Sunday, April 15, 2012

Hotel : Homestay Hotel, Kemaman

Selalunya bila aku ke Kemaman, aku tidak akan bermalam di sana sebab Pantai Cherating cuma dalam 15 minit perjalanan. Tapi sejak 2-3 kali aku mengalami bad experience menetap di beberapa buah chalet di Cherating, aku mula mengubah tumpuan untuk bermalam di Kemaman apabila aku bertugas di sana dan tidak lagi di Cherating.

Atas cadangan daripada salah seorang rakanku, aku telah menginap di Hotel Homestay yang merupakan sebuah hotel bersaiz motel yang terletak betul - betul di dalam kawasan bandar lama Cukai.

Kesimpulan yang aku boleh buat tentang motel ini adalah, ianya mungkin motel / hotel yang terbaik yang boleh disewa di bandar Cukai kerana aku pernah juga menginap di 2 buah hotel lain di sini dan jika dibuat perbandingan, hotel ini adalah yang terbaik.

Homestay Hotel, Kemaman
Bilik Deluxe yang selesa & bersih dilengkapi dengan Wifi + Astro + LCD TV
Bahagian hadapan hotel
Memandangkan hotel ini mempunyai reputasi yang baik, ianya sering sahaja penuh. Oleh yang demikian, jika anda ingin menginap di sini, maka perlu telefon terlebih dahulu untuk membuat tempahan.

Adakah aku akan kembali untuk menginap di sini? Sudah tentu !

Makan : Restoran Herba Pasir Puteh

Kalau kita ke Pasir Puteh, memang aku 100% rekomenkan restoran ni untuk singgah makan. Tak kira samada makan tengahari ke atau malam, Restoran Herba ni memang terbaik !

Restoran Herba menyediakan pelbagai menu dengan masakan yang lazat
 Terdapat kebun herba di dalam kawasan restoran in dan juga terdapat kedai kecil menjual produk - produk yang berkaitan dengan herba tradisional. Malah menu - menu yang dihidangkan juga menarik dan lazat. Kalau aku pergi bertugas di Pasir Puteh, memang tak sah kalau aku tak makan kat sini.

Okay, semua menu yang dimasak memang sedap tetapi yang terbaik kat restoran ni adalah Sup Belut. Kat Kelantan ni, aku dah try makan Sup Belut hampir kat semua tempat dan di Restoran Herba ni, Sup Belutnya adalah yang paling lazat. Kira nombor 1 la dalam list countdown aku.

Sup Belut di sini adalah yang paling lazat, kaya dengan rasa herba dan belut yang tidak hanyir
Dan Jus Pegaga yang disediakan adalah amat menyegarkan !
Clear semangkuk Sup Belut
So, kalau datang ke Pasir Puteh ... Restoran Herba ni wajib lah untuk kita pi makan !

Makan : Maggie Ketam

Aku dok dengar pasal kehebatan Maggie Ketam ni dah lama dah tapi baru je aku dapat rasa apa istimewanya Maggie Ketam ni.

So, semasa aku bertugas di Kota Bharu, aku pun ada bertanyakan pada salah sorang kakitangan aku kat sana tentang kat mana tempat yang best untuk makan Maggie Ketam ni sebab yang aku dok dengar selalu yang dekat Pasir Puteh. Staff aku maklumkan yang the best + popular sekali kat situ adalah di Daerah Bachok.

Aku pun set la pada 1 malam untuk makan Maggie Ketam. Kata staff aku, kedai ni kedai kampung je tapi ramai orang makan. Lokasi pun agak jauh dari bandar Kota Bharu sebab katanya tempat ni on the way nak ke Pantai Irama. Kami pun set la untuk jumpa di jalan menuju ke Pantai Irama yang mana katanya once sampai Wakaf Zain (nampak je signboard), tunggu dia di sana untuk dia guidekan masuk ke dalam untuk ke lokasi gerai Maggie Ketam tersebut.

Seperti yang telah dijanjikan, aku pun pergi la ke daerah Bachok. Disebabkan aku tak pernah lalu kawasan ni, maka aku pun bertolak agak awal. GPS aku setkan ke Pantai Irama. On the way ke Pantai Irama, aku pun nampaklah signage Wakaf Zain. Oleh kerana masih awal, aku pun direct ke Pantai Irama dulu sebab aku memang tak pernah melawat pantai ni lagi. Kata orang Pantai Irama ni adalah yang terbaik yang ada di negeri Kelantan.

Sampai je aku kat Pantai Irama, memang tak dapat dinafikan yang pantai ni memang popular. Ratusan pengunjung ada kat sepanjang pantai tu. Nak cari parking pun agak susah. Lepas parking aku terus berjalan - jalan di sepanjang pantai. Aku rasa kalau hari cuti umum, memang pantai ni akan menjadi tumpuan. Masa nak keluar dari pantai pun susah sebab kerana berbaris untuk keluar melalui jalan 1 way yang sempit. Yang mana yang dah ada kat atas jalan utama tu pun takkan bagi peluang untuk yang parking keluar, so memang kena hulurkan kepala kereta sikit - sikit, kalau nak tunggu orang bagi jalan / jalan clear, memang berjanggut la kita menunggunya.

Siap ada orang main para gliding kat Pantai Irama 
Amaran jangan mandi laut ketika musim tengkujuh di Pantai Irama
 Dari Pantai Irama, aku bawak semula kereta menuju ke Wakaf Zain. Kali ni aku sesat. Hari dah gelap, maka aku pun terlepaslah simpang yang patut aku masuk untuk ke Wakaf Zain. Aku rasa aku dah terlajak dalam lebih 10km baru aku perasan sebab aku tengok rumah pun dah jarak - jarak plus dah macam nak masuk pinggir - pinggir hutan. Aku terpaksa berpatah balik dan mencari simpang yang aku terlepas tadi.

Sampai di signboard Wakaf Zain, aku terus menghubungi kakitangan aku dan dari situ kereta aku mula mengekori kereta beliau. Aku pasti jika kita tidak pernah ke kedai Maggie Ketam ini, memang kita akan sesat untuk mencarinya sebab ada beberapa simpang yang perlu kita masuk dan kedai tersebut pulak agak kelam / gelap.

Masa aku sampai di gerai Maggie Ketam ni dah ada meja - meja yang penuh. Aku dengan semangat yang berkobar - kobar terus order Maggie Ketam untuk 4 orang makan + 1 untuk dibungkus. Penantian untuk maggie tersebut tiba pun agak lama, aku rasa nak dekat 30 minit baru maggie kami sampai. Hidangan ini akan disertakan dengan peralatan untuk 'mengopek' ketam iaitu satu pengepit (macam playar) dan satu penukul. Hebat !

Pengepit + Penukul akan diberikan untuk kasi senang kopek


Maggie Keta untuk 4 orang makan dah mari

Bila aku ceduk maggie tersebut, aku lihat yang maggie masih lagi keras (masih berbentuk segiempat). Hmmm, aku pikir memang menu ni kena makan dengan maggie keras ke. Aku pun rasa kuah maggie tersebut .... hmmmm ... rasa macam maggie kari biasa saja. Aku pun ambil la ketam yang dihidangkan. Memang ketam nipah yang ada di dalam maggie ni terbaik ! Ketam nipah ni isinya agak kenyal - kenyal dan lebih manis so memang best la.

Lepas dimasukkan ke dalam pinggan aku b4 aku menikmatinya
Aku lihat orang semakin ramai makan di gerai tersebut dan ada yang order maggie dalam jumlah yang banyak. Ada juga yang order untuk makan ketam sahaja.

Last - last setelah kami selesai menjamu selera, bil pun di bayar. Untuk hidangan 4 makan + 1 bungkus. Bil kami adalah sebanyak RM96.00. Wow, makan maggie 5 bungkus pun dah dekat RM100.00 tu. Mahal? Mungkin ya, mungkin tidak sebab yang pasti ketam nipah yang dihidangkan adalah segar dan lazat. Maggie pulak? Maggie aku rasa macam so-so saja. Adakah aku akan kembali untuk makan Maggie Ketam kat sini? Mungkin tidak kalau aku semata - mata nak drive dari Kota Bharu ke Bachok tapi mungkin ya kalau kebetulan aku berada di kawasan sekitar.

Bagi yang belum pernah try Maggie Ketam, korang wajib cuba lah !

3 Long Distance Dalam Kurang 2 Bulan

Salam,

Dalam jangkamasa kurang 2 bulan, 'pesawat'ku telah membuat pengembaraan jarak jauh sebanyak 3 kali. Jarak jauh dalam 'kamus' aku adalah perjalanan yang melebihi 500km. So, 3 perjalanan long distance yang telah dilalui oleh 'pesawat'ku adalah :-
  1. Melaka - Gua Musang - Tanah Merah - Pasir Mas - Kota Bharu - Tumpat - Pasir Puteh - Hulu Terengganu - Melaka
  2. Melaka - Kuala Perlis - Melaka (balik kampung - Langkawi)
  3. Melaka - Tanah Merah - Pasir Mas - Kota Bharu - Kuala Terengganu - Hulu Terengganu - Melaka
Ini tidak termasuk perjalanan yang melibatkan route Melaka - Kuala Lumpur dan Melaka - Johor Bahru.

Setakat ini, odometer aku telah hampir mencecah 7,000km. (tinggal lagi 3,000km untuk 2nd servis).

Bila kerap long distance, kita akan kerap cuci kereta di luar. Yang ni di Gzox Auto Detailing di Kota Bharu
So far, Exora Bold CFE telah menunjukkan kemampuan yang amat baik dalam perjalanan long distance dan aku juga amat berpuas hati dengan Oil Consumption 'pesawat'ku.

Camne aku nak explain tentang Oil Consumption ni ye. Okay, biar aku bagi satu actual situation tentang Oil Consumption.
  • Route (Kuala Terengganu - Melaka)
  • Isu full tank RON97 di Kuala Terengganu (RM106.00)
  • Sampai di R&R PLUS Seremban, aku isi penuh RON97 semula (RM110.00)
  • Tiba kat rumah, hanya 1 bar sahaja yang turun.
  • Highway (85% driving 90km/j ke 120km/j, 10% 140km/j-150km/j & 5% 160km/j) while di jalan lama cuma bawak dalam 70km/j ke 100km/j.
So, aku rasa dari Kuala Terengganu ke Melaka dengan menggunakan RON97, mungkin kita pakai cuma RM120.00 je kot untuk petrol. Kalau guna RON95, dari segi RM sure akan jauh lebih rendah.

Namun, Oil Consumption ni subjektif la sebab depending on cara kereta tu dipandu, cara kita tekan minyak + kelajuan pemanduan kita dll.

Bagi aku yang terlalu kerap long distance, aku memang jarang memandu laju sebab :-
  1. Banyak sangat kemalangan aku dah tengok yang berpunca dari pemanduan laju.
  2. Dari segi pengalaman, bila kita pandu laju, kita mungkin akan sampai awal sedikit ke destinasi tetapi tumpuan pemanduan kita akan menjadi lebih dan ini akan menyebabkan kita akan terasa akan kepenatan apabila kita tiba di destinasi. Membawa kereta dengan tenang, meskipun akan mengambil masa sedikit, namun apabila tiba di destinasi, kepenatan tidak akan terasa (bagi aku la).
  3. Laju - laju, nasib tak baik, saman mari.
Bagaimanapun, kadang - kadang bila kita ada kat satu strech yang lurus + jalan yang langsung tiada kenderaan, memang rasanya sape - sape pun susah nak tahan daripada untuk mencuba membawa dengan laju. Sama la ngan aku pun especially bila bawak kenderaan baru ni + dengan adanya turbo memang terasa nak menekan. 

Dan kadang - kadang kita pun dipaksa oleh situasi yang menyebabkan kita perlu membawa melebihi daripada had undang - undang (110km/j di lebuhraya). Aku tidak bermaksud dipaksa akibat dicabar atau di'cucuk' oleh kenderaan lain, tetapi disebabkan oleh :-
  1. memotong sebaris kenderaan yang bergerak amat perlahan yang menggunakan lorong kedua (untuk highway yang ada 3 lorong).
  2. terpaksa memotong kenderaan yang membawa secara merbahaya terutama lori / bas yang membawa laju (selalunya bas 2 tingkat)
  3. sedang kita memotong (dalam 110km/j), kita nampak ada satu kenderaan yang amatlah laju sedang datang dari arah belakang. Maka kita terpaksa menekan lebih laju lagi untuk menghabiskan deretan kenderaan yang kita potong agar kita mengganggu perjalanan kenderaan yang ter'over' laju tu. Memang boleh kita maintain potong dalam range 110km/j-120km/j tapi kita takkkan tahu sikap pemandu kereta yang laju tersebut. Kalau dia okay then dia akan slow, kalau dia tak okay ada kemungkinan dia akan terus laju hingga begitu rapat dengan kenderaan kita dan ini boleh menyebabkan kemalangan jika ada kesilapan yang dilakukan samada oleh kita ataupun pemandu tersebut. Why take the risk?
Based on this, aku berpendapat yang Exora Bold CFE tidak membebankan minyak dan berprestasi baik untuk perjalanan jarak jauh !

Sunday, April 8, 2012

E.O.C.M

Apa tu E.O.C.M?

Mula - mula sebelum aku beli Exora Bold CFE, aku survey merata akan maklumat tentang Exora ni. Dalam buat - buat projek survey ni di web maka aku terjumpalah E.O.C.M.

Ianya adalah singkatan untuk Exora Owner Club Malaysia (Kelab Pemilik Exora Malaysia lah dalam Bahasa Melayunya). Kelab ni actually dah lama dah ditubuhkan cuma aku je yang tak tau akan kewujudan kelab ni sebab aku tak pernah buat carian 'Exora' di Google before. Yang bestnya kelab ni adalah sebab ia ada platform untuk ahli - ahli kelab berforum di laman web.

Lama aku dok survey sampai aku terus beli Exora dan a day after aku dapat Exora, aku terus joined E.O.C.M secara rasmi.

Yuran seumur hidup untuk menjadi ahli kelab adalah RM75.00. Dengan bayaran tersebut, kita akan dapat :-
  1. Akses Forum ke beberapa seksyen khas untuk ahli sahaja
  2. Starter Kits (mengandungi Sticker Kereta - |Depan x 2|Belakang x 1|
  3. T Shirt Kelab
Aku bayar RM100.00 (tambahan RM15.00 untuk additional T-Shirt) pada 2hb Mac 2012. Bila bayar, kenalah tunggu proses yang ambik masa dalam 2 ke 3 minggu before kita dapat Starter Kits + Nombor Ahli. Memandangkan kelab ni dah lama bertapak, maka apabila aku terima Starter Kits aku, nombor ahli aku telahpun melebihi 1,000 iaitu 1,327. Bermakna aku individu yang ke 1,327 mendaftar di dalam E.O.C.M.

Bila kita joined E.O.C.M secara rasmi, maka kita secara automatic juga akan menjadi ahli kepada sub E.O.C.M di negeri / daerah masing - masing. Bagi aku, disebabkan aku tinggal di Melaka, maka aku secara automatic menjadi ahli kepada E.O.C.M Geng Lendat (Negeri Melaka). Dengan menyertai ahli di kawasan yang berhampiran, maka lebih banyak aktiviti yang dapat dilakukan seperti konvoi + sessi perbincangan / teh tarik.

Banyak yang aku belajar dari E.O.C.M especially on technical kereta + isu - isu berkait dengan Exora. Semuanya dibincangkan di dalam forum.

Aku harap dapat la aku bergiat aktif dalam E.O.C.M ini terutama untuk peringkat Negeri Melaka, maklum la jadual kerja aku yang agak ketat + sering outstation kadangkala menyukarkan komitmen untuk satu - satu aktiviti.

So, kalau ada nampak Exora Bold CFE yang ada sticker E.O.C.M 1327 kat cermin belakang tu, aku le tu !

E.O.C.M 1327 di Kuala Terengganu