Tuesday, November 12, 2013

Rosak Lagi - Masalah Gearing

Sehari lepas masalah pada sensor ABS aku, muncul pulak satu masalah baru. Bila aku masuk gear 'R' untuk Reverse, Exo aku tak mengundur. Tekan minyak hanya bunyi enjin je yang kuat. Aku ingat aku lupa lepaskan Hand Brake tapi ternyata memang Hand Brake aku free time tu. So aku tutup balik enjin dan start semula, masuk gear 'R' then baru kali ni Exoraku boleh mengundur. First time jadi ni. Aku think positive dengan beranggapan yang mungkin ni takde ape-ape, mungkin timing tak kena dan isu ni harap-harap just once sahaja terjadi kat Exoraku.

Dua hari kemudian, timbul masalah lagi. Kali ni bila aku masuk gear 'D', Exo bergerak ke depan tapi gear tak tukar secara automatik. Mengaum enjin. Terpaksa aku berhenti kat bahu jalan dan tutup enjin. Start semula dan baru boleh berjalan dengan lancar.

So the 2nd kejadian tu memang aku sure la yang there is something wrong dengan my Exora dan aku perlu bawa Exoraku ke Service Centre sekali lagi untuk di rawat. Seorang rakan memaklumkan yang isu yang aku kena ni mungkin ada kena mengena dengan ECU.

Di Pusat Servis, aku pun buatlah aduan tentang masalah 'gear' aku ni. Aku pun mentioned tentang checking ECU. Aku dimaklumkan yang kalau ECU ni dah di 'usik' sebelum ni, proses checking ECU tak boleh buat sebab nanti ECU meletup. Pulak dah. Aku kata aku tak sure la samada ECU aku dah kena checked before, aku minta dia check record servis aku yang pada fizikalnya aku tengok kat semua SC ni mereka ada rekod setiap servis dalam satu computerized system. Aku cakap buat la apa yang patut dik, as long as masalah aku ni selesai. Aku bagi dia kunci dan menunggu giliran untuk Exoraku di diagnose.

Then dalam kurang 20 minit, depa panggil aku dan memaklumkan yang mereka tak boleh buat 'flashing' sebab bateri aku dah terlalu weak. Aku pun heran sebab takde pulak indikator sebelum ni yang nak menunjukkan yang bateri aku tu dah lemah. Kenapa pulak time-time nak check ni pulak bateri tu boleh nak kong pulak. Service Technician pun bawa aku ke Exoraku dan tunjukkan kat aku yang memang bateri aku dah nak habis dengan cara menghidupkan enjin. Dia kata kalau nak buat 'flashing', bateri kena dalam kondisi yang baik. Ye la, aku pun setuju je la dan aku tanya berapa damage nak kena tu kalau tukar bateri Exo ni sebab ni akan menjadi kali pertama aku tukar bateri Exo. Service Exec kata Dry Cell RM300.00 dan Basah RM260.00. Hmmm ... beza RM40 je. Aku pun setuju lah dengan Dry Cell tu sebab memang dan takde choice, nak pergi tukar kat kedai lain memang dah tak boleh start dah enjin Exoraku.

Maka mereka pun tukar lah bateri aku dulu dengan memasukkan bateri Dry Cell berjenama INCOE (first time aku pakai INCOE ni) model 55D23/L.

Ni dia bateri baru INCOE untuk Exoraku
Then right after bateri baru dimasukkan, proses 'flashing' pun dibuat ke atas Main ECU dan Gear Box ECU. Technician tu kata yang proses 'flashing' ni adalah proses re-installation program yang updated version ke dalam ECU. Aku cakap bila latest update keluar untuk Exora ni? Dia kata bulan Jun yang lalu. So aku pun tanya kat dia kenapa bila time aku servis depa tak check whether it is updated or not? Kenapa time ada masalah or complaint baru nak check and update? Bukan ke system dah ada record yang mana kereta dah updated dan mana tidak. Why not ambil satu inisiatif dengan check semua tu dulu before buat normal servis? Technician tu kata memang proses update ECU ni macam tu, kena tunggu customer complaint then baru mereka akan update ECU. Katanya ada kes bila update ECU, prestasi kereta jadi lebih teruk. Pelik jugak aku, sepatutnya update adalah untuk patch mane-mane kekurangan yang perlu diperbaiki. Tapi kata technician tu, "Exora punya okay, Saga FL punya ada problem". Pulak dah ...

Proses Flashing sedang dibuat
Proses updating ni ambik masa jugak lebih kurang dalam 30 minit. Yang lama adalah masa updating Gearbox ECU. Selepas semua selesai, aku dibawa untuk test drive. Memang tak dapat dinafikan la, updating ECU memberi kesan yang baik terhadap prestasi Exoraku. Aku dapat rasakan yang enjin tidak lagi berat apabila minyak ditekan dan yang nyata adalah tiadanya isu tersengguk-sengguk ketika kita slow down dalam gear 1 or gear 2. Pick up terasa lebih efisyen. Plus technician tu kata upgrading ni juga akan eliminate isu enjin mati ketika gear Reserve di masukkan. (memang pernah terjadi kat Exo aku)

So for those yang Exora korang dibeli sebelum Jun 2013, pi la check ECU version dan buat update. Memang sesuatu yang wajib. And once updated, rasa macam bawak kereta baru keluar dari kedai tu.

Aku harap dengan updating ECU ni maka selesailah masalah gearing aku. Dan aku sangat berharap agar lepas ni tiada lagi masalah defect yang berlaku ke atas Exoraku ini.


Wednesday, November 6, 2013

ABS Sensor Rosak


Maka hendak dijadikan cerita, semalam Exoraku mengalami satu masalah yang baru iaitu indikator untuk ABS menyala tak mau padam. Memang common problem ni sebab ramai yang pernah mengadu masalah yang sama kat dalam forum Exora. Tapi tak sangka pulak ianya terjadi kat Exoraku.

So pagi tadi aku bawak ke Service Centre GT One di Taman Merdeka Melaka untuk di periksa. Sah ada masalah kat sensor sebelah kiri tayar depan.

Dan proses warranty claim pun berjalan. Sensor baru kena tunggu lagi 3 minggu untuk sampai. Alhamdulillah.

Photo : Topping Up

Top up minyak di R&R Pagoh. BHP dengan 2x kuasa infinity memang petrol yang menjadi my 1st choice, cuma masalahnya tak banyak Petrol Pump BHP around. Why BHP? Exoraku dapat rasa perbezaan pick-up dan dapat lebih KM daripada minyak X & Y. Huhuhu.

Tuesday, November 5, 2013

Cheapo Car MP3 Player

Masa aku installed tweeter speaker kat Yahoo Car Accessories, aku ada la cakap ngan staff kedai tu yang player Clarion Exora Bold ni leceh takde USB Port. Susah nak burn-burn CD pastu kena tukar-tukar. 

So dia pun bagitahu aku ada 1 device murah dalam kurang RM40 yang boleh plug and play untuk read and main audio dari USB device. Aku pun kata memang ada, aku pun tahu tapi kualiti sound dia memang tak best la. Dia kata yang dia jual ni okay dan bagi aku try.

Boleh tahan sound dia walaupun pakai frequency setting antara device tu dengan main Clarion Player. Sebab harga pun memang murah-murah, aku pun terbeli la device tu. Harapan aku tahan lama le sebab kalau ikut harga tu memang macam tak boleh tahan lama jerk. :)

Anyhow lepas ni tak le aku nak kena sort lagu yang aku suka pastu susun pastu burn dalam CD sebelum boleh main dalam Exoraku.

Device ni cucuk kat tempat lighter
Walaupun harga kurang RM40.00 tapi siap ada remote tu ... huhuhu



Pasang Tweeter Speaker


Lepas aku selesai buat service untuk 36k, dengan tak semena-mena aku tersinggahlah kat kedai accessories kereta Yahoo kat Taman Merdeka. Mula-mula aku masuk tu sebab aku nak tanya pasal bodykit tapi last-last terpasang jugak sepasang tweeter speaker jenis Kannon dengan harga RM110.00 sepasang.

Ada perbezaan bunyi? Ada la sikit - sikit dengan bunyi treble yang lebih sedikit nyata. So bila drive sorang-sorang memang aku blast volume tinggi sikit tapi tak le terlalu tinggi sampai orang luar kereta boleh dengar. Dan aku blast pun bukannya selalu ... ikut mood dan ikut situasi masa driving. Kalau time aku perlu attention lebih especially bila time hujan atau jalan sibuk, kadang-kadang volume audio tu aku turunkan sampai level 2 ke 3 pun ada sebab bagi aku kalau kuat-kuat sangat tumpuan nak bagi kat jalanraya tu rasa terganggu. Itu aku la, mungkin orang lain tak macam aku.

So ... next audio upgrade masuk amp and woofer speaker pulak kot. Hahaha.