malamnya pula aku membawa family keluar untuk makan malam di gerai favorite aku yang terletak bersebelahan dengan Hotel Tanjung Vista. Hotel Tanjung Vista ni memang jadi pilihan #1 aku kalau aku bertugas kat Kuala Terengganu, so gerai sebelah tu memang jadi lokasi tetap untuk aku dinner. Gerai simple tapi masakan sedap terutama Nasi Goreng Cili Padi & Sup Tulang. Habis dinner, kami balik ke hotel dan aku rasa malam tu sebelum jam 12 malam, aku pun dah terlelap akibat keletihan.

Pada hari terakhir SAT, kami bangun sedikit lewat sebab aku nak make sure semua ready untuk perjalanan pulang. Pagi tu ada sessi ambik-ambik gambar termasuk gambar untuk pemenang-pemenang Exora Kemahhh. Kata penganjur akan masuk majalah Otomania Edisi Januari 2014. Selepas breakfast, family naik ke atas buat preparation barang-barang untuk check out while aku lepak sebentar di bawah bersama rakan - rakan yang lain. Group Melaka Lendat telah check out awal sebab mempunyai perancangan untuk ke Pasar Payang membeli belah sebelum bertolak pulang ke Melaka.

Suasana sibuk di entrance Primula pada hari terakhir dengan semua bersiap sedia untuk pulang

Aku check out dalam lebih kurang pukul 11 pagi dan terus bergerak balik. Route perjalanan aku masih sama iaitu seperti route yang aku datang tempohari. Tapi kali ni aku rancang untuk masuk ke jalan Jerangau-Jabor once aku sampai di Kerteh/Paka. Risau gak aku dengan kondisi kat sempadan Cherating/Kemaman tu takut-takut air naik lagi tinggi sebab masa aku check out, cuaca memang gelap dan hujan lebat.

Perjalanan dari Kuala Terengganu hingga ke Paka adalah baik walaupun hujan. Aku tengok Dungun dah kering, tidak seperti hari yang aku datang yang mana jalan-jalan penuh dengan lopak-lopak air. Sebaik sampai di Paka, aku mengambil jalan ke kanan untuk masuk ke jalan Jerangau-Jabor. Aku berhenti untuk bertanya dengan orang-orang tempatan akan jalan tersebut dan mereka kata adalah lebih baik aku ikut jalan pantai sahaja sebab jalan pantai dah cantik, tiada banjir. Aku pusing balik ke Paka, beli lunch di Mcdonald Kerteh dan singgah makan di R&R Pantai Kemasik. Selepas makan, aku bergerak ke Chukai dan jalan agak sesak di Chukai tapi jalan yang tutup tempohari telahpun dibuka. Air dah tiada atas jalan. Dari Chukai ke Cherating, Alhamdulillah jalan yang dinaiki air hari tu dah boleh lalu. Kawasan banjir kat pintu gerbang sempadan dah kering. Aku singgah di gerai keropok iaitu Kedai Keropok Kita yang memang aku plan nak beli keropok lekor kat sini untuk beli beberapa batang keropok lekor. Di lokasi ni aku menghubungi rakan - rakan dari Melaka dan memaklumkan yang mereka tidak perlu masuk jalan Jerangau-Jabor sebaliknya boleh terus ikut jalan tepi pantai.

Dari Cherating aku masuk LPT untuk terus ke Karak. Di LPT cuaca baik dan ada kalanya hujan tapi mostly 80% perjalanan di dalam cuaca yang baik. Ini membolehkan aku bergerak lebih laju di atas lebuhraya. Selesai di LPT, aku masuk Karak dan berhenti di R&R Genting Sempah untuk mengisi Petrol. Aku exit Tol Karak-Gombak dalam lebih kurang jam 520 petang. Aku expect akan sampai Melaka dalam jam 730 paling lewat tapi jangkaan aku salah. Masuk ke MRR dari Gombak .... trafik amatlah sesak, siput pun lagi laju la. Bergerak tak sampai 2 meter, berhenti dekat 5 minit, bergerak 2 meter berhenti 5 minit. Adoi, letih aku kat sini. Aku potong kiri jalan untuk masuk DUKE pulak sebab kalau ikut rentak MRR, mau pukul 8 pun tak sampai Sungai Besi lagi. Aku masuk DUKE pun dah dekat Maghrib. DUKE bergerak lancar tapi bila masuk ELITE ... sesak lagi. Same condition macam MRR2, cuma laju sikit dari siput tapi at par dengan kura-kura. Bila dah lepas Exit Subang Jaya baru la kenderaan bergerak lancar. Aku memang dah letih abis dah time tu, mata dah pedih-pedih keletihan. Tapi alang-alang dah sampai situ, aku gagah jugak untuk balik ke Melaka walaupun aku ada terlintas nak berhenti keluar mana-mana exit dan cari hotel untuk berehat.

Driving kat PLUS Highway walaupun kereta banyak tapi bergerak lancar. Aku dah tak boleh nak speeding dah sebab terlalu letih. Aku sampai Melaka lebih kurang jam 1030 malam. Berhenti beli Nasi Lemak Cheng untuk dinner dan sampai rumah nak dekat jam 11 malam. Traveling balik ni nampaknya lebih letih daripada traveling pergi meskipun cabaran banjir serta hujan masa traveling pergi adalah lebih teruk.

So, itu lah cerita aku untuk SAT 2013. A great event dengan penganjuran yang baik oleh Geng EOCMotorsport Be'keng Terengganu. Weaknesses memang ada tapi mana ada event yang 100% perfect. Aku tengok rakan-rakan Terengganu telah bersungguh-sungguh berusaha untuk memastikan event ini berjalan lancar dan menggembirakan semua peserta. Aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran SAT 2013 ini. You guys dah did your level best ! Tahniah !

Insyallah next gathering event akan berlangsung di Melaka dan kami daripada Geng Lendat Melaka pula akan menjadi hos seterusnya. Perancangan asas telah dibuat dan bergeraknya AJK untuk next event akan berlaku dalam sedikit masa lagi insyallah.

Terima kasih EOCMotorsport atas penganjuran SAT 2013 ini ! Bravo ! Gracias !


Sambutan Akhir Tahun (SAT) 2013 - EOCMotorsport (Part 1)


Ini event adalah salah satu event besar anjuran EOCMotorsport untuk tahun 2013, penutup segala official event rasmi daripada pengurusan pusat EOCMotorsport untuk tahun ni. Bermula dari 7hb Disember dan berakhir pada 9hb Disember yang lalu. Aku secara langsung terlibat sebagai peserta untuk aktiviti ini dan inilah catatan aku untuk event ini.

Memandangkan acara ini merupakan satu acara besar, perancangan untuk pendaftaran bagi acara ini telah dibuat beberapa bulan yang lalu. Aku yang teragak-agak samada aku boleh ke tidak untuk sertai acara ini nekad untuk mendaftar meskipun aku tak sure samada pada tarikh tersebut aku dapat bercuti ataupun tidak. Kekecewaan gagal untuk menghadirkan diri setelah pembayaran dibuat pada acara Year End Gathering tahun lepas masih terasa sebab ada tugasan adhoc di saat-saat akhir. Nak pull out daripada event dah tak boleh. So this time, aku tetap bertekad untuk sokong usaha rakan-rakan sekelab dan buat pendaftaran terlebih dahulu.

Lokasi untuk Sambutan Akhir Tahun (SAT) ini telah ditetapkan untuk diadakan di Negeri Terengganu Darul Iman. Aku mulanya agak pelik juga sebab apa Terengganu di pilih memandangkan tarikh perancangan jatuh pada bulan Disember dan kita semua sedia maklum yang Disember ni kalau area kat Pantai Timur memang berisiko untuk menghadapi musim banjir. Tapi setelah aku faham yang tahun ini merupakan Tahun Melawat Terengganu dan sebagai sokongan kepada promosi tersebut, aku rasa tak salah untuk ianya diadakan di sana walaupun mungkin ada risiko untuk bertembung dengan bencana banjir.

Secara automatik, apabila acara ini diadakan di Negeri Terengganu, maka sahabat-sahabat EOCMotorsport dari Terengganu akan menjadi penganjur serta hos untuk acara ini. Usaha Geng Be'keng (EOCMotorsport Terengganu) nampak kesungguhannya dengan membuat perancangan awal yang begitu teliti yang memakan masa berbulan lamanya. Salute kepada pasukan EOCMotorsport Terengganu.

Tempat penginapan yang ditetapkan oleh penganjur adalah di Primula Beach Hotel. Tak sangka aku penganjur akan bekerjasama dengan salah sebuah hotel yang tersohor di Kuala Terengganu. Dan pakej yang penganjur sediakan adalah pelbagai mengikut jenis bilik serta ada juga pakej yang tidak memerlukan peserta untuk menginap di Primula Beach Hotel. Untuk pakej yang aku pilih, jumlah keseluruhan yang aku perlu bayar adalah sebanyak RM500.00 bagi pakej program SAT selama 3 hari 2 malam. Deposit awal pendaftaran memerlukan aku untuk membayar sebanyak RM250.00 (50% deposit). Setelah membayar wang deposit, aku bertanya kepada AJK SAT samada aku boleh masuk sehari lebih awal iaitu pada 6hb dengan tambahan kos RM200.00. AJK memberi lampu hijau untuk aku terus berhubung dengan Pengurus di Primula Beach Hotel yang kebetulan juga merupakan ahli EOCMotorsport bagi beliau menguruskan permintaan tersebut.

Alhamdulillah, cuti aku lulus di saat-saat akhir sebelum acara SAT berlangsung. Dan kebetulan pada minggu acara SAT ni, bencana banjir telah melanda negeri - negeri di Pantai Timur termasuklah Terengganu. Team EOCMotorsport dari Melaka telah merangka perancangan untuk berkonvoi pada malam 6hb dan dijangka tiba di Kuala Terengganu pada pagi 7hb. Bagi aku, aku tidak akan dapat menyertai konvoi tersebut kerana aku lebih selesa memandu di waktu siang dan telahpun membuat bayaran check in awal iaitu pada 6hb Disember 2013.

Sticker rasmi event di tampal sehari sebelum bertolak ke Kuala Terengganu
Pada 5hb tersebut, aku mendapat input dari pelbagai sumber akan jalan-jalan yang telah dinaiki air / jalan yang terputus akibat banjir. Aku perlu merancang route laluan dari Melaka ke Kuala Terengganu. Mujur aku kerap ke Kuala Terengganu sebelum ini atas urusan kerja so aku dapat bayangkan laluan yang aku akan pilih. Bila kita dapat info dari pelbagai sumber, maka pelbagai jugalah info berbeza yang diperolehi. Yang pasti, laluan paling selamat yang boleh aku ikut adalah Melaka - PLUS - KL - Gombak - Karak - LPT - Jabor - Bukit Besi - Paka/Kertih - Dungun - Kuala Terengganu. Tapi gerak hati aku lebih untuk ikut laluan Melaka - PLUS - KL - Gombak - Karak - LPT - Jabor - Cherating - Chukai - Kerteh - Dungun - KualaTerengganu. Pada 5hb tu memang Kemaman adalah daerah yang paling teruk dinaiki air tapi aku yakin akan ada jalan potong di dalam pekan Chukai itu sendiri untuk sampai ke Dungun dan seterusnya ke Kuala Terengganu.

So pada 6hb tu, aku bersama keluarga bertolak dari Melaka dalam sekitar jam 9 pagi. Setiba di Pedas Linggi, hujan dah mula turun. Trafik lancar sehingga ke Gombak. Aku berhenti seketika di Petronas Gombak untuk pengisian Petrol sebelum masuk ke Lebuhraya Karak. Dari Gombak ke Karak, cuaca mendung dan sebaik keluar daripada terowong Karak, hujan mula turun, kadangkala lebat kadangkala renyai. Aku maklumkan kepada isteriku yang aku akan berhenti di Temerloh untuk makan tengahari. Bila dah masuk LPT dan tiba di Temerloh, family semua masih lagi kenyang sebab kami bawa bekalan roti serta karipap yang di makan di dalam pesawat. So planning next stop adalah di Gambang. Jalan di LPT agak teruk sedikit akibat banyak lubang-lubang di lane kiri manakala di lane kanan pula ada lopak-lopak air, so pemanduan tak dapat nak laju lebih-lebih lagi hujan sepanjang jalan. Bila sampai di Gambang, sekali lagi aku bertanya samada nak berhenti makan ataupun tidak, wife bagitahu tak lapar termasuk anak-anak. So aku teruskan perjalanan sehingga penghujung LPT iaitu Exit ke Jabor. Dari Jabor, aku ikut arah ke Sg Ular dan Cherating. So far so good cuma kena bawa perlahan sebab lopak air dan lubang pada jalan.

Sebelum tiba di pintu gerbang sempadan Pahang-Terengganu ... aku tengok banyak kereta berhenti di tepi jalan dan rupanya jalan tersebut telah terputus akibat banjir. Bermula dari stesyen minyak dan pusat jualan keropok air dah naik. Aku pun sama berhenti di tepi jalan. Banyak kereta mula berpatah balik. Aku tahu kalau aku berpatah balik, aku boleh ikut laluan Jabor Jerangau Bukit Besi tapi berat pulak rasa hati nak pusing semula. Aku kemudian bersama beberapa pemandu lain nekad untuk meredah banjir tersebut dengan bantuan penduduk - penduduk setempat. Terima kasih kepada mereka kerana bersusahpayah secara sukarelanya memberi panduan jalan sambil berdiri di dalam air bah untuk memastikan kenderaan yang ingin meredah air dapat meredah laluan yang paling cetek dan selamat. Family aku dah rasa cuak, aku pun cuak tapi buat-buat confident le sebab ada lagi 5 ke 6 buah kereta yang akan meredah bersama. Alhamdulillah, Exoraku selamat meredah air bah tapi kami terpaksa masuk ke satu kawasan Taman untuk memintas laluan yang telah ditenggelami air tersebut. Kata penduduk di sana, air di kawasan berdekatan dengan pintu gerbang tu dah naik setinggi paras dada.

Cherating ke Chukai. Jalan terputus di kawasan sempadan Pahang-Terengganu.
Beberapa kenderaan termasuk Exoraku berhenti di bahu jalan memikirkan strategi route alternatif
Lepas dalam 10 minit berfikir, aku decided untuk redah banjir
Selepas berjaya melepasi kawasan banjir, aku meneruskan pemanduan ke Kerteh dan Paka untuk masuk ke daerah Dungun. Perjalanan juga perlahan kerana lopak air yang banyak tetapi lancar. Dungun juga sama, banyak benar lopak-lopak air di kiri kanan jalan. Selepas bandar Dungun, hujan tidak lebat sebaliknya hanya turun sedikit sahaja namun matahari masih belum kelihatan. Laluan dari Rantau Abang ke Kuala Terengganu adalah sangat baik. Kat sini dah boleh speeding sebab jalan cantik dan tiada lopak air.

Pesawat tiba di Primula Beach Hotel dalam sekitar jam 6 petang. Once sampai, aku terus check in dan mendapat bilik bernombor 606. Bilik Exec. Deluxe ini akan menjadi 'sarang' sementara kami untuk 3 malam yang seterusnya. Masuk je bilik, semua dah lapar. Lauk yang kami bawa dari Melaka tadi dijamah dengan penuh selera. So sebab kami makan lewat, malamnya kami dah tak lapar. Bilik yang aku dapat ni terdapat 2 katil single meskipun aku nak 1 katil double. Not bad, ada ruang luas di tepi katil untuk anak-anak bentang Toto. Bilik ni pun ada verandah yang mengadap ke laut. Ombak laut memang ganas ler time-time macam ni. Dalam waktu Maghrib, aku turun ke Exoraku untuk mengambil bekalan air mineral dan terserempak pula dengan seorang rakan EOCMotorsport dari Johor yang juga bergerak solo pada hari tersebut. Beliau bertolak dari Batu Pahat juga pada awal pagi. Selepas berborak ringkas memandangkan beliau baru sampai dan baru nak check in, aku terus naik ke bilik. Aku dan family tidak keluar ke mana malam tu sebaliknya semua terlena awal kecuali aku yang jam tunjuk pukul 1 pagi pun masih terkebil-kebil cuba nak lena. Memang letih tapi mungkin excited kot untuk tunggu pagi esok yang merupakan hari pendaftaran rasmi acara SAT ini.

Selamat tiba di Primula Beach Hotel dalam jam 6 petang

Keesokkannya semua telah bangun awal subuh dan siap-siap. Kami turun untuk bersarapan pada jam 730 pagi. Coffee House berkeluasan sederhana, cuma aku rasa hotel patut lebihkan variasi makanan buffet breakfast mereka. Ada variasi tapi tak as aku expected bila compare dengan harga bilik yang mereka tawarkan. Lepas breakfast aku terserempak dengan rakan EOCMotorsport yang bekerja dengan Primula dan kami berpakat untuk bersama-sama ke Terengganu Equestarion Resort (TER) yang merupakan Checkpoint 1 (CP1) bagi acara ini. Keluar je dari Primula, hujan pun turun lagi. Jarak dari Primula ke TER tak jauh, lebih kurang 15 minit drive je. Sampai di TER, Exoraku antara yang terawal sampai. Aku menghubungi rakan Lendat (EOCMotorsport Melaka) untuk bertanya status lokasi mereka sebab mereka bertolak lewat malam sebelumnya. Aku dimaklumkan yang mereka mungkin tidak berkesempatan untuk mendaftar di TER dan akan terus ke Primula untuk mendaftarkan diri.

Berbaris sebelum Flag Off di Terengganu Equestarion Resort

Di TER, sarapan pagi ringkas ada disediakan oleh rakan-rakan Be'keng berupa Nasi Lemak dan Mihun Goreng. Anak aku yang tak berapa nak selera dengan variasi makanan di Coffee House Primula nampak berselera menikmati Mihun Goreng yang disediakan. Detik demi detik, pesawat Exora kian bertambah di TER. Rakan-rakan dari pelbagai negeri mula memenuhi khemah yang disediakan dan suasana pendaftaran menjadi sibuk. Dengan mendaftarkan diri, aku diberi sebuah Goodies Bag yang berisi T Shirt Acara dan beberapa cenderahati yang lain. Apabila hampir jam 11 pagi, taklimat ringkas diberikan oleh penganjur dan kami semua masuk ke pesawat masing-masing sebelum pelancaran (flag off) di lepaskan oleh Pengurus Besar TER. Perjalanan konvoi singkat dari TER ke Primula bergerak baik secara 15 Exora 1 kumpulan yang di kepalai oleh Exora tuan rumah.

Sarapan ringan di sediakan di TER
Pendaftaran di TER

Sampai di Primula, semua peserta mula sibuk mendaftarkan diri untuk check in. Aku dan family terus naik ke bilik kami. Kemudiannya aku turun untuk bergaul dengan rakan-rakan EOCMotorsport yang ada serta menanti rakan Lendat tiba. Alhamdulillah, rakan Lendat tiba dalam sekitar jam 12 tengahari dan perjalanan mereka juga diberitakan lancar. Aku naik semula ke bilik dan disebabkan waktu telah hampir jam 1 tengahari, aku membawa keluargaku turun untuk makan tengahari. Aku rancang untuk membawa mereka menikmati Nasi Ayam Yunnan yang menjadi kegemaranku setiap kali aku bertugas di Kuala Terengganu. Lokasi gerai Nasi Ayam Yunnan ni pun amat hampir dengan Primula so ianya menjadi pilihan kami untuk lunch tengahari tu. nak dijadikan cerita, masa menuju ke pesawat, aku dipanggil oleh rakan penganjur untuk daftarkan Exoraku bagi acara Exora Kemahhh. Aku jawab tak perlu sebab dalam kereta memang semak dengan makanan serta minuman yang dah tertumpah, maklum saja bila ada anak-anak kecil pasti dalam pesawat berselerak. Sticker aku pulak dah tak kemas sebab sentiasa basah so ada part yang dah terkopek-kopek. Namun atas pujukan penganjur, aku pun daftarkan Exoraku untuk pertandingan tersebut.

Suasana Check In di Primula
Makan tengahari di Nasi Ayam Yunnan memang best. Lama betul aku tak makan kat sini sejak projek Pantai Timur berakhir Mei lalu. Kualiti rasa masih sama seperti dulu, sedap la. Berselera kami makan sekeluarga. Habis makan tengahari, kami kembali ke bilik hotel. Aku turun sebentar untuk tengok samada pertandingan Exora Kemahhh yang dijadualkan pukul 3 petang tu dah start ke belum. Aku tunggu di bawah tapi tak nampak ada hakim yang pergi ke pesawatku. Aku patut parking kat tempat lain ke? Aku pun buat tak kisah dan bersembang bersama President dan Vice President 1 EOCMotorsport kat tempat registration. Pelbagai topik kami sembang, agak lama jugak. Rasanya mau lebih 30 minit. Mostly kami dok plan untuk next event yang akan diadakan di Melaka pulak, somewhere dalam bulan Mei tahun depan insyallah.

Selesai bersembang-sembang, dalam sebelum jam 5 petang kami bersurai dan aku kembali ke bilik dan berehat. Selepas waktu Maghrib, dengan berbaju batik kami sekeluarga menuju ke Grand Ballroom untuk Majlis Makan Malam & Perasmian. Malam tu selepas acara makan malam dan perasmian, ada acara cabutan bertuah. Alhamdulillah, nombor yang ada kat tangan aku dapat la salah satu daripada hamper yang penganjur sediakan. Dan yang paling tak sangka Exoraku menang tempat ke 5 bagi acara Exora Kemahhh yang diadakan petang tu. Bila masa depa check Exoraku pun aku tak perasan. Alhamdulillah. Majlis Makan Malam ni boleh tahan la, penuh dengan acara dan MC did a good job. Kelemahan memang ada tapi penganjur dah did their best untuk pastikan Majlis Makan Malam ni berjalan lancar. Mana-mana event sure akan ada kelemahan so aku harap peserta-peserta jangan terlalu put high expectation untuk majlis yang sempurna. It was a good event dinner. Btw, lepas makan malam tu ... perut lapar lagi so order la Mee Goreng Mamak thru Room Service dengan harga RM26.00 sepinggan. Wah, aku order Mee Goreng Mamak thru Room Service kat Pan Pac KLIA (now Sama-Sama) pun tak sampai harga RM26.00 tu. Hihihi.

Event Dinner
Dinner di dalam Grand Ballroom, Primula Beach Hotel

Malam tu sekali lagi aku terkebil sorang-sorang tak boleh nak lena meskipun jam dah pukul 1 pagi. Malam ni mungkin excited untuk aktiviti konvoi on the next day pulak kot.

Cukup untuk Part 1, akan bersambung pada Part 2.

Tuesday, December 10, 2013

Bertukar Wajah

Last sekali aku tempek sticker stripe kat tengah body Exo & lining tepi dalam bulan puasa hari tu. Dah beberapa bulan passes by, aku rasa macam tak puashati dengan lining tepi tu sebab font yang aku decided nak gunakan tempohari nampak terlalu besar pulak.

So sempena nak menyertai Sambutan Akhir Tahun 2013 anjuran EOCMotorsport, aku decided untuk tukar side lining aku. Stripe kat tengah body tu sedap elok aku tengok, just ingat nak buat lining tepi semula. Tapi ape design nak buat ye? Disebabkan aku ni suka bird watching, aku teragak nak buat tema burung la. Kalau burung-burung biasa tu nampak lembut so aku ambil keputusan untuk letak burung helang. Dengan kemahiran design kenderaan yang amatlah sedikit, aku bukak photoshop then mula main-main design. So last-last dapatlah design macam kat bawah ni. Simple tapi ada la menunjukkan konsep burung helang.


Simple design

Dengan designs ala-ala macam ni, aku pun berbincang dengan Big Daddy, owner kepada Big Daddy Sticker yang berpusat di Limbongan, Melaka. Aku suruh dia adjust sikit-sikit design aku ni supaya nampak lebih best plus lebih professional dan kemas. After a few days, dia suruh aku datang ke kedai untuk finalized design dan boleh terus buat pada hari yang sama.

Bila tiba hari yang dijanjikan, aku pun pergi la ke kedai Big Daddy yang baru di Limbongan (kedai lama di Cheng). Right after tiba, Big Daddy kata dia ada satu design untuk aku tapi terpulang kat aku kalau aku berani nak cuba design ni. Konsep tetap Helang seperti yang aku nak. So dia pun minta designer dia sketchkan dalam photoshop seperti design kat bawah ni :-


Entah macamane, hati berkenan pulak tengok design ni. Lepas deal harga dan dapatkan details design, maka aku pun bersetuju untuk Exoraku di ubah wajah dengan wajah sticker yang totally baru. Material yang dipilih untuk design ni adalah material yang terbaik dari Japan & warna putih pula akan menggunakan 3M Reflector Sticker. Jaminan Sticker adalah selama 5 tahun.

So bermulalah proses pembikinan sticker terbaru untuk Exoraku. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, ada 3 hari sahaja lagi sebelum hari untuk aku bertolak ke Kuala Terengganu bagi menghadiri perhimpunan EOCMotorsport, pekerja-pekerja di Big Daddy Sticker perlu menyiapkan kereta aku dengan cepat.

Berikut adalah beberapa foto-foto transformasi Exoraku kepada Exora Raptor :-

Mula-mula (hari pertama), sticker lama di buka. So back to basic. Kawan-kawan pun heran kenapa aku koyak sticker lama.
Hari kedua, hari pemasangan sticker baru.
Part tampal bumper belakang ni memerlukan staff yang paling experience untuk buat.
Bahagian bonet depan juga akan ada imej kepala helang.
Bahagian sisi yang hampir siap sudah menampakkan imej helang.
Bonet depan sudah hampir siap.
Dan Exora Raptor siap pada lewat malam. Bergambar bersama Big Daddy Malaysia. Tu dia aih 3M reflector sticker memancar-mancar bila kena flash kamera. Hahaha.
Cuma yang mencabar this time adalah keadaan cuaca yang mendung serta hujan setiap hari kat Melaka. Sticker yang siap tidak sempat di jemur bawah matahari. Namun dengan jaminan 5 tahun oleh Big Daddy untuk kepudaran warna serta kekuatan sticker, aku tak perlu risau. Jika berlaku sesuatu pada sticker, Big Daddy akan tukar / repair on the spot. Yang aku risau adalah keesokkannya aku nak kena naik Kuala Terengganu, sticker belum 100% kering, hari pulak dok hujan setiap hari & Pantai Timur pulak banjir. Hehehe.

Layanan daripada Big Daddy memang terbaik. Memang aku amat berpuashati dari segi customer service dan kualiti material yang digunakan. Untuk yang ingin membuat sticker kereta, FB Big Daddy adalah di https://www.facebook.com/BigDaddyStickers

Jika nampak Exora R3 Raptor on the road ... itulah Exoraku.